Sunday, March 29, 2015

Dear dairy

Assalamualaikum 

Hadoi lama sangat berhabuk dah blog aku tanpa entri-entri merepek dan kadang boleh di guna pakai juga. Apa pun yang berlaku hidup kena tetap di teruskan walaupun susah makan pun. Dalam entri yang lepas aku banyak cakap pasal aku xdapat masuk ni itu sana sini tapi tulah orang cakap when Allah remove something to you dia nk cite benda kat kita sebenarnya. Aku rasa dan alami sendiri. Alhamdulillah everything doing well. 

Agaknya rezeki 2015 kan aku dapat kerja kat jakel yang mana memang aku nak sangat keje tu like seriously sebab gaji tinggi with the overtime paid lagi berhh. Lepas tu aku memang plan nk sambung pjj cuma sekarang ni nak stable kan mana yang patut. Insyallah lepas benda semua dah settle aku akan proceed untuk plan b iaitu sambung stdy. 

Orang cakap apa pun plan better jangan mengelabah nak tulis and update blog ke apa. Tapi aku rasa hmmm biarlah atleast aku menulis bukan sebab nk show off tapi nak cerita apa yang aku rasa. Mostly memang ramai tak menulis pasal personal life kat blog aku pn sama bukanlah semua benda nk share. Apa pun doakan aku . Sebab aku nk kejar pengalaman hidup dunia and akhirat. Insyallah ❤️

Ouh ha ni team office kat jakel (peluang kristal) kalau siapa nk try buat kerja multitask meh la try sebab jakel memang multitask . Kau kena buat production, kau kena turun buat sale if tak cukup staff tapi gaji jalan lagi best la huhu

 *time ni ada shooting iklan for tv3 aku tak sure slot yang mana, tapi ni kitaorg di sebalik tabir jew. Jadi pelakon extra jalan2 hahaha

Acah mak enon jew nak beli tudung. Hihih *ni butik ariani*

Tadaaa.

Friday, March 6, 2015

Rezeki

Dear dairy 

Zaman ekonomi tengah merundum. Aku masih rindu saat menulis di dalam entri yang lepas-lepas yang mana aku masih di bangku sekolah, habis sekolah & aku dapat first kerja. Memory sungguh tau benda-benda mcm ni. Apa pun it really experience lah jugak bagi aku. Habis diploma first experience kerja aku was as public relation officer kat pejabat setiausaha yang mana aku rasa siapa pun yang hired company setiausaha untuk lakukan kerja-kerja update bla bla kat ssm rugi. Sebab aku rasa benda-benda ni sangat senang gila nak buat. Pastu aku benti boss takleh blah and aku pun ada silap aku jugak lah sebab melawan hahah. 

Second now was admin support. Aku rasa keje ni environment dia okay sebab semua akak-akak and abg abg ni semua melayu and senang nk communicate dalam apa jua pun cara . So aku rasa ha okay. Aizat banyak tolong aku. Thanks jat ! Pastu aku sekarang tgh belajar bersyukur and faham and terima kerja ni as tanggungjawab yang Allah beri untuk kita and smua ni adalah untuk belajar dan tanam pupuk semangat and cintakan ke syukuran tu pentingkan. Alhamdulillah masih mencuba. Aizat banyak bagi semangat la cakap " takpe nik kita start dari bawah even we have diploma" sabtu ahad boleh study tau! Okay jat aku ikut kata-katamu. Hahah ni mmber susah senang aku yang aku rasa banyak jugak dia tolong dari segi pembelajaran smpailah dah keje ni ha. Tak best friend tapi bila susah kau tunggu nanti boleh kira berapa member kau. 

So plan b aku adalah buat pjj smbil kerja memang susah tapi nak tak nak memang kena buat jugak lah sebab nak hidup yang lagi betterkan orang cakap. So mission lain dalam hidup aku RAHSIA. Tunggu jew nanti . Hahha aku hanya seorg pelakon untuk kehidupan yang tulis dan buat arahan atas lakonan aku hanyalah Allah swt semata-mata. So redha kita belajar erti bersyukur okay ! 

