Saturday, October 19, 2013

4 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Dear dairy

Salam sayang buat bidadari-bidadari syurga.. ini sedikit pesanan buat semua yg ada. hmmmmmm.. okay meh terus cerita pasal masalah period yg sesetengah kaum hawa hadapi. dulu saya ada post pasal sakit period saya yang jenis melampau. yes. memang sakit sangat sangat kalau saya datang period. bayangkan kalau saya datang period mesti lah saya akan terlantar kebaringan memang dah tak larat dah nak bergerak. T_T so lain pula dari tahun ini . saya mengalami sakit yg tidak kerap and saya memang dah 4 bulan tidak datang haid. yes memang ada lah yang rata-rata kalau saya cerita pasal perihal saya ni mesti akan cakap "ish bahayanya, baik kau g jumpa doctor" so sebenarnya dari sekolah lagi saya memang alami period yang tidak teratur. mak cakap keturunan sebab mak and kakak saya pun alami benda yang sama. mereka lagi hebat sampai 6-7 bulan tak mai. tapi dah jadi lumrah kalau kita " kaum hawa kalau tak mai dah risau sebab takut penyakit "

Hari yang di nanti, eh bukanlah di nanti-nanti sangat sebab saya jenis kalau nak gerak memang gerak tanpa unplanned pun. so hari tu memang ambil keputusan tak nak datang ke kelas. so ke klinik kesihat cheras. hihihi nasib baik kena bayar rm1.00 jew. hihihih. alhamdulillah .. so tanya serba sedikit pasal penyakit SIS. and doc tu bongok ! 3x tanya benda yang agak menjengkelkan "pernah bersama dengan mana-mana lelaki ke before this ?" nasib baiklah bukan islam sebab dia berbangsa cina . kalau tak memang saya dah tabur hukum berzina dah kat dia. hihihih yelah takkanlah seorang muslimat sanggup buat begitu. tp susah nk cakap kalau zaman sekarang ni  T_T

okay ni serba sedikit keterangan pasal penyakit sis ni

Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ovarian Cyst


Apa Itu Ovarian Cyst? Maksud Ocarian Cyst? Adakah Ovarian Cyst Sejenis Penyakit Berbahaya atau cuma Penyakit Biasa?

Ovarian cysts 
biasa dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka didiagnosa mengalami ovarian cyst apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan.

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar, dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.

Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh mengganggu kesuburan. Antaranya ialah:
  • Endometriomas – cyst yang disebabkan oleh endometriosis.
  • Polycystic Ovarian Cyst – terdapat beberapa cyst yang kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.
Beberapa jenis ovarian cyst yang tidak mengganggu kesuburan, antaranya:
  • Functional cysts – iaitu cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.
  • Cystadenomas – cyst ini bukannya cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. Jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
  • Dermoid cysts- cyst ini mengandungi beberapa tissue seperti kulit, rambut malah gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.
Bilakah pembedahan itu perlu ?
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setiap pesakit. Jadi setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.

Pembedahan hanya dilakukan dengan tiga tujuan,
  • Untuk melakukan biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu diambil bagi menentukan sama ada ianya kanser atau bukan
  • Untuk membuang ovarian cyst, jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakit (eg sakit perut, ketidak-teraturan kitaran haids etc)  dan jika saiz diameternya melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain
  • Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari (yang disangka ovarian cyst biasa) telah disahkan sebagai ovarian cancer.
Walau tidak semua ovarian cyst mesti dibuang, namun semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian cyst yang bukan kanser, dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut:
  • Ovarian cyst itu berlaku di kedua-dua belah ovari.
  • Ovarian cyst itu melebihi saiz 5cm (3inci).
  • Ovarian cyst itu masih kekal (tidak berkurang saiznya) selepas 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa, (functional ovarian cyst)
  • Pesakit mempunyai ketumbuhan ovarian dan disamping itu…
  • Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haids langsung atau
  • Pesakit adalah gadis remaja.
  • Pesakit telah menopause.
  • Menggunakan pil perancang kehamilan
Walaupun terdapat beberapa kriteria di atas, namun tidak bermakna jika anda mempunyai ovarian cyst dan menepati kriteria di atas, anda harus dibedah. Ianya bergantung kepada pertimbangan doktor. Dia akan menimbangkan kebaikan atau keburukan pembedahan itu. Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat anda.

Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan, doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT scan abdomen supaya dapat melihat dengan lebih jelas imej bagi ovarian cyst itu.

Doktor akan mengesyaki pesakit mengalami ovarian cancer berdasarkan:
  • imej CT scan abdomen, dan
  • laporan pathology tisu yang diambil, atau
  • jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami penyakit kanser ovari, atau
  • wanita itu sudah mengalami menopause atau
  • saiz ovarian cyst itu tidak menjadi kecil walaupan setelah 2-3 kitaran haids.
  • Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosa sama ada pesakit menghidap penyakit ovarian kanser atau tidak.
Berdasarkan sumber dari: drzubaidi.com

No comments:

Post a Comment