Saturday, March 29, 2014

Buat Mu MH370




8 MAC menjadi detik sejarah buat satu dunia. beberapa jam selepas media menyatakan dan mengesahkan kehilangan mu, satu dunia gempar, takut, semua terasa di hati. aku rasa terpukul dengan keadaan itu dan aku rasa mcm ada harapan untuk berjumpa kembali. mungkin kerana masih terlalu berada duduk di dalam zon selesa yang mana aku rasa tiada apa-apa yang bakal terjadi buat Malaysia dan seluruh rakyat dunia. Aku masih tenang menunggu jawapan berjam-jam lamanya delay flight. aku masih terbayang wajah-wajah sanak saudara yang sentiasa menanti dengan penuh tenang dan sabar. "macam rasa aku kat tempat kejadian"

9 mac 2014 tepat pukul 12 berita di television tetap menyiarkan rancangan dan infomasi tentang mh307 mungkin ini serious detik hati aku. iya sudah tertulis apa yang akan dan bakal berlaku. aku rasa terpukul jiwa dan tersentuh hati kenapa ? mungkin kerana sifat lembut yang Allah hadirkan di dalam diri ini sejak beberapa tahun ini. mudah menangis mudah tersentuh. itu lumrah manusia. lagi-lagi perempuan.. banyak mesej-mesej dan whatsapp-whatsapp dari teman-teman dan ahli keluarga sendiri yang mengeluarkan kenyataan bahawa ada kemungkinan kapal terbang ini terhempas menyembah bumi buat selama-lamanya.

Aku musykil setelah sudah genap seminggu. misteri itu dan ini pelbagai sahaja tomahan hinaan dan pelbagai lagi. aku kadang rasa terhina dengan lontaran yang org luar buat. apa masalah dunia ini sebenarnya . mungkin Malaysia salah satu Negara yang bakal di jajah kembali. aku rasa terpukul dengan semua persoalan ni. kenapa mereka yang tidak bersalah jadi mangsa. dengan adanya bomoh2 yang tah apa-apa aku sendiri pun tak faham apa masalah dia dengan buat andaian yang tidak meletakkan harapan dan sandaran dia pada Allah? kenapa masih wujud manusia yang seperti ini? percaya dengan benda-benda ritual yang kau guna syaitan sebagai perantaraan sedangkan kalau berdoa dengan Allah tak payah nak susah dengan kelapanya dan pelbagai macam benda yang mengarut. *Allah maha tahu* satu persatu aib Allah buka buat kita. kenapa ?? Tanya lagi ?? kenapa adanya fma bla bla bal music-music event Negara-Negara barat. kenapa masih sentiasa nak rasa dunia hiburan menyamankan dan menenangkan kita ? aku masih musykil tapi aku rasa biar Allah adili aku manusia bukan tuhan yang biasa mengadili.

Dunia ini terlalu kejam Sekarang bila mana adanya pemimpin-pemimpin yang kejam yang tak taat pada perintah Allah. kenapa ni semua mesti terjadi ? kerana kurang didikan dan juga kurang nk berinteraksi dengan ALLAH. Allah maha mendengar maha penyayang, lagi maha melihat setiap gerak geri kita. mana lagi kita nak lari. kalau dengan manusia memang kita boleh lari dengan kesilapan-kesilapan ini tapi kalau dengan Allah lari lah hujung dunia pun takkan dapat kita atau aku atau sesiapa pun yang nak lari.

Kafir laknatullah semakin berleluasa menentang , memarahi , leparkan tomahan yang berbaur busuk hina. kalau mereka di tempat kita ? apa mereka rasa? dugaan demi dugaan setiapa cabaran Rasulullah saw dulu pun selalu di hambur dengan tomahan-tomahan. kenapa ? itu ujian Allah dekat Rasulullah. sedangkan Rasulullah kekasih Allah pun Allah sanggup bagi ujian kenapa ? jangan Tanya kenapa sebab itu semua rahsia Allah. berlapang dadalah dengan apa yang berlaku sebab setiap apa yang di janjikan dan dengan apa yang Allah hold buat kita memang akan lebih baik dari apa yang akan kita jangkakan . kita manusia takde kuasa seluas kuasa yang maha Berkuasa.

Walaupun aku tiada ahli keluarga yang berada di dalam mu wahai MH370 tetapi setiap kesedihan yang terjadi aku bagai dapat rasakan apa sebenarnya yang berlaku. biar di syurga nanti kau ceritakan segala-segalanya buat kami yang tertanya-tanya. aku masih mencari jawapan dalam doa ku. Allah maha tahu, maha mengetahui apa yang seluruh umat manusia tidak tahu. terima kasih kerana kau jadikan ia pengalaman dan sejarah dunia buat kami seluruh umat manusia.



"Harini seluruh dunia tak boleh terima kehilangan mu wahai Mh370,
syukur Islam mengajar erti qada dan qadar dengan ketentuan Ilahi,
pelbagai tomahan yang di lemparkan atas pilot yang membawa penumpang adalah islam,
harini ini satu dunia kata islam sebagai pengganas, esok lusa dekat akhirat,
biar rakan saudara seislam kita bagitau Allah yang mereka yang melontarkan tomahan ini,
yang sebenarnya pengganas bertopengkan manusia.

Monday, March 10, 2014

MH370

Assalamualaikum wbt

saat jari menaip papan kekunci ini aku rasa tersentuh dengan panggilan Allah yang suruh menilai kekuasaaNya. kejadiaan demi kejadiaan , yang ajaib melanda. aku masih terperesok di hujung dunia menanti jawapan yang gembira buat pesawat dan seluruh isi di dalamnya. aku masih terasa dan terkesan dengan pengisian ini semua. Kenapa Allah jadikan ia , kenapa ini dah kenapa ini ?? kenapa dan kenapa.. **senyap** jangan tanya kenapa kerana ketentuannya .. Allah Tuhan empunya semesta Alam , yang memerintah kerajaan di langit dan di bumi . dia tahu segala isi di dalam dan di perut bumi ..


terkesan dengan video ini .