Wednesday, October 30, 2013

SAAT TERAKHIR

DEAR DAIRY

Assalamualaikum w.b.t

Saat-saat terahir bergelar budak diploma dekat KPTM, Allah ! nanti mesti rindu kawan-kawan dari semester 1 sampai lah semester 5. hurmmmmm.........sesungguhnya setiap pertemuaan ada perpisahan. ini semua Allah dah tentukan. apa yang pasti saat-saat terakhir ini yang buat saya rasa semangat nak dekatkan mana yang tak dekat. sesungguhnya indahnya Ukhwah bila mana setiap di antara kita rasa kasih sayang sesama kita. insha Allah moga berkekalan. kalau nak cerita pasal kawan-kawan dari semester 1-5 ni memang macam-macam ragam dan sangat la berterima kasih sebab kawan-kawan saya pun rajin sangat melayan kerenah saya. apa pun dalam semester terakhir ni sangat bersyukur sebab kawan-kawan susah senang memang susah nak cari tapi this semester memang nampak kesungguhan dalam menolong setiap di antara kami. kumpulan kami unik sebab terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan memang kadang kalau ada perbalahan memang ada lah tempat yang nak di adu and kadang pefahaman kita bukannya semua sama kan. so kadang yang si perempuan nak pendapat lelaki dan yang lelaki nak pendapat perempuan. so bersyukur sebab dengan ada kumpulan ni eh siap ada geng hahaha. tapi yelah kumpulan nak belajarlah kan. so di sini serba sedikit dapat share yang mana saya tak tau dan yang mana saya tahu dan share sesama. kumpulan kami ni bukan takat urusan belajar tp membantu di antara satu dengan lain. tak kira lah masalah tu dari masalah keluarga mahupun kes cinta korg yang kadang malas nak dengar. hahahah tapi takpe sebagai kawan yang baik saya sanggup tadahkan telinga untuk mereka. sebab kawan yang baik rugi kalau kita nak lepaskan .

Argghhh ........ terlalu banyak kenangan manis. hahaha semester 5 siapa yang berkawan dengan saya tahu mcm mana tahap kematangan saya. hurmm. yelah manusia akan berubah setiap masa, saat dan ketika. lagi-lagi kalau bab hati ni . kalau bab perubahan diri yang lebih baik semua orang buat improvement dalam diri dia dari hari ke hari kan ?? so semester 5 ni aku rasa banyak bagi cabaran dari segi mental dan physical sebab setiap assignment dah makin susah dan paling membimbangkan saya dalam bab pointer T_T nak nages jew kalau cakap pasal pointer. hihihih tapi takpe saya pasti kalau saya usaha sikit, memang sikit lah dapat kalau saya usaha banyak memang banyaklah usaha dia kan .. so doakanlah kami iya. apa pun nak cakap semester 5 ni banyak pelajaran dan kadang tu kejadian yang berlaku dekat kawan-kawan saya banyak mengajar saya. terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan orang-orang yg seperti ini di dalam hidup saya.


ikhlas ,

dari amirah

Tuesday, October 29, 2013

MINGGU EXAMINATION

Assalamualaikum wbt 

Dear dairy, 

Sekarang dah minggu exam. yeayyyy dah tak sabar nak habiskan untuk this semester. tapi tulah masalahnya masih tak dapat mana-mana jawapan dekat mana-mana tempat practical. hurmm. so sekarang nak cite pasal minggu examination yang mana kadang memang boleh mengstresskan semua orang. alah siapa kata belajar senang ? tak kesahlah cos apa sekali pun kita amik memang ssh sebenarnya kalau tak focus. so esk takdelah terus saya menduduki final exam untuk semester 5 ini . tapi ini test 2 untuk subject compensation . doa kanlah saya berjaya. insha Allah. ihihihi sebenarnyakan tak sabar sangat nak habis tapikan pointer saya bukan power mcm orang lain yg selalu dapat dekan bagai. hmmm.. saya biasa-biasa jew sebab saya jenis belajar tak suka stress and biar kita enjoy jew hahahah tu yang jadi pointer takde la bagus meninggi bagai ke langit. 

so dalam minggu peperiksaan saya memang tak cari lagi tips-tips nak hafal dengan sempurna or what. hahahaa nanti la kita share tips ya ? apa pun kepada rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan tak kira lah korang kat college ke kat sekolah ke kat university ke? good luck di ucapkan . 

di kesempatan ini juga nak ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih bebanyak dekat lecturer yang bertungkus lumus ajar class saya. jasa kalian memang kami tak boleh nak balas. biar Allah Swt sahaja yg membalasnya. insha Allah. apa pun saya menuyusun 10 jari akan di ampunkan segala dosa-dosa saya ke atas mana-mana hati yg kadang memang salah sendiri . hihihi. terutama kat class mate saya. korg awesome. harap jumpa lagi nanti <3 div="" nbsp="">


ikhlas, 

amirah 

Wednesday, October 23, 2013

RINDU NYA

Assalamualaikum w.b.t

Dear dairy ,

Hari ni mcm biasa saya memang tak tido lagi sebab kena settlekan kerja anda prepare for presentation. apa pun alhamdulillah sebab presentation and talk show kitaorg berjalan dengan lancar. hmm kawan-kawan class pun memang memberi kerjasama yg baik dengan kami. hihihih sayang korg ! sebenarnya kan saya memang agak stress sikit dengan tempat LI yg tah bila nak dapat hmmm. T_T . SO Itu yg membuat saya stress. memang stress pun lately. hmm. apa pun alhamdulillah dalam stress-stress tu pun kerja and presentation makin dah nak habis dah.

Kalau nak cerita zaman belajar ni memang agak sedih la sangat sebab dah nak tinggal dah dunia belajar. rindu semua kawan-kawan .. argghh rasa mcm memang tak nak tinggalkan zaman belajar ni . ingat lagi dulu first time masuk zaman belajar. ya Allah susah nya rasa. semua benda kena buat sendiri. lama-lama alhamdulillah ! huhuhu tak sangka sekarang ! apa pun saya akan tetap rindu kawan-kawan yang mana pernah se-sem dengan saya, belajar, group ke apa ke. harap minta halal kan ilmu dunia akhir, sama-sama doakan kejayaan di dunia dan di akhirat. insha Allah.

amirah,

Sunday, October 20, 2013

UBAT KURUS VERSION HOSPITAL DAN TECNOLOGY SCIENCE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

dear dairy ,

Lately saya ada masalah tentang kenaikkan berat badan yang sangat mendadak dan menyebabkan kitaran period yang tidak menentu. so di sini ada beberapa ubat kurus yang di suggestkan oleh rakan-rakan saya. ini lebih cepat dan ada side effect dia. and before menggunakan ubat ini saya nak mintak sangat pendapat korang tentang ubat ini dan adakah perlu saya mengambilnya. yelah kalau dah namanya perempuan memang obsess dengan kurus. so apa pun sebelum nak makan tu kena banyakkan research even kita hanya mempunyai ENCIK google untuk membantu kita. and tu pun penting untuk pastikan yang kita tau banyak info pasal ubat apa yang doc bagi and kita nak makan tu kan. yelah kalau dah long term side effect nnti bahaya la pulakkan .



boleh baca kat sini tentang ubat ini

DUROMINE UBAT KURUS


MACAM MANA NAK HILANGKAN PERASAAN MARAH DAN PANAS BARAN MENGIKUT CARA ISLAM.


Assalamualaikum w.b.t

Dear dairy ,

Lately saya sering sangat nak marah orang tak tentu pasal . kadang tu saya suka marah and kadang tu memang terlepas nak keluarkan kata-kata yang kesat dekat kakak kesayangan saya. and sekarang saya ambil keputusan untuk mengoogle and nak explore banyak benda supaya membantu saya tentang cara saya nak atasi amarah ini. hmmmmmm.. sedih tau kalau kita selalu sangat marah ibaratkan kita benarkan syaitan nak kuasai diri kita. ha semudah 1,2,3,4 ! hmmmmmmm.. so here we go ! let start from now


MENGUBAH POSISI
Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|
BERWUDUK
Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|
MEMBACA TA’AWUZ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|
BERZIKIR
Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.
KAWAL LISAN
Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.
MINUM AIR
Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
BERKATA KEPADA DIRI
Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

Saturday, October 19, 2013

KAK LIN AM & KAK LIN MALURI












Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhwah, salam sayang , sayang semuanya kerana ALLAH SWT !! ya Allah tak pernah saya rasa seindah ini kurniaanya sahabat-sahabat yang saya baru jumpa ni. kalian semua benar-benar menaikkan semangat saya agar bersungguh-sungguh beristiqamah..... SUBHANALLAH! INDAHNYA ukhwah yang kita bina ini !

Okay terlebih dahulu nak ucapkan selamat pengantin baru buat kak lin (dua-dua kak lin sayang yg sentiasa berikan kata-kata semangat buat saya ) Allah ! rindunyaa dekat mereka nanti kalau nak berkonvoi beramai-ramai! hihihihihih. ni ha sedikit gambar sekitar majlis kak lin maluri dan kak lin am.

sorry sangat sangat dekat kak lin am sebab tidak berkesempatan nak g perak T_T

ucapan.. selamat menjalani kehidupan berumah tangga. selamat menjadi isteri yg solehah ! selamat melahirkan anak-anak yg comel dan membina ummah yg berkualiti ! goodluck! sayang kalian kerana Allah #USRAHTAUTANHATI

4 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Dear dairy

Salam sayang buat bidadari-bidadari syurga.. ini sedikit pesanan buat semua yg ada. hmmmmmm.. okay meh terus cerita pasal masalah period yg sesetengah kaum hawa hadapi. dulu saya ada post pasal sakit period saya yang jenis melampau. yes. memang sakit sangat sangat kalau saya datang period. bayangkan kalau saya datang period mesti lah saya akan terlantar kebaringan memang dah tak larat dah nak bergerak. T_T so lain pula dari tahun ini . saya mengalami sakit yg tidak kerap and saya memang dah 4 bulan tidak datang haid. yes memang ada lah yang rata-rata kalau saya cerita pasal perihal saya ni mesti akan cakap "ish bahayanya, baik kau g jumpa doctor" so sebenarnya dari sekolah lagi saya memang alami period yang tidak teratur. mak cakap keturunan sebab mak and kakak saya pun alami benda yang sama. mereka lagi hebat sampai 6-7 bulan tak mai. tapi dah jadi lumrah kalau kita " kaum hawa kalau tak mai dah risau sebab takut penyakit "

Hari yang di nanti, eh bukanlah di nanti-nanti sangat sebab saya jenis kalau nak gerak memang gerak tanpa unplanned pun. so hari tu memang ambil keputusan tak nak datang ke kelas. so ke klinik kesihat cheras. hihihi nasib baik kena bayar rm1.00 jew. hihihih. alhamdulillah .. so tanya serba sedikit pasal penyakit SIS. and doc tu bongok ! 3x tanya benda yang agak menjengkelkan "pernah bersama dengan mana-mana lelaki ke before this ?" nasib baiklah bukan islam sebab dia berbangsa cina . kalau tak memang saya dah tabur hukum berzina dah kat dia. hihihih yelah takkanlah seorang muslimat sanggup buat begitu. tp susah nk cakap kalau zaman sekarang ni  T_T

okay ni serba sedikit keterangan pasal penyakit sis ni

Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ovarian Cyst


Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ocarian Cyst? Adakah Ovarian Cyst Sejenis Penyakit Berbahaya atau cuma Penyakit Biasa?

Ovarian cysts 
biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan. Antaranya ialah:
  • Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.
  • Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.
Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak mengganggu kesuburan, antaranya:
  • Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  • Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  • Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.
Bilakah pembedahan itu perlu ?
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,
  • Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan
  • Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc)  dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain
  • Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.
Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:
  • Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  • Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  • Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • Pesakit adalah gadis remaja.
  • Pesakit telah menopause.
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
Walaupun terdapat beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan:
  • imej CT scan abdomen, dan
  • laporan pathology tisu yang diambil, atau
  • jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
  • wanita itu sudah mengalami menopause atau
  • saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.
Berdasarkan sumber dari: drzubaidi.com

Monday, October 14, 2013

RINDU


DEAR DAIRY

saya rindu dengan perasaan rindu
rindu dengan bualan sesama sendiri di group whatsapp
rindu nak gelak berguling-guling
rindu nak gaduh
rindu nak makan sesama
rindu nak gelak sampai kentut
rindu nak buat semua benda sesama
dan paling penting rindu nak menangis sama-sama

ikhlas ,

amirah

KENAPA UMAT ISLAM Menjalankan ibadah QURBAN ?