22 tahun dah hidup rasa mcm this is real life beb 


Sunday, March 1, 2015

Buli perasaan

Dear dairy 

Dlu zaman sekolah time belajar subject sivik dan kewarganegaraan aku selalu ingat yang buli ni datang dalam bentuk fizikal sahaja. Yang mana dalam erti kata yang lain, kena lempang, kena tendang, kena tumbuk, kena sagat kat atas gelangang badminton sekolah ke. Ah, mcm-mcm lah . Tapi dalam masyarakat kita sekarang dengan adanya teknologi canggih manggih ni aku dah makin kesian dengan org sekeliling yang kadang ada tekanan perasaan. Dalam bab buli perasaan ni aku nk share jugak perasaan aku selama mana nak buli dek perasaan. Alah mesti korg penah kena jugak sama ada dengan kekasih korg ke apa ke kan. 

Dalam bab ni yang mana aku sendiri penah alami aku kena buli perasaan dengan kawan-kawan aku. Adalah dalam geng kitaorg ni dia ni memang org akan tau mulut dia nauzubillah min zalik. (Aku just share pengalaman bukan nk burukkan org) yang peliknya apa benda dia buat even salah ada mmber nak follow belakang jadi pom-pom girl agaknya. Aku nk definasikan manusia ini dan sifatnya sebagai ( duit syiling ) dalam geng aku banyak kali jugak aku perhati perangai dia dengan aku cite buruk yang kawan aku yang lagi sorg ni , depan kawan aku duk cerita buruk pasal aku. Aku tau pn sebab kawan aku tu bukak mulut. Tapi aku dan kawan aku lagi sorg ni ambil langkah alah xpelah maafkan and tak yah berbunyi apa pun. Tapi dalam tak bunyi tu pandai dia singkirkan org. Huh ni aku respect dia tabik 10 jari sbb aku still ingat mcm mana dia balas dendam kat ex pakwe dia smpai hack fb org tu and hack upu budak perempuan tu. Aku dah boleh bayangkan mcm mana hati dia time tu. (Aku yakin korg mesti akan ckp, kau kenapa nk tulis bukakkan aib org)  bukan aib org wahai pembaca in reality life pn ada kita kena beringat and ni blog aku , aku nk share pengalaman aku. Lepas tu another friend of me yg penah kena bash ngan dia almost 2 year time tu aku pn terbabit jadi lalang wave2 tangan ke kiri dan ke kanan. Hahah punya lah percaya lidah bercabang minah ni. Tapi bila tuhan tu nk tunjuk aku g slow talk ngan mmber aku yg kena bash ni. Dia pn cerita dari A-z aku pn baru faham situasi dia. Kalau aku jadi dia pn aku buat benda sama. Diam and avoid semua benda ni.

Just yg menjadi tajuk utama untuk situasi ini adalah kenapa nak jadi batu api? Yg aku penah baca article ni kan dia kata kalau org cemburu dengan kita dia akan buat apa sahaja untuk org tu tak pergi kat seseorg tu and mcm attention seeker jugak la. Adoi kesian ada jgk org macam ni. Tak aku just nk tanya kenapa perlu nk jadi pembuli perasaaan ? Kau tau tak mcm mana org tu sakit tahan jee nanah kt hati dia walhal kau duk busy cakap ha dia ni jahat ha dia ni itu ini? Kalau dpt duit dari langit takpelah ni takde pape pn just kau dpt ha kawan-kawan yang kau beli atas menyakitkan hati org lain and suruh org tu benci org tu. Apa ni? Tapi takpe atleast org yg kena buli tu dpt lagi banyak and baik lagi dr kawan-kawan lama dia. Benda-benda mcm ni sometimes Allah tu nak uji kuat tak kau kalau kena , kuar tak nak tahan perasaan nk rasa g tumbuk mulut org tu, kuat tak kau rasa nk g explain kt org tu.  Tak pn ni satu pentanda baik yang mana Allah tarik yang lama Allah tukar yang baru. So chill perjalanan hidup ni panjang mcm mana susah and teruk sekali pn org sekeliling kita buat kita especially kawan percayalah nanti kawan tu akan pergi mintak maaf kat kau atas dasar serba salah dia. And umur dah tua bangka da mana ada wujud istilah kawan baik ni. 

Tips : 

1) dalam sesebuah persahabatan sila jangan jadi batu api atau peminjam tegar lidah dari neraka sbb kalau kita duk jaja cerita org baik fikir dosa sendiri kan? 

2) elakkan diri dari berada dalam kelompok atau komuniti yang bermasalah hati seperti suka mengumpat sesama kawan , suka hasut kawan-kawan lain supaya jangan kawan si polan dan si polan. (Ingat zaman sekolah rendah ke) 

3) kalau org tu tak nak kawan dah banyak lagi kawan baru yg akan masa depan kita tak jangka plak dia tu ke dia ni ke jadi kawan kita so be happy !!