Thursday, June 12, 2014

dear dairy

bila bertanya kenapa itu dan ini . aku penah rasa mcm aku mempermainkan perasaan kasih sayang dan cinta aku dekat Pemilik yang kekal selamanya. mungkin dia uji aku saat hadirkan lelaki yang boleh melayari bahtera hidup . Dia nak lihat mcm mana aku handle perasaan ini . ujian kadang bukan hanya benda yang melemahkan kita sahaja malah benda yang mengembirakan kita. saat aku paling takut memang dah benar-benar datang . aku penah jatuh lemah sebab cinta manusia yang memang dah tak payah nak jangka memang akan selalu mengewakan kita ..

aku tak nak ulang masa lama. masa dahulu. Allah dah bagi aku lesson . pengajaran yang memang menyakitkan aku. aku rasa aku perlu sendiri untuk kenal cinta yang mana kekal dan yang mana suci. kalau tanya aku saat ini aku memang bersalah sebab menduakan cinta yang lebih agong dengan cinta manusia yang kadang memang kau rasa memang mereka tak layak nak dapat dan di tempatkan di dalam hati kita.

ALLAH ALLAH ALLAHU..

Bantu aku untuk cari kekuatan diri aku.
aku tak mampu nak lawan nafsu syaitan ini.
aku tak mampu nak istiqamahkan cinta aku dalam mencari cinta sebenarmu wahai tuhan..
wahai pemilik nyawa ini aku serahkan segalanya buat kau atur buat kau buat percaturan dalam kehidupan ku
kau lebih berhak kau lebih pandai menilai dari HambaMu yang lemah ini.


No comments:

Post a Comment