Thursday, October 3, 2013

SAHABAT @ JIWA MU ?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

dear kesayangan followers yang sudi membaca blog hamba yg lama di tinggalkan . lama jugak rasanya nak mengambil mood nak menaip ! hihihihih. maaf atas kesulitan dan kebusyaan dalam melaksanakan tugasan harian. Alhamdulillah di beri kesempatan ini untuk berkongsi apa yang saya rasa lately dan apa yang saya sedihkan sangat. Bagi sesiapa yang sudah mengikuti blog ini selama sekian lamanya alhamdulillah dan syukur kerana kalian sudi membaca kisah susah senang saya dari hari pertama saya buka blog ini hingga ke hari ini.

Berbalik kepada tajuk di atas. "SAHABAT ATAU JIWAMU ?"

ramai yang beranggap bukan senang nak meluahkan apa yang terbuka di mana-mana tempat atau laman-laman sosial dan rakan-rakan. bukannya semua rakan tidak bole di percayai dan bukan semua rakan yang kita tak bole percayai. kehidupan banyak benda yang setiap harinya di sulami keindahan dan kepahitan. cuma bagaimana kita lalui dan corakkan jalan itu tertakluk pada sesetengah individu. bagi saya dahulu saya mesti memilih sahabat. supaya tidak selalu di sisihkan . kenapa ? sebab kita takut hidup bersendirian ! kenapa perlu takut ? pernah terfikir kenapa kita perlu takut ? sebab dulu saya bukan manusia yg sentiasa meletakkan harapan pada Allah SWT. hanya bergantung pada usaha dan kehendak sahabat-sahabat. kalau rakan mu seorang yang baik mungkin dia akan menegur mu walau susah bagaimana sekali pun tetap dia akan sentiasa berusaha menegur mu untuk ke jalan yang benar. Allahuakhbar. susah hendak mencari sahabat yang sedemikian rupa. walau lama mcm mana pun kadang kita bersahabat belum tentu sahabat itu boleh menerima perubahan kita. Kalau kalian di tempat saya pasti kalian akan sentiasa faham apa yang saya maksudkan . di kecam hebat, di hina ,di label sebagai seorang yang riak. kadang terfikir ayat seorang sahabat usrah saya yang mengatakan bahawa "kalau kita selalu share pasal islam mesti ada orang cakap kita riak" dan pendapat kami, kenapa mesti mengspreadkan aura dan negative pandangan kepada mereka? kenapa ? sebab manusia suka dan selalu berfikiran negative begini yang menjatuhkan ummah . berkongsi sedikit tentang ucapan dan perkataan drastic ? Siapa kita sebagai seorang Allah untuk mengatakna " drasticnya perubahan ? " pernah kita tanya apa yang orang itu alami kenapa perubahan mereka yang sangat drastic . dan saya sering kali dan berulang kali berpesan istiqamah benda paling susah untuk di amalkan . "drastic , drastic dan drastic " kenapa perlu mempersoalkan ucapan drastic ? pernah kita terfikir Drastic dan cepatnya Allah mengambil nyawa ku , aku tak berpuas untuk bersuka ria dan bersenang lenang di dunia ?" bole ke kita jawab dengan jawapan yang sedemikian rupa di depan yang maha Pencipta sekelian bumi , di langit atau di bumi dan yang menciptakan sekelian umat manusia ?? mampu kita jawab dengan perkataan drastic ?

ALLAHUAKHBAR! jangan hina perubahan manusia di sekeliling mu. walau ia nampak sedrastic mana pun doakan agar dia kekal dan terus beristiqamah. Kadang dengan ada ujian sedemikian rupa baru aku ingat tentang kisah kekasih junjungan jiwa ku. Nabi Muhammad S.a.w. menyingkap kisah perjuangan beliau ? Allah ! tak mampu aku terangkan ! sungguh mencabar dan sangat sangat berat ujian yang ALLAH berikan pada Beliau. kenapa Rasulullah boleh bersabar ? kenapa dan kenapa ? kerana Allah menjadi yang pertama baginya ! Allah !!


.......................

No comments:

Post a Comment