Tuesday, June 3, 2014

Bila hati berpuisi

Aku jadi bingung
Mungkin kerana gagal berulang kali
Tuhan memang beri setiap hambanya ujian
Aku redha aku faham
Pegang pada prinsip
Tuhan lebih adil walaupun kita rasa tidak di adili
Kenapa perlu kau pertikai aturan Tuhan mu?

Aku suka rasa sedih
Rindu mahu menulis
Mengarang nukilan hidup
Aku bebas bagaikan jiwa bertelanjang
Aku puas menyelongkar segala Apa yg ada di dalam hati
Tapi aku tak punya jawapan pasti
Mungkin Tuhan sengaja buat aku ternanti
Bagaikan satu kejutan indah

Yakinlah engkau wahai hamba Manusia
Tuhan mu tidak zalim
Tidak menghukumi
Tidak mengecewakan
Malah kau bakal di sambut dengan kegembiraan
Keseronokkan dan keriangan di kala masa tiba waktu itu

Bila sampai saat di nanti
Aku makin sayu jatuh rebah ke bumi
Menghadap ilahi buat selamanya

Doakan kebahagian aku selepas dan sebelum hanya itu membuatkan ku bahagia ..

Salam sayang ,

No comments:

Post a Comment