Monday, May 25, 2015

Sedar lah wahai hati

Bila kawan-kawan atau org sekeliling yang kalian sayang mula acuh tak acuh reply hanya sekadar menjawab soalan tapi bukan berpatah-patah. Apa perasaan kalian ? Kalau tanya saya ? Mungkin akan cuba faham dan undur diri sejauh mungkin dan bagi ruang buat diri org yang saya sayang tu bernafas tanpa saya. Tak kesahlah ianya dari kalangan kawan baik anda sendiri atau mungkin yang tengah bercinta-cinta. 

Bak kata orang kalau dia/kawan/sahabat dan orang yang kalian sayang tak mahukan anda dalam hidup mereka. Mereka mungkin akan jawab acuh tak acuh soalan demi soalan. Bukan takat itu, kadang nampak sikap dingin nak jawab soalan tu bukan kalian tak faham tapi kalian hanya buat buat tak faham. Dan kali ini mungkin kalian kena kembali ke alam realiti yang mana kalian sendiri cuba jalankan aktiviti kalian tanpa mereka dan cubalah bergerak sendirian. Bukan senang orang nak sayang dan terima kita seadanya. Apa yang kalian perlu buat adalah redha dan apabila dapat hidu sesuatu ajar hati kalian lebih redha dan berfikiran dengan lebih kehadapan bukan memusuhi mereka dengan kata kata dan perbuatan malahan juga hati tapi cuba lepaskan mereka dengan keadaan anda redha . 


Mungkin org yang banyak pendam ni bahaya takut sampai bernanah luka yang ada kat hati dia tak tercuti dan terubat. Tapi kalian kena juga sembuhkannya sendiri walau mereka tak nampak . Cubalah bangun menentang dunia ini dengan lembut dan makin lembut biar semua tahu kekuatan itu bukan dengan cara kasar sahaja tapi dengan cara kelembutan juga anda boleh bangkit .

Wahai! 

Sembuhkan hati kalian , bajakan dengan benih-benih indah biar mewarnai kembali hati hati kalian biar kalian tenang dan gembira !! 



No comments:

Post a Comment