Tuesday, December 10, 2013

Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Assalamualaikum w.b.t

dear dairy .. rasanya mcm nak cerita benda yang berfaedah sikit hari ini sebab blog yang saya bina ini memang bercita-cita sangat boleh jadi bahan rujukkan untuk semua yang nak belajar pasal ilmu keduniaan. hhahahah kehidupan kadang tak memerlukan pelajaran hanya di praktikkan sudah mencukupi pakai comman sense la korg .. okay di sini tokoh yg aku kagumi dan terima kasih yang tidak terhingga buat murrabi yg di kasihi Ustazah Fatimah syarha yg banyak menyebut nama ulamak dan tokoh kebesaraan ini. semoga penyampaian ilmu beliau dapat menyebarkan bahagia dan mudah-mudahan Allah yg mampu membalas dengan balasan yg baik buat mereka-mereka yg berjihad ke jalan Allah swt. in sha Allah <3 p="">





NAMA : Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi  (Bahasa Arabيوسف عبدالله القرضاوي‎) 

LATAR BELAKANG

  •  Adalah seorang cendekiawan Islam dari Mesir yang terkenal.
  •  Beliau merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (European Council for Fatwa and Research
  • Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (International Association of Muslims Scholars).
  • Beliau adalah Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia dan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia.

CORETAN HIDUP NYA : 

  • Syeikh al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926.
  • Beliau mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. 
  • Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. 
  • Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.

  • Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. 
  • Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).

KERJAYA 

  • Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. 
  • Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. 
  • Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang.
  • Banyak ilmuwan menyifatkan beliau sebagai seorang mujtahid pada Era Moden.
  •  Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad.
  •  Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-GhazaliIbn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan tulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh ini.



COPY PASTE jew kat sini try la baca kalau nk kaji lebih banyak lgi 

2 comments:

  1. nice sharing..kerap dengar namanya disebut-sebut sebagai rujukan bila menonton rancangan berbentul keagamaan di tv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan alhamdulillah nama2 ulamak sudah semakin famous drpd artis2 kpop dan artis2 yg tidak layak langsung di jadikan contoh

      Delete