Friday, February 27, 2015

Mahu bila untuk dia

Dear dairy 

Mahu bila untuk dia mcm kawan jelah erti dia. Kalau dia mahu ada aku sebelah dengan setiap apa yang berbuku ha aku kena sentiasa ada. Tapi kalau bila aku mahu dia ada di sebelah dan dengar apa yang berbuku di dada tak mahu peduli. Mcm tak adil tapi reality itu yang aku rasa sekarang. Bila kau cuba untuk terus benda ni mcm takde apa-apa dan macam tiada apa yang kau nak kecewa kan. Lepas tu aku makin lama makin telan jelah. Mcm telan pil panadol pulak.

Ni ada kawan aku yg baik jugak kt college cakap memang susah nik kalau kau nak org tp org tu buat dek jew. So sekarang baru aku faham. Dunia ni tak semua kita nak kita dapat. Lg senang aku rasa kau sakit nk kumpul duit nk beli barang yang kau nk sangat nak sebab kau dah tau kalau cukup duit , okay boleh beli. Tapi ni soal hati bro ingat boleh bayar kat kaunter cakap "saya nk sekotak hati" puih mau kau kena hambat ngan tauke kedai. Ke tak pasal dia kata kau gila mana ada hati jual kt kedai. Ada tu adalah hati ayam, hati lembu. Haha 

The end 

Thursday, February 26, 2015

Qanaah itu indah

Qanaah Itu Indah

Indahnya bila bersikap Qana'aah. Apa itu Qana'ah? 
Qana'ah ialah sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada.
Tanpa Qana'ah hidup gelisah. Dengan Qana'ah hidup terasa indah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu ialah apabila diri berasa cukup. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6446]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ " .
'Abdullah bin 'Amru bin al-'As radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Berjayalah sesiapa yang Islam, lalu dikurniakan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikan dia berasa cukup dengan apa yang diberikan kepadanya. [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 2293]

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |



Group whatsapp sharing "usrah tautan hati"

Apa

Dear dairy 

Ada satu tahap tu kau jadi malas nk ada apa-apa dengan manusia sekeliling kau. Takat cari rezeki untuk diri sendiri dan makan pakai aku dah di tanggung dah. Tu apa yg aku rasa. Tapi dalam agama kita kena ada ukhwah dan jalinkan ikatan kasih sayang sesama makhluk. Jadi manusia cari la kawan yg betul-betul tak mengaibkan kau kala dia dengan yang lain and paling penting mcm mana salah pun kau dia tetap defend kau walaupun kau takde dengan dia. 

2 tahun lepas aku punya pengalaman aku nak share sebab lately org yang aku rapat mcm banyak ada masalah dengan kawan baik sendiri. Dan percayalah satu benda kawan yang baik takde wujud kalau ada pun hangpa tak caye. Bagi aku kawan yang baik skrg antara dua tiga kerat member-mmber college aku yang dalam susah senang aku diaorg mai tlg. Tu memang unexpected. Aku rasa mcm tak caye baru kawan 3 tahun diaorg pun jujur tak suka cakap dedepan apa yang kadang aku buat tak betul. Ha lepas tu usrahmate aku yang semua awesome sebab smua dah di sulami ukhwah yang terlalu manis mcm madu smpai rasa sayang nk luahkan sepahnya. Takde istilah "habis madu sepah di buang" dalam group usrahmate aku ni. BAHAGIA bukan hidup begini? 

Untuk adik-adik dan mungkin akak-akak senior yang duk suka research ke or terbaca blog aku ni korg kena percaya sebenarnya istilah kawan baik mcm adik beradik tu ada tapi jangan nilai semua benda tu dengan berapa lamanya hubungan tu berlangsung, dan korg kena tgk pengorbanan yang mana bila satu pihak sahaja yang duk beriya itu ini tapi satu pihak diam membabi buta. So ni bad relationship in term of friends. Yes i have experience this. Lepas tu cuba elakkan diri jadi bahan kena guna-guna. Contoh korg mcm ada facilities yang mana kawan-kawan korg takde ke. And please kalau relationship friends dari kalangan perempuan ni memang tak sah kalau tak gaduh pasal mulut, terasa, ahaha sakit hati apanyalah. 

