Friday, November 29, 2013

cinta

Assalamualaikum wbt,

Dear dairy ,

Tipu cakap kalau tak pernah bercinta ?? hahahaha. semua orang yang duduknya di muka bumi ini pernah bercinta .. kenapa lah ek nak cerita pasal cinta cinton ni ek? hahaha saje jew sebab nak uji and usha sikit tahap kecintaan saya kepada Allah swt dan Rasulullah saw junjungan jiwa ini . Ya Allah lillahi walaupun tidak berapa menggunung ilmu yg saya cari dan kuasai ini tapi semakin saya belajar tentang islam walaupun sedikit dia punya blessing yg Allah swt turunkan dalam diri dan hati saya MasyaAllah tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.. sesungguhnya memang sangat lah best kalau di antara kita yang berusaha untuk mendekatkan diri pada Allah swt. kenapa ? sebab Itu tanda hidayah Allah dah berikan untuk kita.. jangan sesekali sia-siakan . kadang saya pun manusia yang mana banyak benda jugak kadang terlepas pandang and kadang tertinggal tapi apa yang saya dapat ungkapkan . secantik cantik dan seteguh iman yg kukuh adalah ibadahnya yang bersedikit tapi keikhlasan memang betul2 rasa. Allahu !! saya kadang nak menangis meraung kadang baca ayat-ayat suci Allah . dan dari andaian saya org yg mengkaji Al-Quran memang ilmu pengetahuan dia sangat sangat hebat. dialah doctor, dialah ahli sejarahwan , dialah ahli mathematic , dialah engenieer. nampak tak kat situ?? kalau saya sendiri yg mula rasa dah mcm rugi kalau kita tak kaji and baca dengan penuh makna Al-Quran ini ruginya dah teramat-amatlah rugi.

Tak malu kalau saya nak ngaku saya tak pandai nak baca Quran tapi saya akan berusaha nk masuk class-class ngaji yg ada dan saya berusaha hafal surah-surah yag di bawa dan paling senang nk hafal. senang jew dalam hidup kalau rasa cinta tu meluak2 tak payah suruh pun akan memang buat kan ?? so saya berusaha untuk hafal surah-surah yg susah and tak pernah saya dgr sebelum ini. ya Allah bila kita dah makin mendalami Quran rasa tak nak lepas Quran memang ada. rasa kehulu ke hilir memang akan bawa dah mcm handphone and paling mudah kalau mana kita gunakan tafsir time baca ce try memang meleleh air mata kalau baca surah2 yg mana tempias kat kita sendiri kan .. ya Allah saya pernah dgr seorang hamba Allah ni menangis teresak-esak membaca Ayat Al-Quran tapi saya pulak yg blur tak ingat dia baca ayat apa n surah apa. hish .. bila dah malas time kecik-kecik nak stdy pasal quran ha nilah padahnya skrg.. bayangkan betapa malunya kalau org suruh baca. bacaan saya memang bukan merangkah dah meniarap dah . T_T semoga Allah permudahkan niat saya ini. dah saya selalu pegang kata-kata nouman ali khan Nabi Muhammad saw belajar membaca Al-quran selama 23 tahun . jgn terburu-buru asalkan kita mencuba dan melatih diri. hmmm. saya harap di beri kekuatan seteguh Rasulullah saw .. rindunya.. wahai rasulullah ..

Friday, November 22, 2013

AHMAD AMMAR

Assalamualaikum wbt ,

Dear dairy,




kebelakangan nama pemuda ini menjadi siualan di bibir rakyat Malaysia dan di tempat arwah melanjutkan pelajaran beliau. Allahuakhbar. sungguh indah ciptaan dan jalan untuk dia bertemu Mu ya Allah. aku kagum saat melihat video saat terakhir beliau. ramai org sayang dan kasihkan dia. Allahuakhbar! menakjubkan . apa yg dapat kita teladani ialah. walaupun di usia muda dia berjuang berdakwah dan saya sangat bangga dengan beliau walaupun umur sebaya saya tpi , sudah menganggotai misi kemanusian untuk saudara-saudara islam .. Allahuakhbar. saya hanya mampu takbir kerana dia adalah kesayangan Allah . moga pemergiaan beliau sentiasa menjadi teladan buat saya dan kita bersama ..


kisah perpisahan . Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid yang tertangguh”. Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz. Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang. Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”


. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah. Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.


Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’: “…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi: “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan. Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!
 Al-Fatihah 

Tuesday, November 19, 2013

BYE !


Last paper dah . Hishhh esk jawab duduk lelama dalam exam hall nnti rindu! Hihih jumpa tahun depan bulan 10 in sha Allah 
******************************************************************************
Di kesempatan ini *aku* mohon maaf buat member2 college, rakan2 class yg sentiasa nk buat aku gelak terkekek sampai nk guling2. Hahaha dr semester 1-5 , dari aku jatuh penah repeat paper semester 2. Smpai lah aku bgn pandang and duduk dlm keadaan selesa dgn korg. Halalkan ilmu apa yg terlebih terambil. Maafkan segala kesalahan, kekurangan, dan kadang gua teremotional dgn kawan2 class. Hihih. Apa pun KPTM banyak ajar gua lebih berpandangan ke hadapan. Move on, dan paling penting rasa mcm hidup lagi best and terjamin bila dr hari pertama aku amik cos human resource ni. Biar impian dulu terkubur. Aku kecewa sampai jual camera bila mana masa itu aku takde support moral dr org yg paling rapat dalam hidup aku. Tp bila dah lama2 aku rasa hr ni mcm bg benda paling best dlm hidup. So moral of the story da nak habis belajar and tak semestinya apa yg kita rancang akan berlaku

assalamualaikum wbt

Friday, November 15, 2013

CERPEN SAAT SEDIH

Assalamualaikum wbt.

dear dairy , ini imaginasi saya saat sedih. saat memang benar-benar dahagakan kasih sayang. saya tulis cerpen ini pada 29 dec 2011. terperam lama di note facebook. baru nak keluarkan


CERPEN SAAT SEDIH

Langkah di atur perlahan , lemah tak bermaya , kenapa begitu hebat kau menghukum ku ya allah , Umairah mengetap bibirnya menyeka air matanya . langkah begitu lemah sehingga dia terduduk menyembah lantai. YA Allah , jika ini lah balasan atas dosa-dosa ku aku terima . sekelip mata aku hilang segala-galanya . 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umairah hanya menghabiskan masanya untuk merenung segala apa yang telah terjadi sebentar tadi . memang irfan hanya seorang sahabat tetapi bagi irfan tetapi tidak bagi Umairah . Umairah sesekali melirik kepada kad undangan perkahwinan Ifran . perbezaan antara mereka memang jauh berbeza. Umairah masih menuntut di ipts dan masih bertungkus lumus untuk menghabiskan diplomanya pada tahun ini. dan dia akan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kelak. kekuatan dan segala impiannya sentiasa di dorong oleh irfan , rakan kenalananya di laman sosial. permulaan perkenalan mereka hanya dengan bersembang di laman social itu. ikatan persahabatan mereka akhirnya di mereka mengambil keputusan untuk berjumpa di antara satu sama lain. Umairah memang sentiasa mengharapkan detik itu. tetapi jika mereka merancang untuk bertemu ada sahaja perkara yang datang menduga dan biasanya Umairah yang sentiasa di hempit dugaan itu. "hish , macam-macam benda nak jadi kalau time-time aku nak jumpa dia!" keluh hati umairah . kali pertamanya perjumpaanya di batalkan oleh umairah kerana kejadiaan yang tak diingini. Umairah kehilangan pursenya ketika dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan irfan . irfan , macam biasa sentiasa bertenang dengan jawapan umairah . perjumpaan kali ke dua di rancang sendiri oleh irfan, tanpa rasa putus asa ifran sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan umairah . kali keduanya juga gagal. umairah gagal untuk ke sana. ifran sentiasa tenang dengan jawapan umairah . kali ketiganya , ifran juga yang mengatur pertemuan mereka. kali ini umairah gagahkan juga untuk menepati janjinya . pertemuan mereka di habiskan dengan perbualan yang sentiasa mereka bincangkan ketika di laman sosial. sesekali terurai ketawa umairah sambil mendengar cerita lucu ifran. mereka sentiasa begini , macam biasa seperti berbual dan bersembang di laman sosial. umairah lebih selesa menceritakan apa yang dia rasa kepada ifran. mungkin kerana ifran seorang pemuda yang matang dan sentiasa memberi respon yang baik untuk umairah. 

