Thursday, June 19, 2014

ADVISE FOR RAMADHAN


Assalamualaikum wbt

dear dairy

Macam biasa jadual waktu aku untuk hari hari biasa yang menjadi kebiasaan buat aku adalah :

ISNIN : minggu ke tiga , usrah bersama USRAH TAUTAN HATI ..

Alhamdulillah sebab Allah pilih aku antara manusia-manusia yang terpilih dalam mencari ilmu yang tidak terhingga dari ulamak-ulamak Allah ini. Allahu.. bukan senang nak dapat duduk sebelah ustazah fatimah syarha. aku gugup seriously.. oh i cant explain that time. tapi terima kasih ya Allah sebab beri peluang ni...

okay berbalik kepada keutamaan

untuk minggu ni memang semua orang excited nebes semua ada sebab nak sambut kedatangan ramadhan :) Allahu ini yang aku tunggu. rasa mcm tak sabar jew. entah kenapa tahun ni lain sangat.. kalau dulu duk fikir ramadhan lepas tu mesti ada raya. tapi tahun ni lain sangat sangat. banyak benda nak share tapi tak confident nak share sebab saya sangat lah banyak kekurangan. apa pun banyak benda yg ustazah share .. and kami di beri kesempatan dengan adanya seorang makcik ni . Allahu .. indah sungguh perkongsianya..

ni nota kaki yang ustazah fatimah syarha sempat share kat facebook dan laman sesawang beliau .. #copypaste

"Islam bermula asing/ditolak dan kini kembali asing/ditolak," hurai Puan Ijan, tetamu undangan Usrah Tautan Hati, 16 Jun 2014. Di Rest Stop Sebarkan Bahagia.

Alhamdulillah, penuh sampai ke belakang.

Ya.
Secara umum, kita mungkin tak berap
a nampak Islam hari ini ditolak.

Namun, cuba teliti jauh ke dalam cara hidup 'kita' dan masyarakat secara umum.

Dulu,
umat Islam generasi awal sangat jelas trek perjalanan.
Setiap tindakan mereka menuju...
Redha Allah. Syurga firdaus. Wajah Allah.

Mereka..
mengutamakan yang wajib, berlumba lumba mengejar yang sunat.

Lalu roh hamba itu menjalar dalam tugas sebagai khalifah. Islam tertegak dalam sistem pentadbiran, ekonomi, pembangunan, penghormatan terhadap hak asasi setiap manusia dan sebagainya.

Kini,
di mana keutamaan kita?
Asingkah Islam di hati kita?

Checklist:

Bola atau solat lebih utama?
Tidur memanjang atau kerja keras lebih utama?
Pesta ibadah atau pesta makan lebih kita teruja?
Kasih sayang atau kebencian lebih banyak di dada?
Banyak baik sangka atau banyak mengata?

Allah.
Kita mesti bangkit.
Meletakkan 'yang mulia' di tempatnya 'yang utam
a'.





untuk persediaan ramadhan untuk kali ini ustazah kasi tips.. 

nah amik gambar nyaa 





No comments:

Post a Comment