Friday, January 30, 2015

Manusia atau TuhanMu?

Penilaian Allah atau penilaian Manusia??

Orang selalu meletakkan garis ukur serta penilaian kemulian itu berdasarkan kepada kedudukan yang tinggi, kekayaan dan kecantikan luaran. Selalunya orang miskin dipandang hina, orang susah selalu dihina , orang yang hodoh dan hitam selalu diejek. Seolah-olah mereka ini golongan kelas bawahan yang hanya layan mendapat cacian, penghinaan dan ejekan.

TETAPI penilaian Allah terhadap hamba-hambanya sangat berbeza. Seperti mana Nabi Muhammad saw bersabda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim :

 ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻗَﺎﻝَ ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻻ
ﻳَﻨْﻈُﺮُ ﺇِﻟَﻰ ﺻُﻮَﺭِﻛُﻢْ ﻭَﺃَﻣْﻮَﺍﻟِﻜُﻢْ ﻭَﻟَﻜِﻦْ ﻳَﻨْﻈُﺮُ ﺇِﻟَﻰ ﻗُﻠُﻮﺑِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻋْﻤَﺎﻟِﻜُﻢْ 

متفق عليه

Maksud : Dari Abu Hurairah berkata, Nabi Muhammad saw bersabda sesungguhnya Allah tidak melihat wajah kamu mahu pun harta kamu tetapi Allah melihat pada hati-hati kamu dan amalan perbuatan kamu.

Kalaulah kita lebih mengambil berat tentang pandangan Allah terhadap kita berbanding pandangan manusia terhadap kita, nescaya kita akan berusaha menjaga hati-hati kita supaya tidak terjebak dengan penyakit hati seperti ujub, riak, takbur dan sebagainya. Kerana yang memberi manfaat kepada kita pada hari Qiamat kelak adalah hati yang baik. Seperti mana Allah berfirman : 

﴿ ﻳَﻮْﻡَ ﻟَﺎ ﻳَﻨْﻔَﻊُ ﻣَﺎﻝٌ ﻭَﻟَﺎ ﺑَﻨُﻮﻥَ (88) ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﻦْ ﺃَﺗَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺑِﻘَﻠْﺐٍ ﺳَﻠِﻴﻢٍ (89)

سورة الشعراء

Di samping itu kita memperbaiki amalan harian kita, menyempurnakan amal ibadat kita yang mana segala amalan ibadat kita hanyalah untuk Allah.

Saya ingin menegaskan di sini, marilah kita bersama-sama mengejar Taqwa. Kerana taqwa adalah penilaian paling utama di sisi Allah untuk hamba-hambanya. Seperti mana Allah berfirman di dalam surah al-Hujrat :

إن أكرمكم عند الله اتقاكم

Allah juga telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 194 kebersamaan Allah bersama orang yang bertaqwa :

 ﺃَﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻣَﻊَ ﺍﻟْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦ

Saya teringat juga kelas pengajian tafsir bersama Dr Khalil, Dr pernah membawa sebuah hadis yang berbunyi : 

إن أولي الناس بي في يوم القيامة المتقون (أو كما قال)

Maksud : Sesungguhnya orang yang paling utama disisiku kata Nabi Muhammad saw pada hari Qiamat adalah Orang yang bertqwa.

Oleh itu, penilaian siapa yang paling penting? Allah atau Manusia?

Kalau la saya tidak meletakkan Allah dan Taqwa sebagai matlamat utama kehidupan saya, mungkin saya terlalu merendah diri dan merasa diri terlalu hina.

Wallahu a'lam

Group whatsapp share #usrahtautanhati

Hati




"RENOVATE HATI YANG MATI" 💔
Assalamualaikum wbt.

Sedikit jentikan tarbiyah untuk hati kita semua Insya Allah.
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad..

Apa yg dimaksudkan dgn hati mati❓
🔷1. Kita tahu kita melakukan dosa, tetapi kita tidak berusaha utk menjauhinya.
🔷2. Kita tidak lagi merasa kehadiran Allah dlm solat dan disaat membaca AlQuran, malah hati kita sentiasa tidak hadir semasa amal ibadah. Hati tidak lagi merasa lazat.
🔷3. Hati terasa kosong, kosong dan kosong. Tercari-cari dimanakah iman didalam hati?
🔷4. Kita terasa liat menyertai program berunsur rohaniah, malah rela menghabiskan masa untuk keseronokan yg tidak meningkatkan iman.
🔷5. Kita lebih suka tidur dari bangun malam dan bermalas-malasan.

