Sunday, May 3, 2015

BM

Assalamualaikum wbt.

banyak benda nak cerita sebenarnya tittle kat atas ni bukan maksud dia bahasa melayu atau sama waktu dengan nya. ia nya satu subject yang aku rasa hmmmmmmmmmmmmmm... panjang lebar nak huraikan tapi tetap nak huraikan.

Alhamdulillah dengan kederat yang tak seberapa ni aku gagah jua lah nak tulis blog ni. hmmm..walaupun sebenarnya banyak benda yang berlaku lately. like seriously aku pun pening. dah tak tau nak fikir mcm mana nak cari solution dengan semua benda ni. hmmmmmmm.. ( tengok banyak sangat hmmm aku..)

Aku ada baca buku #chenta by inche gabbana. alah blogger tu kalau kau orang tak kenal aku pun tak tau lah sebab dah famous dah mamat ni menyentap org dalam setiap dakwah dia. aku rasa bgs juga ada blogger sedemikian rupa bukan dia sahaja menyentap weyh dia kasi se das dalam isu politik pun kau kena baca hokey.

okay okay berbalik kepada bm. (bm dalam erti kata dan maksud yang lain adalah baitul muslim) lagi lah aku malas nk taip ni kalau bab melibatkan soal ini. sejak kenal usrah dulu aku ada perasan jugak geng-geng usrah aku sibuk suruh join and hantar borang baitul muslim ni. hah tipu aku tak pernah try isi. tapi berpeluh jugaklah nak isi kan.. tak percaya korg try la buat... ni antara sesi perkenalan yang akan di pantau oleh akak-akak dan abg-abg yang korg percaya and diaorang pun boleh di percayai. sesi taaruf pun memang dengan mereka-mereka yang menjadi saksi bukan main ajak tengok wayang, dating sepertimana yang di tayangkan di kaca-kaca tv.. puihh.. ikut sangat budaya barat..

aku tak pernah sampai di panggil ke peringkat taaruf sebab weyh aku rasa akhi yang baca aku punya borang pun mesti tidak yakin dengan apa yang aku tulis. hahaha maybe terlalu awal buat aku. dan satu permasalahan yang takkan pernah hilang aku suka rasa aku ni mcm bebdk lagi sedangkan kawan-kawan aku college aku banyak dah kawen, banyak dah tunang, banyak dah beranak. tu masalah jugak kalau dah selalu rasa diri 4 ever young hahaha..........

baitul muslim ni sebenarnya bagus untuk kalian amalkan . weyh mana tak nya kalian nak bertaaruf pun di pantau. ni semua elakkan maksiat bukan aku alim sangat tapi aku suka cara mcm ni. eh dalam islam takde kawan kenal-kenal dlu. kawen selepas tu bercinta lagi indah. gila tak indah semua kau buat semua halal. kalau time bercinta sebelum kawen. paksa la dirimu menahan rindu. hahah seksaan ledakkan nafsu weyh. aku ramai kawan-kawan yang jenis kalau slumber badak cakap jew horny weyh tgk pakwe aku. hahah aku rasa mcm nk tepuk dahi memasing biar sedar. hahahah tapi apa pun yg korg rasa aku rasa kalau kau nk bina baitul muslim kena tahu dan selidik bebetul jangan main pakai bedal jew.


1) ada lelaki nak yang cantik
2) ada perempuan nk make sure lelaki tu kewangan dia stabil dan menjamin masa hadapan
3) pelajaran penting
4) kalau yang kaki usrah pastikan pilih pasangan yang berjinak dan sentiasa masa lapangnya diisi dengan aktiviti ini.

bukan senang nak bina baitul muslim ni kalau tak kena dengan caranya. ingat senang ke? perkahwinan di bina atas dasar dan perkataan perkongsian. yang mana dalam membina baitul muslim kau kena letak target sampai mana kau nak pasti kan baitul muslim yg kau bina kukuh dan tidak goyah. tu pendapat aku sendiri sebagai seorang perempuan. dan aku tidak lah memilih dan tidak pula sempurna di mata mana-mana lelaki ataupun manusia. tapi takat nak jadi famous di kalangan penduduk langit tu memang dah pasang cita cita. hahaha *perasaan

kalau nak bercakap soal baitul muslim ni aku tak pandai dan memang tak power la nak hurai bab ni. cuma kadang aku just nk cakap memang kita percaya dan yakin dengan ketentuan Allah yang Dia memang dah tuliskan untuk kita setiap hambaNya tapi ingat setakat doa kalau tak usaha mcm mana ? tepuk dada tanya selera.

kalau aku di tanya camner dah jumpa belum suami soleh mu ?

jawapan : dalam usaha menangkap dan mengejar dia lagi. sila la ajukan soalan lain terima kasih..

*tutup buku* kbai

No comments:

Post a Comment