Friday, November 15, 2013

CERPEN SAAT SEDIH

Assalamualaikum wbt.

dear dairy , ini imaginasi saya saat sedih. saat memang benar-benar dahagakan kasih sayang. saya tulis cerpen ini pada 29 dec 2011. terperam lama di note facebook. baru nak keluarkan


CERPEN SAAT SEDIH

Langkah di atur perlahan , lemah tak bermaya , kenapa begitu hebat kau menghukum ku ya allah , Umairah mengetap bibirnya menyeka air matanya . langkah begitu lemah sehingga dia terduduk menyembah lantai. YA Allah , jika ini lah balasan atas dosa-dosa ku aku terima . sekelip mata aku hilang segala-galanya . 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umairah hanya menghabiskan masanya untuk merenung segala apa yang telah terjadi sebentar tadi . memang irfan hanya seorang sahabat tetapi bagi irfan tetapi tidak bagi Umairah . Umairah sesekali melirik kepada kad undangan perkahwinan Ifran . perbezaan antara mereka memang jauh berbeza. Umairah masih menuntut di ipts dan masih bertungkus lumus untuk menghabiskan diplomanya pada tahun ini. dan dia akan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kelak. kekuatan dan segala impiannya sentiasa di dorong oleh irfan , rakan kenalananya di laman sosial. permulaan perkenalan mereka hanya dengan bersembang di laman social itu. ikatan persahabatan mereka akhirnya di mereka mengambil keputusan untuk berjumpa di antara satu sama lain. Umairah memang sentiasa mengharapkan detik itu. tetapi jika mereka merancang untuk bertemu ada sahaja perkara yang datang menduga dan biasanya Umairah yang sentiasa di hempit dugaan itu. "hish , macam-macam benda nak jadi kalau time-time aku nak jumpa dia!" keluh hati umairah . kali pertamanya perjumpaanya di batalkan oleh umairah kerana kejadiaan yang tak diingini. Umairah kehilangan pursenya ketika dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan irfan . irfan , macam biasa sentiasa bertenang dengan jawapan umairah . perjumpaan kali ke dua di rancang sendiri oleh irfan, tanpa rasa putus asa ifran sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan umairah . kali keduanya juga gagal. umairah gagal untuk ke sana. ifran sentiasa tenang dengan jawapan umairah . kali ketiganya , ifran juga yang mengatur pertemuan mereka. kali ini umairah gagahkan juga untuk menepati janjinya . pertemuan mereka di habiskan dengan perbualan yang sentiasa mereka bincangkan ketika di laman sosial. sesekali terurai ketawa umairah sambil mendengar cerita lucu ifran. mereka sentiasa begini , macam biasa seperti berbual dan bersembang di laman sosial. umairah lebih selesa menceritakan apa yang dia rasa kepada ifran. mungkin kerana ifran seorang pemuda yang matang dan sentiasa memberi respon yang baik untuk umairah. 

Hancur sudah harapan Umairah kini. persahabatan bukan bererti kita miliki dia selamanya. Umairah tidak pernah meluahkan apa yang dia rasa terhadap ifran semenjak mereka berkawan. ketenangan dia, sikap tangunggjawab dia, budi pekertinya , teguhnya imannya itu yang membuatkan umairah sentiasa mengharapkan dia adalah jodohnya. setiap hari Umairah menulis di dairynya kata-kata semangat ifran kadang dia tersentuh dengan kata-kata ifran . ifran lelaki yang boleh membuat umairah menangisi dan memperkuatkan iman dan ibadahnya kepada Allah . ifran sumber inspirasi Umairah. bukan sahaja dari segi akhlak, malah dari segi imannya dan juga kepandaiannya . 

"Mungkin ini takdir yang mana sudah tertulis di luh mahfuz, aku dan engkau memang takkan bersama. biarlah aku sentiasa disini menanti apa yang tak pernah ada untuk aku"  itulah coretan Umairah untuk dairi nya pada hari ini . di mana hari itu adalah hari yang membahagiakan untuk ifran . Umairah menutup dairinya. " jika benar ini yang kau maksudkan aku terima ya allah. " Hari itu kesihatan Umairah tidak mengizikan untuk dia menghadiri majlis ifran. maka niatnya untuk menghadiri majlis pernikahan ifran dan pasangannya terpaksa di batalkan . 

No comments:

Post a Comment