Thursday, January 9, 2014

Kisah penghijrahan aku

Assalamualaikum wbt

Dear dairy 

*gementar nak tulis kisah penghijrahan saya,malu pun ada tapi harini saya ambil keputusan untuk tulis dan share pada kalian* 

Kisah penghijrahan saya bukan lah menarik seperti kisah penghijrahan artis-artis tanah air yg dapat liputan hangat. Biar kisah penghijrahan ini menjadi hambar tetapi terkesan di hati ini. *deep* 

Bermula dari tingkatan 5 ketika di bangku sekolah. Spm dah nak start da time tu . Biasalah remaja masih mencari-cari identiti sebenar. Saya bukan jenis yg kenal dengan tudung dan baju-baju gebeh *tutup aurat* zaman baru nk up zaman ni. Adalah terikut dengan budaya budaya barat punya pemakaian. Skirt la apa lah *zaman jahiliah* sampailah seru bila mana Saya ni tgk drama melayu selalu before maghrib tu ada ,rafidah ibrahim tak silap saya,dia berlakon dalam keadaan sopan santun pakai tudung sarung comey sangat that time. Allahu! Time tu terus cakap kat mak "mak adik nk pakai tudung lah" hari minggu tu jugak mak bawak g beli tudung sarung kat jalan TAR. Mak siap cakap kat org yg jual tudung tu *takpe orang nk tutup aurat kita belikan* kakak tu sengih tanda setuju. Happy gila that time hahah . 

Habis spm adalah jugak on off dalam erti nak cari kefahaman yg sebenar-benarnya. Dalam hati and iman saya masih goyang time tu sebab *yelah budak baru habis spm fikir nk enjoy and lepak sana sini jew* ada jugak kawan-kawan tegur yang "eh nik asal kau on off ek bukak tudung", tak baik lah apalah. *terima kasih kerana jadi sahabat yg prihatin* jasa kalian mmg di kenang sehingga sekarang. 

Masuk alam college 

Zaman ni dah ada konflik sikit dalam hidup saya. saya mula start belajar berdikari untuk hidup sendiri. Walaupun rumah dengan college takdelah jauh mana tapi saya ambil keputusan untuk duduk dekat hostel sebab saya tak pernah ada pengalaman duduk dekat hostel mcm abg n akak saya. Yeay zaman ni bukan zaman "baru nak kenal dunia bagi saya" sebab sepanjang saya remaja semua benda yg enjoy2 saya da settle and sapu bersih. "Takat gi clubbing mabuk2 dah abis zaman da" tapi bukan cool jijik nya nak ungkap balik :( . Tapi itu reality. Semester pertama dalam college banyak mengajar saya. Jadi lebih tenang dan matang dan belajar untuk faham dunia .

Semester ke dua pindah di rumah sewa sendiri bersama teman-teman seperjuangan. Banyak benda bebas nak buat. Tapi saya lebih memilih untuk hadkan apa yg di larang. "Memanglah kena bahaya tau" rumah sewa saya mmg di haramkan kaum lelaki nak jejak. "Mungkin dah terbiasa dgn tarbiah mak dan larangan dalam islam" disini sayadapat lihat gelagat rakan-rakan kadang nakal. "Ikut hangpalah janji tak kacau aku" 

2 tahun setengah saya di KPTM dari kolej dah tukar nama ke Kolej University. Banyak ajar dan didik saya untuk lebih jadi kuat. Walaupun bukan dalam environment yg mana seperti UIA tapi entah saya rasa seperti berada di UIA. Disini saya belajar erti kawan, susah senang seorg pelajar, hormati guru dan tarbiah diri dr dalam. 