Assalamualaikum W.B.T 

Terlebih dahulu kepada sesiapa yang tak tau kenapa umat islam menjalankan ibadah Qurban . mari kita sama-sama hayati  Cerita Bersejarah tentang Nabi Ibrahim dan Ismail. 

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Dan mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah , maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan ,seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah , seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oelh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah ,menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.
Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:" Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam {niat} tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya.Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sgt taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:" Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan . Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pergorbanan puteranya. untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya:" Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku."Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firmannya:" Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikkan ."Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia.

Pengajaran bagi diri saya : 

1) percaya akan ketentuan Allah kerana Beliau adalah sebaik-baik perancang. 
2) ketaatan dan kecintaan kepada Allah swt. 
3) dari cerita ini kita dapat belajar mcm mana nak buang rasa hasad kedekut tu. sesungguhnya Rezeki kita bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga sahaja. 

amalan qurban bagi saya , qurban kan harta benda atau apa sahaja ke jalan ALLAH SWT. mencari keredhaan sang Pencipta.. hmmmmm.. sama-sama kita hayati dan jadikan teladan :)

Sunday, October 13, 2013

PARADISE







I remember when I first met you
I felt that God answered my call
There was that one place I always thought about
And I just wanted to be there with you
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
I had a great feeling inside of me
That one day I’ll be there with you

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward

Do you remember the hard times we went through?
And those days we used to argue
But there was not one thing that could bring us down
‘Cause we always had in our minds
The place that no eye has ever seen
The place that no heart has ever perceived
The place we’ve been promised to live in forever
And best of all, it’s just me and you

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward

I remember us praying at night
And just dreaming about this together
I’m so blessed to have you in my life
And now we can enjoy these blessings forever
Paradise is where we are now
Paradise, a dream come true
Paradise, O what a feeling!
Paradise, thank You Allah!

And now that we’re here feeling so good
About all the things that we went through
Knowing that God is pleased with us too
It’s not a dream, this is so true
Feeling the peace all around
Seeing things we could never imagine
Hearing the sound of rivers flow
And we know we’ll be here forever
The feeling is indescribable
Knowing that this is our reward

SOLAT SUNAT TASBIH

Assalamualaikum W.B.T 

Dear dairy ...........


Hari ni mcm nak sangat update pasal sedikit sebanyak yang saya rasa kena sebarkan ..hihihih kadang ramai tak tau kita banyak solat sunat .. sunat hari raya, bla bla bla .. and paling penting kalau kita tak pernah buat tu sangat rugi sebab Allah bagi banyak cara dekat kita untuk rebut pahala dia. ALLAHUAKHBAR! terlebih dahulu nak mintak maaf sebab kalau apa yang saya share ni salah atau tak menepati and lain sedikit dari cara korang2. hihihiih. apa pun niat dan nawaitu hanya untuk share ilmu. 



SOLAT SUNAT TASBIH 

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“  ( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )
.
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mau pun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu ‘sepuluh kelebihan’ jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian apabila selesai membaca (al-Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri itu; “سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10 kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali juga (ketika sedang berdiri I’tidal itu). Kemudian kamu sujud dan membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya. Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat. Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap bulan. Jika tidak mampu, lakukanlah pada setiap tahun. Jika tidak mampu juga, lakukanlahsekali seumur hidup.” (HR Imam Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

.
Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam ( 2 rakaat, 1 salam).
Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya  75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

1.  Niat Solat Sunat Tasbih:
a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

      b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-’a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
    1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
    2. Rakaat 2:  Surah Al-Ashr atau Al-Insyiraah
    3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
    4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas.atau An-Nashr.

3.  Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada barisan pertama sahaja.

4.  Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah kepergerakan seterusnya.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
    • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
    • Rukuk - 10 kali tasbih
    • Iktidal - 10 kali tasbih
    • Sujud pertama - 10 kali tasbih
    • Duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
    • Sujud kedua - 10 kali tasbih
    • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, - 10 kali tasbih.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7.  Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah digantikan di tempat berikutnya.

8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca Tasyahhud, dibacakan juga Tasbih 10 kali sebelum memberi salam.

9. Membaca doa solat tasbih;

kiraan bacaan tasbih 
JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat
15
JUMLAH
150 X 2 = 300
2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300







 

source 


Friday, October 11, 2013

jika ada kecintaanmu



tangan dan badan ku kelak di mamah tanah 
hancur berkecai 
saat itu aku mungkin sudah tiada nyawa
hanya mampu yang ku tuliskan buat sahabat-sahabatku 

"jika saat ini terlucut sudah janji persahabatan
doakan dan maafkan segala kemaafan daku, 
aku sering di katakan mulut jahat 
rakan-rakan sering tafsir aku sebagai itu dan ini 
tapi jika saat ini aku tiada, 
ini sahaja yang aku mampu luahkan"

setiap sendiran akan ku jadikan ia sebagai teguran 
setiap luahan perasaan tidak kepuasaan hati mu, akan ku jadikan satu guruan,
setiap kebenciaan mu terhadap aku , akan ku jadikan ia satu doa, 
hanya itu yang aku mampu..

aku tak mampu ubah hati orang untuk suka aku 
aku tak mampu sukakan orang untuk diri aku. 
aku hanya makhluk Allah, hamba dan segala kehambaan ku akan ku serahkan pada Nya kelak

hanya ini yang mampu ku tinggalkan 
buat sahabat sahabat ku 


yang benar, 
amirah 

INFO

Assalamualaikum
Tarikh penting utk muslimin muslimat : *CC IMAM MUDA HASSAN FB 

Hari ini Jumaat 4 Okt 2013 = 28 Zul kaedah 1434.

maghrib 5 okt 2013 sabtu mlm ahad= 1 zulhijjah 1434Hijrah

Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 zulhijjah. Jom kita puasa ramai2.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk magrib 14 zulhijjah tamat)

Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha
Solat Raya
Bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut. 

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ,

فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

Wednesday, October 9, 2013

SEMESTER 5

Assalamualaikum w.b.t 

Dear dairy..

Sampai sekarang aku masih tak berapa nak rasa percaya aku berjaya sampai ke tahap ini ! ya ALLAH !!! terima kasih atas kurniaan ini segalanya dalam hidup aku. kehidupan aku lebih better bila ada nya mereka-mereka yang baru dalam hidup aku. contoh, aku dapat sebuah ikatan ukhwah yang sangat bahagia tak terhingga rasanya !! ada nya kak lin, kak ana, kak faezah dan ahli-ahli usrah tautan hati yang sentiasa sayangkan setiap ahlinya seperti ahli keluarga ! indahnya lah kalau kita dapat bina ikatan ukhwah tu dengan kasih sayang kerana Allah.. tak kesahlah berapa lama dia berkawan asalkan niat berkawan kerana Allah memang indah. 

Okay tu satu pasal kawan baru 

Ni pasal dunia college ! 

Tak percaya saya dah nak habiskan zaman diploma. ! lepas ni kalau ada rezeki insyallah saya nak sambung degree insyallah ! doakan iya .. bnyak sebenarnya nak cerita pasal semester 5 ni. kawan-kawan class yang comel dan baik-baik belaka. lecturer-lecturer yang sangat sporting and baik sesangat ! huhuhhuh. apa pun alhamdulillah sebab di kurniakan dengan semua ini.. insyallah saya akan simpan memory ini sehingga ke akhirnya. saya sangat bahagia saat ini bila mana kita hamba kan diri sepenuhnya memohon rahmat Allah kita di balas dengan kebahagian yang tak terhingga ... ya Allah ! terima kasihhh 

Tuesday, October 8, 2013

SAYA DAH GEMUK T_T

ASSALAMUALAIKUM. W.B.T




kehadapan kalian yang membaca entri ini. sesungguhnya saya sangat lah bersedih hati kerana saya sudah gemuk. bukan apa .. kalau gemuk sihat tidak mengapalah tapi ini memang susah hendak melakukan ibadat kepada Sang Pencipta ku. Ya Allah se'eh ( bak kata orang pantai timur ) memang susah nk duduk bangun lagi-lagi nak tahiyat akhir tu. ALLAHUAKHBAR. kenapalah diri ini terlalu tergoda dengan makanan dan bisikan syaitan untuk suruh makan tanpa rasa kenyang. yes nafsu ! nafsu makan , dan sebagainya sekali dah makan lepas tu menyesal sebab ternak pelbagai segala mcm lemak yang tidak mendatangkan faedah. !! sedih tau kalau orang duk bertahujjud sampai 12 rakaat saya hanya mampu buat 4-8 raakat sahaja .. malukan ??

saya nak kurus sebab untuk kesenangan dalam beribadat dan senang hendak melakukan aktiviti harian tiadalah saya asyik mengah jew. hmmm... so dari apa yang saya lihat obsess untuk kurus bukan boleh di jadikan sebagai hinaan. bukan obsess tapi cuma mahu memudahkan pergerakkan harian dalam beribadah . in sha Allah moga di permudahkan kegiatan baru untuk menurunkan berat badan dalam masa 5 minggu ini .. doa kan iya rakan-rakan.

CINTA HIGH CLASS




ALLAHUAKHBAR... jauhi aku dan bakal suami aku yang menjadi rahsia mu itu daripada zina hati dan pelbagai gejala negative .. aminnnnnnnnnnnnnn

Sunday, October 6, 2013

TERTARIK dengan INI !


Why Do I Wear Niqab? An Honest Answer.
Can i be completely honest?
I didn’t start wearing niqaab ‘to protect my beauty’. I mean, i started wearing it at around 13/14- as some of you may know from personal experience, that is an extremely awkward (i.e. butters) stage in life.
My cheeks were too big for my face, my nose bridge never seemed to have developed since infancy, and i swear, i think i had some 5’o clock shadow going on.
Seriously i would show you a picture but i’ll spare you- if u were on my IG then you may have had the unfortunate experience of witnessing that. Anyway the point is- it wasn’t to do with ‘hiding my beauty away’ etc etc. Yet again, something which is so multi-facted, has been reduced to something incredibly superficial.
My main reason for wearing it, was that it was a sunnah of the sahabiyat (may Allah be pleased with them all) and i wanted to get closer to Allah by doing this act. I just realised that is was an honour to wear it; there was a dignity about it that appealed to me, admist all the nakedness around me.
As for currently, i have to say, in addition to that- it’s to do with fitna. It’s to protect me from fitna, because i truly know how weak i am, and how easy it could be for me to fall into it- may Allah protect us. Whether that be comfortably free-mixing, being in an environment we’re better off not being in, beautifying myself for strangers to gaze upon (i’m a makeup fanatic so this would definitely be a fitna for me).Not only does that compromise the manners, hayaa or modesty that is required by Islam, but also it would inevitably effect me from a spiritual perspective, and be a source of distraction. Niqaab is just a great reminder for me.
In a formal environment, i actually don’t have a problem with taking of my niqaab a lot of the time. In a social environment however, i would definitely keep it on- or places that involves me interacting with brothers- because let’s face it- that’s where the fitan lies.
So for me, there is my main reason for wearing niqaab. I know other sisters have a different take on it, and wallah i respect all these sisters so much. That’s another beauty of niqaab- everyone has a different personal take on it, and a different relationship with it.
To be honest, compared to others, i don’t even feel like a proper ‘niqaabi’ a lot of the time.
Keep me in your ad’iyah.

Friday, October 4, 2013

NIQAB @ PURDAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

salam ukhwah !

