Tuesday, July 1, 2014

solat sunat Tahujjud

Assalamualaiku w.b.t

Ramadhan Kareem!!!

Alhamdulillah di kesempatan ini nak share sikit pahala yang tak segemana pun tapi kita tak tahu kan Allah nak bagi kat kita mcm mana walaupun dengan sedikit ilmu yg saya kasi ni . saya pun budak baru belajar.

Qiamullail

1. solat Tahujjud

ada pun solat Tahujjud/solat Malam itu adalah sesuatu amalan yang selalu di kerjakan Rasulullah S.A.W, para sahabat, para ulama dan para solihin, Allah SWT berfirman maksudnya :

"Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahujjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu semoga Allah mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" -Bani israil :79-

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Dari Bilal ra. berkata : Rasulullah SAW bersabda : Perlukan olehmu solat malam, maka bahawasanya solat malam itu amalan/tradisi orang-orang soleh sebelum kamu, penghampiran diri kamu kepada Tuhan kamu dan pencegahan daripada dan penghapusan bagi kejahatan-kejahatan dan penolak bagi penyakit badan" 
HR Tarmizi


Solat Sunat Tahujjud dikerjakan pada waktu malam sesudah solat sehingga menjelang waktu subuh. Tetapi lebih di utamakan atau lebih afdal setelah bangun dari tidur pada jam 2-3 pagi, seperti malam yang akhir hingga menjelang terbit fajar atau menjelang waktu subuh. Solat sunat Tahajjud dilakukan dengan dua rakaat dan satu malam. Kemudian solat sunat Tahajjud ini diakhiri dengan solat sunat witir yang dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat, tiga rakaat sehingga sebelah rakaat dan salam setiap 2 rakaat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

"Solat yang paling utama sesudah solat yang fardhu ialah solat sunat Tahajjud /Solat malam. (HR Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Jadikanlah akhir solatmu waktu malam itu witir" (HR Imam Bukhari muslim)


Allahualam. yang buruk datang dari saya sendiri . yang baik semua berpihak dan datang dari Allah SWT. kalau ada tersalah silap mohon seribu keampunan.. sekadar hendak berkongsi.





No comments:

Post a Comment