Wednesday, September 17, 2014

Kerana pendosa tetap pendosa

Dear dairy 


Ramai org tanya have u experience cakap kasar ngan parents? Kalau bab ni semua nak tutup muka tak nak cakap and kalau boleh memang tak nak cerita langsung pasal apa yang kita buat kat mak ayah kita. Kalau lepas ni aku meninggal tulis entri sebab aku nk luahkan kekesalan aku dengan apa yang aku pernah buat. Adat manusia memang takkan pernah lari dari segala kesilapan baik yang muda atau yang tua. Kita, aku, semua manusia tergolong dalam golongan pendosa yang sentiasa dan akan berulang kali melakukannya. Aku slalu bayangkan nikmat kematian dan berada di dalam golongan org org mukmin sedangkan aku tahu aku memang tak layak sama sekali . Tapi tak salahkan kalau kita berusaha untuk terus nk baiki diri kita jadi lebih baik.

Mak ayah kita antara manusia yang paling dekat dgn kita. I means memang sentiasa support kita dalam apa jua masalah kita tak kesahlah dia siapa and siapa . Mungkin kadang mak ayah kita pernah buat kesilapan depan mata kita sendiri tapi kita dah terbenci benda yang dia buat tu. Memang susah bila mana kau dah rasa macam annoyying lah ayah aku ni, eh mcm tak suka lah ayah n mak aku ni. Sometimes kita akan rasa mcm mak n ayah kita macam paksa kita. Well diaorg pun manusia mcm kita kan ? Ada time memang banyak buat silap and ada time terlalu banyak kesilapan . 

Aku tak pernah rasa mcm mana kehilangan mak ayah aku sendiri depan mata sebab aku xpernah experience benda mcm ni. Yes itu untungnya aku tapi untung buat masa ni. Mana tau aku mati lepas tulis entri langsung tak dpt dah kasih sayang mak ayah .kalau org tanya "eh kau pernah kurang ajar tak ngan ayah kau?" Aku ? Hmmm kita manusia kan . Manusia mana yg tak pernah buat silap. Kadang emosi bila dah bercampur semua mai nanti. Hmmm aku terlalu banyak dosa smpai tak tulis dah malaikat . Tapi aku cuba ubah, ubah untuk terus diredhai Allah. Susahnya kalau sentiasa diri ni berdosa iya aku mmg tak layak nk memohon sebab dah terlalu banyak dosa. Cumanya manusia tak nampak dosa itu. Kalau lah dosa terhadap ibu bapa kita ni boleh semua nampak tak tertanggung rasanya.


Titipan buat ayahanda & bonda

Juka saat anakmu menulis ini esk lusa sudah tidak nampak lg di mata mu , pergi menemui ilahi maafkan segala perbuatan, halalkan makan minum, doakan anak mu buat perjumpaan kita di sana kelak . 

Buat bonda

Halalkan susu mu yg mengalir di dalam badan ini, redhakan anak mu menjadi manusia berdosa kalau itu mahu tuhan, maafkan anak mu

No comments:

Post a Comment