Pernah dulu penghijrahan saya hanya sekerat jalan. Entah bagaimana ada seorg hamba Allah yg sangat prihatin terhadap saya tarbiah saya dari segi perkataan. Hanya dia yg berani tegur kesalahan saya. Walaupun hanya dari pemakaian saya. Tapi itu sungguh terkesan pada saya sehingga hari ini. 
*ini part paling memalukan dalam diri saya* 

Sudah Allah tuliskan sebuku surat cinta(Al-Quran) buat kita sekalian manusia,sudah Allah hantarkan wahyunya pada Kekasih hati Nya. Tapi saya masih buta dalam mencari  erti kasih sayang dan cinta yg kekal abadi ini. 

Perkenalan singkat antara kami dalam laman sosial. (Perkenalan singkat kami mengambil masa dalam 1 tahun untuk kami berbual-bual di laman sosial facebook). Kami share minat yg sama dalam bidang seni photo. Ketika itu saya bahagia syukur tidak terhingga kepada Allah dgn harapan lelaki itu adalah jodoh kekal bg saya. Tapi jangkaan kita dalam kehidupan mmg slalu salah. Allah lah yg menentukan. Bukan kita yg tahu apa yg bakal terjadi di kemudian hari dan bukan kita yg menentukan siapa jodoh kita. Alim , lemah-lembut dan sifat keislamaan nya sangat terpuji di mata saya. Kebetulan org ngeri ayah pulak. 

Harapan demi harapan saya tabur pada manusia lalu ia menunjukkan kekecewaan. Kekecewaan demi kekecewaan. Allah nak tarik saya dr kencah maksiat dan kencah perhubungan yg tidak halal dan di samping itu Allah buka mata saya tentang dia yg bernama lelaki ini. Hari demi hari kekecewaan mmg jelas terpancar di wajah saya. Mata tak dapat nk tipu dan hati jadi gelisah. 

Sahabat yg baik budi perketi faham apa yg saya alami. sampailah dia risau tgk keadaan saya yg sentiasa nk berdendam. ya Allah saat ini tuhan sahaja yang tahu. Tarbiah demi tarbiah, pujukkan demi pujukan yg saya buat untuk diri sendiri dan hati ini. Lalu ia bertukar menjadi benci, dendam. 

Smpai lah saya di perkenalkan dgn usrah dan bulatan gembira :) Allahu! Saat ini fikiran tidak lagi fikirkan si lelaki ini dan hati mula berlapang dada memaafkan org di sekeliling dan org yg pernah menyakiti hati saya.saat ini tarbiah yg menusuk di kalbu dan baru lah saya sedar sesungguhnya cinta lelaki ini menyesakkan. Harapan yg saya letakkan pada manusia ini hanyalah bersifat sementara.

Kesimpulannya tak malu saya nak luahkan dan sharekan bersama kalian yang mana kadang kekecewaan bukanlah satu benda negative yang kita  boleh pandang sebelah mata. kadang ia yang mengajar kita untuk jadi lebih kuat, tabah dan sekental Sumaiyyah. Allahu ! Alhamdulillah di atas apa yang di rancangkan Allah terhadap kehidupan saya. kalau saat ini Allah tuliskan saya kehilangan cinta seorang manusia ,saya lebih rela. dari saya di hilangkan dan di lupakan oleh sang pencinta setia jiwa dan raga saya, Allah. Jodoh saya mungkin tertangguh setakat ini tetapi saya percaya jodoh saya di akhirat kelak. Tiada galang ganti nikmat dan kemanisan cinta yang bagai candy ini di kurniakan di hati ini. saat ini hati berbunga-bunga nak luahkan nikmatnya Allahu !! kecintaan ya Rab kurniakan buat diri ku ini. saya datang padaNya dengan keadaan yang di bebani dosa-dosa lepas , Dia tenangkan hati saya dengan nikmati-nikmat hidup dan manusia yang sentiasa menjadi sumber tarbiah diri ini.


Dan sentiasa ingat dan bertasbih kepada Allah S.W.T kerana di berikan nikmat kehidupan di dunia ini untuk terus bersujud kepadaNya. pernah tak kalian dengar ada pepatah ni "Ramai manusia yang mati ingin kembali di hidupkan untuk terus bersujud kepada Allah S.W.T. ada di sekeliling saya di yang banyak buat diri ini tarbiah yang baik yg mana ada salah seorang rakan saya accident dalam tahun ini yang sangat dasyat and di koma selama seminggu dan sangat teruk keadaan dia ketika itu. memang sangkaan semua orang ingat dia akan kembali kepada Allah selamanya . tapi itu tidak apabila Allah tidak mengizikan nya. setiap saat ahli keluarga, rakan-rakan terdekat sentiasa doakan dia. Allahu dengan kuasa yang maha pencipta sekelian bumi ini dia kembali di dakapan keluarganya tapi itulah manusia sentiasa tidak puas dan tidak kenang dengan nikmat yg Allah berikan . Allahu ketika aku melihat dia saat terlantar di katil hospital ya  ALLAH ... tapi bila melihat saat ini sedih. sedih kerana Allah masih beri peluang ke dua masih tidak cerdik menggunakannya. dari pandang positive nya ini tarbiah yang baik buat kita. sentiasa bersyukur kerana ALLAH  tidak berikan ujian yang sedemikian berat pada kita. kenapa perlu berburuk sangka dengan Allah sedangkan Allah tak pernah buat mcm tu.


Kalau dulu semua pandangan tiada erti tapi sekarang semua pandang ada erti dan maksud yang indah. sentiasa bersangka baik terhadap orang di sekeliling, sentiasa meluahkan rasa kasih sayang terhadap rakan-rakan seperjuangan (perempuan sahaja) dan sehinggalah saya di temukan dengan ukhwah ini. ukhwah bersama rakan-rakan usrah. Allahu kemanisannya jelas terpancar. kenapa? bukan mereka sekadar care pasal diri ini tetapi bayangkan tahujjud dan berqiam untuk bangun malam pun siap di kejutkan nya bayangkan bertapa hebatnya ukhwah yang Allah cipta untuk saya. kalau saat ini Allah suruh buat pilihan saya lebih rela memilih ukhwah  ini dari memilih cinta manusia yang sentiasa menyesakkan.

BERMULANYA KEHILANGAN SAHABAT
itu sudah kebiasaan. dengan perubahan yang kadang kita sendiri tak rancang untuk diri ini tetapi semuanya telah di tetapkan Allah SWT untuk setiap hambanya. perkara biasa kalau perubahan dan penghijrahan kita tidak di terima rakan-rakan sekeliling (yang dahulu ber lagha bersama) tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya. biar di hujani tomahan-tohaman yang berbentuk hinaan. selagi aku masih bernafas untuk Allah SWT kenapa perlu saya pedulikan mulut tempayan manusia yang takkan pernah penat mencaci.

ini sedikit petikan dari video nouman ali khan

when u decided to make a change for the better in your life and when u start changing the behaviour in your life the first people to see a change in you will be your own family. They will notice it that you're not the same person anymore. "YOU DONT TALK THE SAME, YOU DONT ACT THE SAME, YOU DONT GO TO THE SAME PLACES, YOU DONT HAVE THE SAME FRIENDS ANYMORE, and this necessarily happens. when you take a turn towards islam, necessarily you start losing you friends. -nouman ali khan-





Sesungguhnya ALLAH bersama hamba-hambaNya yang sentiasa berubah ke arah dia. kenapa ? saya berbicara begini ? kerana saya tahu perasaan manusia yang pernah di perlakukan seperti ini saat kehilangan sahabat bukan mudah untuk terima tapi kalau saya fikir mcm tu Allahu. mereka tidak di berikan nikmat ke fahaman yang mana hanya hamba-hamba ALLAH SWT yang terpilih sahaja yang akan menerima nikmat ke fahaman ini. tapi kadang ada juga kehilangan sabar *maklum kita bukan lah seorang nabi yang sempurna sifat dan kemuliaannya terkenal dengan sifat sabarnya*ALLAH ALLAH ALLAH.  TAPI bila di kaji lihat sirah-sirah nabi. Allahu , terlalu berat untuk saya sebagai hamba ALLAH SWT untuk bertahan semacam Rasulullah kita yang sentiasa di hina dan di berikan tomahan yang berbagai. tapi , Rasulullulah tetap tabah untuk terus berdakwah dan terus menegakkan kebenaran. Islam indah. siapa yang tidak cari ke indahan dan ketenangan yang kekal abadi ini maka kalian di kalangan manusia yang rugi. *surah al-asr* ayat1-3 : demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali org yang beriman dalam mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. 





Monday, January 6, 2014

Usrah Tautan Hati bernafas baru

Assalamualaikum w.b.t

Dear Dairy

Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk tahun 2014 ini untuk hadir dalam sebuah taman syurga, Usrah Tautan Hati #UTH 

Allah swt akan membangkitkan pd hari kiamat setengah2 kaum yg mukanya cemerlang, menyilau mata mereka di membar-membar mutiara. Org ramai akan mencemburui dan iri hati dgn mereka sedangkan mereka itu bukan nabi dan bukan pula syahid. Maka seorg berkata : “ya Rasulullah saw terangkanlah kepada kami tanda-tanda mereka supaya dapar kami mengenali mereka itu ”
Rasulullah saw bersabda : “mereka itu adalah org2 yg berasal dr keluarga dan kampung yg berlainan,mereka dtg berkumpul di suatu tempat lalu mencintai Allah dan berzikir ( ingat ) kepada - Nya [Hr Tabrani]


Jazakhallahu khair atas novel ini murobbi kesayangan. 

Di kesempatan ini memang nak ucapkan berbanyak terima kasih dan di panjatkan rasa syukur yang tidak terkata kepada Allah S.W.T ke atas limpah kurniaan yang telah di berikan.. so apa yang best tentang azam tahun baru ini ? dalam uth di berikan nafas baru tentang aktiviti dan dengan kadar yang sangat happy saya nak cakap saya tgk dah makin banyak UTH member dalam bulatan gembira ini. Alhamdulillah .. moga di permudahkan segala urusan ini dan di redhai dan mendapat berkat inshaAllah . 

Sebenarnya memang dah teragak nak beli dah novel aku ada wali tu sebab memang dah tengok dah ari tu . itulah orang cakap rezekikan untuk datang ke usrah pada malam ini . terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Fatimah Syarha. alhamdulillah dapat jugak novel free. mudah-mudahan sentiasa di limpahi rahmat Allah swt dan di murahkan rezeki.. *hihih ayat bodek* apa pun dengan ada pembaharuan aktiviti di dalam halaqah ini subhanallah sangat buat saya rasa macam happy semacam and nak terus istiqamah nak jumpa ukthi-ukthi and semua warga Usrah tautan Hati ini.. 

so korg mesti jealouskan sebab buku i siap tanda tangan ustazah lagi uols hahhaha.. jgn jealous beli online boleh lah mintak tanda tangan kan kan kan ??




Kempen Menutup Aurat




Assalamualaikum wbt

dear ukthi-ukthi yang di kasihi :)

Hari ni nak menulis dengan kadar yang serious sikit . kalau orang baca entri before this banyak jugak saya melalut kan ?? so meh kita baca version serious pulak..


Kalau selama ni kita berpakaian untuk orang nak nampak kita cantik, kita hot. eh cool ah dia ni , eh swag ah dia ni. dah boleh stop dah sebab kalau mcm tu korang dah salah niat uols. kalau korang perasaan Allah memang dah sayangkan kaum hawa sejak dari azali lagi. mana tak nya, sehingga Allah boleh turun kan surah AL-Nisa buat kita. itu tidak ke lagi menampakkan kasih sayang  Allah terhadap kita ?? kalau lebih ramai lagi manusia mendeny kan ini semua Allahu.. kenapa perlu di bantah.. sifat manusia ni terbatas kenapa tidak kaji balik apa tujuan kita hidup di dunia ini kan ?

so Bukan saya sebagai seorang rakan, sahabat, adik beradik, kakak, dan apa lah jua saya di mata masyarakat tak boleh ambil berat tentang ini. ini juga tanggungjawab. kita (masyarakat masa kini) kalau tengok perempuan pakai seksi sikit (mengata, mengumpat) mentality tu kan . nampak tak ?? tapi bukannya nak tegur kasi tarbiah dengan cara yang baik. paling tak dia mengucap *astagfirullahalazim* then what your responsiblity to explain to them ?? tu tanggunjawab kita bukan hanya nak menggeleng kepala sahaja. Allah dah cakap dah yang dia nak kita hamba Nya masuk ke syurga secara berkumpulan .. nak ke masuk sorang2?

Kempen menutup aurat aku alah bukan susah pun. kita start tarbiah bukan dari hanya nak bagi syarahan, pidato menegakkan lah apa lah .. tarbiah dalam bentuk tersirat apa ?? tu pakai lah dulu apa yang yang melambangkan menutup aurat dengan sempurna kan ?? bukan susah pun nak pakai stoking, sarung tangan ?? sekarang kalau tanya aku, weyh tak rimas ke kau pakai benda ni ? aku senang jew jawab *bila tak pakai tanggal rasa mcm bogel pulak weyh tangan dengan kaki aku ni ha *

Istiqamah 
Alah, susah lah nak istiqamah .. dah katanya kita ni kan manusia kan, Allah jadikan hati kita surut naik imannya . bukan malaikat weyh . nak cakap orang ni ha aku pun sama tak sempurna. kadang ada jugak tinggal solat *sebab proses dalam melawan apa yang perlu di lawan di dalam diri ini* sebab bila kita nak istiqamah perlu dengan persekitaran yang mendukung plus hati kena kental. tapi sebenarnya kalau kita selalu meminta dengan ALLAH dan selalu buat itu sebagai rutin bukan sesuatu yang membebankan ya Allah nikmat kemanisan dia sabar jap !

siri tarbiah yang baik adalah siri tarbiah yang mentarbiah kan orang lain sama ada dari bentuk lisan atau pun perwatakkan kita .. sebenarnya semua orang suruh aku tulis pasal kisah penghijrahan aku. masalahnya aku tak kuat lagi nak tulis kat sini. sebab biarlah itu menjadi rahsia aku. Hanya Allah dan diri ini shaja yang tahu.
kalau dulu aku selalu tanya kat diri sendiri *dalam hati* eh kenapa dia ni pakai stoking ek ? oouh mungkin sebab dah biasa kot and plus dia nak tutup parut kat kaki dia hahaha bangang tak bangang cara aku berfikir. tapi bila dah aku jumpa siri tarbiah aku yang paling baik. masyallah . indah weyh rasa tenang dia. and dulu aku pelik jugak orang pakai handsock sebab zaman sekolah aku pakai sebab time sukan yelah sebab pakai lengan pendek. mcm tak cantik pulak pakai tudung and tak pakai lengan panjang kan ? so that time memang merepek sikit aku nya teori. and lama-lama ada kawan yang terangkan kat aku paras aurat kita bla bla bla . ya ALLAH that time baru aku faham and selama ni teori-teori aku tu semua tak leh pakai langsung dan baru itu aku faham. so dari situ aku berusaha tutup aurat aku dengan sempurna sebab aku rasa selama ni aku x pakai tudung pun dah huduh kalau dah pakai tudung tapi still nak amalkan pakaiaan yang ketat2 bila nak cantikkannya ?? so dari situ aku dapat kekuatan untuk aku bersungguh2 dalam menutup aurat dengan sempurna ...




Vitamin C rosehip

Assalamualaikum

dear dairy



*GMBR GOOGLE


memandangkan zaman sekarang ramai sangat manusia nak putih flawless la apa la merepek2 tu so boleh la amik Vitamin C Rosehip (Live-Well) apa pun ni nak bgtau ramai sebenarnya yang dah kena tipu entah kenapa weyh sekarang semua orang nak berniaga tapi masalahnya semua nya menipu. aku tak faham kenapa. ingat baik ke ha korg amik untung lelebih tu ??

so tak payah cakap banyak tu semua diaorang boleh jawab sendiri dengan diri sendiri dengan Allah apa pun kita yang sebagai pengguna ni kenalah sentiasa menjadi pengguna yang bijak bestari .. macam ada lah saya terfollow ada seorang ig beauty ni yang paling tak tahan ni siap buat nama product sendiri pulak tu tapi masalahnya diaorang ciplak barang orang. Allah kot iya pun kalau nak berniaga jangan lah sampai buat mcm tu kak. apa pun mohon berhenti menciplak harta dan hak cipta terpelihara. hahaha.. sama-sama kita mohon doa agak kakak tu sedar apa yang dia buat.

korg kalau yg mana nak pemalas nak beli kat i please la jangan tertipu and rajinkan diri kaki semua tu g singgah farmasi berdekatan and korg akan dapat dengan harga yg sangat berbaloi.. RM68.90 DI GUARDIAN PUN ADA .. DGN 210 BIJI 
BERBANDING BELI KAT IG BEAUTY. I BOTOL RM60 30 BIJI ONLY. 
DAN YANG PALING PENTING KITA TAK TAHU TAHAP KEBERSIHAAN CARA PACKING MEREKA. SO AWAS !!




*GAMBAR GOOGLE 

dan ini botol yg bersesuaian and selamat untuk kalian bawa kemana-mana. 
dan packing pun tahu selamat kan :) 
so apa lagi tunggu jangan terus tertipu pergi jew guardian sekarang. 


ok meh story sikit pasal vitamin ni

- Menghilangkan parut jerawat- Melicinkan kulit- Mengecutkan jerawat- Mencerahkan kulit- Kulit nampak glowing- Mengatasi masalah kulit kering- Mengatasi masalah bibir merekah- Mengatasi masalah kulit- Melembapkan kulit- Menegangkan kulit

dan juga bagus untuk : 


1) Meningkatkan tahap imune system
2) Mengurangkan Gejala Selsema
3) mempercepatkan pemulihan luka
4) sihatkan gusi
5) merawat asma dan elergi
6) elakan dari cataract
7) elakan dari sakit jantung dan beberapa jenis cancer
8) bina collagen untuk kulit supaya lebih segar dan licin

Selain itu, ia juga membantu untuk :
- Menghilangkan demam selsema
- Mengatasi masalah resdung
- Sesuai untuk lelaki dan perempuan ( termasuk perempuan mengandung)

* Untuk perempuan mengandung, ia dapat membantu untuk menambahkan susu badan di samping melembabkan kulit
ADA KELULUSAN DARI KKM :)
Kenapa GNC Vitamin C 1000mg (TIMED RELEASE) ni bagus??
Tak seperti kebanyakkan Vitamin C yang anda boleh beli dengan harga yang amat murah.
 GNC Vitamin C ni memang berkualiti sebab…
-Tidak gula, Takde kanji , Tiada Pewarna Tambahan, Tiada Perasa Tambahan ,Free Sodium, Tiada TEPUNG , Tiada jagung , Tidak mengandungi produk tenusu , Tidak mengandungi yis.

Very special yea! Suitable for VEGETARIAN! *Have to keep in fridge.

Pengambilan L-Glutathione perlu diamalkan bersama Vitamin C untuk kesan yang lebih baik.

Vitamin C yang mana satu patut saya beli? APA BEZANYA SLOW RELEASED & BUFFERED??
Soalan ni selalu diajukan oleh mereka yang begitu teliti sewaktu nak membeli Vitamin C.
BUFFERED Vitamin C bermaksud, non-acidic. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gastric yang serius.

