Wednesday, November 13, 2013

Banyak benda bermain di fikiran

Assalamualaikum wbt,

Dear dairy

Kehidupan tak bermakna kalau kita selalu sangat duk fikir pasal keindah di dunia . hmmm.. ya Allah aku tak mampu beristiqamah kepada mu . aku tak mampu laksanakan apa jua kehendakmu. kadang aku alpa lupa. sebenarnya aku tersedar dari khayalan dunia lepas baca blog adik yasmin. ya Allah kau cucurilah rohNya di kalangan orang-orang yang beriman. aku sedekahkan al fatihah buat mu wahai saudara islam ku. hanya ini yang termampu buat aku menjenguk kisah hidup mu. seorang gadis periang ceria. banyak kisah-kisah hidupnya di muat turun di laman sesawangNya seperti blog, twitter dan instagram. bangga di mana umur beliau baru 17 tahun tapi dia boleh dan berupaya menulis blog yang sangat aku rasa rindu dengan zaman sekolah aku dulu. dia berasal dari langkawi mati akibat accident motor bersama rakan-rakan Beliau. saat melihat gambar beliau rasa mcm ya ALLAH indahnya ciptaan Mu ! kenapa kau ambil dia lebih awal. tapi apa pun semua apa yang telah tertulis oleh Allah hanya Dia yang lebih mengetahui. walaupun baru hari ini saya mengenali diri arwah dengan tulisan-tulisan di blog beliau. tpi seakan-akan tulis di blog beliau sangat hidup dan rasa seperti dia yang menulis entrynya kembali. ya Allah sungguh indah dan kuatnya impak hamba Allah ini.

moral yang saya dapat dari adik yasmin ini blog arwah yang di kendalikan oleh ibu beliau ajal maut ketentuan Ilahi dan sesungguhnya kematian itu memang tak kenal umur, pangkat dan darjat. siapa kita ? itu semua bukan yang akan membawa dan menjadi asset kita di hari akhirat kelak. Allahuarabbi . masih banyak sangat dosa yang ada di dalam diri saya yang saya tak hapuskan . masih banyak lagi masa dan segalanya perlu saya perbaiki di dalam diri ini agar sentiasa terus istiqamah. T_T

Al-fatihah buat adik yasmin


No comments:

Post a Comment