Hancur sudah harapan Umairah kini. persahabatan bukan bererti kita miliki dia selamanya. Umairah tidak pernah meluahkan apa yang dia rasa terhadap ifran semenjak mereka berkawan. ketenangan dia, sikap tangunggjawab dia, budi pekertinya , teguhnya imannya itu yang membuatkan umairah sentiasa mengharapkan dia adalah jodohnya. setiap hari Umairah menulis di dairynya kata-kata semangat ifran kadang dia tersentuh dengan kata-kata ifran . ifran lelaki yang boleh membuat umairah menangisi dan memperkuatkan iman dan ibadahnya kepada Allah . ifran sumber inspirasi Umairah. bukan sahaja dari segi akhlak, malah dari segi imannya dan juga kepandaiannya . 

"Mungkin ini takdir yang mana sudah tertulis di luh mahfuz, aku dan engkau memang takkan bersama. biarlah aku sentiasa disini menanti apa yang tak pernah ada untuk aku"  itulah coretan Umairah untuk dairi nya pada hari ini . di mana hari itu adalah hari yang membahagiakan untuk ifran . Umairah menutup dairinya. " jika benar ini yang kau maksudkan aku terima ya allah. " Hari itu kesihatan Umairah tidak mengizikan untuk dia menghadiri majlis ifran. maka niatnya untuk menghadiri majlis pernikahan ifran dan pasangannya terpaksa di batalkan . 

Thursday, November 14, 2013

Kadang kita kurang hargai seseorang kalau dah depan mata


Assalamualaikum wbt

dear dairy

kadang kita kurang nak hargai seseorang kalau dia depan mata kita. ??

apa pandangan kalian ??

MEMANG pun ! apa yang terjadi di dalam kehidupan saya selama ni saya selalu akhiri dengan kesudahan yang agak sedih dan menyerah. biar kita nampak lemah saat menyerah jangan lemah di kemudian hari. ada jugak para-para pembaca blog saya tanya. awak tak pernah bercinta dengan mana-mana manusia ke? Allahuakhbar! siapa kata tak pernah .. ? hihihih pernah dan banyak pengalaman membuatkan saya lebih mengenali cinta Allah yang hakiki dan kekal ini. hahaha kalau nak imbau balik kenangan lama memang agak menyedihkan sebab kedua-dua cinta manusia yang saya anggap bole membawa pengakhiran kepada ijab kabul semua sia-sia belaka. bukan saya nak cakap semua lelaki sama. cuma hamba Allah (lelaki) yang tidak kukuh imannya yang akan mempersiakan perempuan dan hatinya. saya faham kadang perempuan kalau dah terlalu sayang mcm-mcm benda tak fikir dah kalau orang cakap pasal lelaki tu . tak kesahlah dia apa ke apa ke. hahaha tu saya pun dulu mcm tu. tapi bila dah banyak kali kena kecewakan rasanya tak layak si lelaki ini saya miliki dan dia miliki jiwa dan raga saya. saya nak cari lelaki bakal zauj yang sentiasa membawa dan membimbing saya ke arah Allah swt ke jalan yang diredhai Ilahi. bukan setakat handsome di muka imannya tidak handsome seperti mukanya. Allahuakhbar minta di jauhkan .

****SUSAH****

memang susah bila kita dah sayang seseorang tu then dia buat kita sakit hati dan setiap kali itulah segala juraian air mata membasahi pipi saya . air mata sentiasa menemani. saat itu memang dah tak fikir apa-apa dah yang di fikirkan soalan hati dan perasaan. mana nak bawa hati ini, mana nak diluahkan perasaan cinta ini kepada simpolan dan simpolan. arghhhhhhh!! malunya kalau nak ingat balik sebab saya malu dengan diri saya sendiri. malu sebab lebih memilih cinta yang hina ke jalan maksiat hati ! kenapa saya tak pernah nampak dulu cinta Allah lebih  murni dari cinta manusia yag hanya pandai memberi kata-kata yang boleh di kategorikan sweet like candy licious (kedai gula-gula kat klcc tu ) ! cinta Allah ni tak pernah buat hambaNya menangis keresahan dan kesedihan ke araha negative. sentiasa positvitie sedang cinta manusia yang sentiasa di nodai jiwa dan hati perasaan dengan perasaan rindu, cemburu , sakit hati, bla bla bla . apa pun yang terjadi itu semua dah lepas fasal dalam kehidupan saya. saya dah pandai menilai buruk baiknya cinta manusia ni. lepas dengan kejadian dan kehadirian 2 lelaki yang sangat memberi makna dalam hidup saya . saya tekad untuk berdiri dan teguhkan cinta saya ke hadrat ilahi. dulu selalu terbayang saat diri yang hina ni memohon kecintaan manusia PadaNya sedangkan tak pernah terlintas di hati nak doa mcm ni *Ya Allah jauhkan lah dia, lenyapkan lah dia di dalam fikiran dan kehidupan aku kalau dia hadir untuk melalaikan aku untuk mengingati mu dan mencintaimu sepenuh jiwa dan raga ku * memang tak pernah nak doa mcm tu pun sebab kerana perkataan cinta dan sayang yang di semai untuk manusia-manusia yang tak pandai hargainya. Apa pun kehadiran mereka membawa seribu satu kematangan dan pengalaman yang dapat saya pelajari. walaupun mereka tak hargai saya sebagai seorang wanita yang mana mereka sanggup sakiti hati dan perasaan saya. takpe saya sentiasa doa kan yang terbaik untuk mereka. ! saat ini yang lelaki pertama sudah pun mencapai cita-citanya dalam bidang yang dia minati iaitu, photography . nama semakin meningkat naik. alhamdulillah berkat usaha mu wahai sahabat ! aku hanya titipkan sekeping doa dari tulusnya hati ini. lelaki ke dua yang mana memang berjaya saat aku kenal dia dahulu lagi pun . tapi aku masih stalk dia di laman-laman sesawang dia dan apa yang dapat aku rumuskan , aku tau kau mencari wanita sempurna menurut islam , cantik di mata mu, indah di mata nafsu mu dan paling penting kaya harta nya. aku tak mampu tergolong di kalangan itu jadi sampai harini aku tahu kau masih mencari-cari teman hidup yang biasa sempurnakan hidup mu. aku disini berdoa kepada sang Pencipta , yang maha Esa lagi maha pendengar moga kau di kurniakan segala-galanya dalam apa jua yang mu hajati.

AKU ??

aku menanti dan sentiasa yakin Allah telah menuliskan jodoh untuk ku yang mana Dia lebih mengetahui jalan hidup ku yang mana baik dan buruk. akan ku serahkan bulat-bulat pada Mu Ooh tuhan !

Tempat practical



Assalamualaikum wbt

dear dairy 

hmmmmmmmmmm... bersyukur ke hadrat ilahi sebab Allah dengan doa di setiap solat ku ini. hihih alhamdulillah di permudahkan urusan. betul kata rasulullah saw jika kau yakin dalam setiap perkerjaan mu kerana Allah Taala in sha Allah Allah sentiasa bersama mu sedekat mana pun mungkin. ya Allah bersyukur kerana di limpahi rahmat yang tidak terhingga nikmatnya ini ! okay sebelum nak mengarut macam-macam baiklah saya teruskan penceritaan pasal berita gembira ni. korang mesti da baca entri lepas yang saya dah masuk semester ke lima dalam erti kata yang lain dalam tahun akhir di University Kolej Poly Tech mara kuala lumpur. ! alhamdulillah .. tak sangka da nak habis da saya stdy dekat sini. susah senang lelah penat semua dah rasa mcm mana stdy diploma hahahha !! 

INDUSTRIAL TRAINING 

banyak jugak tempat yang saya apply termasuklah media prima TV3, TV ALHIJRAH, risda , technip (company oil n gas ) masalahnya saya punya pointer tak macam budak-budak dekan yang pandai lagi bijak sana . hihihih tapi orang kata kalau kita try tak salahkan kalau dah rezeki and Allah izikan rezeki kita kat situ memang akan terjadilah kan ! hihihih. apa pun skrg ni saya focus pada yang satu nak cerita sikit pasal apply kat mpaj tu. hahaha apply sehari jew alhamdulillah dapat feedback ! saya akan sentiasa appriciate dengan kerjasama yang orang-orang pernah bg kerjasama dengan saya .. see Allah bagi kesenangan kalau kita sentiasa berdoa dengan Allah ! ya Allah thanks sesangat !! 

okay dah sebulan hantar application ke tv alhijrah, risda and alhamdulillah saya dapat risda ! ya Allah ni lagi yang di tunggu-tunggu sebab kan risda memang sangat bagus dari segi job rotation. banyak jugak senior cakap yang bagus sesangat kalau dapat practical kat risda ! hihihihi rasa sangat bahagia sebab Allah dengar doa saya selama ini. terima kasih ya Allah atas setiap nikmat yang telah engkau kurniakan . eh okay la sampai sini jew cerita nak share kalau nak share bebanyak memang tak cukup berpage-page nak taip tapi kan sangat rasa mcm Allah sangat sedih sebab dah nak tinggalkan zaman diploma . hmmm.. hish memang sedihlah !! sebab tinggalkan kawan-kawan . apa pun selamat maju saya ucapkan kepada semua kawan-kawan yang pernah duduk setable stdy makan bla bla bla hahaha.. okay bebel da. 

Wednesday, November 13, 2013

Banyak benda bermain di fikiran

Assalamualaikum wbt,

Dear dairy

Kehidupan tak bermakna kalau kita selalu sangat duk fikir pasal keindah di dunia . hmmm.. ya Allah aku tak mampu beristiqamah kepada mu . aku tak mampu laksanakan apa jua kehendakmu. kadang aku alpa lupa. sebenarnya aku tersedar dari khayalan dunia lepas baca blog adik yasmin. ya Allah kau cucurilah rohNya di kalangan orang-orang yang beriman. aku sedekahkan al fatihah buat mu wahai saudara islam ku. hanya ini yang termampu buat aku menjenguk kisah hidup mu. seorang gadis periang ceria. banyak kisah-kisah hidupnya di muat turun di laman sesawangNya seperti blog, twitter dan instagram. bangga di mana umur beliau baru 17 tahun tapi dia boleh dan berupaya menulis blog yang sangat aku rasa rindu dengan zaman sekolah aku dulu. dia berasal dari langkawi mati akibat accident motor bersama rakan-rakan Beliau. saat melihat gambar beliau rasa mcm ya ALLAH indahnya ciptaan Mu ! kenapa kau ambil dia lebih awal. tapi apa pun semua apa yang telah tertulis oleh Allah hanya Dia yang lebih mengetahui. walaupun baru hari ini saya mengenali diri arwah dengan tulisan-tulisan di blog beliau. tpi seakan-akan tulis di blog beliau sangat hidup dan rasa seperti dia yang menulis entrynya kembali. ya Allah sungguh indah dan kuatnya impak hamba Allah ini.

moral yang saya dapat dari adik yasmin ini blog arwah yang di kendalikan oleh ibu beliau ajal maut ketentuan Ilahi dan sesungguhnya kematian itu memang tak kenal umur, pangkat dan darjat. siapa kita ? itu semua bukan yang akan membawa dan menjadi asset kita di hari akhirat kelak. Allahuarabbi . masih banyak sangat dosa yang ada di dalam diri saya yang saya tak hapuskan . masih banyak lagi masa dan segalanya perlu saya perbaiki di dalam diri ini agar sentiasa terus istiqamah. T_T

Al-fatihah buat adik yasmin


Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

dear dairy

selamat tahun baru islam dan salam maal-hijrah ! alhamdulillah kerana di beri kesempatan yang terindah ini buat diri ku ini. apa makna hijrah dalam diri kalian mungkin berbeza-beza bagi setiap individualkan ?alhamdulillah dalam dunia yang serba moden ini Allah berikan kesempatan untuk semua orang sebarkan ilmu ini . alhamdulillah terima kasih ke atas nikmat Allah swt. mudah-mudahan Allah terus menerus meredhai apa yang kita kerja kan selama ini. insha Allah..

Hijrah dalam diri saya sendiri pun banyak benda yang saya nak ceritakan. tapi kadang itu memang nak cerita memang panjang lebar kalau nak bercerita. okay saya ambil keputusan untuk cerita jugak.. hihihihi.. zaman kegemilangan saya start pada dan ketika saya berumur 15 tahun. alhamdulillah Allah berikan saya hidayah pada umur 17 tahun. ya Allah entah bagaimana perasaan ketika itu saya kurang ingat ketika mana saya ambil keputusan untuk berhijab. tapi apa yang pasti memang saya rasa kelainan dalam diri saya ketika itu. entah kenapa saat itu saya rasa memang saya memang lain dalam mengambil keputusan yang drastic. okay dalam saat di mana saya rasa memang saya perlu memulakan perubahan saya ambil keputusan itu dan saya redha.
tapi lepas jew sekolah saya bukan terus beristiqamah. kadang saya lalai dan lupa tentang kewujudan Allah dalam setiap gerak geri kita. hmmmm... dalam erti kata yang lain *saya on off jugak dalam memakai tudung* Allahuakhbar. saya tak setanding remaja islam yang mana sentiasa beristiqamah dan bertawaduk kepada Allah. kadang kalau saya singgah ke memory lama saya rasa betapa membazirnya diri saya ini ha. hmmmmm... memang banyak masa yang saya membazir. saat itu saya memang tak fikir pasal kewajiban dalam menjaga hubungan dengan Allah dan aurat pun masih membuka-buka. Allahuakhbar ! :(