Dalam sejarah aku , aku lihat ada sorg kawan aku ni yang mulut dia padahal all the geng know dia memang suka sound org, cerita buruk pasal org padahal tak sedar apa benda yang dia cite tu smua ada kat diri dia. Tapi aku duk perhati lama jugak last-last slack jgk tak buat tindakan awal aku plak yang kena. Abis kena hasut. Yg pelik tu org yg takde kena mengena mcm lalang pn ikut nk musuh. Lepas tu hahaha aku gelak jewlah sebab selama aku g belajar jadi student of life banyak benda lagi aku nk fikir. Dengan belajarnya yang ever sem aku akan nervous nk masuk dewan exam, lepas tu dengan hidup yang kau kena fikir nk keje apa and apa. Hah banyak sangat. 


Nasihat: 

1) jangan sesekali burukkan kawan sendiri dekat depan org lain and org lain. 
2) cuba buang perasaan dengki tu . 
3) dalam hidup ni takde maksud kawan kau cantik ke apa ke. Aku rasa semua sama jew alhamdulillah bila dah jumpa member yang boleh ngam ngan aku terus aku blah dari hidup lama. Sakit ati lebih, banyak conflict yang di reka.
4) and check dalam kawan-kawan korg tu ada tak kawan yang bila depan kita cerita pasal org lain and bila depan orang lain cerita pasal kau. ( try check ) and kalau jenis mcm ni mintak diri dulu lah sebelum korg yang kena singkir. 


Apa pun kalau dalam community ada manusia yang hasad dengki mcm ni. Susah la melayu. Lepas tu yang lain-lain jadi lalang. Aku kalau aku diam tu maknannya aku dah penat. And aku rasa mcm benda tu takde kepentingan buat aku. Org yang boleh menilai sendiri jee boleh hidup sendiri benda buruk yang depan mata. Takkan nak stay jee huhuk terima apa adanya. Alahai maaf lah tu bukan aku.

Akhir sekali maafkan diri sendiri and org sekeliling walaupun dalam community tu ada member yang suka buat jahat. So mcm aku, aku memang panggil perempuan sihir sebab lidah pinjaman neraca dia tu panas sgt. So lepas tu kau da akan ambik ringan benda-benda ni semua so let it go , nyanyi lagu projen ah sikit. Hahhaa

Aku harap sangat kalau ada yang berdasarkan hidup kalian yes sila share pengalaman anda berdepan dengan situasi begini.


Belajar

Dear dairy 

Hari ni aku baru nk tulis apa yang aku belajar lately . Apa pun yang bakal aku tulis ni memang takde nak point dekat mana-mana manusia sama ada yang berurusan secara langsung dalam hidup aku atau pn tak. Selama aku berjalan atas muka bumi ni baru aku sedar yang kadang kita memang kena berdiri atas kaki kita sendiri dan selama ini aku mungkin baru perasaan aku akan legakan hati aku dgn "takpe nnti mesti ada org tolong aku, sama ada kawan-kawan mahupun ahli keluarga terdekat" lepas tu tahun ni jugak aku rasa mcm apasal semua benda aku plan tak jadi. Kenapa plan aku jadi tunggang langgang.  Tapi tu kurangnya sedar bahawa dalam hidup ni even nk makan atau apa pun kena mintak bantuan dari Allah. Lepas tu aku lupa part tu. Banyak lah Allah tarik nikmat sikit-sikit . First-first tu aku musykil  lepas tu suka cakap "kenapa Allah uji aku mcm ni sedangkan org lain kat luar tu tak solat, buat mcm2 tapi senang jew Allah bagi rezeki" lepas tu aku da lontarkan apa yang rasa ni. Lepas tu menyesal. Kalau di pandang dari sudut positive nya kenapa tahun ni aku jadi kelam kabut, plan tak jadi dan berbagai-bagai juga badai yg menimpa, sebab dan oleh kerana itu semua ujian dan ujian dan dugaan untuk Aku Allah datangkan dalam bentuk ke susahan. Lepas tu aku mcm dah tersentap sendiri. 

Aku kadang tertanya jugak kenapa kita selalu merungut kalau tak dapat itu ini yangkita nak padahal Allah tahu kebaikkan lebih lagi dari apa yg kita rasa baik untuk diri kita. Haih sentap sungguh time tu aku. Rasa mcm muka kena layur depan baca api kot. Terlalu merungut iya jugak. Lepas tu terus aku sedar takpelah aku bersyukur dalam ujian kesusahan dan kepayahan yang Allah datangkan ini, buat diri tu lagi dekat dengan Dia. Tapi apa pun siapa yg Allah datangkan nikmat tapi tidak bersyukur. Anda mungkin dalam keadaan parah sebab itu juga satu ujian yang paling di geruni. Iyalah dah senang, lupa Allah. Kalau dlu solat jemaah kt masjid tapi lepas da senang kat umah jew lepas tu kadang sehari tak full pun. Hmmm aku pn ada jugak rasa penurunan iman . So ingatlah kalau nk kutuk and hina-hina org , tanya balik dosa kita sendiri larat ke nak pikul sementara nk tambah dosa baru ni?


TAMMAT

Thursday, February 19, 2015

Org cakap kita sakit hati kita simpan

Aku rasa benda tu memang relevent pun nk cerita sebab benda benda mcm ni kita rasa mcm ada satu sebab aku nk luah. Tapi dalam keadaan yang mana aku takkan cite semua benda kat sini tapi apa yang aku rasa ni mungkin aku lapikkan sekali dengan kata-kata biar berkias asal org faham apa yg kita rasa. 

Satu petang tu hujan lebat aku naik train dr klcc ke sri rampai. Aku naik cab lepas tu ada sorg pakcik ni aku agak dalam lingkungan 50-56 tahun atau lebih dari tu. Titiba tanya keje apa smua lepas tu bukak cite pasal transportation. Aku rasa mcm huh asal pakcik ni. Pakcik ni mcm tau apa aku rasa skrg. Zaman ni transportation tu dah keperluan kan cik , dia sape aku. Aku angguk jew tanda setuju. 

Lepas tu aku strt la ckp aah pakcik susah nk g sana sini takde kereta. Lepas tu dia balas dengan panjang lebar. " aah cik sampai bila nk tumpang org, adik beradik, kawan-kawan" aku ada situasi skrg yang mana ada manusia ni beri barang tak ikhlas masih mengungkit dengan org lain cerita itu ini. Kenapa tak ckp ngan aku sendiri kalau dlu tak ikhlas nak beri. Aku tak sedih tak apa sebab aku tau dah ada pepatah melayu pun pernah berbunyi baik baik sangat sekali ha. Dah bergaduh abis kena ungkit. Aku tak senang dengan benda ni smua rasa mcm kenapa perlu kau cerita kat org tu org ni. Ada jgk aku sembunyi2 dengar.

Aku terkilan sikit lah bab duit boleh cakap "ha kalau tak cukup aku bayar" aku rasa sekarang ni aku mcm da tak ikhlas tolong kau bab tenaga. Mungkin ada manusia dia kekurangan tenaga tapi dia kaya dengan masa dengan hati dia bersih n bebetul nak tolong orang. Kalau aku berbunyi rasanya kau ingat siapa mahu jadi penyebab aku berbunyi? Aku tiada siapa yang mahu di sokong cuma itu lah luahan secebis ni. Aku kira ni sedikit sebanyak boleh bantu release apa yg patut. Instated u can pray and tell Allah everything about what u feel. 

Tu la orang cakap kawan ke yang paling baik pun jangan terlalu mengharap kat diaorang. Atau pun adik beradik ke. Serik jugak bila dah terkena.

Org yang pakai tudung , ubah cara hidup dia berbalik kepada yang lebih baik, yang pergi usrah aku rasa bukan semua manusia tu boleh di definasikan iya mereka dah boleh berubah jadi baik walaupun tau hukum hakam and semua tu la. Tapi orang yang dari datangnya sekolah agama, hidup di berikan sempurna didikan agama tu aku rasa patu tau mcm mana nk fikir lebih dalam. Jangan gunakan " pergi usrah perangai mcm apatah" aku rasa kalau kau kenal dia dulu aku rasa tak cukup mulut kau nk mengumpat dia tah smpai buih2 mulut kau kot nk mengata dia dulu daripada kau tgk dia skrg.