Apa yg perlu dilakukan saat hati kita semakin jauh dari Allah❓
✅Banyakkan berzikir/istighfar.
✅Cari ceramah/pengisian/gambar berbentuk tasawwuf, yg berbicara soal hati dan kecintaan kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
✅Jika sudah lama meninggalkan usrah, cari usrah itu kembali.
✅Buka AlQuran dan tadabbur maknanya.
✅Bangun tahujjud. Cari semula hati itu kembali.
✅Banyakkan bertaubat atas kelalaian kita di dunia.
✅Ingat mati. Mati tidak mengenal siapa dan tidak juga mengenal usia. Mahukah kita mati dalam keadaan kita lalai? Na'uzubillah min zalik.

🍀Malah kata-kata Imam Al-Ghazali menyebutkan tentang pencarian hati yg hidup. "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu ketika membaca AlQuran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah SWT pinta hati yg baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati".

🍀Iman itu sifatnya yazid wa yankuz (naik dan turun). Maka jalan mujahadah sgt perlu dlm meningkatkan keimanan kita. Susah diawalnya dan disepanjang jalan, tetapi manis diakhirnya. Mohonlah sesungguhnya kepada Allah, supaya dipelihara iman dan hati kita semuanya. Supaya saat kita mati, kita mati dlm keadaan bukan sahaja islam. Malah beriman. Insya Allah sama2.

Wa Allahu A'lam..

Share dr group whatsapp usrah tautan hati _hamba Allah

Alhamdulillah

Assalamualaikum 

Dear dairy 

Apa pun jadi ada rezeki ke takde tetap kena berlapang dada. Setiap peluang dan kegagalan one day mesti akan terkenang bgs nya kalau aku jd mcm ni hmmm

Aku sedih plak application aku tak lepas . So next step uniten 

Wednesday, January 28, 2015

HIJAB EVENT 2015

Assalamualaikum wbt

meh promote sikit aktiviti ahli mizan untuk masyarakat yang mana insyallah bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat yang nk memupuk masyarakat yg hidup di dalam kehidupan islamic dan insyallah kita smua boleh jadi the true muslim dan muslimah !

okay bebelan demi bebelan aku just nak jemput kepada pembaca blog dan kepada penyinggah meh kita raikan mana yang patut kan







Siapa yang ada ??

Jessica Ang
Aliza Kim
DJ Maz Ismail of IKIM.fm
Dr Halima Boukerrouha
Dr Harlina Halizah Siraj
Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
Natasha Hudson
Ustazah Amie Sofia
Ayesha Syahira 
#TheStrand #EncorpMall #KotaDamansara

Info 

#HijabEvent2015
#EncorpMall #TheStrand
#KotaDamansara
#FREEentrance!

-------------- ENCORP MALL #KOTADAMANSARA



so siapa yang nak info lebih sikit cari kt instagram boleh hastag #Hijabevent2015

and korg boleh click link ni Hijab Event 2015

DUBAI PART 6 AND THIS IS WILL BE END.

#Amieraleetakedubai

Aku rasa ni part paling akhir sebab banyak kot aku nk tulis tapi asyik kena draft jew sebab nak habis kan mana part yang mana best hahah. okay lah di sini aku nak tegaskan yang mana sesi pelancongan aku ni bukan sebab nak show off yelah kadang ada orang cakap , ha dia ni update blog sebab nak show off apa bagai . aku rasa hangpa tak penah kenal agaknya erti mcm mana dengan penulisan blog yang kian merendum di kalangan anak muda remaja. abih takkan lah nk update pasal cinta jew memanjang aku pun bosan kalau nak baca.

Apa pun niat kita kena betul just nk share apa yang kita ada pengalaman yang tak power mana ni so kita share lah ha kalau ada travel hack tu aku memang nak share tpi di sebabkan travel hack takde la banyak sangat. aku rasa kalau kat malaysia ni orang akan bangga kalau kita ni nak travel sorang tapi hangpa tau tak kalau nak travel sesorg ni sangat la bosan. bg aku lah memang membosankan . just create a small group yang mana kawan-kawan baru or lama yang korg serasi nak berjalan bersama. kalau mcm aku memang akan ramai nak tarik and ajak aku nak masuk and g sana sini sebab aku jenis melawak je memanjang. hahaa * angkat bakul sendiri kadang2 will be okay kan *

so masa yang di nanti dah nak datang. sebulan dah aku duduk dubai memang bosan aku rasa mcam nak menangis. kalau kat tempat yang aku rasa aku boleh survive tapelah jugak ni kat dubai kot kau cakap english bukan semua orang arab boleh cakap english. too sad. and diaorang pun bukan bekerja pun banyak pakai tenaga kerja orang luar seperti indonesia dan philipina. aku rasa negara diaorag kaya tapi lack or dari tenaga kerja yang mana org diaorang sendiri yang berkerja. tu kelemahan negara kaya and orang arab ni.

nak flight balik memang aku bersyukur sangat sebab abg ipar and akak aku nak teman balik n anak-anak dia semualah . yang paling best aku bersyukur sangat bila time nak check in beg kat flight sana sangat susah and menyusahkan bukan macam air port kita. tu la orang cakap kalau berjalan ni memang kena kumpul experience yang mana kau kena belajar mcm mana nak hadapi sorang-sorang incase pape kan.. so di sebabkan abg ipar aku ada aku tak payah nak pening kepala nak itu nak ini.

ADA ORANG SAKIT

akak aku kan preggy about 3 months or 4 months that time aku mcm kurang pasti. di sebabkan morning sickness nya yang teruk dia memang tak nak makan and tak nak minum air pun kekadang. sampai dia punya weight memang loss untill 10kg. kurus sangat .. ada kot kalau akak-akak otai yang baca blog aku ni yang kena penyakit morning sickness yang sama time preggy. so aku mcm tergerak hati cakap kat abg ipar aku suruh mintak wheel chair kat airport tu . terbaik ah layanan diaorang . walaupun kau economy class pun tapi service diaorang memang best siap weouls boleh lepak kat tempat yang mana org lain tunggu menunggu nak beratur bagai. so aku rasa kalau sesiapa yang flight jejauh and that time kau orang ada masalah kesihatan yang mana susah nak jalan or tak larat nak jalan ce try mintak wheel chair and time mintak tu memang dia akan mintak pesakit tu punya boading pass and passport .. so kitaorng memang dapat layanan yang power. cop passport pun tak payah nak beratur. baguss.. aku memang malas nak beratur panjang T_T



so kat sini banyak gak tempat yang aku research yang aku tak leh nak gi mcm

1. masjid sheikh zayed abu dhabi
2. naik burj khalifa see the view. hahah aku klcc punya jambatan tu pun aku tak pernah nak naik ni kan nak naik yg burj khalifa hish tak pelah.


and last but not least

belanja lagi gambar ..


flight DXB - KL pukul 8.15 pm (dubai time) and arrived at kl (7.30 am)

Alhamdulillah semua selamat and aku rasa mcm yeay ! aku da balik kl. ..




 muka dah lemau plus aku memang dah gemuk kbai hahaha 

alya with her beg and aku memang kena jadi mangsa ah kena bawak 2 bagpack

 bye dubai till we meet again ! i miss u 


im home ! malaysia tanah tumpahnya darahku 







bye dubaiiii....


azam tahun baru dan mungkin 3 tahun lg aku nak round asian .. <3 p="">



Monday, January 26, 2015

DUBAI PART 5

#Amieraleetakedubai

Disebabkan duduknya sebulan memang banyak part lah korg kena baca . aku lama nk tulis tapi masalahnya di sebabkan laptop aku hilang so banyak bahan tulisan yang aku nak buat tak menjadi . nak harapkan update blog kat handphone memang tak puas habaq hang.

So di sebabkan dah alang-alang memang duduk and nak merayap kat sini ada satu hari kitaorang g jalan banyak tempat dari ke dubai mall sampai lah nak beli barangan cenderahati buat member-member. kalau tanya aku memang dah lama tak shopping weyh. beli baju pun setahun sekali dua ja. perempuan rare kot nih. so aku pun jalan jewlah. dulu selalu duk tempah kat abg ipar aku ha, belikan jubah mcm ni mcm ni sekali aku dah ke tempat tu sendiri baru tau mcm mana . yes best weyh. and dia seakan-akan jalan tar ah kalau kat kl and kalau kat kelantan mcm wakaf che yeh. eh ykew aku eja. haha.

Tapi bagusnya kat sini walapun nampak mcm sibuk tapi serious tempat diaorang tak kotor. parking okay lah. kalau kau masuk dubai mall tak payah bayar pun. kalau kt malaysia, masuk klcc kau dah menangis tengok parking 2-3 jam parking kete dah cecah puluh ringgit. okay kita lupakan malaysia sebentar iya..

so selain daripada dekat mekah dan madinah murah kalau bab nak beli jubah so kat sini pun murah. yang mana kalau kat kl kalau beli one set around RM210 ke cecah ke RM300 kat sini kalau convert duit kita kalau yg kain elok cantik tu kau dapat la RM150 and kalau kain yg elok sedang tu kau dapat dalam RM50-70 so murah.. aku rambang mata first time abg ipar aku bawak balik kl tapi dah g sendiri kat sana hish tak rambang mata di sebabkan aku bukan jenis yg kaki shopping so aku buat cool jelah. hahaha


NAIF ROAD. kalau pergi ni kira mcm kita jejak jalan TAR. aku pegi dah malam so mcm tak best sangat view dia . ada lah gambar sisikit boleh share..okay tgk nii..




*time ni malam so sejuk dia mcm kt genting jew. alah sejuk acah-acah. tah abg ipar aku cakap dubai ada musim sejuk tapi takdelah sampai ada salji. tapi time aku g ni baru baru nk sejuk rasa mcm sikit2 jew baru. satu aku suka kat sini tempat bersih dan kau tak yah risau lah ada orang nak curi barang kau ke apa. storeller anak buah aku siap tinggal depan kedai relax jew..


okay habis beli jubah and semacamnya aku n abg ipar aku and anak-anak buah g makan. dinner nasi arab lagi okay..


 arabic tea memang fav aku ! tapi sebenarnya kita semua boleh buat sendiri kat umah kau bubuh tea pastu bubuh bunga cengkih or mint dah !



abih dah tunggu part 6

#Amieraleetakedubai

DUBAI PART 4

#Amieraleetakedubai

Dubai Mall

Ni zaman aku sekolah dlu aku duk berangan tengok water fountain yg ada kat facebook tu . sekali wah dapat tengok live this is cool ! Alhamdulillah.. so perjalanan dari grand emirates hotel ke dubai mall only takes around 11 min so bersamaan dengan 3.5km kalau hangpa guna kereta. so sebab aku mai kat sini dengan adanya cable besaq so tak risau bab transportation. hahah .. ada jugak aku jejalan ritu acah power ah guna gps sekali sesat barat. hahah.. tu aku malas nk merepek.. kat sini perlu di ingatkan diaorang pakai left hand driver . aku drive ritu tu aku dah ter confuse yang mana kalau kat sana belah kiri line laju aku boleh bantai bawak slow. Ingat kat malaysia ka NIK AMIRAH OI..




kia picanto ni kira kalau kat malaysia tu dah mcm viva aku jew. 




so apa yang best kat dubai mall ni tah la aku rasa mcm biasa jew di sebabkan aku bukan manusia yang suka dengan mall2 bagai ni so aku rasa lebih baik chill jew lah tengok sana sini and tengok tempat org. tapi apa yang aku bangga lah kat sini weyh, diaorang punya islamic country masih mengekalkan adat yang mana , time masuk azan memang satu mall dengar azan. tu bagus. aku rasa malaysia memang patut buat kot.


