Monday, May 18, 2015

Matlamat hidup dan hala tuju yg benar

Assalamualaikum 

Sering kali di herdik, di sentap dengan manusia sekeliling itu tak jadi masalah buat aku aku dan mungkin kalian hendaknya. 

Alhamdulillah hampir 2 tahun menyertai aktiviti aktivit seperti pengisian jiwa yang kosong lagi hiba *lap air mata*. Sering kali tu juga aku kadang terduduk, terjelopok dengan hadirnya manusia manusia durjana ataupun manusia-manusia utusan Allah bagi menjalankan sesi ujian terhadap aku. Aku? Lemah lah bab bab ini. Nak cerita sikit soal mengalah dan di kalahkan. Sering kali dan mungkin juga acapkali kita cakap "kenapa aku jew yang asyik kena mengalah" itu mungkin tanda dan alamat anda juga kerap berputus asa dan sering kala merungut dengan keadaan sekeliling. Manusia ni cepat lupa segala nikmat ada jew yang tak puas hati dan ada jew yang sering nak di pertingkatkan.

Tak salah mungkin kadang kita kena tegas tapi kadang. Tak salah juga kalau kita mengalah membiarkan apa yang mungkin tak penting buat masa hadapan kita dan mungkin dalam ikatan jalinan kasih sayang atau dalam erti yang lain ialah ukhwah. Tapi kadang sumpah aku rasa makin jauh dengan semua manusia tatkala hati makin sayu terkenang dek apa yang mereka buat. Hayoi ni dah tergolong dalam kalangan berputus asa. Iya ! Berputus asa. 

Mari kita rungkai apa yang tidak terungkai. Untuk dan ada masanya kita sendiri rasa tak puas hati bila mana orang asyik mempersalahkan kita dalam sesetengah urusan. Dalam satu konfliks di mana dia memang benar-benar salah bg pendapat kita tapi dalam situasi itu kita kena menyerah walaupun dia salah atas alasan pangkat dan mungkin juga tanda hormat. Bukankah mahu jadi mukmeen yg baik kita kena beralah? *lap airmata lagi* 

Tapi manusia ni mana nak lari dari segala godaan shaiton yang ada sahaja lobang-lobang untuk di cucuk di benam biar jadi pembakar api membara buat membuak-buak api kemarah tu. Allahurobbi. Ini sedih saat aku sendiri kadang ikut nafsu kemarahan sampai lupa dah nak istigfar tu semua. jahat shaiton ni! 

Tapi bagi aku lihat lah segala apa yang datang itu sebagai satu ujian yang Allah beri untuk kita fikir sejenak hala tuju kita. Dan mungkin untuk kita duduk sebentar. Fikir apa yang kita buat di kemudian hari sebelumnya dan kadang itu balasan dari apa yg kita lakukan. Perbezaan antara kehidupan yang kadang kita kena korbankan sifat ego kita untuk menjamin situasi yang aman dan damai. 

*hela nafas panjang

Tujuan setiap ukhwah itu ada sebab dan musabab gila takde?! Masakan Allah ciptkan kita hidup di dunia tanpa ada sebab dan hala tuju. Apa pun tujuan untuk hidup ini bukan hanya sentiasa mencari salah org lain. Dalam satu situasi pergaduhan sila lah kalian kadang letakkan diri kalian di pihak orang kalian gaduh itu. Cuba faham situasi dia tanpa kadang perlu memikirkan hasutan shaiton yang merasuk diri dan pemikiran kita untuk tidak bersabar. "Allah ni part susah sebab aku pun kadang suka bertindak mengikut perasaan" moga Allah beri aku kekuatan kelak. Bagi kalian yg sering kenal aku tegas aku takat marah mcm tu jew esk lusa dah okay dah. Sebab kadang kita rasa kita tertekan dgn situasi tu smpai nak marah. Perempuan kan selalu beremosi . 

Senang cerita Apa sahaja masalah mesti di bincangkan dengan penuh adil dan saksama. Mungkin malu meminta maaf tapi kena faham sebab apa malu. Mungkin boleh doakan mereka dari jauh. Doakan yang baik-baik tau. Lapang sikit dada kalau mcm tu. 

Semua benda ada tujuan dalam hidup ini.  Tak lupa strategi dalam nk teguhkan iman di dada . Kumpul balik semangat juang nk berdakwah tu. Masalah tu semua ujian yang Allah nk uji kita. Tengok boleh tak handle kalau di rasuk dengan permasalahan yang pelbagai dan mungkin juga tu cara nya Allah nak lihat jalan mana yang kita ambil nk minta pertolongan. Samada Allah ataupun duduk diam mencuba nasib yang tak menyebelahi diri sendiri. 


Tepuk dada tnya iman.

Adakah hari ini kita lebih baik dari zaman kegelapan dan jahiliyah kita? 

*lap air mata dengan hingus hijau haha

No comments:

Post a Comment