Friday, December 13, 2013

Cinta High Class dan Low Class



Assalamualaikum wbt

dear dairy ,

Kehadapan kepada para pembaca saya yang kadang sudi membaca artikel merepek rekaan saya sendiri ini dan kadang memang tak masuk dek akal. hahaha.. tapi apa pun dalam kehidupan dengar lah apa pun yang cuba di sampaikan walaupun ianya dari seorang perompak. see islam tu maha suci lagi indah tidak memilih status walau apa jua pun status kita. okay berbalik kepada topic atau headline di atas. alhamdulillah syukur ke hadrat illahi bila mana kita sentiasa bertaqwa kepada Allah swt rasa diri ini kerdil sangat cinta yang Allah limpahkan pada kita tidak terkira indah dan banyaknya. Allahu ! sesungguhnya baru aku sedar yang dikau sangat dan sentiasa mencintai hamba-hamba Mu ini. masakan tidak cinta , Allah sentiasa mengatur setiap perbuatan kita dengan menurunkan ayat-ayat Al-quran yang berupa peringatan di dunia dan akhirat. Allahu .. terima kasih yang tidak terhingga dengan limpahan kasih sayang mu ini. cuma itulah kadang kita (saya) sendiri kurang nampak dengan cinta-cinta dan kasih sayang Allah ini . dahulu lagilah .. hishh takpe dalam islam apa yang sudah menjadi sejarah hitam lebih elok di tinggalkan dan teruslah melangkah menuju kebahagiaan. dan bukankah setiap Makhluk @ hamba Allah ini di ciptakan di akhirnya untuk bahagia ??

Nak bahagia tanya diri sendiri ...

So dalam pencarian kebahagian yang kekal abadi , banyak juga yang perlu di ambil kira. contohnya pemilihan pasagan hidup yang berlandaskan agama. kuat agamanya lagi kuat bimbingan nya terhadap kamu ke arah tuhan mu. ewah kemain dah banyak bercakap bab jodoh. rasanya baru semalam habis sekolah menengah dan baru semalam lewati zaman ke anak-anakkan . baru semalam saya buat silap dan salah baru semalam rasanya ruginya hidup sebagai seorang remaja yg di didik dalam suasana islam tapi tidak pernah sayangkan islam dan kenal nabi Muhammad saw secara lebih dekat. Allahu ! sesungguhnya manusia ini memang di dalam kerugiaan dalam mencari harta dunia yang tak pernah rasa cukup yang tak pernah rasa banyak walhal itulah yang melalaikan diri kita dalam mengingati tuhan yang satu lagi maha Esa. okay berbalik kepada Cinta Low Class yang membawa maksud, bila mana hati dan jiwa raga kita telah di serahkan seluruhnya kepada dunia. Allahuakhbar bahaya bila mana hati kita dah jatuh cinta dengan keindahan dan kelalain dunia. lupakah kita bahawa rasulullah sentiasa bersederhana dalam kehidupan baginda? tapi islam juga tak mencegah kalau umatnya mahu duduk di dalam zone selesa asalkan mengingati Allah swt jangan jadi pelupa. yelah manusia kan bila Allah dah limpahkan kesenangan lupalah kan kadang. so bercakap mengenai cinta low class. terlalu sangat mencintai kebendaan dunia ni ha.. hmmm kadang saya sendiri takut. kalau bg saya sendiri saya akan bahagikan cinta low class ini kepada dua bahagian di mana pertama cinta kepada kebendaan dan ke duanya cinta yg tidak berlandaskan syarak. sering kali saya memetik hujah-hujahan murobbi kesayangan dalam usrah tautan hati, cinta yg duk asyik dating, meeting bla bla bla last last bunting itu yg bahaya. bila mana seseorang sanggup dan dah berani dekati jalan zina itu yg membahayakan .. tersentuh bila mana ada di dalam hujah-hujah insan yg Allah dtgkan di dalam hidup ku dan rakan-rakan seperjuangan di dalam Usrah Tautan Hati ini bila mana acap kali Ustazah menyentuh bab-bab cinta yg lebih suci di mata Allah. Allahu !! terkesima saya apabila mendengar setiap butir kata yg di ibaratkan seperti mutiara yg keluar dri mulut beliau yg sentiasa dan sampai skrg saya jadikan panduan dan sentiasa ingat *bahawa wanita mawar berduri lebih berharga dan bernilai dari sebuah permata yg harganya berjuta-juta ringgit *

