Thursday, November 14, 2013

Kadang kita kurang hargai seseorang kalau dah depan mata


Assalamualaikum wbt

dear dairy

kadang kita kurang nak hargai seseorang kalau dia depan mata kita. ??

apa pandangan kalian ??

MEMANG pun ! apa yang terjadi di dalam kehidupan saya selama ni saya selalu akhiri dengan kesudahan yang agak sedih dan menyerah. biar kita nampak lemah saat menyerah jangan lemah di kemudian hari. ada jugak para-para pembaca blog saya tanya. awak tak pernah bercinta dengan mana-mana manusia ke? Allahuakhbar! siapa kata tak pernah .. ? hihihih pernah dan banyak pengalaman membuatkan saya lebih mengenali cinta Allah yang hakiki dan kekal ini. hahaha kalau nak imbau balik kenangan lama memang agak menyedihkan sebab kedua-dua cinta manusia yang saya anggap bole membawa pengakhiran kepada ijab kabul semua sia-sia belaka. bukan saya nak cakap semua lelaki sama. cuma hamba Allah (lelaki) yang tidak kukuh imannya yang akan mempersiakan perempuan dan hatinya. saya faham kadang perempuan kalau dah terlalu sayang mcm-mcm benda tak fikir dah kalau orang cakap pasal lelaki tu . tak kesahlah dia apa ke apa ke. hahaha tu saya pun dulu mcm tu. tapi bila dah banyak kali kena kecewakan rasanya tak layak si lelaki ini saya miliki dan dia miliki jiwa dan raga saya. saya nak cari lelaki bakal zauj yang sentiasa membawa dan membimbing saya ke arah Allah swt ke jalan yang diredhai Ilahi. bukan setakat handsome di muka imannya tidak handsome seperti mukanya. Allahuakhbar minta di jauhkan .

****SUSAH****

memang susah bila kita dah sayang seseorang tu then dia buat kita sakit hati dan setiap kali itulah segala juraian air mata membasahi pipi saya . air mata sentiasa menemani. saat itu memang dah tak fikir apa-apa dah yang di fikirkan soalan hati dan perasaan. mana nak bawa hati ini, mana nak diluahkan perasaan cinta ini kepada simpolan dan simpolan. arghhhhhhh!! malunya kalau nak ingat balik sebab saya malu dengan diri saya sendiri. malu sebab lebih memilih cinta yang hina ke jalan maksiat hati ! kenapa saya tak pernah nampak dulu cinta Allah lebih  murni dari cinta manusia yag hanya pandai memberi kata-kata yang boleh di kategorikan sweet like candy licious (kedai gula-gula kat klcc tu ) ! cinta Allah ni tak pernah buat hambaNya menangis keresahan dan kesedihan ke araha negative. sentiasa positvitie sedang cinta manusia yang sentiasa di nodai jiwa dan hati perasaan dengan perasaan rindu, cemburu , sakit hati, bla bla bla . apa pun yang terjadi itu semua dah lepas fasal dalam kehidupan saya. saya dah pandai menilai buruk baiknya cinta manusia ni. lepas dengan kejadian dan kehadirian 2 lelaki yang sangat memberi makna dalam hidup saya . saya tekad untuk berdiri dan teguhkan cinta saya ke hadrat ilahi. dulu selalu terbayang saat diri yang hina ni memohon kecintaan manusia PadaNya sedangkan tak pernah terlintas di hati nak doa mcm ni *Ya Allah jauhkan lah dia, lenyapkan lah dia di dalam fikiran dan kehidupan aku kalau dia hadir untuk melalaikan aku untuk mengingati mu dan mencintaimu sepenuh jiwa dan raga ku * memang tak pernah nak doa mcm tu pun sebab kerana perkataan cinta dan sayang yang di semai untuk manusia-manusia yang tak pandai hargainya. Apa pun kehadiran mereka membawa seribu satu kematangan dan pengalaman yang dapat saya pelajari. walaupun mereka tak hargai saya sebagai seorang wanita yang mana mereka sanggup sakiti hati dan perasaan saya. takpe saya sentiasa doa kan yang terbaik untuk mereka. ! saat ini yang lelaki pertama sudah pun mencapai cita-citanya dalam bidang yang dia minati iaitu, photography . nama semakin meningkat naik. alhamdulillah berkat usaha mu wahai sahabat ! aku hanya titipkan sekeping doa dari tulusnya hati ini. lelaki ke dua yang mana memang berjaya saat aku kenal dia dahulu lagi pun . tapi aku masih stalk dia di laman-laman sesawang dia dan apa yang dapat aku rumuskan , aku tau kau mencari wanita sempurna menurut islam , cantik di mata mu, indah di mata nafsu mu dan paling penting kaya harta nya. aku tak mampu tergolong di kalangan itu jadi sampai harini aku tahu kau masih mencari-cari teman hidup yang biasa sempurnakan hidup mu. aku disini berdoa kepada sang Pencipta , yang maha Esa lagi maha pendengar moga kau di kurniakan segala-galanya dalam apa jua yang mu hajati.

AKU ??

aku menanti dan sentiasa yakin Allah telah menuliskan jodoh untuk ku yang mana Dia lebih mengetahui jalan hidup ku yang mana baik dan buruk. akan ku serahkan bulat-bulat pada Mu Ooh tuhan !

4 comments:

  1. selalunya mmg begitu.. bila dah takde baru kita sedar betapa pentingnya mereka dalam hidup kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah manusia .. hihih jazakhallahu khair sebab baca entri kita <3

      Delete
  2. semoga awak dapat si dia yg dpt membimbing awak..semua wanita nak mcm tu..Allah xkan mengecewakan hambaNya yg taat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. in sha Allah jazakhallahu khair ! moga kamu juga :)

      Delete