Thursday, February 26, 2015

Qanaah itu indah

Qanaah Itu Indah

Indahnya bila bersikap Qana'aah. Apa itu Qana'ah? 
Qana'ah ialah sentiasa berasa cukup dengan apa yang ada.
Tanpa Qana'ah hidup gelisah. Dengan Qana'ah hidup terasa indah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Abu Hurairah radiallahu anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan itu ialah apabila diri berasa cukup. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Riqaq, hadis no: 6446]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ  " قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ " .
'Abdullah bin 'Amru bin al-'As radiallahu 'anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Berjayalah sesiapa yang Islam, lalu dikurniakan rezeki yang cukup, dan Allah menjadikan dia berasa cukup dengan apa yang diberikan kepadanya. [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, hadis no: 2293]

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |



Group whatsapp sharing "usrah tautan hati"

1 comment: