Saturday, February 15, 2014

PRINSIP 3P _ FATIMAH SYARHA aku ada wali

Assalamualaikum w.b.t

kehadapan duhai bidadari-bidadari dunia yang di kasihi . oleh kerana ramai saya tgk skrg ni duk update gambar gambar percintaan so meh kita guna konsep 3P ni bila mana Kita kejar Allah semua benda akan kejar kita inshaAllah. apa pun dengan ada nya drama bersiri aku ada wali ni memang membuka sikit minda para masyarakat kita yang mana kita sendiri kena ubah persepsi para muda mudi di zaman dan alaf baru ini.

Allahuakhabar rasa memang tersangat lah besar pengorbanan murobbi saya dalam kejayaan dia menyebar kan dakwah secara lebih meluas dan dengan ada alternatif seperti ini sangat best sebab kebanyakkan mana lah anak anak muda sekarang nak baca buku lagi-lagi kalau novel islamic, kan kan kan .. so berbalik ke prinsip 3P ini ustazah ada menegaskan kepada menjaga adab dan hati kita. kenapa nk kena jaga hati? yelah takut nanti kita letakkan kecintaan yang pertama yang selayak nya di berikan kepada pemilik nyawa kita tetapi beralih ke lelaki yang belum di nikahi.

Kalau dulu budaya couple ni dalam masyarakat di anggap biasa biasa sahaja and mak ayah duk sokong tu cakap biarlah mereka ni berkawan kawan dahulu. tetapi kalian memang sangat terpesong sebab tulah penyebab and cara nak mendekati jalan jalan zina. Nauzubillahminzalik. mohon di jauhkan . kalau kita tak amik Allah no 1 dalam hidup kita itu yang selalu terlupa dan terlalai.. hmmmmmm.. say no to couple.

keep calm and let love Allah swt so much in your heart <3 nbsp="" p="">

Dialog Bersama Tuhan


berteleku duduk di bibir pantai, 
Menyaksikan Lautan terbentang Luas, 
Awan meneduhkan Lukisan-lukisan Indah, 
Ciptaan Sang Pencipta, 

dia log hati ***

Wahai Tuhan ku , tuan empunya semesta alam, 
Yang memerintah kerajaan di langit dan di bumi
Aku datang pada mu dengan di bebani dosa, 
Aku datang pada mu dengan dosa yang tidak terhitung,
Ku serahkan jiwa dan hati ini buat mu wahai Tuhanku, 
ku bersujud pada mu , mensyukuri atas segala nikmat yang kau berikan pada diri ini, 
Biar pahit mengenang dosa silam, 
Asal kau sudi mendengar cebisan Luahan hati ini , 
Asal kau sudi pandang daku dengan penuh belas kasihan , 
Asal kau sudi pandang daku walaupun dengan sekadar jelingan , 
Aku merangkak pada mu wahai Tuhan ku , 
Terima kasih kerana menerima pendosa ini , 

Ya Tuhan ku , biar perit mencintai mu, 
Aku akan selalu mencintaimu sepenuh jiwa ini, 
hanya ku pinta kuatkan hati ini untuk terus melangkah, 
Menuju ke negeri Akhirat Mu kelak, 
Agar aku sentiasa ingat mu dalam setiap langkah ku, tidurku, makanku, penglihatanku, minumku, gembira ku dan sedihku,


Kau yang maha mendengar lagi maha pengampun, 
Ku serahkan segalanya Buat Mu, 
Tanda cinta Abadi Ku selamanya..
Moga berjumpa di negeri akhirat mu kelak, 
sesungguhnya pendosa ini merinduimu ...........