Burj Khalifa. 

aku tak berapa nak power sangat bab sejarah dan lain-lain aku rasa ha cukup ah dengar sejarah yg mana aku boleh baca sendiri tapi kalau setiap negara aku kena tau mati aku. hahaha. burja khalifa ni aku tak berapa pasti berapa ketinggian dia tpi yg pasti memang ratus-ratus jugaklah dari aras laut. kalau tanya aku memang aku tak naik pun weyh sebab aku ni jenis cuak sikit bab2 tinggi ni. hahaha . so kita enjoy water fountain ! 




dalam mall diaorang bukan mcm mall kita semua benda ada free and ada yg okay.. kalau korg ada experience nak naik tgk burj khalifa tu mcm mana well aku persilakan sebab best sgt dubai ni bg aku lah kalau korg budak architecture memang bagus g sini sebab bangunan diaorang memang banyak yg unik-unik. aku suggest kalau siapa yg nk g panjat burj khalifa tu korg g pakai travel agency sebab senang diaorg ada banyak package yg di tawarkan . di sebab kan abg ipar aku duduk sini aku tak payah lah nak hired travel agency ke bagai tu. hahaha

ok belanja sikit gambar dalam mall. *penat aku nak upload hish ..












malam tu aku dinner pun makan nasi arab sebab aku kan fav nasi arab  tapi kat sini nasi arab dia tak leh nak beat kl la bro. kat sni lagi power kalau korg nak tambah berat badan dengan kadar yang segera. hahahha

#Amieraleetakedubaipart 5...........

DUBAI PART 3

#Amieraleetakesdubai

okay Berjalan ah lepas abg ipar aku dah kuar dari iraq so abg ipar aku cakap ha okay nak g jalan mana ? hahahah. kelakar jugak fikir. weyh kesian kot kena kurung kat iraq 3 minggu dah la abg ipar aku cakap kat sana sejuk gila. haha kat dubai ada musim sejuk jgk tapi takde lah sampai musim salji. sejuk dia mcm rasa dekat kat genting and cameron highland ja. tpi aku rasa kalau org cakap kerja kat dubai best. weyh sumpah la aku nk bgtau yang kau takkan rasa best pun kat sana. yelah negara orang kan .. mana nak bestnya. abg ipar aku banyak gak cite kat aku. kat sini tak best sangat la apa lah. iya weyh duk sebulan jew aku rasa memang weyh tak best .....

DESSERT SAFARI DUBAI..

abg ipar aku cakap ha kalau nk g nk book ni . so aku pun okay la. sorang 150 UEA, package dia sekali dia amik korg kat hotel and ride the safari sampai lebam and ada lah dinner malam tu ha tu sekali package. dia antr korg balik hotel dalam kul 9pm. aku pun ok ah gi sorang.. best wow.. tak payah pening-pening korg sampai je hotel diaorg kebanyakkannya memang akan bg details pasal mana nak jalan best area dubai ni.. so memang diaorg akan sediakan sekali dengan brocher ke apa bagai tu semua sebab aku book pun guna under hotel agency .

okay belanja lagi lah gambar nampaknya aku ..:

perjalanan dari hotel ke safari desset dubai takes about 45 min dari tengah bandar. dalam pada tu dapat la jenguk pemandangan ibu kota and tukar sikit-sikit jadi mcm luar bandar.. cool. banyak pasir halus ja pasir depa..










 yeay sampaiii !

oouh dalam ride ni aku share group ngan mamat ni dari india diaorg ni doc fresh graduate from oman abis da kot tu datang melancong sesaja. so dapat la member baru kan.. kenal-kenal cakap-cakap. 












*aku rasa bila sampai sini skills memandu sangat penting mcm driff wey aku try nak jerit tapi hahah. tutup mulut je ah .. hahaha 

DINNER !

time kat sini pukul 5 ptg dah mcm dekat pukul 7pm so kul 6 tu kitaorg bergegas ke tempat show dia and makan .. ha kat sini ada henna free , ada jual-jual, makan-makan, and show belly dance. lah ni memang tradition dia..










oh this lovely couple celebrating their 4th anniversary weyh, aku tumpang duduk semeja ngan dia di sebabkan group aku semua lelaki kan so mcm tak manis ah pulak. and banyak jugak cite sembang-sembang. diaorg ni software engineer dari new delhi. power gak aku cite pasal nama company akak aku and abg ipar aku dia tau.. power an ? haha so bila kita berjalan sorg ni satu benda yang best kau punya english improve and dpt member baru. aku smpai skrg jew contact ngan diaorang ni thru facebook. 

#Amieraleetakesdubai 

to be continue part 4..........