Kalau org suruh list apa yang aku tak suka pasal kenapa ada manusia mengungkit ni . Aku tau kenapa aku takleh nk list pasal bodohnya kesalahan org tu. Sebab aku rasa aku xnk bukak aib org depan org. Org yang tinggal dengan org tu jew tau mcm mana aib buruk baik dia. Walaupun aku tau kau still suruh aku nk senaraikan apa yg aku tak puas hati. Takpe lah kita smua bukan manusia sempurna. Setiap aib org yg kau bukak time tu jugak ada musibah yg Allah nk suruh kita tgk balik asal kita mcm tu mcm ni . So kenapa nk pening? 



Sunday, February 15, 2015

Anak tumpangan kasih sayang

8760 hari jadi anak tumpangan kasih sayang, 
Banyak silap dibuatnya, sampai tak terbilang,
8760 hari kalau dibahagi di darab di tambah masih di sana, 
Dosa lampau, tetap jadi taruhan bila di kenang, 
Anak tumpangan kasih sayang  selalu begini,
Kecil hatinya menangis meraih simpati hidup, 
Apa dia mahu? Hanya menumpang kasih sayang,
Walau corakkan kainnya putihnya dulu banyak rabak, 
Kasihan jadi anak tumpangan kasih sayang ini, 
Sudah di buang ibu kandung,
Dosa lama masih jadi cagaran buat masa mendatang, 
Tiada hari esokkah bagi anak ini? 
Anak tumpangan kasih sayang jangan sedih, 
TuhanMu masih setia sayang pada Mu..

Bekas

Dear dairy 

Satu perkataan yang bukan cari atau rungkai masa lampau tapi nak khabarkan apa sebenarnya si, sang atau pembekas ini dan sifatnya bagaimana. Bukan hina jadi bekas maksud aku "ex" bekas yang ini dan yang ini. Aku takda pengalaman jadi bekas bini atau tunangan org. Tapi hanya bekas pencinta lelaki tu adalah pengalaman macam secubit garam. Bekas kawan tak berapa nk ramai. Tapi cuma aku rasa bila dah jadi bekas mulalah compare hidup org, meneliti dari jauh. Contoh mcm " alah aku dari cantik lepas aku break ngan kau dlu" contohlah. Tapi bila jadi bekas puas duk hina orang itu ini. Aku cuma mahu tanya hina ke jadi bekas? Tak kesahlah bekas apa pun. Aku ada situasi yang manusia ni kena pulau dek kawan-kawan sampai belajar pun kat pulau pinang. Aku selalu rasa mcm ada something wrong between dia dengan geng dia. "Aku rasalah" tapi bila aku tengkk, aku teliti dari setiap sudut mana silapnya? Lepas tu terus jadi bekas. Aku masih tak faham ada manusia yang sanggup bersusah payah untuk singkirkan org semata-mata nk tolong org lain dapat tittle bekas. Aku tak pasti sama ada hati dia bersih atau tak atau dia risau dapat tittle bekas. Siapa kata pegang tittle bekas ni tak best?  Try kau kena mesti addicted luang masa sorang-sorang.

TAMAT

Manis dalam 720 hari

720 hari masa itu cepat berlalu macam takde apa-ala yang tertinggal. Kalau 720 hari kebelakang aku masih merungut, menangis benda yang jadi sepanjang 720 hari itu tapi 720 hari ke depan aku pilih untuk melepaskan org putih kata "sweetness of forgetting". Walau 720 hari yang lepas ada kawan, manusia yang kau tak tau asal usulnya sakiti kau . Takpe maafkan dan redha. Aku belajar kawal situasi menjadi manis seperti madu. Jangan sampai positive diabetes di mesin mengira gula dalam darahmu. Takut-takut nanti kena inject insulin dalam badan.( hah pengaruh mak aku,sebab hari-hari aku tengok mak jadi doctor pada diri sendiri) kalau aku dapat rungkai sepanjang 720 hari lepas macam mana tahap sedih, suka ketawa aku dah lama aku tulis kat entri banyak-banyak biar dalam masa baca ini kalian lihat ada 720 entri. Aku selalu rindu saat bila nak capai 720 hari depan, pada waktu aku duduk di 720 hari kebelakang. Bukan semudah itu. 720 hari sudah ke depan, aku, kita dan semua sudah duduk selesa di 720 hari ke hadapan. Apa masih mau ingat? 720 hari yang kebelakang mari teruskan untuk 720 hari yang ke depan dan mungkin ditambah lagi 720 hari ke hadapan. Biar kau tau rasa manisnya kemaafan bukan pahitnya benci.