SLOW RELEASED/TIMED RELEASE pula bermaksud,kandungan  Vitamin C diserap perlahan-lahan kedalam tubuh dalam jangka masa 4-6jam. Jadi, kalau nak memilih Vitamin C, pilihlah SLOW RELEASED/TIMED RELEASE kerana tubuh kita hanya memerlukan beberapa mg sahaja dalam satu-satu masa. Maka, slow released ni membantu dos Vitamin C yang kita ambil diserap perlahan-lahan, bukannya sekaligus (merugikan, sebab Vitamin C berlebihan hanya akan dikumuh melalui urin).
***1biji bersamaan 1000 mg = 14 biji buah sunquick****

***Vitamin c adalah vitamin yang paling popular yang biasa dimakan untuk mengelakkan selsema dan tahukah anda bahawa vitamin c juga banyak kebaikan dan kelebihan lain kpd kesihatan kita...

~ memberi effect kulit yang sekata,cerah dan lembab( kulit muka n badan cerah sekata..nanti xde la muka cerah tapi tangan xberapa nk cerah)

~ sesuai untuk ibu mengandung

~ untuk merawat jerawat di wajah dan badan

~ menguatkan gusi dan gigi..

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?
Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.

Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.
VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK :

* Memperbaiki kesihatan kulit muka.
* Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
* Batuk, demam selsema, jangkitan.
* Warga tua.
* Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
* Wanita yang mengambil pil perancang.
* Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
* Pesakit kencing manis.
* Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
* Mengekalkan sistem imunisasi badan yang kuat
* Mencegah barah & penyakit kronik yang lain

Sunday, January 5, 2014

2014

Assalamualaikum wbt 

Dear dairy 

kehidupan yang lama dan kebelakang kalau boleh tak payah di kenang langsung sebab benda-benda tu bukan boleh buat kita jadi yang lebih baik dari semalam. hmmmmmmmm..........2014 banyak orang cakap tahun yang paling teruk buat rakyat malaysia. *aku tak nak sentuh bab bab politik sebab aku tahu ramai yang tak suka* hahahhaha.. ikut hangpa la apa pun aku memang tak setuju langsung semua benda nak naik nampak sangat penindasan terhadap rakyat. takpe korg amik duit rakyat sekarang suka ria. hidup aman damai atas dunia. dekat akhirat melalak memohon keampunan. 

ok jangan start benda negative. hahahha 2014 ... saya mcm biasa mcm tu lah memulakan kehidupan yang tak seberapa mewah ini tapi tetap bersyukur dengan pemberian Allah swt. sangat ternilai dan terkesan dengan hidayah yang Allah turun kan pada saya 2013 . deep sangat . Allah kurniakan sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa menasihati antara satu dengan lain. terima kasih atas kurniaan mu Ya Allah. apa pun di kesempatan ini saya just nak ucapakan walau apa pun yang berlaku dengan negara kita ni kita tetap kena percaya yang one day Allah akan sentiasa membela nasib orang-orang yang teraniaya. mungkin ini kesilapan yang perdana menteri kita buat . tapi takpe kita doakan dia agak cepat kembali ke pangkal jalan. ameen.... 

Harapan untuk 2014 memang banyak. harapan untuk bangun subuh tanpa di temani alarm clock yang sentiasa minta handphone di campak jauh *walhal handphone tu tak bersalah hanya cuba untuk membantu* hahaha.. tapi tulah kalau dah dapat tidur itulah namanyaa. 

malam 2013 hampir dah nak masuk 2014 .. aku berpeluang untuk kali pertama berqiamualai, bertahmid kepada sang pencipta. aku menghadap ilahi dengan membawa beban-beban dosa yang sentiasa membelengu aku. kenapa entah saat itu aku malu nk menangis meminta-minta kepada Allah mungkin kerana di temankan kakak di sebelah. tapi itulah yang sentiasa aku nak kan. menangis, meminta-minta kepada Allah swt. ya ALLAH SAAT indah di saat orang lain meraikan ulang tahun 2014 dengan berbeza. aku lebih memilih untuk dan ke arah pembaharuan. hmmmmmmmmmmmm....... yeahhhhhh sape kata bosan ? boring?? korg takkan dapat rasa setenang itu . yes memang tenang. walaupun that was first experience.