Hari ni terpanggil untuk menulis entri tentang niqab atau purdah .. ya ALLAH ! saya dah lama terniat nak menceburkan diri di dalam bidang ini . hihiihih... sebenarnya ramai yang salah sangka. niqab dan purdah bukan lah seperti Tudung yang kita pakai untuk menutup aurat. dalam islam ia nya adalah Sunat bukan wajib . dan kalau seseorg wanita itu berasa selesa dengan berpurdah dan berniqab. berniatlah kerana ALLAH ! ingat apa yang kita buat dalam kehidupan seharian kita, niatlah kerana ALLAH ! tiada istillah drastic di dalam kehidupan seorang hamba ALLAH ! drastic .. terpukul saya dengan words itu. hihihihih


jum layan nii

Ustazah, apa hukum berpurdah

النقاب والعصر

وفي مسألة أخرى قال الشيخ القرضاوي ردا على سؤال حول وجوب ارتداء النقاب من عدمه: "النقاب أمر أوجبه بعض العلماء وأجازه بعض العلماء.. وأنا لا أرى أنه واجب.. وإنما من أرادت أن تنتقب فلها حريتها في هذا.. وإن كنت أنا في عصرنا هذا أرى أن الأولى بالمسلمة ألا تنتقب حتى تستطيع أن تختلط بالمتكشفات وأن تقترب منهن".

وأرجع الشيخ ذلك إلى أن "المحجبة قريبة قليلا (من المتكشفة)"، متسائلا: "أما المنتقبة فكيف تستطيع أن تدعو المتكشفة وبينها وبينها مراحل ومراحل؟"

وأضاف: "لي رسالة اسمها النقاب بين القول بفرضيته والقول ببدعيته.. هناك أناس يقولون إن النقاب بدعة، وأناس يقولون إن النقاب فرض، وأنا لا أوافق هؤلاء ولا هؤلاء".

وأوضح: "النقاب ليس بدعة.. (هناك) قول في مذهب الحنابلة وقول في بعض المذاهب، وإن كان جمهور الفقهاء يرون أن وجه المرأة ليس بعورة، حتى الإمام ابن قدامة شيخ الحنابلة يقول في (كتاب) المغني: والمذهب أن الوجه ليس بعورة

Sumber: Qaradhawi.net

Terjemahannya


Purdah dan zaman kontemporari

Dan pada masalah yang lain, as-Syeikh al-Qaradhawi telah berkata, menjawab soalan tentang (samada) wajib berpurdah atau tidak: "Purdah adalah satu perkara yang wajib mengikut setengah pandangan ulamak. Dan sebahagian ulamak yang lain mengharuskannya. Namun, saya tidak berpandangan bahawa ianya adalah wajib.Sesiapa yang hendak berpurdah, dia bebas berbuat demikian
.Namun, pada zaman kita sekarang, saya melihat (berpandangan) bahawa muslimah lebih awla tidak berpurdah, ini kerana untuk membolehkannya bergaul dengan wanita yang tidak bertudung"(membuka aurat) dan mendekati mereka

As-Syeikh merujuk kepada perkara tersebut bahawa: "Wanita yang bertudung (tidak berpurdah) (lebih) boleh merapati (wanita yang tidak bertudung) [(berbanding wanita yang berpurdah)]. Beliau berkata: "Bagi wanita yang berpurdah, bagaimana dia ingin mengajak mereka yang tidak bertudung (tidak menutup aurat) secara berperingkat-peringkat?"

Beliau menambah dengan katanya: "Saya mempunyai satu risalah tentang purdah; satu qaul yang mengatakan kewajipan berpurdah dan satu qaul lagi mengatakan bahawa ia adalah satu bid'ah. Di sana juga ada orang yang mengatakan bahawa purdah itu bid'ah dan (kumpulan) yang lain pula mengatakan ia adalah wajib. Namun, saya tidak bersetuju dengan kedua-dua pihak ini".

Beliau menjelaskan bahawa "Berpurdah bukanlah suatu bid'ah.. (Di sana) ada qaul dalam Mazhab Hanbali dan qaul dalam mazhab-mazhab yang lain. Dan jumhur fuqaha' berpendapat bahawa muka seorang wanita itu bukanlah aurat. Sehinggakan al-Imam Ibn Qudamah as-Syeikh dari Mazhab Hanbali (juga) berkata dalam Kitab al-Mughni bahawa muka bukanlah aurat."



Kesimpulannya...

lakukan dan pasang niat kerana Allah S.W.T bukan kerana fashion dan ikutan ..