Sunday, January 5, 2014

2014

Assalamualaikum wbt 

Dear dairy 

kehidupan yang lama dan kebelakang kalau boleh tak payah di kenang langsung sebab benda-benda tu bukan boleh buat kita jadi yang lebih baik dari semalam. hmmmmmmmm..........2014 banyak orang cakap tahun yang paling teruk buat rakyat malaysia. *aku tak nak sentuh bab bab politik sebab aku tahu ramai yang tak suka* hahahhaha.. ikut hangpa la apa pun aku memang tak setuju langsung semua benda nak naik nampak sangat penindasan terhadap rakyat. takpe korg amik duit rakyat sekarang suka ria. hidup aman damai atas dunia. dekat akhirat melalak memohon keampunan. 

ok jangan start benda negative. hahahha 2014 ... saya mcm biasa mcm tu lah memulakan kehidupan yang tak seberapa mewah ini tapi tetap bersyukur dengan pemberian Allah swt. sangat ternilai dan terkesan dengan hidayah yang Allah turun kan pada saya 2013 . deep sangat . Allah kurniakan sahabat-sahabat yang baik dan sentiasa menasihati antara satu dengan lain. terima kasih atas kurniaan mu Ya Allah. apa pun di kesempatan ini saya just nak ucapakan walau apa pun yang berlaku dengan negara kita ni kita tetap kena percaya yang one day Allah akan sentiasa membela nasib orang-orang yang teraniaya. mungkin ini kesilapan yang perdana menteri kita buat . tapi takpe kita doakan dia agak cepat kembali ke pangkal jalan. ameen.... 

Harapan untuk 2014 memang banyak. harapan untuk bangun subuh tanpa di temani alarm clock yang sentiasa minta handphone di campak jauh *walhal handphone tu tak bersalah hanya cuba untuk membantu* hahaha.. tapi tulah kalau dah dapat tidur itulah namanyaa. 

malam 2013 hampir dah nak masuk 2014 .. aku berpeluang untuk kali pertama berqiamualai, bertahmid kepada sang pencipta. aku menghadap ilahi dengan membawa beban-beban dosa yang sentiasa membelengu aku. kenapa entah saat itu aku malu nk menangis meminta-minta kepada Allah mungkin kerana di temankan kakak di sebelah. tapi itulah yang sentiasa aku nak kan. menangis, meminta-minta kepada Allah swt. ya ALLAH SAAT indah di saat orang lain meraikan ulang tahun 2014 dengan berbeza. aku lebih memilih untuk dan ke arah pembaharuan. hmmmmmmmmmmmm....... yeahhhhhh sape kata bosan ? boring?? korg takkan dapat rasa setenang itu . yes memang tenang. walaupun that was first experience. 



No comments:

Post a Comment