Sunday, October 20, 2013

MACAM MANA NAK HILANGKAN PERASAAN MARAH DAN PANAS BARAN MENGIKUT CARA ISLAM.


Assalamualaikum w.b.t

Dear dairy ,

Lately saya sering sangat nak marah orang tak tentu pasal . kadang tu saya suka marah and kadang tu memang terlepas nak keluarkan kata-kata yang kesat dekat kakak kesayangan saya. and sekarang saya ambil keputusan untuk mengoogle and nak explore banyak benda supaya membantu saya tentang cara saya nak atasi amarah ini. hmmmmmm.. sedih tau kalau kita selalu sangat marah ibaratkan kita benarkan syaitan nak kuasai diri kita. ha semudah 1,2,3,4 ! hmmmmmmm.. so here we go ! let start from now


MENGUBAH POSISI
Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|
BERWUDUK
Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|
MEMBACA TA’AWUZ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|
BERZIKIR
Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.
KAWAL LISAN
Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.
MINUM AIR
Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
BERKATA KEPADA DIRI
Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.

4 comments:

  1. alhamdulillah..perkongsian berilmu yang sangat bagus untuk dijadikan panduan kita semua..perasaan marah dan sikap panas baran ini boleh merosakkan kita..moga kita berjaya menepis segala hasutan syaitan..amin..

    ReplyDelete