Sunday, September 21, 2014

Dear Diary

Hidup sebagai seorang pekerja konon hebat 

sebenarnya lama aku nak cerita tapi malas nk cerita yes sebab malas nak menaip. tapi hari ni di sebab aku kena period pain yang teruk tahap hish entah lah Hanya Tuhan sahaja yang tahu mcm mana sakitnyaaa period pain kali ni . aku rasa memang setiap kali period aku takkan lari dari period pain nih. Allahu moga Allah permudahkan urusan aku esk... 

Okay nak ceritalah sikit pasal pengalaman kerja aku yang tak berapa nak pengalaman sangat ni. macam biasalah , bak kata orang kita akan berkerja di dalam bidang yang mana bukan sama bidang dengan apa yang kita belajar. YES !! sekarang baru aku rasa. Allah serious aku rasa mcm nak give up jugak sebenarnya waktu first-first tu tapi bila dah lama-lama rasa mcm okay lah sebab environment yang best and paling penting yeah okay and akak-akak tu supporting sesangat. alhamdulillah sebab dapat officemate yang best. nanti aku share gambar !!

okay untuk mencari pengalaman ni yelah kira fresh graduate ni aku rasa mcm takpelah tak payah nak memilih sgt tau bila dah kerja. weyh gaji rm1200 sumpah tak cukup. bukan tak cukup tapi buat msa ni aku banyak benda yang nak kena bayar hahaha. di sebabkan mara dah tak cover untuk 3 bulan yang abis belajar tu and aku terpaksalah kena hold payment bill yang mana aku kena bayar . tapi alhamdulillah orang cakap rezeki kat mana-mana kan so aku kena kuatkan semangat ! insyallah rezeki lain ada. okay, aku duduk di bawah company secretarial company yang mana syarikat ni buat khidmat siapa yang nak buat company and nk upgrading ke sdn bhd. ok la aku rasa . sebab ni company kecik jew untuk permulaan memang ok sesangat buat aku. and paling penting environment sangat best. ! ha position aku dalam company ni pr (public relation) aku pun tak faham kenapa aku kena duduk dalam jawatan ni. padahal kalau dia suruh aku jadi assistant secterial serious syok tapi kena tahan dengan stress banyak document jelah. apa pun tak kesahlah asal aku boleh cari pengalaman yang mana aku bole mintk kerja dengan comfortablenya one day nanti.. 


Dalam dah dapat kerja ni aku boleh pulak dapat bebanyak tawaran mcam cimb, perodua. hahaha. tapi perodua tu memang aku gi jew sebab company establish ni best kot kalau nak apply keje gempak-gempak one day nanti. alhamdulillah kalau ada rezeki aku kat company oil and gas ke kan kan kan ? *hahahaha berangan jew nik amirah ni* perodua tu aku g interview sampai 2x kot sebab aku dapat second interview . ni tgh tunggu result kalau ada rezeki aku kat sana insyallah lah aku akan duduk kat rawang tu sebab kalau nak ulang alik Allah penat jugak sebenarnya sebab kena keluar kul 6 or 6.30 am dari rumah and kena straight g sana. hmm walhal masuk kul 8. memang lah tak jauh mana pun rawang tu. tapi sebenarnya jauh jugak weyh serious. bayangkan lah sampai kawan-kawan aku pun cakap jauh. hahaha iyalh org beria cari kerja kat kl aku ni duk bantai nak cari kerja kat luar kl. yelah weyh kalau dah rezeki aku kat luar kl kan nak buat macam mana kan ?? aku pun nak mintak tlg korg doakan agar dapat kerja kat perodua tu sebab aku nk sangat kumpul asset buat masa ni yes. and nak baiki kehidupan yang mana sekarang ni kehidupan duniawi jew lebih. tu akhirat kena cari jugak. *nak kumpul duit nak g umrah T_T




PRAY FOR MH307 & MH17

Dari berita kehilangan mu dari radar
Seluruh Dunia masih belum dapat menerima khabar ini
Terbang tinggi setingginya di mana perlu kami cari kalian ?

Seluruh dunia mengecam kami
bangkit bangun , berdoa agar semua ini hanya khayalan
tapi masih tidak dapat jawapan sehinggi kini .......



mh17 segala kehilang merungkai ,
mh17 menyaksikan dan memberi khabar sedih buat kita
kita untuk terus cari konklusi di mana letaknya sedara kita mh307



Friday, September 19, 2014

Kau

Bila kau tunggu semua org tak peduli
Bila kau menangis tiada tangan yg Mahu dihulur 

Bila kau rasa di sakiti tiada manusia yg mahu mengubati 

Tapi bila kau berjalan gagah tanpa hirau manusia lain 

Itu masanya kau dtg minta sedekah, meraih simpati, rasa sedih bila org buat kau mcm tu. 

Tapi pernah tak kau sedar mcm mana kau buat org lain? Kawan kau sendiri? 

Wednesday, September 17, 2014

Kerana pendosa tetap pendosa

Dear dairy 


Ramai org tanya have u experience cakap kasar ngan parents? Kalau bab ni semua nak tutup muka tak nak cakap and kalau boleh memang tak nak cerita langsung pasal apa yang kita buat kat mak ayah kita. Kalau lepas ni aku meninggal tulis entri sebab aku nk luahkan kekesalan aku dengan apa yang aku pernah buat. Adat manusia memang takkan pernah lari dari segala kesilapan baik yang muda atau yang tua. Kita, aku, semua manusia tergolong dalam golongan pendosa yang sentiasa dan akan berulang kali melakukannya. Aku slalu bayangkan nikmat kematian dan berada di dalam golongan org org mukmin sedangkan aku tahu aku memang tak layak sama sekali . Tapi tak salahkan kalau kita berusaha untuk terus nk baiki diri kita jadi lebih baik.

