Monday, January 26, 2015

DUBAI PART 5

#Amieraleetakedubai

Disebabkan duduknya sebulan memang banyak part lah korg kena baca . aku lama nk tulis tapi masalahnya di sebabkan laptop aku hilang so banyak bahan tulisan yang aku nak buat tak menjadi . nak harapkan update blog kat handphone memang tak puas habaq hang.

So di sebabkan dah alang-alang memang duduk and nak merayap kat sini ada satu hari kitaorang g jalan banyak tempat dari ke dubai mall sampai lah nak beli barangan cenderahati buat member-member. kalau tanya aku memang dah lama tak shopping weyh. beli baju pun setahun sekali dua ja. perempuan rare kot nih. so aku pun jalan jewlah. dulu selalu duk tempah kat abg ipar aku ha, belikan jubah mcm ni mcm ni sekali aku dah ke tempat tu sendiri baru tau mcm mana . yes best weyh. and dia seakan-akan jalan tar ah kalau kat kl and kalau kat kelantan mcm wakaf che yeh. eh ykew aku eja. haha.

Tapi bagusnya kat sini walapun nampak mcm sibuk tapi serious tempat diaorang tak kotor. parking okay lah. kalau kau masuk dubai mall tak payah bayar pun. kalau kt malaysia, masuk klcc kau dah menangis tengok parking 2-3 jam parking kete dah cecah puluh ringgit. okay kita lupakan malaysia sebentar iya..

so selain daripada dekat mekah dan madinah murah kalau bab nak beli jubah so kat sini pun murah. yang mana kalau kat kl kalau beli one set around RM210 ke cecah ke RM300 kat sini kalau convert duit kita kalau yg kain elok cantik tu kau dapat la RM150 and kalau kain yg elok sedang tu kau dapat dalam RM50-70 so murah.. aku rambang mata first time abg ipar aku bawak balik kl tapi dah g sendiri kat sana hish tak rambang mata di sebabkan aku bukan jenis yg kaki shopping so aku buat cool jelah. hahaha


NAIF ROAD. kalau pergi ni kira mcm kita jejak jalan TAR. aku pegi dah malam so mcm tak best sangat view dia . ada lah gambar sisikit boleh share..okay tgk nii..




*time ni malam so sejuk dia mcm kt genting jew. alah sejuk acah-acah. tah abg ipar aku cakap dubai ada musim sejuk tapi takdelah sampai ada salji. tapi time aku g ni baru baru nk sejuk rasa mcm sikit2 jew baru. satu aku suka kat sini tempat bersih dan kau tak yah risau lah ada orang nak curi barang kau ke apa. storeller anak buah aku siap tinggal depan kedai relax jew..


okay habis beli jubah and semacamnya aku n abg ipar aku and anak-anak buah g makan. dinner nasi arab lagi okay..


 arabic tea memang fav aku ! tapi sebenarnya kita semua boleh buat sendiri kat umah kau bubuh tea pastu bubuh bunga cengkih or mint dah !



abih dah tunggu part 6

#Amieraleetakedubai

2 comments: