Thursday, January 22, 2015

curang

aku ada kawan. nama dia Ayu "bukan nama sebenar yang semestinya akan di sorokan identity si mangsa yang akan menjadi bahan uji kaji aku." dia ni sebaya aku. selalu la kiranya kalau aku susah time zaman belajar dulu memang duk tolong aku. ke sana ke mari time aku kelas sama dengan dia dlu. and dia paling faham aku kalau aku diam jew. aku ni dah lah kadang suka duduk jauh dari kawan-kawan and aku memang ada masa sendirian . tu hangpa kena tau..

okay. dia abis jew diploma dia dapat tawaran berkerja . okay kira dia keje tempat syok la sebab company dia tu half government and half swasta . kira semi-government lah. so aku tak ingat berapa lama dia masuk kat situ tapi lama jugak lah. aku tak heran pun kalau ada orang ngorat dia sebab zaman study dlu pun abg-abg senior duk ngorat-ngorat dia. hahahah aku gelak jew. sebab bila time dia kena ngorat memang muka merah padam tu aku suka gila kacau dia. so dia sudah sedia ada memang dah ada bf aku tau dia jenis berkepit jew dengan bf dia. walaupun bf dia ni lain course dengan dia. tpi memang routine dia mcm tu. tapi aku tau dia memang bukan jenis nak buat tak senonoh ni sebab bf dia ni jenis mcm ha ni tak leh buat ni tak leh buat. respect ah jugak dua ekor ni. even depan orang mengada-ngada pun memang kena tepek ngan si bf dia ni "eh awak boleh tak elok-elok sikit perangai" aku gelak jewlah hahaha..

so lepas minah ni masuk tempat kerja baru tu aku memang dah agak GILA Ke takde pakwe handsome kat office kau weyh . lagi-lagi kau yang muka perempuan melayu terakhir ni mesti ramai lelaki nk try punya. punyalah aku melawak-lawak sekali dia pun bukak cerita .. weyh aku rasa mcm aku dah tercurang ngan bf aku. hish aku dah nak terbatuk dah ni hahaha.. tapi aku pesan jelah .. apa pun kau buat jangan sampai kantoi. sebab aku tau perempuan ni kalau dia curang memang dia simpan bebaik memang takkan kantoi la weyh .. tapi lelaki memang senang nak kantoi. tah aku pun tak pasti. tapi bukan aku nak cakap yang semua perempuan suka nak curang.. tak eh ..

Hmmm.. aku ada beberapa kawan yang suka buat pengakuan berani mati : aku bosan lah ngan bf aku ni hmmm tah lah sekarang ni aku tengah kenal-kenal ngan sorang mamat ni. aku rasa oh boleh pulak nak bosan-bosan. ada kes jugak dah bini orang pun duk scandal-scandal aku. tak faham.. apa pun kalau dah perempuan tu terima jelah hangpa buat apa pun still akan orang pandang hangpa ni jahat so chill. aku rasa kalau kau pandai nak hidupkan ikatan kasih sayang korang ada pakwe makwe ke laki bini ke memang korang takkan ada masalah nak curang ni.. aku rasalah sebab kalau kau orang dah pandai curang ni maksudnya memang korang dah bosan dengan relationship korang yang contoh nya mcm suka buat benda sama. mcm routine :  g makan, tengok wayang, jejalan, bapak bosan kalau kau duk ulang benda sama setiap minggu kan ?? ce buat benda best sikit, g masjid ke hahaha.. aku tau memang kadang ada pasangan memang liat bab-bab ni. ada pulak yang lelaki nak g si perempuan pulak tak nak g, ada pulak tu yang perempuan nak g yang lelaki pulak tak nk pergi. ish macam-mcam.


kalau curang bagi definisi aku .. tak kantoi takpelah weyh, dah kantoi tanggung sendiri sebab bagi aku kalau dah tak suka dengan yang lama kenapa dulu kau bodoh-bodoh nak dengan yang lama kan ? aku tak faham kenapa masih ada manusia tak bersyukur dengan kehidupan yang korg ada tempat nak buat luahan perasaan tapi masih lagi nak curang. BODOH ..

aku memang tak galakkan kawan-kawan yang rapat dengan aku curang sebab weyh. hargai apa yang ada depan mata hang.. jangan duk sibuk cari yang sempurna sampai kau lupa kau bukan sempurna pun ..

No comments:

Post a Comment