Monday, November 4, 2013

SALAM MAAL HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

dear dairy

selamat tahun baru islam dan salam maal-hijrah ! alhamdulillah kerana di beri kesempatan yang terindah ini buat diri ku ini. apa makna hijrah dalam diri kalian mungkin berbeza-beza bagi setiap individualkan ?alhamdulillah dalam dunia yang serba moden ini Allah berikan kesempatan untuk semua orang sebarkan ilmu ini . alhamdulillah terima kasih ke atas nikmat Allah swt. mudah-mudahan Allah terus menerus meredhai apa yang kita kerja kan selama ini. insha Allah..

Hijrah dalam diri saya sendiri pun banyak benda yang saya nak ceritakan. tapi kadang itu memang nak cerita memang panjang lebar kalau nak bercerita. okay saya ambil keputusan untuk cerita jugak.. hihihihi.. zaman kegemilangan saya start pada dan ketika saya berumur 15 tahun. alhamdulillah Allah berikan saya hidayah pada umur 17 tahun. ya Allah entah bagaimana perasaan ketika itu saya kurang ingat ketika mana saya ambil keputusan untuk berhijab. tapi apa yang pasti memang saya rasa kelainan dalam diri saya ketika itu. entah kenapa saat itu saya rasa memang saya memang lain dalam mengambil keputusan yang drastic. okay dalam saat di mana saya rasa memang saya perlu memulakan perubahan saya ambil keputusan itu dan saya redha.
tapi lepas jew sekolah saya bukan terus beristiqamah. kadang saya lalai dan lupa tentang kewujudan Allah dalam setiap gerak geri kita. hmmmm... dalam erti kata yang lain *saya on off jugak dalam memakai tudung* Allahuakhbar. saya tak setanding remaja islam yang mana sentiasa beristiqamah dan bertawaduk kepada Allah. kadang kalau saya singgah ke memory lama saya rasa betapa membazirnya diri saya ini ha. hmmmmm... memang banyak masa yang saya membazir. saat itu saya memang tak fikir pasal kewajiban dalam menjaga hubungan dengan Allah dan aurat pun masih membuka-buka. Allahuakhbar ! :(

Saya di tempatkan Kolej Poly Tech Mara, Kuala Lumpur. dalam jurusan Human Resource Management pada tahun 2011. Alhamdulillah dari segi duniawi saya memang tak membazir waktu saya dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas spm. walaupun saat itu keputusan spm saya kurang memberangsangkan tapi alhamdulillah saya lulus semua mata pelajaran kecuali mathetic. saya memang tak suka math. entah kenapa selepas saya jejakkan kaki saya di kolej poly tech mara ini saya rasa mcm satu perasaan yang betul-betul membantu saya untuk terus istiqamah. walhal kolej ini bukanlah seperti institusi pengajian yang menekankan dari segi aspek islamiah tapi ia membantu saya untuk terus berusaha. hmmmm.... ya Allah ..... di sini saya jumpa rakan-rakan yang sentiasa membimbing dan ada jugak rakan-rakan yang sentiasa menjatuhkan dan sentiasa melalaikan diri saya. hurmm. Allah ! tapi itu semua ujian Allah dan saya sangatlah bersyukur atas segala nikmat dan ujian Allah swt. dan setiap manusia yang di ciptakan oleh Allah swt adalah menjadi seorg khalifah di muka bumi ini . dan ini memanglah sangat saya nampak dalam dan proses saya di sini. kawan-kawan saya ada berbagai-bagai jenis. ada yang jenis mempimpin ada yang jenis mempesongkan kawan-kawan sendiri. ish mcam-macam perangai yang saya jumpa. tapi itu semua atas kehendak sendiri mana jalan yang hendak kita pilih .. jangan berpaling jangan tanya orang. hurmmm.. alhamdulillah saya di jumpakan dan di kelilingi dengan manusia dan sahabat yang sangat baik.. terima kasih ya ALLAH !

SEKARANG dah semester terakhir saya di KPTM. banyak benda yang Allah makbulkan dalam kehidupan saya. contoh nya dalam pencarian usrah yang sangat saya rasa memang cari selama ini. dan kawan saya azarith nur saufia (kawan serumah, sebantal, sebilik) saya yang banyak membantu dalam misi ini. dalam usaha ini saya memang melihat dari aspek usaha dalam memantapkan aqidah dan menyiapkan diri kita. Allahuakhbar. bila kita sentiasa dekat dengan majlis ilmu rasa diri terlalu dekat dengan Allah dan tahap kecintaan rasulllah tu memang sangat meningkat dan sampai membolehkan saya menitiskan air mata saat mendengar kemuliaan rasulullah saw.

USRAH TAUTAN HATI
Disini bermulanya titik permulaan istiqamah saya. bukan senang nak tinggalkan benda yang biasa saya buat. walaupun dah tak on off pakai tudung tapi saya still balik lewat pagi , melepak dengan lelaki yang bukan mahram . masih lagi bersentuh-sentuhan dengan lelaki .. astagfirullahalazim.. bila saya masuk usrah ini saya fahami adab pergaulan saya faham dan aktiviti bersama lelaki juga di kurangkan. saya dah tidak melepak dengan tidak tentu hala. yelah mcm zaman ni ngeteh, dating, bla bla bla itu semua benda yg biasa-biasa tp bila saya faham erti penghijran saya rasa saya perlu hijrah dari kejahilan ke kebenaran. di sini ukhwah yang di bina sangat lah bermakna. ya ALLAH ! RINDU SAAT  berpelukkan bergelinangan air mata Allah sungguh hebat ukhwah yang di bina atas nama Penciptamu.   disini bermulanya saya istiqamah dan saya bertekad bersungguh-sungguh untuk tinggalkan yang lama dan buka buku baru dalam hidup saya . dari segi perubahan dan penghijrahan dari segi mental dan physical.


dan ini erti penghijrahan saya dalam diri saya. dan kalau kalian ada masa nak share cerita hidup kalian marila cerita ..






2 comments: