Monday, December 30, 2013

wanita




Wanita adalah pengerak kecemerlanggan ummah berdasarkan pembentukan akhlak dan peribadi anak- anak serta perkembangan islam.

Perjalanan hidup seseorang wanita perlulah berlandaskan syariat islam dari segala aspek disamping menjaga peribadi serta akhlak muslimah itu sendiri.

Tepatlah jika dikatakan muslimah itu adalah anak, ibu serta isteri dalam konteks kekeluargaan.

"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung."
Surah Al-Nur (24): 31

Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah R.A. isteri Rasulullah S.A.W.

Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah R.A. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.

Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.

Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak imuslim ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati,ummah terbaik.

Oleh yang demikian pihak kami merancang untuk mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan untuk para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan dari aspek perjalan hidup.


Thursday, December 26, 2013

Holiday short time jew..



Assalamualaikum w.b.t

dear dairy ,

kehidupan weyh. kalau dah banyak kerja tuh banyak sangat kerja. kalau dah duduk rumah senyap tak bergerak, tak buat kemain tak buat apa. hishh............ apa pun lagi beberapa hari jew dah nak masuk alam practical. so not bad kalau aku nak cakap yang mana aku ni jenis rasa mcm excited semacam jew kan . hahahah.. biasalah orang kalau baru nak menempuh mcm ni lah ceritanya.

Sebenarnya mcm banyak benda nak cerita. hahaha .. di waktu hujung minggu yang lalu *ayat skema bak hang* hahahaha.. aku and abg n kakak kesayangan, kakak ipar, abg ipar and anak-anak buah takde kerja g mnedaki gunung yang tinggi *GENTING HIGHLAND* nice to say that really not bad whether on there tapi masalahnya ramai sangat manusia sampai aku pun tak main satu apa pun permainan di atas tu and sekadar mengejar anak-anak buah yang nakal *alah biasalah budak baru nak membesarkan ?* aku rasa tak nakal pun sebab ada budak yang lagi nakal dari itu. so apa pun sekarang ni kena lebih bersabar dengan anak-anak comel ni. ya Allah budak-budak kalau dia nakal mcm mana pun sape sanggup nak pukul kan ?? memang tak sanggup weyh.. *Anugerah anak*

**********************

Jangan tanya pasal ticket kat aku sebab aku tak tahu pun sebab tu semua di sponsor oleh kakak and abg aku. yelah aku ni kan anak bongsu, student lagi hahahaa mana nak ada duit kalau ada pun ngam-ngam nak makan untuk diri sendiri jew hahahaa.. okay apa pun dengar ceritalah kan Genting highland nak bukak Universal Studio Malaysia dekat sana. that why la out door park di tutup so aku sempat jugak jenguk. aah memang habis dah kena roboh *maaf la tak sempat pulak nak amik gambar* hahaha. so itu jewlah yang aku tahu dari info-info yang berkenaan. kalau kau orang nak cari info ce try google. alah aku tau pun sebab ayah and abg first aku tuh part time bawak teksi . eh ayah aku memang full time so diaorang ni kalau tempat-tempat pelancongan memang pakar sikit .. so aku dgr jelah cerita abg aku tu. tapi dari pandangan aku memang baguslah kalau diaorang buat kat Sana sebab tempat ngam sejuk and aku akan jamin mesti ramai feeling-feeling macam kat USA, KAN ?? tapi tarikh jangkaan siap tu im not sure.. korg bole try search ..

so kitaorang naik dalam pukul 10.30 am and sampai dalam 11.45 am sebab rumah aku dengan genting takdelah jauh mana pun iya.. mrr2-----------straight jew sampai tol gombak. hahahaha.. so memang senang sikit perjalanan kami. apa pun kami balik dalam pukul 3.30 pm sebab akak aku dah pening and plus aku pun memang rimas tempat ramai-ramai orang ni yelah weyh.. ramai orang satu dengan ada kes budak hilang dalam 4-5min depan aku n adik beradik aku tu terus jadi lesson buat kami. tak larat nk mengejar hero and heroin abg aku .. hahaha nakal weyh eh bukan nakal tapi diaorg bijak. bdk kalau aktivif bijak .. *Harap Maklum* so kami ambil keputusan untuk pulang dengan lebih awal. so balik and sampai rumah dalam pukul 4 nak ke 5.45pm .. sempat jugak tidur kejap then malam tu kuar balik g amik barang online kakak aku shopping katanya. hahahaa then makan-makan and terus aku hempukkan diri di atas lantai ruang tamu rumah kakak aku and mmg tak sedarkan diri smpai lah ke pagi. hish sakit badan jugak malam tu sebenarnya T_T


Friday, December 20, 2013

Rezeki Punya Pasangan



Assalamualaikum wbt,

Dear dairy ,

Kalau baca blog-blog and baca status kawan-kawan aku banyak yang dah nak kahwin. tu aku cakap zaman berkawan-kawan dalam sessi umur aku ni dah takde makna dah tulah terus kahwin je orang sekarang ni. Tapi orang cakap rezeki jodoh tu Allah dah aturkan setiap HambaNya ketika di dalam rahim ibu lagi. Tapi jangan putus asa bagi yang tiada jodohnya sekarang ..

Ramai kalau aku gathering ex schoolmate ke apa ke kan mesti tanya eh kau dah ada ke ? *aku tanya balik, eh ada apa ?* ahahah biasalah aku ni jenis suka melawak bangang sikit. tapi apa pun biarlah diaorang. asalkan korang tahu couple dalam islam memang di larang. karang meleret kepada chatting, meeting, dating. last sekali bunting. ha tak pasal. aku berpegang kukuh pada Apa yang Allah dah tetapkan pada aku. walaupun aku tak punya teman istimewa saat ini aku bahagia sebab Allah hadirkan satu perasaan bersungguh-sungguh pada aku and excited tak terhingga kalau aku nak solat. kenapa nak tau ?? sebab nak share ngan Allah and nak cite semua benda kat Allah pasal aktiviti harian aku. ramai orang salah tafsir, solat tu sebab nak rapatkan hubungan dgn Allah, iya benar. and satu lagi sebab nak dating dengan Allah. sweet weyhh. malas nak cite kemanisaannya. ce try tengok...

bak kata kak ena , banyak jugak entri2 dia bagi inspirasi kalau kena bayar dgn nikmat yg patut dia dapat and nikmat yg telah Allah sediakn untuk dia skrg pun dia sanggup. orang cakap kalau kita redha kita akan tenang. tipu cakap aku tak pernah bercinta. rasanya dah banyak entri aku berbau sedih sebab frust putus cinta dgn lelaki. *zaman jahiliah*

zaman bercinta bagi aku dah habis. cintakan manusia ni takde keuntungan. last2 diri sakit. hati jadi keras. kalau cintakan Allah ni. masyallah !!indah dia susah nak ungkap dengan kata-kata. aku try cari balik ex-ex lama aku. bukan nak menunjukkan tapi matlamat aku satu hari nanti aku nak say sorry and nak cakap saya dah maafkan semua doa awak kat saya sebab itu lah yg lebih menenangkan hati manusia bila memaafkan org sebab apa tau tak ? sebab time putus cinta dulu habis menyumpah seranah .. *zaman jahiliah* tapi sekarang manusia ni selalu berpura-pura. kan kan ?? konon nak cinta suci walhal cinta Allah pun dak kenal..


so apa pun bersyukur lah kerana kalian masih punya masa nak spend time sorg2. punya masa nak keluar jejalan seseorang. xdelah nak fikir nak celebrate hari jadi kekasih ke apa ke. dan jimatkan cos nak dating hahaha.. heipp !! jgn dating cara haram tak baik. dating cara halal.

wsalam

Saturday, December 14, 2013

Rindu nak bermain dengan lensa kamera

Assalamualaikum wbt

Dear Dairy,

Hmmmmmmmmmmmm............rasanya memang dah lama sangat saya buang perasaan saya dekat camera. di mana dahulu saya baru mula nak menapakkan diri di dalam bidang ini tetapi itulah ada sahaja yg menghalang and tak suka. xpe saya redha dengan ketentuaanya. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNYA. so ni nk luah sikit perasaan rindu hmmmmmm... banyak benda yg saya nak plan kalau dah kerja nnti maklumlah saya ni bukannya anak orang berada nak meminta dekat ayah and mak mcm-macam. alah laptop sekarang ni pun ha kakak yg belikan sebab belas kasihan. hahaha memang tulah hakikatnya terima kasih iya kakanda yg sentiasa support diri ini. tapi itulah kakanda saya juga yang tak suka kalau saya sentiasa nak berharap dan menaruh atau dalam erti kata yg lain bergantung kepada dunia seni. lebihkan kemahiran dalam bidang yg lebih koperat and formal. okay takpe itulah yg saya belajar sekarang. belajar lebih memahami dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah dan sentiasa Yakin Allah adalah sebaik2 perancang.

korg yg mana dah lama follow blog ini mesti tau kecintaan saya terhadap photography kan . so nah layan blog ini . http://myeyesmymindmysoul.blogspot.com/

Friday, December 13, 2013

Cinta High Class dan Low Class



Assalamualaikum wbt

dear dairy ,

Kehadapan kepada para pembaca saya yang kadang sudi membaca artikel merepek rekaan saya sendiri ini dan kadang memang tak masuk dek akal. hahaha.. tapi apa pun dalam kehidupan dengar lah apa pun yang cuba di sampaikan walaupun ianya dari seorang perompak. see islam tu maha suci lagi indah tidak memilih status walau apa jua pun status kita. okay berbalik kepada topic atau headline di atas. alhamdulillah syukur ke hadrat illahi bila mana kita sentiasa bertaqwa kepada Allah swt rasa diri ini kerdil sangat cinta yang Allah limpahkan pada kita tidak terkira indah dan banyaknya. Allahu ! sesungguhnya baru aku sedar yang dikau sangat dan sentiasa mencintai hamba-hamba Mu ini. masakan tidak cinta , Allah sentiasa mengatur setiap perbuatan kita dengan menurunkan ayat-ayat Al-quran yang berupa peringatan di dunia dan akhirat. Allahu .. terima kasih yang tidak terhingga dengan limpahan kasih sayang mu ini. cuma itulah kadang kita (saya) sendiri kurang nampak dengan cinta-cinta dan kasih sayang Allah ini . dahulu lagilah .. hishh takpe dalam islam apa yang sudah menjadi sejarah hitam lebih elok di tinggalkan dan teruslah melangkah menuju kebahagiaan. dan bukankah setiap Makhluk @ hamba Allah ini di ciptakan di akhirnya untuk bahagia ??

Nak bahagia tanya diri sendiri ...

So dalam pencarian kebahagian yang kekal abadi , banyak juga yang perlu di ambil kira. contohnya pemilihan pasagan hidup yang berlandaskan agama. kuat agamanya lagi kuat bimbingan nya terhadap kamu ke arah tuhan mu. ewah kemain dah banyak bercakap bab jodoh. rasanya baru semalam habis sekolah menengah dan baru semalam lewati zaman ke anak-anakkan . baru semalam saya buat silap dan salah baru semalam rasanya ruginya hidup sebagai seorang remaja yg di didik dalam suasana islam tapi tidak pernah sayangkan islam dan kenal nabi Muhammad saw secara lebih dekat. Allahu ! sesungguhnya manusia ini memang di dalam kerugiaan dalam mencari harta dunia yang tak pernah rasa cukup yang tak pernah rasa banyak walhal itulah yang melalaikan diri kita dalam mengingati tuhan yang satu lagi maha Esa. okay berbalik kepada Cinta Low Class yang membawa maksud, bila mana hati dan jiwa raga kita telah di serahkan seluruhnya kepada dunia. Allahuakhbar bahaya bila mana hati kita dah jatuh cinta dengan keindahan dan kelalain dunia. lupakah kita bahawa rasulullah sentiasa bersederhana dalam kehidupan baginda? tapi islam juga tak mencegah kalau umatnya mahu duduk di dalam zone selesa asalkan mengingati Allah swt jangan jadi pelupa. yelah manusia kan bila Allah dah limpahkan kesenangan lupalah kan kadang. so bercakap mengenai cinta low class. terlalu sangat mencintai kebendaan dunia ni ha.. hmmm kadang saya sendiri takut. kalau bg saya sendiri saya akan bahagikan cinta low class ini kepada dua bahagian di mana pertama cinta kepada kebendaan dan ke duanya cinta yg tidak berlandaskan syarak. sering kali saya memetik hujah-hujahan murobbi kesayangan dalam usrah tautan hati, cinta yg duk asyik dating, meeting bla bla bla last last bunting itu yg bahaya. bila mana seseorang sanggup dan dah berani dekati jalan zina itu yg membahayakan .. tersentuh bila mana ada di dalam hujah-hujah insan yg Allah dtgkan di dalam hidup ku dan rakan-rakan seperjuangan di dalam Usrah Tautan Hati ini bila mana acap kali Ustazah menyentuh bab-bab cinta yg lebih suci di mata Allah. Allahu !! terkesima saya apabila mendengar setiap butir kata yg di ibaratkan seperti mutiara yg keluar dri mulut beliau yg sentiasa dan sampai skrg saya jadikan panduan dan sentiasa ingat *bahawa wanita mawar berduri lebih berharga dan bernilai dari sebuah permata yg harganya berjuta-juta ringgit *

Bagaimana pula untuk menterjemahkan cinta high classs ??
dalam konteks mengenal dan sentiasa dahagakan cinta dr yg Esa kena ada tarbiah dalam diri. kalau dulu saya rasa dengan menjaga solat 5 waktu sudah membantu saya dalam mendekatkan diri kepada Allah swt tetapi ternyata saya lebih silap mentafsir. itu namanya org nk berhijrah tapi tak guna akal panjang sikit. dalam islam ilmu sangat-sangat di tuntut untuk menuntutnya. sedangkan Rasulullah juga di ajar oleh para malaikat dalam wahyu-wahyu Allah. *saya tidak berkemahiran dalam menterjemahkan hadis-hadis sahih dan cerita-cerita Rasulullah saw* doakan in sha Allah satu hari nanti ada kemahiran yg boleh membawa kepada yang lebih baik. dulu saya tak pernah hadiri majlis-majlis ilmu yg berupa usrah dan majlis taalim. ya Allah sombong nya ketika itu saat itu kalau di fikirkan balik. tapi apa pun setiap kejahilan pasti Allah datangkan cahaya yg sentiasa menyinari kehidupan Manusia *hambaNya* dalam erti kata yg lain Hidayah. kalau cinta high class, lebih mencintai Akhirat dan menyerahkan seluruh jiwa dan raganya Kepada Allah swt . sedangkan Rasulullah saw sentiasa dalam bersederhana dalam kehidupan ini kan kita ?? ALLAH .. ALLAH ....ALLAH.. cinta high class juga dapat di definisi kan sebagai cinta Kan Allah lebih dari segalanya. Allahuakhar. selalu mengingati Sang pencipta yg tidak pernah tidur dan lupa. sedangkan kita hamba-Nya kerap lupa akan kewujudan Dia. cinta high class di dalam konteks dan dalam versi pencintaan antara lelaki dan wanita juga boleh di definisikan sebagai , cintakan seorang lelaki mahupun wanita yang mana cinta itu di benarkan dan di terima dan berlandaskan syarak . siapa yang mampu ikut syarak ini memang saya sangat respect. sebagaimana bahan ilmu dan novel islamic yang saya baca dari murobbi saya , ustazah fatimah syarha, cinta high class, dalam novel dia banyak pengajaran dan pembelajaran yg dapat di praktikkan dalam diri dan kehidupan seharian . walaupun baru sekali saya membaca buku beliau dan itu ada buku pertama beliau yg saya baca. Allah sudah membawa 1000 kesan yg mendalam di dalam diri saya inikan kalau di baca semua hasil karya beliau. mahu di hafal semua kata-kata mutiara Beliau.. Allah indahnyalah bila mana Allah aturkan pertemuaan dikala kita sendiri tidak menyangka itu adalah jodoh kita. ya Allah itu dah memang ketentuan Klau ianya sudah tertulis di lul mahfuz. so dalam mencari cinta yg high class. kenali si wanita melalui walinya bukan dengan melamar nya dengan ajakkan dan godaan-godaan romantis dan ketahuilah kalian bahawa syaitan mempunya 1001 macam jalan dan cara untuk menjatuhkan kita ke jalan-jalan zina . Allahuakhbar minta di jauhkan . lelaki jadilah lelaki yg terpuji akhlaknya di julang namanya di sebabkan ketundukkan pandangan kalian terhadap kaum wanita dan kaum hawa jadilah semulia dan se cerdik fatimah binti to'if di pinang oleh muawiyah bin abi suffian dan juga abu jaha. apa yg fatimah binti to'if buat sangat rasional di mana beliau pergi mencari info atau tentang peribadi muawiyah dan abu jaha melalui orang yg paling kenal mereka.. okay berbalik kepada topic kita , kenapa perempuan perlu bijak ? bijak memilih adalah lambang dan permulaan dalam membina institusi kekeluargaan yg berlandaskan tuntunan islam. dalam ini hal juga penting kaum hawa memainkan peranan sebagai mawar berduri jgn terlalu menyerah dan murah untuk tatapan kaum lelaki yg bukan dan tidak berhak sama sekali melihat kecantikkannya. so apa pun itu semua bermulanya dari pada tarbiah yg berterusan di dalam diri kita.

apa pun artikel peribadi saya ini akan di sambung lagi. di lain hari In Sha Allah.

Walau apa pun yg berlaku dan apa yang boleh di tafsirkan semua jawapan terletak di tangan kita sama ada mahu memilih Cinta Yang High Class mahupun memilih Cinta Low Class dalam melayari bahtera kehidupan. jum sama-sama tarbiah diri kita. In Sha Allah moga di beri taufik dan hidayah daripada Allah swt..

ameeennnn..


Thursday, December 12, 2013

TEMPAT PRACTICLE

Assalamualaikum w.b.t

Dear dairy,

Allahuakhbar! alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana Allah permudahkan usaha dan setiap kerja dalam kerja sehariaannya. alhamdulillah. okay .. nak cerita sikit pasal tempat practical nak cite kalau nk sikt memang panjang sebab iyalah hahaha dari sem 1-5 tak sangka sampai ke tahap ini dah kejayaan yang dah berjaya saya tempoh sebab dulu sangat tak sangka bole habiskan diploma dalam bidang and course yang memang tak terfikir. itulah org cakap manusia hanya merancang Allah SWT yg menentukannya. tempat practical yang sangat-sangat di tunggu memang di tunggu sangat . okay .. di sebalik nk membebel okay lah jum kembali menerjah kepada topic asal. okay sebenarnya memang banyak sangat apply kat company yg dari kecik-kecik and ke company yang besar-besar. alhamdulillah doa, usaha, tawakal. so itu yang di ajar bila mana kita sebagai seorang islam ini yang kena practickan dalam kehidupan seharian kita.

Ada jugak kawan-kawan yang mana memang dah nak putus asa pasal semua benda ni tapi tulah saya meamng bantu mana yang bole di bantu sebab itu kan kawan-kawan mana tau satu hari ini kita senang mana tau nanti di kemudian hari Allah jadikan kita susah entah di hari itu mereka yg Allah hadirkan dalam menyelesaikan dan tolong kita kan ?? ok dah habis bebel pasal part tu. ok saya ada apply risda, mpaj , tv alhijrah. alhamdulillah kerana saya memang dapat feedback yang positive . alhamdulillah . mpaj, tv alhijrah tp apa pun yang perlu di pilih hanyalah 1. so saya dengan bebesar hati memang terus berharap dengan risda. and sebab itulah yg bagus dan ada jugak dengar daripada senior-senior yang mana di risda job rotation dia kasi kat students memang bagus and cara dia train students memang sangat bagus.alhamdulillah sebab dapat risda walaupun result takde la power mana pun hahaha .. *malu nak khabar kita nya reslut* tapi orang cakap kalau dah rezekikan ?? memang itulah yang telah di tulis Allah . and kita ni sebagai hamba-Nya kenalah berusaha .


