Thursday, February 26, 2015

Apa

Dear dairy 

Ada satu tahap tu kau jadi malas nk ada apa-apa dengan manusia sekeliling kau. Takat cari rezeki untuk diri sendiri dan makan pakai aku dah di tanggung dah. Tu apa yg aku rasa. Tapi dalam agama kita kena ada ukhwah dan jalinkan ikatan kasih sayang sesama makhluk. Jadi manusia cari la kawan yg betul-betul tak mengaibkan kau kala dia dengan yang lain and paling penting mcm mana salah pun kau dia tetap defend kau walaupun kau takde dengan dia. 

2 tahun lepas aku punya pengalaman aku nak share sebab lately org yang aku rapat mcm banyak ada masalah dengan kawan baik sendiri. Dan percayalah satu benda kawan yang baik takde wujud kalau ada pun hangpa tak caye. Bagi aku kawan yang baik skrg antara dua tiga kerat member-mmber college aku yang dalam susah senang aku diaorg mai tlg. Tu memang unexpected. Aku rasa mcm tak caye baru kawan 3 tahun diaorg pun jujur tak suka cakap dedepan apa yang kadang aku buat tak betul. Ha lepas tu usrahmate aku yang semua awesome sebab smua dah di sulami ukhwah yang terlalu manis mcm madu smpai rasa sayang nk luahkan sepahnya. Takde istilah "habis madu sepah di buang" dalam group usrahmate aku ni. BAHAGIA bukan hidup begini? 

Untuk adik-adik dan mungkin akak-akak senior yang duk suka research ke or terbaca blog aku ni korg kena percaya sebenarnya istilah kawan baik mcm adik beradik tu ada tapi jangan nilai semua benda tu dengan berapa lamanya hubungan tu berlangsung, dan korg kena tgk pengorbanan yang mana bila satu pihak sahaja yang duk beriya itu ini tapi satu pihak diam membabi buta. So ni bad relationship in term of friends. Yes i have experience this. Lepas tu cuba elakkan diri jadi bahan kena guna-guna. Contoh korg mcm ada facilities yang mana kawan-kawan korg takde ke. And please kalau relationship friends dari kalangan perempuan ni memang tak sah kalau tak gaduh pasal mulut, terasa, ahaha sakit hati apanyalah. 

Dalam sejarah aku , aku lihat ada sorg kawan aku ni yang mulut dia padahal all the geng know dia memang suka sound org, cerita buruk pasal org padahal tak sedar apa benda yang dia cite tu smua ada kat diri dia. Tapi aku duk perhati lama jugak last-last slack jgk tak buat tindakan awal aku plak yang kena. Abis kena hasut. Yg pelik tu org yg takde kena mengena mcm lalang pn ikut nk musuh. Lepas tu hahaha aku gelak jewlah sebab selama aku g belajar jadi student of life banyak benda lagi aku nk fikir. Dengan belajarnya yang ever sem aku akan nervous nk masuk dewan exam, lepas tu dengan hidup yang kau kena fikir nk keje apa and apa. Hah banyak sangat. 


Nasihat: 

1) jangan sesekali burukkan kawan sendiri dekat depan org lain and org lain. 
2) cuba buang perasaan dengki tu . 
3) dalam hidup ni takde maksud kawan kau cantik ke apa ke. Aku rasa semua sama jew alhamdulillah bila dah jumpa member yang boleh ngam ngan aku terus aku blah dari hidup lama. Sakit ati lebih, banyak conflict yang di reka.
4) and check dalam kawan-kawan korg tu ada tak kawan yang bila depan kita cerita pasal org lain and bila depan orang lain cerita pasal kau. ( try check ) and kalau jenis mcm ni mintak diri dulu lah sebelum korg yang kena singkir. 


Apa pun kalau dalam community ada manusia yang hasad dengki mcm ni. Susah la melayu. Lepas tu yang lain-lain jadi lalang. Aku kalau aku diam tu maknannya aku dah penat. And aku rasa mcm benda tu takde kepentingan buat aku. Org yang boleh menilai sendiri jee boleh hidup sendiri benda buruk yang depan mata. Takkan nak stay jee huhuk terima apa adanya. Alahai maaf lah tu bukan aku.

Akhir sekali maafkan diri sendiri and org sekeliling walaupun dalam community tu ada member yang suka buat jahat. So mcm aku, aku memang panggil perempuan sihir sebab lidah pinjaman neraca dia tu panas sgt. So lepas tu kau da akan ambik ringan benda-benda ni semua so let it go , nyanyi lagu projen ah sikit. Hahhaa

Aku harap sangat kalau ada yang berdasarkan hidup kalian yes sila share pengalaman anda berdepan dengan situasi begini.


1 comment: