Sunday, June 29, 2014

RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t

Di kesempatan ini saya nk menulis dari segi apa yang saya dapat idea dan naluri nk menulis semakin membuak-buak sejak ada beberapa hal yang menimpa saya lately. manusia mana penah lari dari masalah yang kadang kita sendiri tak duga Allah SWT nak bagi benda-benda mcm ni nak suruh buat pengajaran. kalau nak cerita tentang cita-cita banyak sangat benda yang saya nak buat and nak laksanakan sebelum hayat masih bertenaga nak ada dalam diri ni . Allahu Ramadhan ni rasa mcm sayu jew. Allah masih sudi pinjamkan masa untuk saya terus rasa ramadhan ni. untuk sahut Panggilan dari yang Maha Kaya, Maha Mulia, Maha memaafkan setiap hambaNya.

kebesaran yang tak terhingga Allah tunjuk satu persatu buat aku bergantung harapan dan cinta aku pada DIA bukan pada manusia. kadang manusia tak serik nak kejar jodoh tapi lupa mati tu pasti kenapa masih nak kejar jodoh. ada beberapa hal buat aku rasa mcm kecil hati dengan manusia di sekeliling aku. tapi aku rasa, dunia ni hanya tempat sementara and memang dah di tulis dan dah di cipta Allah untuk tempat menguji setiap hambaNya. Ramadhan kali ini agak asing buat aku sebab aku sambut dengan penuh rasa syukur, rasa sayu, rasa gembira. Entah perasaan bercampur baur. aku sendiri rindu sama Allah . sama semua sahabat yang berjuang mencari redha Allah. tapi aku rasa mcm layakkah aku berganding dalam merebut redha Allah swt dengan apa yang aku buat, dengan kelalaian aku yang tahap mcm nak menangis aku tersungkur. kalau nak uji tahap kesetiaan aku pada Allah. Allah maha setia dalam mendengar, dan mencintai setiap hambaNya. tapi aku? kadang kesetian merubah hati dalam membentuk peribadi yang solehah. Allahu. aku rasa makin tak tenang sejak kebelakangan ini. entah kenapa Allah kocak hati aku hebat buat aku rasa betul-betul tersungkur bagai jatuh di timpa tangga dan tersadung terjelopok mengharap yang sudi untuk bantu aku dalam membetulkan kedudukan aku. Allah ternyata kau memang tiada tandingan dalam apa jua cara yang aku lakukan untuk hilangkan kocakkan, ledakkan jiwa dan raga aku ini.

Ramadhan ini aku banyak azam. azam untuk jadi yang lebih baik. dan selalu mengharap dan berharap agar Allah swt sentiasa ada dekat dengan aku saat aku perlu. dan ia Memang Allah aza wa ja la selalu dekat dengan aku dengar setiap tangisan dan rentetan hidup dan rintihan hati seorang hambaNya yang Dia panggil berulang kali, pergi , istiqamah dan kau bangkit dengan gembira dan tenang dan sayangnya lupa ketentuan Allah , lupa segala pujuk rayu Allah. dan akhirnya aku lalai. Lalai dalam mencari erti sebenar hidup , lalai mentafsir setiap perbuatan manusia. dan gagal dalam nak bina benteng pertahanan hati buat perisai jiwa raga. aku bermain dengan hati dan perasaan. aku usik semua cinta dan raga aku yang selama ini di hambakan pada Allah  azza wa jalla. Allah kau maha mengetahui segalanya..


pesanan ...


JANGAN sesekali kau pertarungkan hati dan perasaan kau buat manusia. kerana itu bukan jaminan yang tepat. biar sekali kau jatuh. takkan ada siapa yang sudi kesat air mata mu. takkan ada yang sudi dengan dan tenangkan kau bagai mana sang kekasih hati tenangkan kau. berserahlah pada Allah. dia yang lebih berhak dalam merebut cinta ini. dia yang tahu mana baik dan buruk untuk setiap hambaNya. dan dia yang lebih layak dalam percaturan hidup kita.


dan ini video yang buat aku sayu menangis banyak kali...

Thursday, June 26, 2014

Bila di suruh

Bila di suruh semua buat
itu aku nampak semua tindakan manusia
memang bukan hendaknya untuk kau wahai diri
kalau betul untuk kau takkan dia menyerah, mengiyakan apa yang terjadi
aku biarkan takdir.

aku malas mahu ambil pusing

biar berjalan
biar menyusur
biar merangkak
sendiri aku tangguh
aku sudah biasa.
hilang bulan ,
akan aku kejar
agar aku dapat cahaya bulan
biar bulan jadi teman
biar tuhan tahu aku gi mana
biar tuhan rasa aku mcm mana
aku tak perlu manusia untuk faham aku

biar aku


biar aku tetap sini
lihat semua apa yang kau iyakan
biar aku tetap di sini
lukiskan masa-masa indah
masa-masa indah yang kau anggap bodoh

biar aku




kenapa tak pernah aku habis menulis tentang hidup

aku selalu tanya kenapa awan selalu lukis,
lukisan-lukisan indah walaupun kadang dia tahu bukan semua orang dalam keadaan gembira,
kadang aku tanya kenapa aku selalu rasa mcm tu
sebab aku tak pernah letak sepenuhnya semua benda pada Allah azza wa ja la.

sebab itu aku tak pernah berhenti menulis pasal kehidupan
aku suka melihat mendengar dan biar orang sakitkan hati aku
tapi aku tetap kuat walaupun hangpa tgk aku cool
tapi sebenarnya mereka-mereka ini lah yang banyak menyumbangkan air mata
dalam mencari erti kehidupan

kalau kau lalai dalam soal jodoh
sampai tua pun kau akan terus menangis nak cari lelaki yang bebetul ikhlas
kenapa terhegeh nak cari lelaki susah senang ,
padahal kan lebih senang kau tutup pintu hati
dan buka hati kau hanya untuk sang pencipta yang abadi.
dah memang sah-sah takkan pernah sakitkan hati kau

jangan terlalu bodoh dalam mencintai
jangan terlalu hina di bodoh kan

aku memang dah biasa susah bersama
tapi senang hilang entah kemana

tapi aku cuma tidak putus asa untuk terus berjalan mencari yg sudi.
itu yang lali dengan setiap hinaan dan cemuhan .
allah ada.. allah tahu. aku serahkan kali ini padanya

Monday, June 23, 2014

Kalah

kau kalah lagi

serahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...............menyerahhhhhhhhhhhhhhhhhh

siapa kata aku menyerah..... ?
siapa kata aku putus asa...........?

cuma aku tak suka kenangan bodoh begini...


bodohhhh

Saturday, June 21, 2014

AKU NAK BUKUKAN SETIAP HINAAN

aku paksa
aku bisikkan
aku dengarkan
aku pekakkan telinga
aku tulikan
aku hentikan masa
aku perlahankan ombak di dada


dunia lihat.....



hilang

apa lagi kau mahu ?
aku sudah terdaya angkat kaki
aku sudah terdaya meneguk setiap caci maki, hinaan sumpahserahan kalian,
hilang aku ranap , rabak aku aku , jatuh aku ..

perasaan yang terlalu menakutkan aku
aku sudah tempuh kini.
alangkah mendongak bangga itu bagus untuk aku, sudah lama aku laksanakan
demi apa ? demi untuk mengubat hati kecewa  ibarat di celakakan sahabat busuk seperti kalian
bagaimana untuk aku paksa untuk terus aku padamkan ini semua ?

ah sial ..

kau bukan pernah mahu tau apa yang aku rasa
dikit demi dikit kau mamah aku
dikit demi dikit kau jatuhkan aku dengan lembut bak tusuk tulang rusuk aku ke jantung yang paling kanan
hancur limpa
hancur hati
hancur smua madah aku buat kalian

kau ambil terus buat smua dari aku ..
kau jual buat tawaran hebat bagai mega sale di komplek2 membeli belah
ah murahnyaa harga sebuah kenangan bagi orang yang tak pernah tau erti kenangan

celakanya aku kenal kalian ...

Sampai Tua

Pernah Tak ?

pernah tak kau alami situasi yang mana kau asyik di himpit rasa bersalah, orang sekeliling suka salahkan kau?  kau rasa mcm "eh dia buat kau tak nampak , aku buat kau nampak pulak?" hmmmmmmmmmm.......... aku tak tahu kenapa manusia TERUTAMANYA kawan yang kau pernah panggil kawan baik suka salahkan engkau. cakap kau " eh kau ni lelebih update mcam-macam" tapi kenapa bila aku diam semua orang tak nampak mcm mana aku diam and cara aku mendiam. tapi orang still nak cakap "oh kau ni teruk betullah" , " oh kau ni bla bla bla"

Kalau tanya aku ??

Aku malas nk fikir apa yang orang lain rasa pasal aku. sebab aku rasa aku nak jadi diri aku bukan aku nak jadi diri kau. kalau kau rasa aku ni jahat sangat .. kenapa kau nak amik tahu pasal aku.. bila ada kawan fake akhir kata mesti cakap mcm ni "eh sebab aku sayanglah aku nak cakap or tegur ni" so fake. seriously. tapi walhal dengan apa yang kau tegur selama ni dengan cara kasar bagai aku terima itu ini dengan sabar.. oh tu ke teguran manis or tu gurindam bibir kalian buat menghappykan hati kalian ??

DULU kalau tanya aku. memang aku sedih kalau orang semua nak buat aku mcm tu. tapi sekarang kalau kau tanya aku ? eh bole aku nak cakap "gi mampus kau lah" dalam erti kata yang lembut "ikut suka hati kau lah" dulu suka cakap aku cepat melenting itu ini , itu ini. tapi kalau dia melenting . siapa nampak ? x pernah sorang pun amik tahu kan ? apahal sangat aku ni kau orang nak sibuk-sibuk amik tahu pasal aku ? aku bukan artis ke apa ? ouh sebab rasanya tittle kawan baik tu kot. ah kalau baik takkan nak buat mcm tu kan ? selama aku kawan and kenal budak college memang aku tak berapa nak rapat sangat tapi. Alhamdulillah it help u kot. seriously ni bukan tips yang baik kalau nak di jadikan contoh teladan sebab aku to be honest memang x bersocial sangat pun dengan budak college. habis je class terus balik. datang class pulak memang ngam-ngam waktu class. bukan apa. aku tak nak jadi bahan and punca rapat-rapat lepas tu kau bergaduh-gaduh bagai sebab mulut. kalau tanya aku zaman sekolah memang best tapi arghh bila dah kau dah kawan lama sangat pun and kawan dengan manusia atau kawan yang mulut nauzubillahminzalik. ya Ampun kau sendiri pun kadang rasa tercabar and rasa kurang sabar.

Kalau tanya aku.. aku sabar ke tak ?? of course aku sabar. tapi sabar aku memang ada limit like seriously. tapi dalam islam tak di tuntut pun and tak di iktiraf pun kesabaran itu ada limit, hanya manusia yang suka melimitkan kesabaran. oh itu sifat manusia. kebiasaanya akan berlaku. *jangan heran* .. apa pun pandangan orang dekat aku. mcm mana susah pun aku nak telan , buat-buat pekak. yang sebenarnya aku tahu apa yang korg cakap pasal aku. and apa yang kau org caci maki aku. mungkin hari ini aku tak tahu siapa diri aku . mungkin hari ini aku pakai pun biasa-biasa, gelak pun dengan manusia yang biasa-biasa. tapi tak mustahil Allah bagi rezeki lebih, itu lebih ini lebih.. entah banyak orang akan cakap S   A   B   A  R. Tapi kalau nak tahu nak istiqamah dalam bersabar tu sungguh susah. tapi jenis aku mcm mana terjadi pun sabar tu memang aku pegang no 1 untuk nk elakkan jadi benda-benda yang tak di ingini.

Perempuan salah satu masalah keutamaannya memang adalah mulut. and mulut kau boleh lukakan hati yang mana kau sendiri tak sedar ia da menanah dah luka teruk dah barai teruk. tanya aku lagi ? aku da banyak menahan nanah-nanah busuk ni. sampai aku rasa nak muntahkan jew kat muka-muka si pengata. tapi sampai sekarang aku musykil tentang diri aku. aku selalu rasa yang aku salah. tapi org yang suka cari salah orang suka rasa diri dia betul. memang Allah dah terbalikkan dunia, dan kebenaran takkan datang dengan mudahnya mcm kau petik api lighter kau. takpe redha and memaafkan adalah benda yang paling bahagia aku pernah buat dalam hidup aku sebab banyak sangat benda aku nak fikir sekarang. dengan itu dengan ini. kalau nak suruh fikir pasal masalah kawan ni. mati esok pun belum tentu kau habis nak fikir.






MARAH

AHAD 22/6/2014

Aku .
Biar di hina berhadapan aku
Jangan kau Hina aku di belakang
Aku
Biar kau herdik maki aku di hadapan
Jangan kau Hina aku di belakang


Susah
aku berat mahu beri kemaafan
Sudah lali dengan perangai busuk manusia seperti kau..


Sahabat hati busuk elok di tenggelam biar mati dalam dunia aku....


-nikamirah-

Thursday, June 19, 2014

ADVISE FOR RAMADHAN


Assalamualaikum wbt

dear dairy

Macam biasa jadual waktu aku untuk hari hari biasa yang menjadi kebiasaan buat aku adalah :

ISNIN : minggu ke tiga , usrah bersama USRAH TAUTAN HATI ..

Alhamdulillah sebab Allah pilih aku antara manusia-manusia yang terpilih dalam mencari ilmu yang tidak terhingga dari ulamak-ulamak Allah ini. Allahu.. bukan senang nak dapat duduk sebelah ustazah fatimah syarha. aku gugup seriously.. oh i cant explain that time. tapi terima kasih ya Allah sebab beri peluang ni...

okay berbalik kepada keutamaan

untuk minggu ni memang semua orang excited nebes semua ada sebab nak sambut kedatangan ramadhan :) Allahu ini yang aku tunggu. rasa mcm tak sabar jew. entah kenapa tahun ni lain sangat.. kalau dulu duk fikir ramadhan lepas tu mesti ada raya. tapi tahun ni lain sangat sangat. banyak benda nak share tapi tak confident nak share sebab saya sangat lah banyak kekurangan. apa pun banyak benda yg ustazah share .. and kami di beri kesempatan dengan adanya seorang makcik ni . Allahu .. indah sungguh perkongsianya..

ni nota kaki yang ustazah fatimah syarha sempat share kat facebook dan laman sesawang beliau .. #copypaste

"Islam bermula asing/ditolak dan kini kembali asing/ditolak," hurai Puan Ijan, tetamu undangan Usrah Tautan Hati, 16 Jun 2014. Di Rest Stop Sebarkan Bahagia.

Alhamdulillah, penuh sampai ke belakang.

Ya.
Secara umum, kita mungkin tak berap
a nampak Islam hari ini ditolak.

Namun, cuba teliti jauh ke dalam cara hidup 'kita' dan masyarakat secara umum.

Dulu,
umat Islam generasi awal sangat jelas trek perjalanan.
Setiap tindakan mereka menuju...
Redha Allah. Syurga firdaus. Wajah Allah.

Mereka..
mengutamakan yang wajib, berlumba lumba mengejar yang sunat.

Lalu roh hamba itu menjalar dalam tugas sebagai khalifah. Islam tertegak dalam sistem pentadbiran, ekonomi, pembangunan, penghormatan terhadap hak asasi setiap manusia dan sebagainya.

Kini,
di mana keutamaan kita?
Asingkah Islam di hati kita?

Checklist:

Bola atau solat lebih utama?
Tidur memanjang atau kerja keras lebih utama?
Pesta ibadah atau pesta makan lebih kita teruja?
Kasih sayang atau kebencian lebih banyak di dada?
Banyak baik sangka atau banyak mengata?

Allah.
Kita mesti bangkit.
Meletakkan 'yang mulia' di tempatnya 'yang utam
a'.





untuk persediaan ramadhan untuk kali ini ustazah kasi tips.. 

nah amik gambar nyaa 





AKU RINDU

Assalamualaikum wbt

Entah kenapa aku rasa mcm banyak sangat benda sekarang boleh menyentuh hati aku. aku tau kenapa..aku tahu kenapa aku jadi makin pelik sekarang. kalau nak di ikutkan sekarang banyak benda boleh menyedarkan kita sekarang.. kalau nk di ikutkan banyak sangat benda boleh menyedarkan kita. tapi kadang aku rasa aku lalai dalam nak kawal emosi aku dan perasaan aku dalam membina insan sejati yang mencintai Allah swt. entah kenapa cinta bole berpaling mcm tu sahaja. kalau tanya aku.. banyak benda buat aku terjatuh tersungkur macam mana pun Allah tetap setia nak dengar cerita aku.

kenapa..
jangan tanya kenapa sebab Allah memang sentiasa dengan kita walau apa pun yang jadi. aku pernah jatuh terduduk dulu. jatuh di timpa tangga, semua benda aku kena. tapi saat aku menangis, melalak dan merangkak tiada siapa yang faham walaupun diaorg dengan mcm faham tapi sebenarnya tak. aku ingat masa aku hadiri konvensyen bidadari dunia 2013 kat PICC, Putrajaya. entah kenapa aku rasa mcm Allah swt memang pilih hamba yang istimewa sahaja untuk nak join benda-benda macam ni. kalau tanya aku 3 tahun lepas mungkin aku takkan nak join benda-benda macam-macam ni. hmmmmmmmmmmm...Allahu. aku bersyukur yang tidak terhingga bila mana Allah jemput aku dengan bermacam-macam masalah. tapi kadang aku buat endah tak endah jew. banyak sangat masalah yang aku hadapi selama ni tapi aku tak pernah nampak Allah sedang panggil aku dalam erti kata yang lain Dia panggil aku banyak kali sangat. tapi manusia ni mana nak pandang semua itu. "masa silam"

SEMUA ORANG ADA MASA SILAM.TAPI KITA TAKKAN BOLEH PADAM APA YANG MEREKA ADA SEMALAM TAPI KITA MASIH ADA HARI ESOK.

Allah entah kenapa semua talk dalam KBD tu semua benda buat aku rasa macam Allahu ! best yang tersangat-sangat. entah kenapa semua talk buat aku rasa mcm nak menangis 24 jam tanpa henti. pengalaman aku dalam menghadiri seminar-seminar mcm ni. Terima kasih kepada penganjur.


******************

Dulu aku pernah jatuh pasal lelaki. entah kenapa gatai benar dulu nak sangat bercinta bagai. bila dah bermain dengan hati kau akan rasa mcm Allahuakhbar... kenapa kau sanggup buat macam tu kat diri sendiri. entah kenapa aku bodoh nak menilai zaman tu... jadi video yang ada di gunakan sebagai teaser kbd untuk tahun 2013 memang sangat tertepek kat muka aku. entah kenapa aku rasa mcm teguran direct kat aku sebab banyak sangat lalai selama ni . banyak sangat aku serahkan benda benda yang tah apa-apa kat manusia yang memang akan merungsingkan kita and takkan buat kita hidup tenang. Allah tu adil . sekali kau lupa dia berpuluh2 trillion billion dia lupa kau. time tu aku rasa sangat kecewa dengan hidup aku and aku rasa mcm aku ni tak pernah hidup dengan rasa happy. kejam sesangat aku time tu sebab buruk sangka dekat Allah azza wa ja la .

Banyak ilmu aku belajar dekat KBD. entah kenapa apa semua amalan yang selama ni aku tinggalkan and aku rasa mcm rugi sangat and banyak sangat hutang aku dekat Allah swt. hmmmmm... nages buat kali ini bukan nages menyakitkan hati aku. tapi nages buat aku rasa lega dan tenang. entah kenapa .. aku bila tgk video ni berulang kali mcm mana pun aku still akan merembaskan air mata aku. Allahu besar sungguh message yang ada dalam video ni. buat aku tertanya-tanya mana aku letakkan cinta aku yang suci lagi agong ini. siapa dan apa yang layak memiliki ?? entahlahhh.. zaman ni memang aku fikir lelaki jew .. selepas tu baru aku sedar, cinta yang suci yang agong itu tak payah nak serahkan sangat dekat manusia. kan Allah dah cakap manusia ni mengecewakan .. iya memang mengecewakan ..


hidayah Allah bagi kita takkan sedar mcm mana Allah nak bagi. hmmmmmmmmmmmmm..........allah saat ni semua benda yang Allah sedarkan aku rasa sangat rugi and aku rasa mcm aku ni tak bernilai jadi manusia yang tak nak dan degil sangat dekat segala amaran Allah. Allahuuuu.. sayu jew hati aku bila semua benda ni jadi.. ya Allah saat aku menangis kekesalan aku hanya mampu menangis menangih simpati Allah.. bila semua orang pelik dengan aku .. iya aku pun pelik dengan aku. cara aku fikir and cara aku bercakap. Allah .. apa pun terima kasih Allah buat cinta terindah ini..

nah layan dulu video ni


Bazir Masa ke Macam mana ?


dear dairy

Assalamualaikum wbt

aku mula menulis ni sebab aku dah start risau pasal semua benda ni. hish dalam hidup mana ada orang tak risaukan ?? kalau tanya aku macam-macam benda nak kena risau sekarang memandangkan aku dah berumur 21 tahun and next year aku dah 22 . weyh cepat kot. i cant believe. aku tak nak bazirkan masa aku mcm tu yelah weyh degree aku nak habiskan jugak target dalam umur 23 tahun. tu target aku sebab aku rasa mcm nk sambung lagi sebab yelah buat apa kalau dalam dunia ni kita tak belajar benda yang baru and everyday was my learning day hokay .. orang belajar sampai degree pun sekarang susah nak keje ni kan yang belajar sampai tahap diploma. entah kalau tanya aku zaman diploma aku . aku biasa-biasa jew takdelah struggle yang sampai nak menangis hahahha..

Tapi apa pun aku nk jugak try and try benda yang paling aku rasa aku berjuang untuk masa depan. tapi masalah kalau degree aku masuk dalam bulan 3 tahun depan weyh T_T apa aku nak buat ni lama kot nak melepet kat rumah hishh.. bosannya tuhan jew tahu mcm mana kan ?

okay sesape ada pengalaman kalau ada korang bole share and bg advice pun bole ... comment jew jangan segan jangan malu okay ?


Misi Utama untuk hidup

dear dairy

Kebanyakkan daripada mereka baru berjinak dalam dunia blog . aku banyak jugak dapat feedback yang mana kebanyakkan positive and ada jugak yang negative cakap aku ni banyak dedahkan experience hidup dalam laman sesawang. Allahu . ini cuma blog bagi aku dari hari pertama aku sign up blog ni aku rasa aku senang dalam aktiviti ni sebab aku rasa takdelah aku nak menjaja cerita aku dekat orang and orang nak cerita kat orang lain lepas tu tokok tambah cerita kan ?

apa yang aku tulis ni memang dari hati. dari hari pertama aku menulis sampai lah sekarang. kalau nak tanya kenapa aku minat sangat nak menulis sebab aku rasa ia nya datang dari lubuk hati yang paling dalam and kau akan ingat dan baca lagi di masa yang betul-betul kehadapan. aku pernah ingat masa zaman aku spm and bila aku baca balik semua benda ni aku rasa mcm nak nages ada, nak melalak pun ada , nak terik pun ada and paling banyak buat aku tergelak bila tengok diri aku sendiri yang melalui masa-masa yang zaman remaja and zaman matang sikit and matang zaman bebetul matang.

entah zaman berlalu kadang aku rasa begitu pantas . semua ada aku catatkan disini . hmmm kadang aku rasa kenangan-kenangan mcm ni kita perlu nak coretkan buat kenangan masa silam dapat menyedarkan kita. kadang aku rasa mcm aku seronok hidup dalam khayalan demi membina diri aku yang dari jauh di lubuk hati aku. entah.. kalau aku cerita pun korg takkan faham. aku sayang dunia menulis ni bukan sebab aku berkhayal benda yang tak jadi tapi aku cuba ingat apa yang pernah jadi and aku berkhayal dalam ingat kenangan silam aku samada manis atau pahit. sakit jerih aku. hmmmmmmm.....

Tapi apa pun misi utama kita. aku just nak sebarkan apa yang patutkan aku sebarkan . bahawa Allah ada dalam meniti ujian kehidupan. setiap ujian itu semua datang dari dia. tak kesahlah kalau one day aku lumpuh ke titba jadi oku ke apa ke kan . apa sahaja yang jadi itu semua milik Allah. Allah tuhan yang satu , Tuhan yang akan faham kita saat apa pun yang berlaku.

apa yang aku cari selama ini aku jumpa. aku sedar dari hari pertama aku harapkan cinta manusia yang mengarut lagi merepek sampai aku jumpa cinta sejati yang mana kau sendiri akan rasa setiap detik masa itu berharga dengan Dia. Allah swt. aku pernah jatuh saat aku bebetul memerlukan . saat aku bebetul menginginkan . entahlah. kenapa dulu aku buta tuli .. kenapa aku tak pernah nampak.

semoga aku tidak akan kecewakan setiap hari yang mendatang dengan mensia-siakan masa yang ada ni sebab dekat dunia ni hanya persinggahan. bukan selamanya. T_T

Sunday, June 15, 2014

pernah tak korang rasa

Aku tak suka perasaan ni . bila duk mai aku rasa nak bersedih bermacam. aku tau aku tak deserve untuk rasa mcm bahagia mcm orang lain. tapi orang cakap tak semestinya kita akan rasa happy dengan bina kehidupan dengan orang yang kita sayang kan ?? 

aku rasa kadang aku suka hidup aku jadi mcm berdikari nak ke sana ke mari. aku memang tak boleh and tak pandai nak ada perasaan macam sebab aku penah rasa sakit dia mcm mana dulu. aku rasa sekarang semua orang kena buat cool and relax apa pun seorang perempuan yang susah nak rasa mcm ni well akan rasa mcm weyh tak payah menyusahkan aku. sebab aku ni memang jenis suka nak menangis kadang benda-benda yang kita akan buat rasa sedih. entahlah 

Aku paling takut aku rampas hak asasi orang yang mana kasih sayang orang. aku takkan cakap and berhak nak cakap apa pun sebab 3 tahun bukan kejap . kawan susah senang lain sungguh bila kau bermain dengan perasaan dan hati. aku rasa aku perlu berhati-hati bab benda macam ni. aku rasa better aku biasa jew sebab aku bukan jenis orang nak suka buat org yang akan rasa diri istimewa sebab aku suka nak senangkan orang. bukan layak untuk di jadikan teman nak kongsi bahagia suka duka sebab aku tak layak untuk itu.. 


perjalanan hidup aku masih panjang... 
stop dreaming .. mari bina hidup lebih sempurna dengan tuhan mu wahai nik amirah..

Friday, June 13, 2014

RINDU

Buat dunia ..
aku mahu hebahkan satu dunia buat semua tahu
biar seluruh isi bumi tahu
biar seluruh isi langit tahu

Sayu aku rebah jatuh ke bumi .
tapi apa yang aku cari ?
entah kenapa jiwa melonjak mencari jawapan
hati menangis mencari persoalan ..

Tuhan tolong aku buat misi pencarian ini
aku takut
aku lemah separuh jalan
aku takut
aku mati separuh jalan
aku takut
aku sesak di tengah jalan
aku takut
aku di tindas dunia ini ...



dunia biarkan aku berlari di atas mu
izinkan aku berjuang mencari jawapan hidup
izinkan aku berjalan mecari persoalan ..

kuatkan aku kuatkan aku



Thursday, June 12, 2014

happy birthday buat insan tersayang di dalam hidup aku

kehadapan buat bonda , ayahanda dan kakanda.

Selamat hari lahir buat ayah , emak dan kakak sayang yang tidak terhingga. semoga di berkati hidup kalian di dunia dan di akhirat. semoga kuat dan cekal mencari redha Allah. sentiasa bahagia hendaknya di samping keluarga tercinta. buat ayah dan emak. terima kasih atas pengorbanan kalian buat anak-anak kalian.

Buat kakak yang tersayang. terima kasih kerana ada dalam hidup saya. semoga bahagia. dan istiqamah dalam mencari redha Allah. sama-sama kita usaha cari redha Allah !!




dear dairy

bila bertanya kenapa itu dan ini . aku penah rasa mcm aku mempermainkan perasaan kasih sayang dan cinta aku dekat Pemilik yang kekal selamanya. mungkin dia uji aku saat hadirkan lelaki yang boleh melayari bahtera hidup . Dia nak lihat mcm mana aku handle perasaan ini . ujian kadang bukan hanya benda yang melemahkan kita sahaja malah benda yang mengembirakan kita. saat aku paling takut memang dah benar-benar datang . aku penah jatuh lemah sebab cinta manusia yang memang dah tak payah nak jangka memang akan selalu mengewakan kita ..

aku tak nak ulang masa lama. masa dahulu. Allah dah bagi aku lesson . pengajaran yang memang menyakitkan aku. aku rasa aku perlu sendiri untuk kenal cinta yang mana kekal dan yang mana suci. kalau tanya aku saat ini aku memang bersalah sebab menduakan cinta yang lebih agong dengan cinta manusia yang kadang memang kau rasa memang mereka tak layak nak dapat dan di tempatkan di dalam hati kita.

ALLAH ALLAH ALLAHU..

Bantu aku untuk cari kekuatan diri aku.
aku tak mampu nak lawan nafsu syaitan ini.
aku tak mampu nak istiqamahkan cinta aku dalam mencari cinta sebenarmu wahai tuhan..
wahai pemilik nyawa ini aku serahkan segalanya buat kau atur buat kau buat percaturan dalam kehidupan ku
kau lebih berhak kau lebih pandai menilai dari HambaMu yang lemah ini.


Tuesday, June 3, 2014

Bila hati berpuisi

Aku jadi bingung
Mungkin kerana gagal berulang kali
Tuhan memang beri setiap hambanya ujian
Aku redha aku faham
Pegang pada prinsip
Tuhan lebih adil walaupun kita rasa tidak di adili
Kenapa perlu kau pertikai aturan Tuhan mu?

Aku suka rasa sedih
Rindu mahu menulis
Mengarang nukilan hidup
Aku bebas bagaikan jiwa bertelanjang
Aku puas menyelongkar segala Apa yg ada di dalam hati
Tapi aku tak punya jawapan pasti
Mungkin Tuhan sengaja buat aku ternanti
Bagaikan satu kejutan indah

Yakinlah engkau wahai hamba Manusia
Tuhan mu tidak zalim
Tidak menghukumi
Tidak mengecewakan
Malah kau bakal di sambut dengan kegembiraan
Keseronokkan dan keriangan di kala masa tiba waktu itu

Bila sampai saat di nanti
Aku makin sayu jatuh rebah ke bumi
Menghadap ilahi buat selamanya

Doakan kebahagian aku selepas dan sebelum hanya itu membuatkan ku bahagia ..

Salam sayang ,

Kau bilang

Kau bilang aku pemusnah segalanya
Kau bilang aku penghancur segalanya
Kau bilang aku manusia tak punya hati
Kau bilang aku manusia tak punya perasaan
Abis ? 
Kau punya apa yang aku tak punya?
Kau milik perasaan suci ?
Kau milik hati dan perasaan sayang ?

Aku bukan manusia hina
Aku bukan manusia untuk di hina
Aku manusia untuk di sayangi
Aku manusia untuk di cintai
Aku manusia untuk di hargai

Aku berhak untuk itu

apa segala yang kau lontarkan aku diam
Diam seribu bahasa memaafkan apa yang kau lontarkan
Kau punya hati hitam sebusuk bangkai
Sehina  batu yang tiada nilai

Aku cuba fahamkan apa yang termaksud
Aku cuba fahamkan apa yang tersirat
Aku cuba fahamkan apa yang tersurat
********

Aku makin sesak bernafas
Aku makin susah bersuara
Aku makin rasa tercabar
Aku makin rasa terhina

Kau rampas dan kau pergi
Kau dtg bawa dendam berahi yang tersumat di dalam dada mu
Buat kau balas , buat kau palitkan pada aku
Apa sebenarnya yang kau mahukan ?

Pergi dari hidup aku
Pergi dari angan- angan indah yang aku bina
Pergi dari alam maya aku
Pergi dari impian aku
Pergi dari halangan mengembirakan aku

.....

Ikhlas dari aku