Fadhilat kebaikkan dan kelebihan bersolat Malam *Tahajjud*

Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.
Artikel adalah sumbangan dari : Saudara Rosli Hanip

Tuesday, December 10, 2013

Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Assalamualaikum w.b.t

dear dairy .. rasanya mcm nak cerita benda yang berfaedah sikit hari ini sebab blog yang saya bina ini memang bercita-cita sangat boleh jadi bahan rujukkan untuk semua yang nak belajar pasal ilmu keduniaan. hhahahah kehidupan kadang tak memerlukan pelajaran hanya di praktikkan sudah mencukupi pakai comman sense la korg .. okay di sini tokoh yg aku kagumi dan terima kasih yang tidak terhingga buat murrabi yg di kasihi Ustazah Fatimah syarha yg banyak menyebut nama ulamak dan tokoh kebesaraan ini. semoga penyampaian ilmu beliau dapat menyebarkan bahagia dan mudah-mudahan Allah yg mampu membalas dengan balasan yg baik buat mereka-mereka yg berjihad ke jalan Allah swt. in sha Allah <3 p="">





NAMA : Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi  (Bahasa Arabيوسف عبدالله القرضاوي‎) 

LATAR BELAKANG

  •  Adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal.
  •  Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research
  • Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
  • Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.

CORETAN HIDUP NYA : 

  • Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926.
  • Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. 
  • Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. 
  • Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

  • Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. 
  • Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

KERJAYA 

  • Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. 
  • Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. 
  • Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.
  • Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden.
  •  Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad.
  •  Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-GhazaliIbn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini.



COPY PASTE jew kat sini try la baca kalau nk kaji lebih banyak lgi 

BIG BAD WOLF BOOK SALE

Assalamualaikum w.b.t

dear dairy ,

Alhamdulillah di kesempatan ini dapat jugak nak mai and jejakkan kaki kat big bad wolf book sale. alhamdulillah dengan keizinan Allah . malam tu lepas majlis taalim tak terniat pun nak pi tapi kak yana beria ajak teman katanya sebab takde orang teman dia, so aku mesti lah yes sebab pencinta buku. tapi tu ah kadang malas membaca tu datang sabar jap memang satu buku pun aku tak baca. hahaha malam tu bukan la nak malam sangat tapi dah siang dah pun hahahah lewat malam atau lebih tepat dengan awal pagi hahaha dalam pukul 4 am mcm tu kitaorg dah ada kat sana . hahaha memilih buku sabar jap sampai ke pukul 8 lebih keluar dari sana. hahaha tak ke gila buku tuh namanya. hahaha so hasil tangkap untuk hari pertama adalah hanya 2 buah buku yg mana aku dah malas gila nak pilih sebab ngantuk. hahahha apa pun alhamdulillah dapat jugak bahan ilmiah yg boleh isi kekosongan kalau tgh sunyi and dahagakan ilmukan ?

BALIK TU TERUS TIDOR TAK SEDARKAN DIRI *********************

Hari kedua memang saje nak ajak mia and iffa biar dia gila sikit. mia kawan baik aku. kecenderungan dia terhadap buku memang susah sikit sebab dia bukan jenis minat membaca. kalau iffa tak payah cakap novel english dah banyak dah yg dia dah khatam . chicken soup aku ingat lagi buku fav dia. bgs tau buku tu banyak beri motivation. hahaha hari kedua ni keluar rumah pda pukul 2.30 dan selamat hantar semua dia pukul 6.50 mcm tu sebab aku tepat sampai rumah pukul 7.15am. hahaha balik tu terus g menepek jap tidur rumah kak tiah sebab dah share kete ni hahaha so after pakai kenalah hantar balik kereta kat umah tuan dia. hahaha

so apa pun just nk beri tahulah bgs lah kalau sale2 yg sedemikian rupa yg di buat sebab kan yelah sekali gus memang dapat memupuk minat pembaca. bukan apa kadang buku pun mahal so kadang tu yang membuat terbantut sikit nak beli tu jenis manusia yang suka fikir dua kali kalau nak kuarkan duit ke jalan ilmu kalau jenis mcm aku .. hish memang nak beli tu la tpi duit tu selalu jew kering jenis aku kalau ada duit memang terus borong banyak2. hihihih..

so nah tatapan kasi jealous sikit kat uols yg tak leh gi tuh. hahaha