Thursday, May 7, 2015

Jatuh bangun

Siapa tak alami perasaan yang semacam ini ? cuba bagi tahu aku ? kalau kau tak alami permasalahan ini memang bukan manusia lah itu namanya.. aku ada masa aku banyak gila masalah dengan kawan-kawan dengan family tu standard la bagi aku dan aku rasa untuk semua orang. aku terlalu rasa diri tu tinggi ada masa dahulu dek manusia yang suka mengambil kesempatan dan mempersetankan aku. akhirnya menangis sendiri. lately aku banyak menulis sebab aku ada masa ini sahaja untuk aku luahkan. kalau tak jangan mimpi lah aku nak pergi mencari papan kekunci untuk di tekan-tekan dan mengalukan alunan muzik. hahha asyik weyh

Aku satu saat bila dah habis zaman belajar aku rasa mcm hmmmmm.. ni ke real life yang kau kena tempoh. aku percaya setiap ujian tu Allah datangkan sebab dia nak sentak kau. sebab dia nak tengok mcm mana kau handle kepayahan dan kekecewaan kau. Allah ni maha lembut, maha penyayang, maha mengasihi.. aku kadang leka. sama seperti manusia-manusia lain. entah datang mana tah penyakit kelekaan ini. ada je buat kau rasa kurang senang. kurang rasa kasih kurang rasa sayang. aku selalu rasa mcm tu. kadang menangis. kadang tertawa. entah .. mungkin hati perempuan. mudah di rasuk kesedihan yang melampau.

Dalam hidup jangan selalu bergantung dengan manusia lain. walaupun sedarah sedaging, walaupun bagai isi dengan kuku, walaupun bagai aur dengan tebing dan walau apa pun bidalan dan peribahasa yang dapat mengambarkan kesemua itu. Jangan sesekali terlalu mengharap dan bergantung selain Dari Allah SWT. Allah suka sangat kalau hambanya bergantung harap dengan dia. hmmmmm.....

AKU PERNAH fikir yang mana aku yang dlu, membiarkan setiap bait-bait kata yang penuh rasa hina menusuk di dalam hati, pekakkan telinga biar tidak tembus menembusi hati . tapi aku terkesan dengan itu. menusuk sampai ke benak hati , sampai ke saraf tunjang pemikiran. lalu ia di intepretkan menjadi satu perbuatan. sampai aku fikir, tiada manusia yang mahu dengar cerita sedih setiap yang berlaku kepada aku. aku lemah saat tu. aku rasa bagai mahu menjadi halimunan dalam melosori masa kehidupan ..

*hela nafas panjang

Ada masa aku naik , ada masa aku turun. betul la setiap perjalanan hidupan ada disulami dengan cerita dan bait-bait indah buat hati ini. kuatnya hati kau orang .. aku tak kuat .. tapi desakan demi desakan . aku rasa makin aku teguh. teguh dengan diri dan keberadaan Allah di hati. aku bukan insan yang alim ulamak. kenapa perlu di cemuh ? kenapa perlu di tinggalkan kebelakang. kadang-kadang benarlah setiap kata kata yang keluar dari lidah yang tidak bertulang ini dan dari mulut ini bukan kerana ke ikhlasan hati mu. tetapi kerana perasaan marah mu terhadap hidup..


Aku terinspirasi dengan ini...





No comments:

Post a Comment