Thursday, May 28, 2015

Kisah seorang Encik Manager yang Angkuh

Sering kali kita di asak dengan desakan dan sang manager yang riak, angkuh, berkuasa dalam meniti kerja dan kualiti kerja yang kian mendesak kita untuk terus hidup untuk meraih sesuap nasi. Iya dah itu lumrah alam pekerjaan .

Siapa tak pernah kena marah dengan bos itu bukan pekerja namanya. Siapa tak pernah kena herdik dengan bos itu bukan pekerja namanya. Tapi si pekerja ini akan terus rasa " takpe itu satu cabaran buat tempoh alam pekerjaan dan kehidupan harian" secara amnya kita semua memang dah sinonim dengan perkataan marah dan mungkin dah macam sambal belacan bila di campurkan dengan belacan bakar yang berkualiti tinggi ia akan terhasillah sambal belacan yang aummm! Sedapnya.

Ini satu kisah yang patut di teladani biar anda atau saya jadi seorang manusia dan hamba untuk alam dunia ini jadi professional seperti mana yang sering kali di ulang dan di ungkapkan oleh manager angkuh ini. Satu peristiwa dan ada kalanya drama slot akasia dan samarinda yang sering dia wujudkan kasi gempar satu pejabat. Mungkin memang dah perangai dia sedemikian rupa. Tapi apa yang dapat kami (pekerja) peroleh adalah satu pengalaman. 

Entah cerita ini buat kami terkejut. Sampai ada satu masanya manusia ini meledakkan asakan kemarahan dia pada semua. Memang manusia mana ada limit kesabaran tp apa yang perlu kita buat adalah sabar. Sabar itu mungkin satu maksud yang mudah buat manusia yang tidak berada di kasut sang penerima akibat. Masih bermain dikepala saya bagaimana si perempuan boleh bertindak demikian sedangkan dia adalah seorang perempuan yang penuh dengan kata-kata sabar , indah lemah lembut dan mungkin nampak lagi cun bila pakai comel-comel. Hah masih musykil. 

Dendam berahi takkan tamat.

Tayar motor si manager pancit depan dan belakang. Helmet di buang di tong sampah busuk. Hah itu mungkin rasa kelakar bagi si lelaki dan teruk perangai bagi si perempuan kalau dengar kelakuan perempuan lain sedemikian rupa. Iya! Tapi saya ? Tak teruk kalau di bandingkan hinaan dan desakkan dan campur tangan urusan peribadi kehidupan orang lain oleh en manager angkuh ini. Oh iya hobi si manager angkuh ini adalah membuang pekerja yang dia tak suka dengan sesuka hati mcm company itu mak ayah dia ada share walhal tidak sama sekali. Dengan kes ini ada lagi pepatah yang keluar dari mulut si en manager angkuh ini. 

"Kalau kita busuk hati dengan orang tak kena kat kita tapi ingat kita semua ni akan kawen dan punya anak, mana tahu kena dekat family atau anak-anak kita kelak" lebih kurang macam itulah bunyi. Pepatah yang keluar dari mulut si en manager angkuh ini. Tapi tidakkah dia ingat kenapa jadi macam itu? Masih tak nak muhasabah diri lihat kesalahan diri sendiri dari menunding tangan ke orang lain? Hah moga kita semua tak tergolong dengan manusia angkuh begini. 

Dari penilitian saya bahayanya apabila Allah bagi ujian kesenangan kita lupa dan alpa sampai jadilah seperti perangai en manager yang angkuh ini. Moga kita semua di jauhkan sejauh-jauhnya dari perangai yang ada depan mata kita semoga jadi contoh dan tauladan. Dan ini semua adalah peringat buat kita Allah nk bgi reminder tau ! 

Jangan lupa apa yang kita pernah buat kat orang sebelum-sebelumnya. Jangan lupa setiap perbuatan kita Allah ada sedia sudah pembalasan yang hebat lagi setimpal . Jangan rasa kita tak banyak dosa dengan orang sekeliling kita. Cuba ingat balik kalau ada sesuatu yang Allah datangkan pada kita dan kita rasa sangat susah nak hadapi,dan masa itu muhasabah lah diri sebelum terlambat. 

Pengharapan saya moga en manager angkuh ini berubah demi keluarga dan anak dia yang masih kecil dan masih perlukan dia untuk jadi ayah atau bapa yang baik tauladannya. 


Kenapa hati masih lalai

Kadang kita jadi terlalu pemurah untuk bangkit dari kisah yang lalu

Kadang kita jadi pemurah untuk lupakan kenangan yang dah jadi lumut berkarah

Kadang kita jadi pemurah untuk kenal kembali erti kasih sayang 

Kadang kita jadi pemurah kerana kita terlalu jujur menjalani kehidupan dunia

Dan kadang kita jadi pemurah sebab sebuah hadiah kasih sayang sudah terbuka rapi buat kita pakai sampai bila bila 

Tapi akibatnya 

Kecewa, mengharap , rasa macam di perlukan bila masanya bukan setiap masa 

Untuk jadi bahagia tanpa rasa ini jadilah diri sendiri dan berdiri tanpa perlu rasa pemurah untuk kesenangan orang lain.

Tammat

Tuesday, May 26, 2015

Mudah ke payah menjemput rezeki

Assalamualaikum 

Saya tidak lah arif bab-bab nk menghuraikan segala permasalahan yang kian menular di kalangan para pelajar dan mungkin para graduan yang sudah berkerja atau pun yang belum berkerja. Agak-agak mudah ke tak menjemput rezeki atau bagi kalian adalah sesuatu yang sangat Payah ! *kaki tersadung kat bucu meja* 

Coretan ini di tulis dan titiba dapat idea apabila kawan saya menaikkan status di laman wechat beliau. Entah kenapa saya rasa alahai sebenarnya banyak cara mudah untuk menjemput rezeki datang bergolek dengan mudahnya tapi kita sendiri kadang terlepas dari mengamalkan formulanya. Wahai! Bukan mudah dan memang iya ! Bukan payah mahu menjemput rejeki di sekeliling kita. Terlebih dahulu saya nak memperkenalkan sedikit bahan ilmiah yang saya dapat dari program-program mesra hakak-hakak tarbiyah. Alhamdulillah sangat bermanfaat bagi diri saya sendiri dan mungkin meh saya kongsikan bersama kalian. 

Al imran 3;37 
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak  terhitung jumlahnya.

Apalagi mahu di lihat kanan dan kiri ada sesetengah orang suka membanding-bandingkan kehidupan dia dengan kawan-kawan sekeliling. Bukan tak salah tapi cubalah rasional dan logik sikit bila nak berfikir . Tapi ada juga yang suka rasa macam dia lagi bagus dikalangan rakan-rakan. Macam-macam rasalah kita ni sebagai seorang manusia dan hamba Allah ini. Apa pun percayalah rezeki tu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Kesihatan yang baik juga rezeki, kehidupan yang tenang dan mendamaikan juga rezeki, anak juga rezeki, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang awesome juga adalah rezeki. 

Teringat saya kata-kata penulis dan ada juga penulis menyentuh isu menunaikan solat di awal waktu dan mendahulukan kewajipan dan panggilan kekasih 5 hari sehari itu lebih bermakna buat kita dari pada berusaha macam separuh nyawa tapi tidak juga di kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Ingat senang ke nak dapat rezeki dalam keadaan kita hidup tenang dan senang lenang dengan hati yang mendamaikan lagi oh yeah? 

Ada orang gaji besar tapi tahap stress dia Tuhan sahaja yang tahu macam mana dia hadap. Tapi ada setengah orang gaji kecil tapi apa yang di mahu ? Hati tenang lagi mendamaikan dan masa untuk beribadah juga dia punya. Kalau selalu asyik rasa susahnya nak dapat kerja, susahnya nak itu , susahnya nak ini. Sampai kiamatlah asyik susah je. 

Dalam risalah atau buku mudahnya menjemput rezeki ini turut di muatkan dengan tips-tips nak kaya raya! Tak percaya ? Anda kena percaya sebab ini memang tips turun temurun dari berabad lamanya. 

1) solat di awal waktu 
2) solat sunat dhuha ( berkata uqbah bin ami al juhaini r.a bahawasanya Nabi Muhammad Saw telah bersabda : wahai anak adam! Tunaikanlah 4 rakaat ( sunat ) pada awal siang , nescaya dengannya aku mencukupimu pada sepanjang hari ( hadis riwayat Ahmad  Abu ya'la))
3) mengutamakan solat 
Thaha 20:132 
Perintahkan keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang orang yang bertakwa 

*lap peluh dah 20 helai tisu 

4) sedekah 
5) amik berkat mak ayah sikit (takkan dah kerja jew memanjang nk call mak cakap buat apa ke , dah makan ke belum mak tu tak boleh?) 
6) menjemput rezeki dengan surah al fatihah . (Baca 7x selepas setiap kali solat fardhu) 

7) of course ni Sunnah Rasulullah . BERNIAGA ! 


Apa pun nak mencari dan nak kejar rezeki ni bukan mudah dan tak juga payah. Ikut kalian lah mahu bagaimana. Asalkan kalian berpuas hati tapi jangan gusar kalau Allah hentikan kalian punya rezeki di persimpangan jalan atau mungkin anda stuck di simpang 4 jalan di tengah-tengah. Sebab kalian masih punya rezeki lain-lain yang kalian rasa itu cuma sampingan tapi sebenarnya itu lebih bermakna dari wang ringgit. So apa lagi nak risau kalau susah nk cari kerja lain? Doa jew kat Allah ! Tapi jangan smpai gunakan Allah untuk dapatkan dunia ! 

Tammat


Monday, May 25, 2015

Sedar lah wahai hati

Bila kawan-kawan atau org sekeliling yang kalian sayang mula acuh tak acuh reply hanya sekadar menjawab soalan tapi bukan berpatah-patah. Apa perasaan kalian ? Kalau tanya saya ? Mungkin akan cuba faham dan undur diri sejauh mungkin dan bagi ruang buat diri org yang saya sayang tu bernafas tanpa saya. Tak kesahlah ianya dari kalangan kawan baik anda sendiri atau mungkin yang tengah bercinta-cinta. 

Bak kata orang kalau dia/kawan/sahabat dan orang yang kalian sayang tak mahukan anda dalam hidup mereka. Mereka mungkin akan jawab acuh tak acuh soalan demi soalan. Bukan takat itu, kadang nampak sikap dingin nak jawab soalan tu bukan kalian tak faham tapi kalian hanya buat buat tak faham. Dan kali ini mungkin kalian kena kembali ke alam realiti yang mana kalian sendiri cuba jalankan aktiviti kalian tanpa mereka dan cubalah bergerak sendirian. Bukan senang orang nak sayang dan terima kita seadanya. Apa yang kalian perlu buat adalah redha dan apabila dapat hidu sesuatu ajar hati kalian lebih redha dan berfikiran dengan lebih kehadapan bukan memusuhi mereka dengan kata kata dan perbuatan malahan juga hati tapi cuba lepaskan mereka dengan keadaan anda redha . 


Mungkin org yang banyak pendam ni bahaya takut sampai bernanah luka yang ada kat hati dia tak tercuti dan terubat. Tapi kalian kena juga sembuhkannya sendiri walau mereka tak nampak . Cubalah bangun menentang dunia ini dengan lembut dan makin lembut biar semua tahu kekuatan itu bukan dengan cara kasar sahaja tapi dengan cara kelembutan juga anda boleh bangkit .

Wahai! 

Sembuhkan hati kalian , bajakan dengan benih-benih indah biar mewarnai kembali hati hati kalian biar kalian tenang dan gembira !! 



Sunday, May 24, 2015

Ukhwah fillah

Dari Anas ra mengatakan bahawa seseorang berada di sisi Rasulullah SAW, lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah SAW tersebut berkata, " Aku mencintai dia, ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW bersabda , "Apakah anda sudah memberitahukan kepadanya?" Lelaki itu menjawab, "belum" lalu Rasulullah SAW bersabda "Beritahukan kepadanya" lalu lelaki tersebut memberitahukannya dan berkata "sesungguhnya saya mencintaj anda kerana Allah" kemudian orang yang dicintai itu berkata "Semoga Allah mencintaimu kerana anda mencintai saya kerana Nya"

Hadith Riwayat abu daud 



Saturday, May 23, 2015

Cinta

Tiada Cinta Sebelum Kahwin

Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah. Namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang tidak Allah redai, ia akan bertukar menjadi fitnah. Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan. Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan?


Bahaya Cinta Sebelum Kahwin 


  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.

  • Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya.

  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.

  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan.

  • Cinta lalai akan menyebabkan ku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.

  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.

  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.

  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang pada kepada peribadi zuriat kami pastinya. Na'uzubillah!

[Petikan daripada buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul]
  

Petikan dari blog murrobi sebarkanbahagia.blogspot.com

Ujian

Assalamualaikum 

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi , dengan limpah kurniaan Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Tuhan yang memerintah kerajaan di langit dan di bumi. Tiada tuhan yang selayaknya mendapat Puji pujian selain Allah ! 

Wahai! 
Sudah kalian lena atau hanya mendiam diri bersedih tatkala diri di uji."weyh down nya asyik aku jew kena mcm-mcm" , "eh kau tengok si minah tu pakai tudung labuh, tutup litup, solat tungang tungek, tengok tak senang-senang pun. Orang abis belajar terus dapat kerja, dia berhenti tak pun kena buang" antara sebahagian contoh-contoh ujian yang berlaku dalam kehidupan hidup kita. Buat manusia yang senangnya kalian memberi andaian, senangnya kalian meluahkan dan menginterpretkan segala konklusi dalam minda kalian tanpa fikir sejenak. Iya fikir dan amati. 

Memotivasikan diri 
Pernahkah kalian dan mungkin kita terfikir sejenak bahawa ujian manusia yang ingingkan perubahan dalam hidup mereka begitu payahnya hendak menempuh onak duri dan berbagai rintangan bak kata ayat berbunga-bunga bagai pantai di landa tsunami. Allah suka uji dan beri ujian pada kalian-kalian yang mahu berubah. Usah bimbang. Ini begitu kecil ujian buat diri kita. Cuba bayangkan Nabi Muhammad SAW tempuhi ujian yang datang melanda tatkala Rasulullah Saw dalam kesusahan. Allah ! Deepnya rasa macam hiris bawang seguni .

Yakinlah bahawa segala ujian yang Allah nk beri tu Allah dah perhati molek ikut kemampuan diri kita. Allah maha memberi yang terbaik buat setiap hambaNya. Tugas kita ? Menerima dengan redha dan percayalah dalam setiap ujian Allah itu ada jalan penyelesaian dan yakinlah pertolongan Allah itu sendiri ada dalam permasalahan yang kita hadapi. Tak percaya? Cuba cari perhati diam-diam. 

Saya bukan penghafal hadis mcm blogger dan mungkin juga sahabat sahabat seangkatan yang memang power mentebar hadis mcm roti canai kena tebar . Relax jew buat roti tu terbang-terbang. Tapi insyallah di beri keizinan menghafal dan mungkin dapat memanfaatkan pada kalian insyallah akan saya cuba sedaya upaya! 

Setiap ujian yang datang menjenguk sebenarnya Allah nak latih diri kita untuk jadi kental! Kental bagaimana? Kental dari segi kesabaranmu dan keredhaanmu. Jangan ingat orang cantik, kaya, pandai tidak di uji. Kan Allah dah bilang ticket ke syurga penuh dengan jalan-jalan berduri, onak ranjau, pahit dan mungkin tawar hebay nak rasa. Tapi jalan nk tempah ticket ke neraca Allah hiasinya dengan segala kenikmatan. Mcm makan ais cream padepop! Sabar itu penting. 

Lihatlah mereka mereka yang tidak bernasib baik seperti diri kita. Jangan lihat terlalu tinggi bak kalian lihat orang di atas. Itu bukan lawan kita. Tapi lihat orang yang berada di bawah kita. Lihat bagaimana bernasib baiknya kita di kala mereka tidak rasa apa yang kita nikmati. 

Akhir sekali Allah melihat, Allah mendengar, menghitung, merindui setiap hambaNya. Siapa kita mahu sedih? Tu Allah tunggu dah kita nak ajak berbual. Dan keep remind this " setiap ujian Allah datangkan ada sebab dan musabab"

Al-mulk 67:2 

"Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun"



Tuesday, May 19, 2015

Tarbiyah ke atau ke laut ?

Assalamualaikum . 

9 jam yang lepas pada 19 mei aku terpukul dengan garis masa di mukabuku aku. Seorg hamba Allah yang tidak asing bagi aku. Nak di pendekkan cerita dia ini hakak-hakak geng usrah aku . Status mukabuku nya berbunyi begini : 

"Kadang kadang kita bukannya gunakan dunia untuk dekatkan diri kepada Allah , tapi instead kita gunakan Allah untuk dapatkan dunia" 

Reaksi pertama aku time baca status ini di garis masa mukabuku aku memang terbeliak biji mata rasa mcm setepek kat atas kepala aku. Yeay *kesat ayaq mata lah wey* 

Mungkin ramai akan cakap dan hentam aku dengan tomahan "kan Allah suruh kita berusaha apalah kau ni", "hah lah weyh kan Allah suruh kita kejar cita-cita dan impian kita" 

Iya-iya dan iya . Relax kejap cuba bagi aku explain satu-satu walaupun pada dasarnya aku bukan belajar dan mengambil jurusan agama sewaktu menuntut di ipts dlu. Sekian . Tahukah dan perasaankah kalian ini ayat kasi sintap bak kata brother lim jooi soon "perkataan yang gabungkan daripada cakap sambil hentam" iya hentam kalian dan diri aku sendiri sampai lebam badan-badan. Haha baru di rasakan bagaimana rasa sakitnya tuh di sini bila mana kita memperalatkan Tuhan demi kepentingan kita dunia. 

Mungkin ramai yg tak berapa faham situasi mcm mana weyh "kita gunakan Allah untuk dapatkan Dunia ni?" 

Senang jew mari membaca sejenak . 

Situasi 1 

Ali antara pelajar yang paling bebal di dalam kelas nya dan dia sangat mengingikan keputusan yang cemerlang bagi mengharumkan namanya dan boleh popular secara titiba tanpa dia viral di laman sesawang. Dia tekun belajar dan berusaha untuk mendapatkan gelaran pelajar cemerlang di sekolahnya . Di samping itu juga dia memanjatkan tawakalnya kepada Allah swt mudah-mudahan dia diberi limpah rahmat dan nikmat berjaya menjadi pelajar cemerlang. Satu hari ali di nobatkan sebagai pelajar cemerlang straight A "kemain kembang kempis idung jubo semua "  tapi dalam sedar tak sedar kejayaan yang di peroleh melalaikan dia daripada mengingati Allah semula. Kenapa perlu jadi begini? Kenapa dan bagaimana solusinya ? 

Kalau fikirkan logiknya memang patut pun ali jadi bangang abadi selepas apa yang dia lakukan . Berjaya sikit dah ekisyen lebih . 

Masih tidak nampakkah kalian dengan situasi pertama yang penuh dengan jalan cerita skema yang mungkin akan mengugat kewarasan minda para pembaca yang ala-ala gila seperti aku? Ah jangan salahkan aku kalau  lepas kau orang baca entri ini kemungkinan untuk mendapat penyakit gila ising adalah lebih tinggi dari sebelum kalian membacanya.(ketawa sambil guling-guling) 

Konklusi nya 

Pernah kalian terfikir yang aku dan mungkin kalian yang berada di luar sana benar-benar ikhlas dalam mencari redha Allah atau memang ikut jelah orang buat apa dan apa "asalkan aku jaga solat jaga benda wajib dah lah" 

Akal aku ligat memikirkan apa sebenarnya yang kita usahakan selama ini adakkah benar-benar mencari redha dan cinta ilahi yang hakiki atau sekadar mencari rezeki yang tidak di sangka-sangka yang Allah mengrewardkan pada kita agar boleh lah kita bersenang lenang dan eksyen lebih dengan rakan-rakan sebaya yang mana gaji lagi masyuk dari kalian. Ahah ( gelak tutup mulut) 

Mungkin juga tarbiah kita tak cukup kental sampai mempergunakan Allah dalam mencari dunia dalam kelalain dan kelekaan kita. Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam jalan tarbiah dan dakwah ini. 

Allahualam . 
Aku cuma anak didikan murrobi dan hakak-hakak naqibah yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia dakwah dan tarbiah ini. Salah silap meh boleh tegur den tak amik hati pun.

Al rum ayat 33 
" Dan apabila manusia di timpa sesuatu bahaya, mereka berdoa kepada TuhanNya, kemudian apabila Dia memberi sedikit Rahmat-Nya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka memper-sekutukan Allah "

Monday, May 18, 2015

Matlamat hidup dan hala tuju yg benar

Assalamualaikum 

Sering kali di herdik, di sentap dengan manusia sekeliling itu tak jadi masalah buat aku aku dan mungkin kalian hendaknya. 

Alhamdulillah hampir 2 tahun menyertai aktiviti aktivit seperti pengisian jiwa yang kosong lagi hiba *lap air mata*. Sering kali tu juga aku kadang terduduk, terjelopok dengan hadirnya manusia manusia durjana ataupun manusia-manusia utusan Allah bagi menjalankan sesi ujian terhadap aku. Aku? Lemah lah bab bab ini. Nak cerita sikit soal mengalah dan di kalahkan. Sering kali dan mungkin juga acapkali kita cakap "kenapa aku jew yang asyik kena mengalah" itu mungkin tanda dan alamat anda juga kerap berputus asa dan sering kala merungut dengan keadaan sekeliling. Manusia ni cepat lupa segala nikmat ada jew yang tak puas hati dan ada jew yang sering nak di pertingkatkan.

Tak salah mungkin kadang kita kena tegas tapi kadang. Tak salah juga kalau kita mengalah membiarkan apa yang mungkin tak penting buat masa hadapan kita dan mungkin dalam ikatan jalinan kasih sayang atau dalam erti yang lain ialah ukhwah. Tapi kadang sumpah aku rasa makin jauh dengan semua manusia tatkala hati makin sayu terkenang dek apa yang mereka buat. Hayoi ni dah tergolong dalam kalangan berputus asa. Iya ! Berputus asa. 

Mari kita rungkai apa yang tidak terungkai. Untuk dan ada masanya kita sendiri rasa tak puas hati bila mana orang asyik mempersalahkan kita dalam sesetengah urusan. Dalam satu konfliks di mana dia memang benar-benar salah bg pendapat kita tapi dalam situasi itu kita kena menyerah walaupun dia salah atas alasan pangkat dan mungkin juga tanda hormat. Bukankah mahu jadi mukmeen yg baik kita kena beralah? *lap airmata lagi* 

Tapi manusia ni mana nak lari dari segala godaan shaiton yang ada sahaja lobang-lobang untuk di cucuk di benam biar jadi pembakar api membara buat membuak-buak api kemarah tu. Allahurobbi. Ini sedih saat aku sendiri kadang ikut nafsu kemarahan sampai lupa dah nak istigfar tu semua. jahat shaiton ni! 

Tapi bagi aku lihat lah segala apa yang datang itu sebagai satu ujian yang Allah beri untuk kita fikir sejenak hala tuju kita. Dan mungkin untuk kita duduk sebentar. Fikir apa yang kita buat di kemudian hari sebelumnya dan kadang itu balasan dari apa yg kita lakukan. Perbezaan antara kehidupan yang kadang kita kena korbankan sifat ego kita untuk menjamin situasi yang aman dan damai. 

*hela nafas panjang

Tujuan setiap ukhwah itu ada sebab dan musabab gila takde?! Masakan Allah ciptkan kita hidup di dunia tanpa ada sebab dan hala tuju. Apa pun tujuan untuk hidup ini bukan hanya sentiasa mencari salah org lain. Dalam satu situasi pergaduhan sila lah kalian kadang letakkan diri kalian di pihak orang kalian gaduh itu. Cuba faham situasi dia tanpa kadang perlu memikirkan hasutan shaiton yang merasuk diri dan pemikiran kita untuk tidak bersabar. "Allah ni part susah sebab aku pun kadang suka bertindak mengikut perasaan" moga Allah beri aku kekuatan kelak. Bagi kalian yg sering kenal aku tegas aku takat marah mcm tu jew esk lusa dah okay dah. Sebab kadang kita rasa kita tertekan dgn situasi tu smpai nak marah. Perempuan kan selalu beremosi . 

Senang cerita Apa sahaja masalah mesti di bincangkan dengan penuh adil dan saksama. Mungkin malu meminta maaf tapi kena faham sebab apa malu. Mungkin boleh doakan mereka dari jauh. Doakan yang baik-baik tau. Lapang sikit dada kalau mcm tu. 

Semua benda ada tujuan dalam hidup ini.  Tak lupa strategi dalam nk teguhkan iman di dada . Kumpul balik semangat juang nk berdakwah tu. Masalah tu semua ujian yang Allah nk uji kita. Tengok boleh tak handle kalau di rasuk dengan permasalahan yang pelbagai dan mungkin juga tu cara nya Allah nak lihat jalan mana yang kita ambil nk minta pertolongan. Samada Allah ataupun duduk diam mencuba nasib yang tak menyebelahi diri sendiri. 


Tepuk dada tnya iman.

Adakah hari ini kita lebih baik dari zaman kegelapan dan jahiliyah kita? 

*lap air mata dengan hingus hijau haha

Sunday, May 17, 2015

Zaman menerima kad undangan perkahwinan dari rakan-rakan sebaya

Ialahai bestnya nak kawen 
Sweetnya lahai gambar prewedding diaorg
Eh dah nk kawen dah minah ni 
Wow gila syok dah nk dpt baby 

Aku rasa mesti banyak gila soalan mcm ni yg kadang kauorang sendiri pun penah ajukan iya dak? 

Biasalah tu kalau dah bercinta bagai nk rak takkan tak nk kawen kan? Aku ramai jew member bercinta berpuluh tahun sekali alahai terkandas tepian jalan lepas tu tup tup kawen dengan orang lain. Tapi tu bukan permasalahnya sekarang ni.

Ni dalam tahun ni especially aku perasaan lepas jew habis diploma haritu mak aih ramai gila kt facebook tu kawan-kawan yg sama course ngan aku, budak umah aku ni pun ada nak kawen dah. Hah aku terkejut beruk jugak titiba nak hantar invitation card ! Gila hahhaha tp apa pun congrat! Tak caye nk kawen dah lah dulu duk sembang nak kawen nak kawen. Sekali kawen sungguh budak umah aku sorg ni. Tapi sedih sikit la sebab dia kawen dengan orang lain bukan dengan pakwe dia dulu. Tapi aku ckp kt dia weyh come on benda lama jgn di kenang! 

Apa pun congrat kepada member-member yg dah jadi tunangan org and yang dah nk langsungkan perkahwinan aku just nk ucapkan semoga korg yg perempuan ni bakal di cemburui bidadari di akhirat kelak sbb beruntunglah ada lelaki yg sanggup curah kasih sayang kat kauorg ! Goodluck selamat melayari bahtera dan alam perkahwinan dan jgn lupa buat baby cecepat ! Hahahahak


Kenapa takde keberkataan dalam hidup?

Dear dairy

Kalau cakap pasal zaman belajar orang cakap "weyh kau kena amik berkat mak pak & family kalau nak berjaya" dan ada segelintir rakan-rakan yg aku jumpa susah hati jew memanjang padahal apa jew tak cukup , semua benda cukup tapi kalau flash balik dia punya memori hamek kau . Kaki lawan , kaki gaduh even dengan adik beradik sendiri. Dalam hal ini aku rasa ramai yg tak sedar kadang pertengkaran bermula dr orang lain jugak lepas tu pihak yg nk bergaduh ni cuba sabar tapi tahap kesabaran dia tu nipis mcm kulit bawang (bahaya orang mcm ni) hah lepas tu dia jugak di persalahkan. Aku rasa tak adil tapi nk buat mcm mana dah dunia ni memang kadang kejam. Walaupun kau rasa kau betul tp orang yg bersalah tu tetap rasa dia betul dan ditambah pula dengan orang sekeliling yg nk backup org yg bersalah atau yg memulakan pergaduhan/pertengkaran lg lah buat hati  pihak yg tak bersalah tu terengut. Aku penah jugak lah ada pengalaman sedemikian rupa. Tapi aku positive jew sebab aku rasa kalau makin di lawan makin kau pun nampak tak betul. 

Berkat tu aku rasa memang la perlu tp Allah jew tau mcm mana niat kita bukannya kadang2 orang yg gaduh tu memang niat dia nk bergaduh tapi kdg dalam luar jangkaan dia. Bersangka baik jelah sebab dalam hidup ni kita tak tahu mcm mana hidup kita in future kan ? 

Saturday, May 16, 2015

WANITA KURUS IDAMAN SETIAP LELAKI ?

Tersedak air liur nak minum air..


Ramai orang cakap kalau asal kurus jew sering dikaitkan dengan "Cantik" dan yang gemuk tu hangpa nak buang mana ? aku rasalah gemuk atau kurus bukan penghalang korang nak jadi cantik. Cuba bayangkan orang yang maintain badan dia kurus dan cantik tu cuba tanya berapa ribu ringgit yang dia belanjakan dalam masa sebulan nak maintain badan dia cantik. Tu baru nak jaga berat badan , tu belum lagi dari yang nak kulit putih ke apa ? aku rasa tu semua membazir . weyh elok lah korang dan aku juga mengunakan cara yang betul yang mana boleh korang amalkan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari bagi buang toxic-toxic dalam badan tu. "Okay tersedak lagi" sebab aku bukan manusia yang gemar dengan air masak lagi-lagi kalau air tu bukan dalam keadaan dingin dan mendinginkan .

Aku tak kesah kalau nak cakap aku gemuk ke apa dah memang sejak azali . kalau nak tahu aku pun pernah terjebak dengan urusan ubat-ubat kurus ini dan aku pernah tak nak makan seminggu sebab takut gemuk. Time tu aku rasa berat aku ada kurang sehari dalam 3 kg sebab time tu dah lah tak nak makan. Lepas tu boleh pulak jogging sampai nak gila aku. Aku pernah rasa mengigil jew kalau aku tak makan. Dan disebabkan nak sedapkan mata-mata manusia aku sanggup nak kurus dan nak cantik sebab manusia yang kau orang pun sedia tahu manusia mana pernah puas ? Lepas tu aku give up dan aku teruskan dengan apa yang aku nak makan. eh kalau korang tak caye aku bukan jenis makan banyak. korang yang mana rapat dan selalu hari-hari dengan aku akan tahu macam mana aku makan. aku akan makan sehari sekali sahaja. entah lah kenapa dan bagaimana . Kadang aku jeles jugak dengan kawan-kawan yang keping jelah badan. Makan nauzubillah min zalik. Kemain macam bela hantu raya wey. Takut aku. hahaha Tapi nak buat macam mana dah Allah jadikan dia macam tu. Apapun aku tak salahkan sesiapa kenapa aku bersize macam ni sebab kalau rajin memang kau orang akan dapat bentuk badan ideal dan bermacam-macam impian kau orang. kalau tak rajin memang jenis obess lah hangpa.. Dan selalunya orang gemuk ni dia akan rasa dia tak obess padahal . hahaha aku lah tu kot dlu.. Tapi sekarang ni aku dah sedar diri dan sentiasa anggap diri aku obess padahal ada orang lagi gemuk dari aku. #kbai !

Tapi kalau nak cakap lelaki tak suka perempuan tak kurus tu gila lah. Kalau aku jadi lelaki pun aku nak perempuan yang kurus dan cantik kan ? tapi nak buat mcm mana aku ni kan perempuan so aku ni ha okaylah. Dan perlu di ingatkan bahawa bukan semua lelaki suka perempuan kurus macam playwood dan bukan semua dan hampir semua perempuan gemuk lelaki suka. entah aku bukan nak cakap apa tapi korang sendiri boleh tengok. lepas kawen mak aih badan macam kena pam dengan pam yang kat petronas tu . Ha tu kira katoegori gemuk lah tu . hahaha apa pun jangan cakap ha dia ni gemuk ke apa aku takut kena kat hangpa ! hahahahha a



nah baca sikit info

kevinzahri.com/health-fitness/metabolisme-tinggi

Friday, May 15, 2015

Selamat Hari guru

Assalamualaikum wbt

dear dairy

Aku rasa kalau bab hari guru aku mcm malas nak berbual hahaha. sebab aku rasa guru dalam hidup adalah diri sendiri jugak . apa pun tak di nafikan cikgu tu yang banyak bagi sumbangan berupaya ilmu yang diri sendiri tak tau tapi dia yang ajar kan bagi kita tahu. apa pun di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari guru buat guru-guru yang selama ni mengajar aku. tak kira lecturer aku ke apa ke . di mana mereka berada di harapkan sentiasa sihat dan di berkati . ameen <3 p="">
apa pun jadi dekat dunia guru yang paling istimewa aku rasa adalah ibu kita sendiri. mana tak nya dari kecil dan semua benda dia buat untuk kita . Dari mengajar dan macam-macam lagi lah...

Alaahai lap air mata !



Sunday, May 10, 2015

selamat hari ibu

dear dairy

Assalamualaikum wbt

rasanya dalam banyak-banyak hari aku rasa sengaja manusia yang entah dari mana memilih hari ini hari ibu . aku tak banyak kisah nak memperjuangkan tentang ibu aku sebab mak aku banyaknya rapat dengan akak aku yang no.2 maklumlah orang kata bila dah kawen nanti baru rasa ke akraban seperti anak dengan ibu nya. aku masih tak rasa ke akraban itu tapi mak aku weyh gila aku tak sayang..

di kesempatan ini aku tak banyak nak luahkan dekat mak aku. aku harap walaupun mak aku tak reti nak pegang atau bermain dengan internet tapi satu hari nanti dia akan baca atas kertas yang mungkin juga aku ketika itu sudah menjadi seorang penulis hebat *cewah angan-angan* hahah.. apa pun selamat hari ibu buat mak yang :

1) sanggup menumpangkan diri kecil dirahimnya selama 9 bulan
2) sanggup mensengkang mata nak bagi susu and jaga aku saat aku sakit dan demam
3) sanggup nak susah demi melihat kesenangan anak-anak mu

ni kalau aku senarai memang confirm berjurai air mata . tak payah cakap air mata , kang jadi kolam untuk di renang-renangkan .

aku selalu doa yang Allah permudahkan segala urusan mak dan ayah , jauhkan dari mala petaka dan selamatkan mak dan ayah di akhirat kelak dan tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. redhai mereka dan akhir sekali. kumpulkan sekeluarga di syurga firdaus mu wahai Allah , tuhan semesta alam ..



selamat hari ibu !

Friday, May 8, 2015

ada masa kita kena give up

like seriously ni ada masa kita kena give up dalam hidup . bukan give apa. give untuk benda-benda yang tak penting. aku rasa mcm banyak sangat benda-benda yang tak penting. so apa pun kau orang atau manusia-manusia sekeliling aku nak cakap , cakaplah . apa pun jadi ingat weyh ada masa kau kena jadi lemah, ada masa kau kena jadi kuat mcm super and wonder women. tu prinsip aku lah.. 

Dear hidup. kadang memang setiap perjalanan hidup aku , kau orang memang Allah dah tentu kan. mana boleh nak lari kan ? tapi kadang banyak sebab buat kau tersadung and rasa nak berehat untuk terus bangkit. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.................................. aku memang selalu rasa mcm tu tapi kadang aku rasa mcm okay aku dah malas nak cari pasal ke apa aku malas nak fikir dan penatkan otak aku. 

weyh semua orang ada masalah. kalau masalah tu kadang kecik tapi kau suka besar-besar kan sampai kau tak boleh nak solve langsung problem tu memang payah jugak tapi nak buat mcm mana aku pulak jenis clumsy kadang cepat je rasa risau benda yang remeh temeh..tapi untuk tahun ni dan tahun tahun lepas aku banyak menyerah sebab aku tak nak ada apa komitment dalam benak hati aku. aku ni nampak jew kasar tapi Allah senang sangat nak meleleh air mata. cakap jew benda yang aku rasa sedih memang senang nak melelehkan air mata. 

mcm aku ada kawan yang suka buruk-buruk kan aku and dalam masa yang sama nak bash aku semua bagai so aku rasa lebih baik aku undur diri tu bukan sebab apa. sebab kadang dalam sesuatu situasi aku kena menyerah . menyerah angkat tangan and tak payah nak fikir pape dah baik lah kau kejar apa yang ke depan tu . so lepas dari itu aku redha .. biarlah orang cakap kau looser takde kawan dari kau ada kawan jenis nak menjatuhkan kau and suka buruk-burukkan kau kat belakang .. kan ? so aku ambil masa untuk berundur. terima kasih tuhan sebab mempermudahkan segala-galanya. 

Lepas tu aku keje lepas habis study tu first experience aku keje kena buli ngan boss. lepas tu aku selalu rasa . apalah masalah aku . sampai semua orang nak buat aku mcm ni. tu pun aku rasa alah takpelah kalau Allah sayang Allah akan uji kan ? so buat apa nk risau and takut. tu kalau duduk dalam comfort zone tu yang kena risau . lepas tu aku lama jugak menganggur. relax dulu malas nak fikir aku keje now. lepas tu alahai ni lagi lah jumpa manager yang Allah gila bossy. lepas tu slumber jew nak marah-marah orang nak balik file depan muka aku ke apa. so dia ingat semua yang bawah dia tu tade perasaan . 

Ada sorang senior dalam company baru aku cakap, "aku ni dulu bekas askar , so aku memang dah di ajar untuk hormat orang atas" hmmmmmmmm....aku cam pelik. aku tak menjawab cara kurang ajar pun aku still jugak kena. dah kenapa? so apa pun kalau nak condem kerja aku. so you can do it tapi kalau nk alamkan berkerja secara diskriminasi baik kau boleh kerja kat ceruk-ceruk kampung. like seriously bro . kadang aku nak jew bercakap di luar kotak seperti bukan seorang manusia yang cerdik. tapi dengan kewarasaan aku ni aku masih boleh fikir apa benda yang aku nak cakap . apa pun , hari ni kau buat orang one day Allah balas time tu jangan tanya kenapa ALLAH buat dia mcm tu..... aku bukan nak doakan tapi tu lah hakikat hidup beb . 

So secara keseluruhannya. aku memang kecewa dengan hidup ni. kadang aku rasa macam nak terus menyerah . biar jangan ada apa-apa dalam hidup aku. tapi weyh desakkan hidup like seriously banyak sangat . so apa pun aku kena fikir mcm mana nak bangun balik dari mimpi ngeri ni. 

so dalam hidup ini ada dua makna jew .. sama ada kau kena menyerah kejap untuk berehat dan bina balik kekuatan kau atau pun memang kau menyerah terus mati ..............











masuk hari ni dah banyak entri yang dah terberanak dah weyh . ini kerana di sebabkan dengan ke stressaan yang berlaku dan aku rasa manusia sekeliling aku nih adoiiiiiiiiiii menyakitkan hati aku... like seriously 

19.05.2015

dear dairy

happy birthday to me .. apa kau nak ?? jangan tanya banyak sebab banyak benda aku nak dalam hidup aku. so apa pun aku harap aku boleh sambung study . yeay ! di sebabkan zaman kampus aku rasa mcm sekejap sangat. so apa pun memang lah kena nak refresh balik zaman kampus aku. sumpah aku tak nak jadi orang besar. dah kena kawen , ada keluarga and ada anak semua. hahah tapi tu jalan dakwah weyh.. gila tak nak kawen ? !


birthday aku.. aku tak nak banyak tapi nak family aku, nak aku sendiri dalam meniti hidup ini . ouh ha nak ada sentiasa dalam taman-taman syurga ciptaan kami.. kawan-kawan usrah aku. and banyak lagi. sape kalau nak sebut memang esk pun tak abis aku nak type kat sini. apa pun doa kalian paling penting aku rasa. so korangg. please doakan aku. semoga hidayah ni sentiasa duduk diam-diam dalam diri aku. insyallah

<3 p="">



suatu hari nanti

Suatu hari nanti like seriously aku nk happy tak nak pandang belakang ...


okay lagu ni cool mcm tau apa yg aku rasa ..

Thursday, May 7, 2015

Jatuh bangun

Siapa tak alami perasaan yang semacam ini ? cuba bagi tahu aku ? kalau kau tak alami permasalahan ini memang bukan manusia lah itu namanya.. aku ada masa aku banyak gila masalah dengan kawan-kawan dengan family tu standard la bagi aku dan aku rasa untuk semua orang. aku terlalu rasa diri tu tinggi ada masa dahulu dek manusia yang suka mengambil kesempatan dan mempersetankan aku. akhirnya menangis sendiri. lately aku banyak menulis sebab aku ada masa ini sahaja untuk aku luahkan. kalau tak jangan mimpi lah aku nak pergi mencari papan kekunci untuk di tekan-tekan dan mengalukan alunan muzik. hahha asyik weyh

Aku satu saat bila dah habis zaman belajar aku rasa mcm hmmmmm.. ni ke real life yang kau kena tempoh. aku percaya setiap ujian tu Allah datangkan sebab dia nak sentak kau. sebab dia nak tengok mcm mana kau handle kepayahan dan kekecewaan kau. Allah ni maha lembut, maha penyayang, maha mengasihi.. aku kadang leka. sama seperti manusia-manusia lain. entah datang mana tah penyakit kelekaan ini. ada je buat kau rasa kurang senang. kurang rasa kasih kurang rasa sayang. aku selalu rasa mcm tu. kadang menangis. kadang tertawa. entah .. mungkin hati perempuan. mudah di rasuk kesedihan yang melampau.

Dalam hidup jangan selalu bergantung dengan manusia lain. walaupun sedarah sedaging, walaupun bagai isi dengan kuku, walaupun bagai aur dengan tebing dan walau apa pun bidalan dan peribahasa yang dapat mengambarkan kesemua itu. Jangan sesekali terlalu mengharap dan bergantung selain Dari Allah SWT. Allah suka sangat kalau hambanya bergantung harap dengan dia. hmmmmm.....

AKU PERNAH fikir yang mana aku yang dlu, membiarkan setiap bait-bait kata yang penuh rasa hina menusuk di dalam hati, pekakkan telinga biar tidak tembus menembusi hati . tapi aku terkesan dengan itu. menusuk sampai ke benak hati , sampai ke saraf tunjang pemikiran. lalu ia di intepretkan menjadi satu perbuatan. sampai aku fikir, tiada manusia yang mahu dengar cerita sedih setiap yang berlaku kepada aku. aku lemah saat tu. aku rasa bagai mahu menjadi halimunan dalam melosori masa kehidupan ..

*hela nafas panjang

Ada masa aku naik , ada masa aku turun. betul la setiap perjalanan hidupan ada disulami dengan cerita dan bait-bait indah buat hati ini. kuatnya hati kau orang .. aku tak kuat .. tapi desakan demi desakan . aku rasa makin aku teguh. teguh dengan diri dan keberadaan Allah di hati. aku bukan insan yang alim ulamak. kenapa perlu di cemuh ? kenapa perlu di tinggalkan kebelakang. kadang-kadang benarlah setiap kata kata yang keluar dari lidah yang tidak bertulang ini dan dari mulut ini bukan kerana ke ikhlasan hati mu. tetapi kerana perasaan marah mu terhadap hidup..


Aku terinspirasi dengan ini...





Wednesday, May 6, 2015

ANGKUHNYA LAHAI

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..........

Aku musykil mcm mana orang boleh tahan dengan semua dia ni. dah la bekeng nak mati. aku rasa nak ketuk-ketuk jew dia ni bagi pendek. Mr manager yang aku rasa weyh la weyh poyo nak mati. bossy nak mati. entah aku memang banned gila lah kalau orang melayu baru nak naik sekali dah mcm ni. adoiii bang oii chill lah kau bukan boss besar pung...

Satu jew aku tak suka pasal dia ni. dia suka cakap aku ni ego sebab tak nak bertanya sekali dia tu apa ? berlagak nak mati ? tak tau nak control kemarahan dia ? arghh kau ingat kau punya marah jelah boleh meledak ? abis aku ni apa ? kau bagi mcm peluru mcm orang takde perasaan jew kau marah lah kau herdik la .. adoiii panas telinga aku nak jawab.. tapi fikir pasal kerja jew .. kalau memang bukan kerja memang dah lama aku pelempang dia ni. Ya Allah aku setiap hari kalau pergi kerja aku memang akan elakkan nak berjumpa dengan Mr manager ni. berhhh dia punya poyo rasa nak mintak pelempang.. like seriously la kan mulut dah la tak leh blah. kau tau nak marah orang jew. pastu suka push orang.. alahai pak oh pak rezeki tu Allah yang bagi kalau aku nak blah pun bila-bila masa aku boleh blah. like seriously memang aku rasa adoii stress kerja dengan melayu yang perangai bossy nak mati padahal bukan bos atas pung..

pastu kalau kerja orang tu senang jew nak condem abih kau punya kerja tu mcm lah bagus sangat. aku memang macam kurang bersabar sikit dengan dia ni. like seriously sampaikan officemate aku J *bukan nama sebenar* dia cakap setiap kali kalau dia buat discuss dengan si En manager ni memang dia terus akan ke surau untuk ambil wuduk. ha kau bayangkanlah betapa indah nya perangai dia ni. haihhh.. agaknya aku kalau kurang sabar memang aku dah jerit dah kat telinga dia. ha baru dia ada akal sikit mcm mana aku punya bengang ni smua. hahaha

Kadang aku rasa mcm susah sangat nak kerja bawah orang. sebab benda-benda mcm ni lah. dengan itu ini nya. aku malas nak fikir pun ada jugak . tapi since aku kerja kat sini apa jewlah yang aku dapat buat .. nak cakap aktiviti lain sabtu ahad pun aku kerja wweyh .. ce bayangkan........aku kesian dengan kawan atau pun merangkap team mate aku nama dia D *bukan nama sebenar* dia lagi kesian. kalau orang lain off hari ahad dia pun kena datang kerja sebab atas alasan yang kukuh la sangat dah kalau manager yang suruh.. tapi nak buat mcm mana mamat tu kental dia .. berhh. orang kuat iman weyh orang buat mcm mana pun kau ok jew. team-team aku yang lain jenis menurut perintah tapi haih bila dedepan kau ingat dia nak jawab ? aku pulak memang jenis be honest. ha rasa kalau memang tak leh nak pakai sangat and memang koyak abis dengan manager aku tu memang aku jawab jelah . dah tu nak tunggu dia senang hati redha hati ? nak tunggu kau punya redha hati ha abis yang aku punya redha hati siapa nak tanggung ?

Aku harap sangat lepas ni aku tak jumpa dah manusia yang semacam ini. mcm menakutkan orang jew.




the manager taik !

sambungan nanti aku malas nk fikir dia buat benda jahat dengan aku ..

itu belum lagi kalau aku cakap and cerita duit tepi kiri kanan. ish ish

DEAR DAIRY

Assalamualaikum 

Hari ini terpukul aku nak menulis pasal dan sebab kehidupan. like seriously aku rindu benda yang lama ? lama macam mana ? lama benda-benda lagha ke atau benda benda yang memang bebetul lama yang boleh buat kau jadi mcm hmmmmmmm... ni aku ke dlu ??

Aku sekarang ni ?
kalau tanya aku kenapa aku dah lain sangat ? kenapa ? jangan tanya kenapa sebab aku akan berubah mengikut keadaan seseorang tu. mcm mana kau layan aku ? kalau tanya sekarang ni ? aku berubah kerana apa ? sebab weyh sumpah dah banyak benda aku lalui sampai aku rasa time aku jatuh tersembam tu aku rasa kawan kawan aku bukan penyebab dan masyarakat di sekeliling aku bukan penyebab untuk aku nak bangkit dan bangun. TAPI sebab cinta kan Allah. Aku banyak baca buku-buku motivasi yang mana, semakin kau sedih mak aih apalah ke apa ke semakin kau akan rasa serabut dan saat kau sujudkan muka kau menyembah Allah. itu lagi terindah . hmmmmmmmm tapi tak ramai rasakan keasyikkan saat di buai dan dibelai kekasih ilahi. ya Allah aku pun kadang kalau ada masalah ada jew benda nak g tempat lain. bukan nak itu nak ini .. ada jugak kadang me-lagha time. hahhaa

kalau tanya aku yang dlu kenapa aku boleh maafkan orang yang penah buat silap dan kadang penah baling najis kat muka aku. hmmm.. sebab aku rasa meredhakan sesuatu itu adalah lebih indah dan tenang kalau nak di bandingkan dengan kau nak berdendam sakan. aku suka melepaskan kalau aku tahu benda tu bukan milik aku dan memang aku takkan layak nak dapat dia. tu aku. kalau aku rasa aku terlalu di rendah-rendah kan aku suka dan akan sedaya upaya melepaskan diri aku dari situ. entah kenapa kadang aku pun rasa .. pehal kau ni dah mcm boleh terima dengan redha nya. kenapa aku dah mcm boleh rasa bahagian melepaskan semua benda yang kadang kalau fikir memang menjengkelkan tapi nak buat mcm mana diaorang tu pun kan manusia mcm aku. aku ni pun berlambak-lambak buat dosa walaupun tak mereka yang berkenaan tapi kadang dengan orang lain yang aku sendiri pun tak sedar. 

hari ni mcm sejarah jew aku jumpa balik orang yang aku pernah sayang , pernah menaruh harapan mcm burja khalifa bagai. hahaha tapi akhirnya hancur berkecai. aku penah rasa mcm weyh kuang ajar betul mamat ni bla bla bla. tapi bila lelama apa aku rasa? aku pun terkejut aku boleh bercakap dengan dia mcm biasa anda dengan nada gelak ketawa and kita boleh kawan. erkk kawan la weyh takkan kau nak suruh aku kawen pulak dengan dia. hahaha tapi kalau jodoh nak buat mcm mana  kan .. okay ni ayat mcm nak suruh aku menaruh harapan lagi ke macam mana NIK AMIRAH ? hahhaha 

Untuk lelaki yang aku selalu rahsiakan identiti dia ni .. 

aku nak korang tau wahai pembaca yang siapa tahu mcm mana patahnya hati aku bila aku di remukkan mcm patah kit kat pastu ngap simpan dalam perut .. satu masa tu aku pernah jatuh sebab sayang kan dia. and aku sampai tak boleh nak terima kenapa dia buat aku mcm tu. tapi sebenarnya sekarang apa yang aku rasa tu jauh lebih baik.. BAIK SANGAT ! kenapa ? bila kau dapat belajar erti redha dan memaafkan . sumpah tenang ... hilang beban atas kepala kau , atas hati kau. kan Allah dah cakap manusia ni memang Allah jadikan hati mereka berbolak balik.. erkk maaf aku tak ingat surah apa dan ayat no berapa. so dari apa yang kau tak boleh nak handle serah jelah kat Allah biar Dia yang jadi tempat bergantungnya kita.. 


aku dah lama maafkan dia. walaupun satu masa tu aku rasa mcm eee..geram aku .. 
aku dah lama rasa yang memang kita ni hanya untuk kawan 
aku memang dah lama rasa yang dia baik kena lebih sikit ah usha awek hahaha

dah la malas aku nak rasa. pokok pangkalnya aku memang dah maafkan dia. 


the end 


Sunday, May 3, 2015

BM

Assalamualaikum wbt.

banyak benda nak cerita sebenarnya tittle kat atas ni bukan maksud dia bahasa melayu atau sama waktu dengan nya. ia nya satu subject yang aku rasa hmmmmmmmmmmmmmm... panjang lebar nak huraikan tapi tetap nak huraikan.

Alhamdulillah dengan kederat yang tak seberapa ni aku gagah jua lah nak tulis blog ni. hmmm..walaupun sebenarnya banyak benda yang berlaku lately. like seriously aku pun pening. dah tak tau nak fikir mcm mana nak cari solution dengan semua benda ni. hmmmmmmm.. ( tengok banyak sangat hmmm aku..)

Aku ada baca buku #chenta by inche gabbana. alah blogger tu kalau kau orang tak kenal aku pun tak tau lah sebab dah famous dah mamat ni menyentap org dalam setiap dakwah dia. aku rasa bgs juga ada blogger sedemikian rupa bukan dia sahaja menyentap weyh dia kasi se das dalam isu politik pun kau kena baca hokey.

okay okay berbalik kepada bm. (bm dalam erti kata dan maksud yang lain adalah baitul muslim) lagi lah aku malas nk taip ni kalau bab melibatkan soal ini. sejak kenal usrah dulu aku ada perasan jugak geng-geng usrah aku sibuk suruh join and hantar borang baitul muslim ni. hah tipu aku tak pernah try isi. tapi berpeluh jugaklah nak isi kan.. tak percaya korg try la buat... ni antara sesi perkenalan yang akan di pantau oleh akak-akak dan abg-abg yang korg percaya and diaorang pun boleh di percayai. sesi taaruf pun memang dengan mereka-mereka yang menjadi saksi bukan main ajak tengok wayang, dating sepertimana yang di tayangkan di kaca-kaca tv.. puihh.. ikut sangat budaya barat..

aku tak pernah sampai di panggil ke peringkat taaruf sebab weyh aku rasa akhi yang baca aku punya borang pun mesti tidak yakin dengan apa yang aku tulis. hahaha maybe terlalu awal buat aku. dan satu permasalahan yang takkan pernah hilang aku suka rasa aku ni mcm bebdk lagi sedangkan kawan-kawan aku college aku banyak dah kawen, banyak dah tunang, banyak dah beranak. tu masalah jugak kalau dah selalu rasa diri 4 ever young hahaha..........

baitul muslim ni sebenarnya bagus untuk kalian amalkan . weyh mana tak nya kalian nak bertaaruf pun di pantau. ni semua elakkan maksiat bukan aku alim sangat tapi aku suka cara mcm ni. eh dalam islam takde kawan kenal-kenal dlu. kawen selepas tu bercinta lagi indah. gila tak indah semua kau buat semua halal. kalau time bercinta sebelum kawen. paksa la dirimu menahan rindu. hahah seksaan ledakkan nafsu weyh. aku ramai kawan-kawan yang jenis kalau slumber badak cakap jew horny weyh tgk pakwe aku. hahah aku rasa mcm nk tepuk dahi memasing biar sedar. hahahah tapi apa pun yg korg rasa aku rasa kalau kau nk bina baitul muslim kena tahu dan selidik bebetul jangan main pakai bedal jew.


1) ada lelaki nak yang cantik
2) ada perempuan nk make sure lelaki tu kewangan dia stabil dan menjamin masa hadapan
3) pelajaran penting
4) kalau yang kaki usrah pastikan pilih pasangan yang berjinak dan sentiasa masa lapangnya diisi dengan aktiviti ini.

bukan senang nak bina baitul muslim ni kalau tak kena dengan caranya. ingat senang ke? perkahwinan di bina atas dasar dan perkataan perkongsian. yang mana dalam membina baitul muslim kau kena letak target sampai mana kau nak pasti kan baitul muslim yg kau bina kukuh dan tidak goyah. tu pendapat aku sendiri sebagai seorang perempuan. dan aku tidak lah memilih dan tidak pula sempurna di mata mana-mana lelaki ataupun manusia. tapi takat nak jadi famous di kalangan penduduk langit tu memang dah pasang cita cita. hahaha *perasaan

kalau nak bercakap soal baitul muslim ni aku tak pandai dan memang tak power la nak hurai bab ni. cuma kadang aku just nk cakap memang kita percaya dan yakin dengan ketentuan Allah yang Dia memang dah tuliskan untuk kita setiap hambaNya tapi ingat setakat doa kalau tak usaha mcm mana ? tepuk dada tanya selera.

kalau aku di tanya camner dah jumpa belum suami soleh mu ?

jawapan : dalam usaha menangkap dan mengejar dia lagi. sila la ajukan soalan lain terima kasih..

*tutup buku* kbai