Sunday, September 8, 2013

SALAM ukhwah #UTH




dear perindu hati ini , 

dengan ini saya mula rasa rindu dengan rakan-rakan seperjuangan yang mencari ke redhaan Allah. di mana bila diri di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. aku cuba jadi dan berangan seperti orang-orang yang beriman. Ya Allah nikmatnya orang yang bertaqwa kepada Allah Swt. betapa tenangnya hati ini apabila Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diri ini hanya untuk ALLAH. menitis air mata tatkala menaip laju papan tekan ini. dunia cyber mungkin memahami aku. Allah lebih beratus-ratus kali ganda memahami aku. jika di pilih untuk berkawan dengan sahabat yang sentiasa dahagakan perhiasaan dan kegembiraan dunia dari menghambakan diri dan menyerahkan jiwa dan raganya kepada ALLAH SWT, yang mana akan kalian pilih? Allahuakhbar! sudah tentu aku akan pilih di kalangan sahabat yang sentiasa membawa aku dekat dengan pencipta ku. 

Tersangatlah aku bersyukur kerana Ukhwah yang terbina ini di berkati dan ikatan persahabatan ini di bina atas dasar kasih sayang Kerana Allah Swt. Allahu ! sebak sungguh dada ini. rindunya. kalian punya keikhlasan memang benar-benar ikhlas. terserlah di mata hati mu. dari pelukkan dan senyuman kalian. tak terungkap dengan kata-kata keikhlasan anda semua. sedihnya tidak pernah aku setenang ini dan tidak pernah aku sesayang ini. moga di pelihara ukhwah ini ! insyallah <3 div="" nbsp="">

No comments:

Post a Comment