Saturday, June 21, 2014

Pernah Tak ?

pernah tak kau alami situasi yang mana kau asyik di himpit rasa bersalah, orang sekeliling suka salahkan kau?  kau rasa mcm "eh dia buat kau tak nampak , aku buat kau nampak pulak?" hmmmmmmmmmm.......... aku tak tahu kenapa manusia TERUTAMANYA kawan yang kau pernah panggil kawan baik suka salahkan engkau. cakap kau " eh kau ni lelebih update mcam-macam" tapi kenapa bila aku diam semua orang tak nampak mcm mana aku diam and cara aku mendiam. tapi orang still nak cakap "oh kau ni teruk betullah" , " oh kau ni bla bla bla"

Kalau tanya aku ??

Aku malas nk fikir apa yang orang lain rasa pasal aku. sebab aku rasa aku nak jadi diri aku bukan aku nak jadi diri kau. kalau kau rasa aku ni jahat sangat .. kenapa kau nak amik tahu pasal aku.. bila ada kawan fake akhir kata mesti cakap mcm ni "eh sebab aku sayanglah aku nak cakap or tegur ni" so fake. seriously. tapi walhal dengan apa yang kau tegur selama ni dengan cara kasar bagai aku terima itu ini dengan sabar.. oh tu ke teguran manis or tu gurindam bibir kalian buat menghappykan hati kalian ??

DULU kalau tanya aku. memang aku sedih kalau orang semua nak buat aku mcm tu. tapi sekarang kalau kau tanya aku ? eh bole aku nak cakap "gi mampus kau lah" dalam erti kata yang lembut "ikut suka hati kau lah" dulu suka cakap aku cepat melenting itu ini , itu ini. tapi kalau dia melenting . siapa nampak ? x pernah sorang pun amik tahu kan ? apahal sangat aku ni kau orang nak sibuk-sibuk amik tahu pasal aku ? aku bukan artis ke apa ? ouh sebab rasanya tittle kawan baik tu kot. ah kalau baik takkan nak buat mcm tu kan ? selama aku kawan and kenal budak college memang aku tak berapa nak rapat sangat tapi. Alhamdulillah it help u kot. seriously ni bukan tips yang baik kalau nak di jadikan contoh teladan sebab aku to be honest memang x bersocial sangat pun dengan budak college. habis je class terus balik. datang class pulak memang ngam-ngam waktu class. bukan apa. aku tak nak jadi bahan and punca rapat-rapat lepas tu kau bergaduh-gaduh bagai sebab mulut. kalau tanya aku zaman sekolah memang best tapi arghh bila dah kau dah kawan lama sangat pun and kawan dengan manusia atau kawan yang mulut nauzubillahminzalik. ya Ampun kau sendiri pun kadang rasa tercabar and rasa kurang sabar.

Kalau tanya aku.. aku sabar ke tak ?? of course aku sabar. tapi sabar aku memang ada limit like seriously. tapi dalam islam tak di tuntut pun and tak di iktiraf pun kesabaran itu ada limit, hanya manusia yang suka melimitkan kesabaran. oh itu sifat manusia. kebiasaanya akan berlaku. *jangan heran* .. apa pun pandangan orang dekat aku. mcm mana susah pun aku nak telan , buat-buat pekak. yang sebenarnya aku tahu apa yang korg cakap pasal aku. and apa yang kau org caci maki aku. mungkin hari ini aku tak tahu siapa diri aku . mungkin hari ini aku pakai pun biasa-biasa, gelak pun dengan manusia yang biasa-biasa. tapi tak mustahil Allah bagi rezeki lebih, itu lebih ini lebih.. entah banyak orang akan cakap S   A   B   A  R. Tapi kalau nak tahu nak istiqamah dalam bersabar tu sungguh susah. tapi jenis aku mcm mana terjadi pun sabar tu memang aku pegang no 1 untuk nk elakkan jadi benda-benda yang tak di ingini.

Perempuan salah satu masalah keutamaannya memang adalah mulut. and mulut kau boleh lukakan hati yang mana kau sendiri tak sedar ia da menanah dah luka teruk dah barai teruk. tanya aku lagi ? aku da banyak menahan nanah-nanah busuk ni. sampai aku rasa nak muntahkan jew kat muka-muka si pengata. tapi sampai sekarang aku musykil tentang diri aku. aku selalu rasa yang aku salah. tapi org yang suka cari salah orang suka rasa diri dia betul. memang Allah dah terbalikkan dunia, dan kebenaran takkan datang dengan mudahnya mcm kau petik api lighter kau. takpe redha and memaafkan adalah benda yang paling bahagia aku pernah buat dalam hidup aku sebab banyak sangat benda aku nak fikir sekarang. dengan itu dengan ini. kalau nak suruh fikir pasal masalah kawan ni. mati esok pun belum tentu kau habis nak fikir.






No comments:

Post a Comment