Thursday, January 15, 2015

JUMAAT INDAH

JUMAAT INDAH

assalamualaikum wbt

hari ni bersenang-senangan tatkala mak ngan ayah tinggal kan kami untuk beberapa hari sebab mak ngan ayah balik kg besut.. aku ada masa sedikit lihat dunia  lepak kedai makan dengan mida, akak aku.. setiap ini aku rindu saat kecil kami. saat kena marah dengan mak siap kena cover-cover antara satu dengan lain.. tapi hari ni berbeza. umur masing-masing memang dah makin meningkat . masing-masing cari kehidupan sendiri.. aku masih di sini teliti dan setia nak dengar cerita akak-akak dan abg-abg aku. cuma kalau yang abg-abg memang takkan pernah nak cerita susah dia kat kita. sebab lelaki kan bukan habit mereka nak cerita susah dia kat org..

Akak aku mula nampak seorang makcik ni. berjalan dengan penuh simpati. aku first yang nampak makcik ni kutip tin minuman dan bekas-bekas makanan yang dah di buang.. aku rasa mcm nak meleleh air mata sebab aku rasa mcm ya Allah mana pergilah anak-anak dia dan keluarga dia.. akak aku ni aku just boleh nak puji kebaikkan dia sebab memang tengok perangai dia hangpa akan rasa dia mcm tak pernah nak amik tau hal orang pun. yes dia memang takkan suka nak cakap pasal orang.. kalau bab-bab buruk orang memang tak boleh nak cerita kat dia , sebab dia akan diam dan akan dengar tapi xpernah nak comment apa-apa. tapi harini aku rasa mcm ya Allah jumaat ni aku rasa mcm Allah nak panggil dia buat kebaikkan. sedekah di hari jumaat u just plan a seed in jannah. Allah! aku selalu doa yang setiap ahli keluarga aku dapat hidayah yang sentiasa berpanjangan dari Allah. kemanisan iman yang tak pernah orang lain rasa. rasa tenangnya.. insyallah. makcik ni jalan sorang sambil pegang bekas plastic yang dia kutip bekas-bekas makanan yang terbuang. aku fikir makcik ni kumpul dan jual ke primis @ tempat pelupusan sampah yang mana boleh mendatangkan hasil rezeki kepada dia. Allah aku nak menitik air  mata time ni. akak aku tanpa buang masa kejar makcik ni hulur duit tanda sedekah. apa yang aku nk cakap. sedekah dan amalan baik tu bukan datang dari orang yang pakai tudung labuh dan sempurnanya cara dia menutup aurat dia. kadang kita tak perasaan org yang kadang tak terlalu beragama pun hati dia mudah tertarik dengan perlakuan baik. sebab Allah panggil dia banyak kali maybe sebab dia tak perasaan. apa yang aku nk cakap. jumaat indah ini , aku selalu selesa dan rasa safe sangat kalau berdua dengan akak aku ni sebab dia tak pernah lokek nak keluarkan duit untuk belanja orang yang kadang dia tak kenal tapi kalau org tu mintak sedekah purse dia tu tak pernah nak tutup untuk sedekahkan mana yang ada. apa yang boleh di ambil contoh cara itu aku suka..

Aku sekadar berkongsi cerita. aku rasa mcm sedih yang satu hari nanti aku xboleh nak keluar berdua dan makan bersama dengan dia. and buat baik dengan dia. sebab selama ni org semua nampak dia jahat tapi buruk baik dia aku yang nampak.. aku tau. dari kecil sama-sama hingga besar. sedih kalau dia kawen..




No comments:

Post a Comment