Tuesday, May 26, 2015

Mudah ke payah menjemput rezeki

Assalamualaikum 

Saya tidak lah arif bab-bab nk menghuraikan segala permasalahan yang kian menular di kalangan para pelajar dan mungkin para graduan yang sudah berkerja atau pun yang belum berkerja. Agak-agak mudah ke tak menjemput rezeki atau bagi kalian adalah sesuatu yang sangat Payah ! *kaki tersadung kat bucu meja* 

Coretan ini di tulis dan titiba dapat idea apabila kawan saya menaikkan status di laman wechat beliau. Entah kenapa saya rasa alahai sebenarnya banyak cara mudah untuk menjemput rezeki datang bergolek dengan mudahnya tapi kita sendiri kadang terlepas dari mengamalkan formulanya. Wahai! Bukan mudah dan memang iya ! Bukan payah mahu menjemput rejeki di sekeliling kita. Terlebih dahulu saya nak memperkenalkan sedikit bahan ilmiah yang saya dapat dari program-program mesra hakak-hakak tarbiyah. Alhamdulillah sangat bermanfaat bagi diri saya sendiri dan mungkin meh saya kongsikan bersama kalian. 

Al imran 3;37 
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak  terhitung jumlahnya.

Apalagi mahu di lihat kanan dan kiri ada sesetengah orang suka membanding-bandingkan kehidupan dia dengan kawan-kawan sekeliling. Bukan tak salah tapi cubalah rasional dan logik sikit bila nak berfikir . Tapi ada juga yang suka rasa macam dia lagi bagus dikalangan rakan-rakan. Macam-macam rasalah kita ni sebagai seorang manusia dan hamba Allah ini. Apa pun percayalah rezeki tu bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Kesihatan yang baik juga rezeki, kehidupan yang tenang dan mendamaikan juga rezeki, anak juga rezeki, rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang awesome juga adalah rezeki. 

Teringat saya kata-kata penulis dan ada juga penulis menyentuh isu menunaikan solat di awal waktu dan mendahulukan kewajipan dan panggilan kekasih 5 hari sehari itu lebih bermakna buat kita dari pada berusaha macam separuh nyawa tapi tidak juga di kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Ingat senang ke nak dapat rezeki dalam keadaan kita hidup tenang dan senang lenang dengan hati yang mendamaikan lagi oh yeah? 

Ada orang gaji besar tapi tahap stress dia Tuhan sahaja yang tahu macam mana dia hadap. Tapi ada setengah orang gaji kecil tapi apa yang di mahu ? Hati tenang lagi mendamaikan dan masa untuk beribadah juga dia punya. Kalau selalu asyik rasa susahnya nak dapat kerja, susahnya nak itu , susahnya nak ini. Sampai kiamatlah asyik susah je. 

Dalam risalah atau buku mudahnya menjemput rezeki ini turut di muatkan dengan tips-tips nak kaya raya! Tak percaya ? Anda kena percaya sebab ini memang tips turun temurun dari berabad lamanya. 

1) solat di awal waktu 
2) solat sunat dhuha ( berkata uqbah bin ami al juhaini r.a bahawasanya Nabi Muhammad Saw telah bersabda : wahai anak adam! Tunaikanlah 4 rakaat ( sunat ) pada awal siang , nescaya dengannya aku mencukupimu pada sepanjang hari ( hadis riwayat Ahmad  Abu ya'la))
3) mengutamakan solat 
Thaha 20:132 
Perintahkan keluargamu bersolat dan bersabarlah dalam mengerjakan solat. Kami tidak meminta rezeki kepada kamu. Dan balasan baik bagi orang orang yang bertakwa 

*lap peluh dah 20 helai tisu 

4) sedekah 
5) amik berkat mak ayah sikit (takkan dah kerja jew memanjang nk call mak cakap buat apa ke , dah makan ke belum mak tu tak boleh?) 
6) menjemput rezeki dengan surah al fatihah . (Baca 7x selepas setiap kali solat fardhu) 

7) of course ni Sunnah Rasulullah . BERNIAGA ! 


Apa pun nak mencari dan nak kejar rezeki ni bukan mudah dan tak juga payah. Ikut kalian lah mahu bagaimana. Asalkan kalian berpuas hati tapi jangan gusar kalau Allah hentikan kalian punya rezeki di persimpangan jalan atau mungkin anda stuck di simpang 4 jalan di tengah-tengah. Sebab kalian masih punya rezeki lain-lain yang kalian rasa itu cuma sampingan tapi sebenarnya itu lebih bermakna dari wang ringgit. So apa lagi nak risau kalau susah nk cari kerja lain? Doa jew kat Allah ! Tapi jangan smpai gunakan Allah untuk dapatkan dunia ! 

Tammat


No comments:

Post a Comment