Saturday, February 15, 2014

Dialog Bersama Tuhan


berteleku duduk di bibir pantai, 
Menyaksikan Lautan terbentang Luas, 
Awan meneduhkan Lukisan-lukisan Indah, 
Ciptaan Sang Pencipta, 

dia log hati ***

Wahai Tuhan ku , tuan empunya semesta alam, 
Yang memerintah kerajaan di langit dan di bumi
Aku datang pada mu dengan di bebani dosa, 
Aku datang pada mu dengan dosa yang tidak terhitung,
Ku serahkan jiwa dan hati ini buat mu wahai Tuhanku, 
ku bersujud pada mu , mensyukuri atas segala nikmat yang kau berikan pada diri ini, 
Biar pahit mengenang dosa silam, 
Asal kau sudi mendengar cebisan Luahan hati ini , 
Asal kau sudi pandang daku dengan penuh belas kasihan , 
Asal kau sudi pandang daku walaupun dengan sekadar jelingan , 
Aku merangkak pada mu wahai Tuhan ku , 
Terima kasih kerana menerima pendosa ini , 

Ya Tuhan ku , biar perit mencintai mu, 
Aku akan selalu mencintaimu sepenuh jiwa ini, 
hanya ku pinta kuatkan hati ini untuk terus melangkah, 
Menuju ke negeri Akhirat Mu kelak, 
Agar aku sentiasa ingat mu dalam setiap langkah ku, tidurku, makanku, penglihatanku, minumku, gembira ku dan sedihku,


Kau yang maha mendengar lagi maha pengampun, 
Ku serahkan segalanya Buat Mu, 
Tanda cinta Abadi Ku selamanya..
Moga berjumpa di negeri akhirat mu kelak, 
sesungguhnya pendosa ini merinduimu ...........



No comments:

Post a Comment