Thursday, June 19, 2014

Misi Utama untuk hidup

dear dairy

Kebanyakkan daripada mereka baru berjinak dalam dunia blog . aku banyak jugak dapat feedback yang mana kebanyakkan positive and ada jugak yang negative cakap aku ni banyak dedahkan experience hidup dalam laman sesawang. Allahu . ini cuma blog bagi aku dari hari pertama aku sign up blog ni aku rasa aku senang dalam aktiviti ni sebab aku rasa takdelah aku nak menjaja cerita aku dekat orang and orang nak cerita kat orang lain lepas tu tokok tambah cerita kan ?

apa yang aku tulis ni memang dari hati. dari hari pertama aku menulis sampai lah sekarang. kalau nak tanya kenapa aku minat sangat nak menulis sebab aku rasa ia nya datang dari lubuk hati yang paling dalam and kau akan ingat dan baca lagi di masa yang betul-betul kehadapan. aku pernah ingat masa zaman aku spm and bila aku baca balik semua benda ni aku rasa mcm nak nages ada, nak melalak pun ada , nak terik pun ada and paling banyak buat aku tergelak bila tengok diri aku sendiri yang melalui masa-masa yang zaman remaja and zaman matang sikit and matang zaman bebetul matang.

entah zaman berlalu kadang aku rasa begitu pantas . semua ada aku catatkan disini . hmmm kadang aku rasa kenangan-kenangan mcm ni kita perlu nak coretkan buat kenangan masa silam dapat menyedarkan kita. kadang aku rasa mcm aku seronok hidup dalam khayalan demi membina diri aku yang dari jauh di lubuk hati aku. entah.. kalau aku cerita pun korg takkan faham. aku sayang dunia menulis ni bukan sebab aku berkhayal benda yang tak jadi tapi aku cuba ingat apa yang pernah jadi and aku berkhayal dalam ingat kenangan silam aku samada manis atau pahit. sakit jerih aku. hmmmmmmm.....

Tapi apa pun misi utama kita. aku just nak sebarkan apa yang patutkan aku sebarkan . bahawa Allah ada dalam meniti ujian kehidupan. setiap ujian itu semua datang dari dia. tak kesahlah kalau one day aku lumpuh ke titba jadi oku ke apa ke kan . apa sahaja yang jadi itu semua milik Allah. Allah tuhan yang satu , Tuhan yang akan faham kita saat apa pun yang berlaku.

apa yang aku cari selama ini aku jumpa. aku sedar dari hari pertama aku harapkan cinta manusia yang mengarut lagi merepek sampai aku jumpa cinta sejati yang mana kau sendiri akan rasa setiap detik masa itu berharga dengan Dia. Allah swt. aku pernah jatuh saat aku bebetul memerlukan . saat aku bebetul menginginkan . entahlah. kenapa dulu aku buta tuli .. kenapa aku tak pernah nampak.

semoga aku tidak akan kecewakan setiap hari yang mendatang dengan mensia-siakan masa yang ada ni sebab dekat dunia ni hanya persinggahan. bukan selamanya. T_T

1 comment: