Tuesday, December 23, 2014

bye 2014

Assalamualaikum wbt

dear dairy ,

hish cepatlah masa tu berlalu. aku rasa mcm semalam jew yang baru aku habis diploma, habis buat practical kat risda. hmmm.. memang rasa mcm semalam jew semua benda yang aku buat ni.. tapi mana nak boleh stopkan masa tu kan ?? aku selalu rasa yang dulu orang tua-tua kata eh cepatlah masa tu berjalan. tapi zaman budak budak mana nak rasa semua benda tu kan ?? so bila dah meningkat dewasa ni baru nak rasa. okay okay. meh kita cite and bukak panjang lebar semua benda ni..


1. aku just berazam tahun ni yang aku boleh sambung degree di tempat dan pelusuk dunia yang jauh. biarlah sepuluh tahun sekali aku balik..

2. aku tak jumpa manusia yang suka nak ungkit benda yang sama mcam kawan kawan lama aku yang useless and suka nak kutuk-kutuk org. nauzubillah min zalikmintak di jauhkan dengan kawan-kawan yang macam ni.

3. aku takkan stress kan diri aku dengan benda benda bangang ni. like seriously.. hahah weyh 2014 tahun pengajaran bukan masa nak pandang belakang lagi dah kan ?? so move onnnnnn.

4. aku nak kumpul duit nk travel seseorang. ce test tengok macam mana jadi dia. hahah

5. kalau boleh aku nk sambung sampai master sebab aku ni takde la senang sangat tapi mcm nk plan benda lain lepas degree maybe aku nk amik part time diploma in agama ke ? kalau ada banyak duit lah beb ...

so apa pun azam 2015 aku ni jangan terpengaruh sebab azam kurus aku smpai sudah tak kesampaian.
apa pun apa yang jadi pada 2014 selalu menjadi pengajaran untuk aku tengok dunia lebih mendalam. dengan kisah-kisah yang merepek-repek dengan kisah sedih yang kadang mcm aku rasa hishh. malas dah nak menangis. tapi tu kan semua Allah swt datangkan untuk kita dengan ujian yang terselit dengan kebahagian. so aku rasa takpe allah tu kan ada....setiap peredaran masa berlalu mesti ada pengajaran yang dia nak tunjukkan ..

ok apa pun azam kalian moga Terus success ! aku doakan kan semua pembaca, adik beradik , kawan-kawan college smua terus maju dengan jayanya. <3 p="">






No comments:

Post a Comment