Mak ayah kita antara manusia yang paling dekat dgn kita. I means memang sentiasa support kita dalam apa jua masalah kita tak kesahlah dia siapa and siapa . Mungkin kadang mak ayah kita pernah buat kesilapan depan mata kita sendiri tapi kita dah terbenci benda yang dia buat tu. Memang susah bila mana kau dah rasa macam annoyying lah ayah aku ni, eh mcm tak suka lah ayah n mak aku ni. Sometimes kita akan rasa mcm mak n ayah kita macam paksa kita. Well diaorg pun manusia mcm kita kan ? Ada time memang banyak buat silap and ada time terlalu banyak kesilapan . 

Aku tak pernah rasa mcm mana kehilangan mak ayah aku sendiri depan mata sebab aku xpernah experience benda mcm ni. Yes itu untungnya aku tapi untung buat masa ni. Mana tau aku mati lepas tulis entri langsung tak dpt dah kasih sayang mak ayah .kalau org tanya "eh kau pernah kurang ajar tak ngan ayah kau?" Aku ? Hmmm kita manusia kan . Manusia mana yg tak pernah buat silap. Kadang emosi bila dah bercampur semua mai nanti. Hmmm aku terlalu banyak dosa smpai tak tulis dah malaikat . Tapi aku cuba ubah, ubah untuk terus diredhai Allah. Susahnya kalau sentiasa diri ni berdosa iya aku mmg tak layak nk memohon sebab dah terlalu banyak dosa. Cumanya manusia tak nampak dosa itu. Kalau lah dosa terhadap ibu bapa kita ni boleh semua nampak tak tertanggung rasanya.


Titipan buat ayahanda & bonda

Juka saat anakmu menulis ini esk lusa sudah tidak nampak lg di mata mu , pergi menemui ilahi maafkan segala perbuatan, halalkan makan minum, doakan anak mu buat perjumpaan kita di sana kelak . 

Buat bonda

Halalkan susu mu yg mengalir di dalam badan ini, redhakan anak mu menjadi manusia berdosa kalau itu mahu tuhan, maafkan anak mu

Tuesday, September 16, 2014

Read all about it

Dear dairy 


Aku rasa memang dah berhabuk teruk blog aku ni smpai aku biar mcm tu jew. Stressnya kekadang bila aku ada masalah aku memang malas nak melayan perasaan sebab tak nak fikir benda yang tah apa-apa kan. 

Banyak dan terlalu banyak benda yang aku nk luahkan since aku memang dah jarang sangat nk update blog ni. Iya memang jarang and memang kadang aku malas nk bukak langsung lappy kalau nk menulis . Apa pun Allah swt tau mcam mana aku handle stresa yang kadang manusia ni memang suka cipta sendiri. 

Okay la kalau semua ada baca previous cerita aku memang aku masalah ngan konon kawan baik tapi tak pun sebenarnya. Entah bila kau dah abis study ni aku rasa macam kawan ni senang datang nak melekat kat kita and memang senang nak pergi tanggal dari kita. So istilah zaman sekolah yang konon kawan baik tu memang dah pupus dah. Sebenarnya dia kena ada sorg jew kawan baik yang jujur and betul-betul kawan kita. Tu jew. Ok tutup cerita.

Pasal life aku skrg: alhamdulillah lepas abis diploma aku rasa malas kejap nak sambung belajar, and kejap malas nk buat tu ni & kejap rasa stress sebab terperuk jew kat rumah tu. Tah rasa macam lifeless pun ada iyalah nk pergi memana mana nak cekau duit? Takkan nak menadah tangan nak mintak dengan mak bapak kan ? Yes itu paling penting untuk anak org bukan dari golongan ado-ado macam aku ni. Belajar erti kesusahan yes itu benda paling basic dalam hidup. Kalau mak ayah jenis tabur jew duit dalam hidup anak habis lah lingkup anak diaorg hahaha. Now aku keje kat secterial company as pr. Memang takde kena mengena dengan bidang yang aku belajar ni weyh. Jauh sangat menyimpannya. Bukan apa kadang aku ni gagap jugak nk jumpa client baru wey. Ngan kadang english tongang langgang. Yeah bila dah nervous memang jadi mcm weyh!! I cant handle this. Dalam masa sekarang ni memang aku tgh cari peluang kerja yang syok2 i means yg benefit lagi tinggi dari keje yang skrg ni. Mana tak nya weyh takkan nak ddk dalam company yg baby smpai bila-bila hahaha nampak tak demand nya padahal keje baru berapa bulan okay fine hahahahaha.apa pun semua benda ni akan terjadi bila mana kita berusaha nak meningkatkan taraf kehidupan kita. Bila da senang satu jew jgn lupa mak bapak tu jew. Huhuhu. Adoi kl ni mana cukup gaji rm1200 weyh seriously tp fresh graduate mcm aku adoi rasa mcm sesak jugak nafas weyh. 


Apa pun aku sekarang stress sebab boss kerek so aku rasa mcm nak benti cecepat lepas aku dapat result perodua ni and aku akan pasti kan yang aku akan blah dr company tu. I means kalau dpt tempat lain yg lg syok and kalau tak dpt pun peluang terakhir adalah sambung belajar :)