Thursday, February 26, 2015

Belajar

Dear dairy 

Hari ni aku baru nk tulis apa yang aku belajar lately . Apa pun yang bakal aku tulis ni memang takde nak point dekat mana-mana manusia sama ada yang berurusan secara langsung dalam hidup aku atau pn tak. Selama aku berjalan atas muka bumi ni baru aku sedar yang kadang kita memang kena berdiri atas kaki kita sendiri dan selama ini aku mungkin baru perasaan aku akan legakan hati aku dgn "takpe nnti mesti ada org tolong aku, sama ada kawan-kawan mahupun ahli keluarga terdekat" lepas tu tahun ni jugak aku rasa mcm apasal semua benda aku plan tak jadi. Kenapa plan aku jadi tunggang langgang.  Tapi tu kurangnya sedar bahawa dalam hidup ni even nk makan atau apa pun kena mintak bantuan dari Allah. Lepas tu aku lupa part tu. Banyak lah Allah tarik nikmat sikit-sikit . First-first tu aku musykil  lepas tu suka cakap "kenapa Allah uji aku mcm ni sedangkan org lain kat luar tu tak solat, buat mcm2 tapi senang jew Allah bagi rezeki" lepas tu aku da lontarkan apa yang rasa ni. Lepas tu menyesal. Kalau di pandang dari sudut positive nya kenapa tahun ni aku jadi kelam kabut, plan tak jadi dan berbagai-bagai juga badai yg menimpa, sebab dan oleh kerana itu semua ujian dan ujian dan dugaan untuk Aku Allah datangkan dalam bentuk ke susahan. Lepas tu aku mcm dah tersentap sendiri. 

Aku kadang tertanya jugak kenapa kita selalu merungut kalau tak dapat itu ini yangkita nak padahal Allah tahu kebaikkan lebih lagi dari apa yg kita rasa baik untuk diri kita. Haih sentap sungguh time tu aku. Rasa mcm muka kena layur depan baca api kot. Terlalu merungut iya jugak. Lepas tu terus aku sedar takpelah aku bersyukur dalam ujian kesusahan dan kepayahan yang Allah datangkan ini, buat diri tu lagi dekat dengan Dia. Tapi apa pun siapa yg Allah datangkan nikmat tapi tidak bersyukur. Anda mungkin dalam keadaan parah sebab itu juga satu ujian yang paling di geruni. Iyalah dah senang, lupa Allah. Kalau dlu solat jemaah kt masjid tapi lepas da senang kat umah jew lepas tu kadang sehari tak full pun. Hmmm aku pn ada jugak rasa penurunan iman . So ingatlah kalau nk kutuk and hina-hina org , tanya balik dosa kita sendiri larat ke nak pikul sementara nk tambah dosa baru ni?


TAMMAT

2 comments: