Thursday, January 9, 2014

Kisah penghijrahan aku

Assalamualaikum wbt

Dear dairy 

*gementar nak tulis kisah penghijrahan saya,malu pun ada tapi harini saya ambil keputusan untuk tulis dan share pada kalian* 

Kisah penghijrahan saya bukan lah menarik seperti kisah penghijrahan artis-artis tanah air yg dapat liputan hangat. Biar kisah penghijrahan ini menjadi hambar tetapi terkesan di hati ini. *deep* 

Bermula dari tingkatan 5 ketika di bangku sekolah. Spm dah nak start da time tu . Biasalah remaja masih mencari-cari identiti sebenar. Saya bukan jenis yg kenal dengan tudung dan baju-baju gebeh *tutup aurat* zaman baru nk up zaman ni. Adalah terikut dengan budaya budaya barat punya pemakaian. Skirt la apa lah *zaman jahiliah* sampailah seru bila mana Saya ni tgk drama melayu selalu before maghrib tu ada ,rafidah ibrahim tak silap saya,dia berlakon dalam keadaan sopan santun pakai tudung sarung comey sangat that time. Allahu! Time tu terus cakap kat mak "mak adik nk pakai tudung lah" hari minggu tu jugak mak bawak g beli tudung sarung kat jalan TAR. Mak siap cakap kat org yg jual tudung tu *takpe orang nk tutup aurat kita belikan* kakak tu sengih tanda setuju. Happy gila that time hahah . 

Habis spm adalah jugak on off dalam erti nak cari kefahaman yg sebenar-benarnya. Dalam hati and iman saya masih goyang time tu sebab *yelah budak baru habis spm fikir nk enjoy and lepak sana sini jew* ada jugak kawan-kawan tegur yang "eh nik asal kau on off ek bukak tudung", tak baik lah apalah. *terima kasih kerana jadi sahabat yg prihatin* jasa kalian mmg di kenang sehingga sekarang. 

Masuk alam college 

Zaman ni dah ada konflik sikit dalam hidup saya. saya mula start belajar berdikari untuk hidup sendiri. Walaupun rumah dengan college takdelah jauh mana tapi saya ambil keputusan untuk duduk dekat hostel sebab saya tak pernah ada pengalaman duduk dekat hostel mcm abg n akak saya. Yeay zaman ni bukan zaman "baru nak kenal dunia bagi saya" sebab sepanjang saya remaja semua benda yg enjoy2 saya da settle and sapu bersih. "Takat gi clubbing mabuk2 dah abis zaman da" tapi bukan cool jijik nya nak ungkap balik :( . Tapi itu reality. Semester pertama dalam college banyak mengajar saya. Jadi lebih tenang dan matang dan belajar untuk faham dunia .

Semester ke dua pindah di rumah sewa sendiri bersama teman-teman seperjuangan. Banyak benda bebas nak buat. Tapi saya lebih memilih untuk hadkan apa yg di larang. "Memanglah kena bahaya tau" rumah sewa saya mmg di haramkan kaum lelaki nak jejak. "Mungkin dah terbiasa dgn tarbiah mak dan larangan dalam islam" disini sayadapat lihat gelagat rakan-rakan kadang nakal. "Ikut hangpalah janji tak kacau aku" 

2 tahun setengah saya di KPTM dari kolej dah tukar nama ke Kolej University. Banyak ajar dan didik saya untuk lebih jadi kuat. Walaupun bukan dalam environment yg mana seperti UIA tapi entah saya rasa seperti berada di UIA. Disini saya belajar erti kawan, susah senang seorg pelajar, hormati guru dan tarbiah diri dr dalam. 

Pernah dulu penghijrahan saya hanya sekerat jalan. Entah bagaimana ada seorg hamba Allah yg sangat prihatin terhadap saya tarbiah saya dari segi perkataan. Hanya dia yg berani tegur kesalahan saya. Walaupun hanya dari pemakaian saya. Tapi itu sungguh terkesan pada saya sehingga hari ini. 
*ini part paling memalukan dalam diri saya* 

Sudah Allah tuliskan sebuku surat cinta(Al-Quran) buat kita sekalian manusia,sudah Allah hantarkan wahyunya pada Kekasih hati Nya. Tapi saya masih buta dalam mencari  erti kasih sayang dan cinta yg kekal abadi ini. 

Perkenalan singkat antara kami dalam laman sosial. (Perkenalan singkat kami mengambil masa dalam 1 tahun untuk kami berbual-bual di laman sosial facebook). Kami share minat yg sama dalam bidang seni photo. Ketika itu saya bahagia syukur tidak terhingga kepada Allah dgn harapan lelaki itu adalah jodoh kekal bg saya. Tapi jangkaan kita dalam kehidupan mmg slalu salah. Allah lah yg menentukan. Bukan kita yg tahu apa yg bakal terjadi di kemudian hari dan bukan kita yg menentukan siapa jodoh kita. Alim , lemah-lembut dan sifat keislamaan nya sangat terpuji di mata saya. Kebetulan org ngeri ayah pulak. 

Harapan demi harapan saya tabur pada manusia lalu ia menunjukkan kekecewaan. Kekecewaan demi kekecewaan. Allah nak tarik saya dr kencah maksiat dan kencah perhubungan yg tidak halal dan di samping itu Allah buka mata saya tentang dia yg bernama lelaki ini. Hari demi hari kekecewaan mmg jelas terpancar di wajah saya. Mata tak dapat nk tipu dan hati jadi gelisah. 

Sahabat yg baik budi perketi faham apa yg saya alami. sampailah dia risau tgk keadaan saya yg sentiasa nk berdendam. ya Allah saat ini tuhan sahaja yang tahu. Tarbiah demi tarbiah, pujukkan demi pujukan yg saya buat untuk diri sendiri dan hati ini. Lalu ia bertukar menjadi benci, dendam. 

Smpai lah saya di perkenalkan dgn usrah dan bulatan gembira :) Allahu! Saat ini fikiran tidak lagi fikirkan si lelaki ini dan hati mula berlapang dada memaafkan org di sekeliling dan org yg pernah menyakiti hati saya.saat ini tarbiah yg menusuk di kalbu dan baru lah saya sedar sesungguhnya cinta lelaki ini menyesakkan. Harapan yg saya letakkan pada manusia ini hanyalah bersifat sementara.

Kesimpulannya tak malu saya nak luahkan dan sharekan bersama kalian yang mana kadang kekecewaan bukanlah satu benda negative yang kita  boleh pandang sebelah mata. kadang ia yang mengajar kita untuk jadi lebih kuat, tabah dan sekental Sumaiyyah. Allahu ! Alhamdulillah di atas apa yang di rancangkan Allah terhadap kehidupan saya. kalau saat ini Allah tuliskan saya kehilangan cinta seorang manusia ,saya lebih rela. dari saya di hilangkan dan di lupakan oleh sang pencinta setia jiwa dan raga saya, Allah. Jodoh saya mungkin tertangguh setakat ini tetapi saya percaya jodoh saya di akhirat kelak. Tiada galang ganti nikmat dan kemanisan cinta yang bagai candy ini di kurniakan di hati ini. saat ini hati berbunga-bunga nak luahkan nikmatnya Allahu !! kecintaan ya Rab kurniakan buat diri ku ini. saya datang padaNya dengan keadaan yang di bebani dosa-dosa lepas , Dia tenangkan hati saya dengan nikmati-nikmat hidup dan manusia yang sentiasa menjadi sumber tarbiah diri ini.


Dan sentiasa ingat dan bertasbih kepada Allah S.W.T kerana di berikan nikmat kehidupan di dunia ini untuk terus bersujud kepadaNya. pernah tak kalian dengar ada pepatah ni "Ramai manusia yang mati ingin kembali di hidupkan untuk terus bersujud kepada Allah S.W.T. ada di sekeliling saya di yang banyak buat diri ini tarbiah yang baik yg mana ada salah seorang rakan saya accident dalam tahun ini yang sangat dasyat and di koma selama seminggu dan sangat teruk keadaan dia ketika itu. memang sangkaan semua orang ingat dia akan kembali kepada Allah selamanya . tapi itu tidak apabila Allah tidak mengizikan nya. setiap saat ahli keluarga, rakan-rakan terdekat sentiasa doakan dia. Allahu dengan kuasa yang maha pencipta sekelian bumi ini dia kembali di dakapan keluarganya tapi itulah manusia sentiasa tidak puas dan tidak kenang dengan nikmat yg Allah berikan . Allahu ketika aku melihat dia saat terlantar di katil hospital ya  ALLAH ... tapi bila melihat saat ini sedih. sedih kerana Allah masih beri peluang ke dua masih tidak cerdik menggunakannya. dari pandang positive nya ini tarbiah yang baik buat kita. sentiasa bersyukur kerana ALLAH  tidak berikan ujian yang sedemikian berat pada kita. kenapa perlu berburuk sangka dengan Allah sedangkan Allah tak pernah buat mcm tu.


Kalau dulu semua pandangan tiada erti tapi sekarang semua pandang ada erti dan maksud yang indah. sentiasa bersangka baik terhadap orang di sekeliling, sentiasa meluahkan rasa kasih sayang terhadap rakan-rakan seperjuangan (perempuan sahaja) dan sehinggalah saya di temukan dengan ukhwah ini. ukhwah bersama rakan-rakan usrah. Allahu kemanisannya jelas terpancar. kenapa? bukan mereka sekadar care pasal diri ini tetapi bayangkan tahujjud dan berqiam untuk bangun malam pun siap di kejutkan nya bayangkan bertapa hebatnya ukhwah yang Allah cipta untuk saya. kalau saat ini Allah suruh buat pilihan saya lebih rela memilih ukhwah  ini dari memilih cinta manusia yang sentiasa menyesakkan.

BERMULANYA KEHILANGAN SAHABAT
itu sudah kebiasaan. dengan perubahan yang kadang kita sendiri tak rancang untuk diri ini tetapi semuanya telah di tetapkan Allah SWT untuk setiap hambanya. perkara biasa kalau perubahan dan penghijrahan kita tidak di terima rakan-rakan sekeliling (yang dahulu ber lagha bersama) tapi itu tidak menjadi masalah bagi saya. biar di hujani tomahan-tohaman yang berbentuk hinaan. selagi aku masih bernafas untuk Allah SWT kenapa perlu saya pedulikan mulut tempayan manusia yang takkan pernah penat mencaci.

ini sedikit petikan dari video nouman ali khan

when u decided to make a change for the better in your life and when u start changing the behaviour in your life the first people to see a change in you will be your own family. They will notice it that you're not the same person anymore. "YOU DONT TALK THE SAME, YOU DONT ACT THE SAME, YOU DONT GO TO THE SAME PLACES, YOU DONT HAVE THE SAME FRIENDS ANYMORE, and this necessarily happens. when you take a turn towards islam, necessarily you start losing you friends. -nouman ali khan-





Sesungguhnya ALLAH bersama hamba-hambaNya yang sentiasa berubah ke arah dia. kenapa ? saya berbicara begini ? kerana saya tahu perasaan manusia yang pernah di perlakukan seperti ini saat kehilangan sahabat bukan mudah untuk terima tapi kalau saya fikir mcm tu Allahu. mereka tidak di berikan nikmat ke fahaman yang mana hanya hamba-hamba ALLAH SWT yang terpilih sahaja yang akan menerima nikmat ke fahaman ini. tapi kadang ada juga kehilangan sabar *maklum kita bukan lah seorang nabi yang sempurna sifat dan kemuliaannya terkenal dengan sifat sabarnya*ALLAH ALLAH ALLAH.  TAPI bila di kaji lihat sirah-sirah nabi. Allahu , terlalu berat untuk saya sebagai hamba ALLAH SWT untuk bertahan semacam Rasulullah kita yang sentiasa di hina dan di berikan tomahan yang berbagai. tapi , Rasulullulah tetap tabah untuk terus berdakwah dan terus menegakkan kebenaran. Islam indah. siapa yang tidak cari ke indahan dan ketenangan yang kekal abadi ini maka kalian di kalangan manusia yang rugi. *surah al-asr* ayat1-3 : demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali org yang beriman dalam mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. 





No comments:

Post a Comment