Saya di tempatkan Kolej Poly Tech Mara, Kuala Lumpur. dalam jurusan Human Resource Management pada tahun 2011. Alhamdulillah dari segi duniawi saya memang tak membazir waktu saya dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas spm. walaupun saat itu keputusan spm saya kurang memberangsangkan tapi alhamdulillah saya lulus semua mata pelajaran kecuali mathetic. saya memang tak suka math. entah kenapa selepas saya jejakkan kaki saya di kolej poly tech mara ini saya rasa mcm satu perasaan yang betul-betul membantu saya untuk terus istiqamah. walhal kolej ini bukanlah seperti institusi pengajian yang menekankan dari segi aspek islamiah tapi ia membantu saya untuk terus berusaha. hmmmm.... ya Allah ..... di sini saya jumpa rakan-rakan yang sentiasa membimbing dan ada jugak rakan-rakan yang sentiasa menjatuhkan dan sentiasa melalaikan diri saya. hurmm. Allah ! tapi itu semua ujian Allah dan saya sangatlah bersyukur atas segala nikmat dan ujian Allah swt. dan setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah swt adalah menjadi seorg khalifah di muka bumi ini . dan ini memanglah sangat saya nampak dalam dan proses saya di sini. kawan-kawan saya ada berbagai-bagai jenis. ada yang jenis mempimpin ada yang jenis mempesongkan kawan-kawan sendiri. ish mcam-macam perangai yang saya jumpa. tapi itu semua atas kehendak sendiri mana jalan yang hendak kita pilih .. jangan berpaling jangan tanya orang. hurmmm.. alhamdulillah saya di jumpakan dan di kelilingi dengan manusia dan sahabat yang sangat baik.. terima kasih ya ALLAH !

SEKARANG dah semester terakhir saya di KPTM. banyak benda yang Allah makbulkan dalam kehidupan saya. contoh nya dalam pencarian usrah yang sangat saya rasa memang cari selama ini. dan kawan saya azarith nur saufia (kawan serumah, sebantal, sebilik) saya yang banyak membantu dalam misi ini. dalam usaha ini saya memang melihat dari aspek usaha dalam memantapkan aqidah dan menyiapkan diri kita. Allahuakhbar. bila kita sentiasa dekat dengan majlis ilmu rasa diri terlalu dekat dengan Allah dan tahap kecintaan rasulllah tu memang sangat meningkat dan sampai membolehkan saya menitiskan air mata saat mendengar kemuliaan rasulullah saw.

USRAH TAUTAN HATI
Disini bermulanya titik permulaan istiqamah saya. bukan senang nak tinggalkan benda yang biasa saya buat. walaupun dah tak on off pakai tudung tapi saya still balik lewat pagi , melepak dengan lelaki yang bukan mahram . masih lagi bersentuh-sentuhan dengan lelaki .. astagfirullahalazim.. bila saya masuk usrah ini saya fahami adab pergaulan saya faham dan aktiviti bersama lelaki juga di kurangkan. saya dah tidak melepak dengan tidak tentu hala. yelah mcm zaman ni ngeteh, dating, bla bla bla itu semua benda yg biasa-biasa tp bila saya faham erti penghijran saya rasa saya perlu hijrah dari kejahilan ke kebenaran. di sini ukhwah yang di bina sangat lah bermakna. ya ALLAH ! RINDU SAAT  berpelukkan bergelinangan air mata Allah sungguh hebat ukhwah yang di bina atas nama Penciptamu.   disini bermulanya saya istiqamah dan saya bertekad bersungguh-sungguh untuk tinggalkan yang lama dan buka buku baru dalam hidup saya . dari segi perubahan dan penghijrahan dari segi mental dan physical.


dan ini erti penghijrahan saya dalam diri saya. dan kalau kalian ada masa nak share cerita hidup kalian marila cerita ..






final exam


assalamualaikum

Dear dairy ,

Ya Allah !! sangat stress saat ini di mana saya memang dah rasa mcm serba salah nak buat notes and tak tau dah nak buat apa dah .. hahaha tpi masalah memang kena paksa jugak sebab dah akhir semester this sem kena pulun sampai habis and bermati-matian . and nasib lah baik sebab this sem paper ada 5 subject jew tapi agak mencemaskan saya jugak sebenarnya. memang cemas pun actually. hmmm yelah dah habis semester kan takkan la nak keep pointer mcm tu jew kan. saya bukan di kalangan pelajar yang pandai . hihih entah kadang kurang pemerhatian dalam class maybe tapi kadang berusaha eh bukan saya lebih suka buat kerja practical dari membaca dan menghafal teori.


final exam.
 5 subject hmmmmmmmmmmmm....................

ya Allah permudahkanlah segala-galanya.

amin-amin