Sunday, March 1, 2015

Buli perasaan

Dear dairy 

Dlu zaman sekolah time belajar subject sivik dan kewarganegaraan aku selalu ingat yang buli ni datang dalam bentuk fizikal sahaja. Yang mana dalam erti kata yang lain, kena lempang, kena tendang, kena tumbuk, kena sagat kat atas gelangang badminton sekolah ke. Ah, mcm-mcm lah . Tapi dalam masyarakat kita sekarang dengan adanya teknologi canggih manggih ni aku dah makin kesian dengan org sekeliling yang kadang ada tekanan perasaan. Dalam bab buli perasaan ni aku nk share jugak perasaan aku selama mana nak buli dek perasaan. Alah mesti korg penah kena jugak sama ada dengan kekasih korg ke apa ke kan. 

Dalam bab ni yang mana aku sendiri penah alami aku kena buli perasaan dengan kawan-kawan aku. Adalah dalam geng kitaorg ni dia ni memang org akan tau mulut dia nauzubillah min zalik. (Aku just share pengalaman bukan nk burukkan org) yang peliknya apa benda dia buat even salah ada mmber nak follow belakang jadi pom-pom girl agaknya. Aku nk definasikan manusia ini dan sifatnya sebagai ( duit syiling ) dalam geng aku banyak kali jugak aku perhati perangai dia dengan aku cite buruk yang kawan aku yang lagi sorg ni , depan kawan aku duk cerita buruk pasal aku. Aku tau pn sebab kawan aku tu bukak mulut. Tapi aku dan kawan aku lagi sorg ni ambil langkah alah xpelah maafkan and tak yah berbunyi apa pun. Tapi dalam tak bunyi tu pandai dia singkirkan org. Huh ni aku respect dia tabik 10 jari sbb aku still ingat mcm mana dia balas dendam kat ex pakwe dia smpai hack fb org tu and hack upu budak perempuan tu. Aku dah boleh bayangkan mcm mana hati dia time tu. (Aku yakin korg mesti akan ckp, kau kenapa nk tulis bukakkan aib org)  bukan aib org wahai pembaca in reality life pn ada kita kena beringat and ni blog aku , aku nk share pengalaman aku. Lepas tu another friend of me yg penah kena bash ngan dia almost 2 year time tu aku pn terbabit jadi lalang wave2 tangan ke kiri dan ke kanan. Hahah punya lah percaya lidah bercabang minah ni. Tapi bila tuhan tu nk tunjuk aku g slow talk ngan mmber aku yg kena bash ni. Dia pn cerita dari A-z aku pn baru faham situasi dia. Kalau aku jadi dia pn aku buat benda sama. Diam and avoid semua benda ni.

Just yg menjadi tajuk utama untuk situasi ini adalah kenapa nak jadi batu api? Yg aku penah baca article ni kan dia kata kalau org cemburu dengan kita dia akan buat apa sahaja untuk org tu tak pergi kat seseorg tu and mcm attention seeker jugak la. Adoi kesian ada jgk org macam ni. Tak aku just nk tanya kenapa perlu nk jadi pembuli perasaaan ? Kau tau tak mcm mana org tu sakit tahan jee nanah kt hati dia walhal kau duk busy cakap ha dia ni jahat ha dia ni itu ini? Kalau dpt duit dari langit takpelah ni takde pape pn just kau dpt ha kawan-kawan yang kau beli atas menyakitkan hati org lain and suruh org tu benci org tu. Apa ni? Tapi takpe atleast org yg kena buli tu dpt lagi banyak and baik lagi dr kawan-kawan lama dia. Benda-benda mcm ni sometimes Allah tu nak uji kuat tak kau kalau kena , kuar tak nak tahan perasaan nk rasa g tumbuk mulut org tu, kuat tak kau rasa nk g explain kt org tu.  Tak pn ni satu pentanda baik yang mana Allah tarik yang lama Allah tukar yang baru. So chill perjalanan hidup ni panjang mcm mana susah and teruk sekali pn org sekeliling kita buat kita especially kawan percayalah nanti kawan tu akan pergi mintak maaf kat kau atas dasar serba salah dia. And umur dah tua bangka da mana ada wujud istilah kawan baik ni. 

Tips : 

1) dalam sesebuah persahabatan sila jangan jadi batu api atau peminjam tegar lidah dari neraka sbb kalau kita duk jaja cerita org baik fikir dosa sendiri kan? 

2) elakkan diri dari berada dalam kelompok atau komuniti yang bermasalah hati seperti suka mengumpat sesama kawan , suka hasut kawan-kawan lain supaya jangan kawan si polan dan si polan. (Ingat zaman sekolah rendah ke) 

3) kalau org tu tak nak kawan dah banyak lagi kawan baru yg akan masa depan kita tak jangka plak dia tu ke dia ni ke jadi kawan kita so be happy !! 



No comments:

Post a Comment