Bagaimana pula untuk menterjemahkan cinta high classs ??
dalam konteks mengenal dan sentiasa dahagakan cinta dr yg Esa kena ada tarbiah dalam diri. kalau dulu saya rasa dengan menjaga solat 5 waktu sudah membantu saya dalam mendekatkan diri kepada Allah swt tetapi ternyata saya lebih silap mentafsir. itu namanya org nk berhijrah tapi tak guna akal panjang sikit. dalam islam ilmu sangat-sangat di tuntut untuk menuntutnya. sedangkan Rasulullah juga di ajar oleh para malaikat dalam wahyu-wahyu Allah. *saya tidak berkemahiran dalam menterjemahkan hadis-hadis sahih dan cerita-cerita Rasulullah saw* doakan in sha Allah satu hari nanti ada kemahiran yg boleh membawa kepada yang lebih baik. dulu saya tak pernah hadiri majlis-majlis ilmu yg berupa usrah dan majlis taalim. ya Allah sombong nya ketika itu saat itu kalau di fikirkan balik. tapi apa pun setiap kejahilan pasti Allah datangkan cahaya yg sentiasa menyinari kehidupan Manusia *hambaNya* dalam erti kata yg lain Hidayah. kalau cinta high class, lebih mencintai Akhirat dan menyerahkan seluruh jiwa dan raganya Kepada Allah swt . sedangkan Rasulullah saw sentiasa dalam bersederhana dalam kehidupan ini kan kita ?? ALLAH .. ALLAH ....ALLAH.. cinta high class juga dapat di definisi kan sebagai cinta Kan Allah lebih dari segalanya. Allahuakhar. selalu mengingati Sang pencipta yg tidak pernah tidur dan lupa. sedangkan kita hamba-Nya kerap lupa akan kewujudan Dia. cinta high class di dalam konteks dan dalam versi pencintaan antara lelaki dan wanita juga boleh di definisikan sebagai , cintakan seorang lelaki mahupun wanita yang mana cinta itu di benarkan dan di terima dan berlandaskan syarak . siapa yang mampu ikut syarak ini memang saya sangat respect. sebagaimana bahan ilmu dan novel islamic yang saya baca dari murobbi saya , ustazah fatimah syarha, cinta high class, dalam novel dia banyak pengajaran dan pembelajaran yg dapat di praktikkan dalam diri dan kehidupan seharian . walaupun baru sekali saya membaca buku beliau dan itu ada buku pertama beliau yg saya baca. Allah sudah membawa 1000 kesan yg mendalam di dalam diri saya inikan kalau di baca semua hasil karya beliau. mahu di hafal semua kata-kata mutiara Beliau.. Allah indahnyalah bila mana Allah aturkan pertemuaan dikala kita sendiri tidak menyangka itu adalah jodoh kita. ya Allah itu dah memang ketentuan Klau ianya sudah tertulis di lul mahfuz. so dalam mencari cinta yg high class. kenali si wanita melalui walinya bukan dengan melamar nya dengan ajakkan dan godaan-godaan romantis dan ketahuilah kalian bahawa syaitan mempunya 1001 macam jalan dan cara untuk menjatuhkan kita ke jalan-jalan zina . Allahuakhbar minta di jauhkan . lelaki jadilah lelaki yg terpuji akhlaknya di julang namanya di sebabkan ketundukkan pandangan kalian terhadap kaum wanita dan kaum hawa jadilah semulia dan se cerdik fatimah binti to'if di pinang oleh muawiyah bin abi suffian dan juga abu jaha. apa yg fatimah binti to'if buat sangat rasional di mana beliau pergi mencari info atau tentang peribadi muawiyah dan abu jaha melalui orang yg paling kenal mereka.. okay berbalik kepada topic kita , kenapa perempuan perlu bijak ? bijak memilih adalah lambang dan permulaan dalam membina institusi kekeluargaan yg berlandaskan tuntunan islam. dalam ini hal juga penting kaum hawa memainkan peranan sebagai mawar berduri jgn terlalu menyerah dan murah untuk tatapan kaum lelaki yg bukan dan tidak berhak sama sekali melihat kecantikkannya. so apa pun itu semua bermulanya dari pada tarbiah yg berterusan di dalam diri kita.

apa pun artikel peribadi saya ini akan di sambung lagi. di lain hari In Sha Allah.

Walau apa pun yg berlaku dan apa yang boleh di tafsirkan semua jawapan terletak di tangan kita sama ada mahu memilih Cinta Yang High Class mahupun memilih Cinta Low Class dalam melayari bahtera kehidupan. jum sama-sama tarbiah diri kita. In Sha Allah moga di beri taufik dan hidayah daripada Allah swt..

ameeennnn..


No comments:

Post a Comment