Tuesday, May 19, 2015

Tarbiyah ke atau ke laut ?

Assalamualaikum . 

9 jam yang lepas pada 19 mei aku terpukul dengan garis masa di mukabuku aku. Seorg hamba Allah yang tidak asing bagi aku. Nak di pendekkan cerita dia ini hakak-hakak geng usrah aku . Status mukabuku nya berbunyi begini : 

"Kadang kadang kita bukannya gunakan dunia untuk dekatkan diri kepada Allah , tapi instead kita gunakan Allah untuk dapatkan dunia" 

Reaksi pertama aku time baca status ini di garis masa mukabuku aku memang terbeliak biji mata rasa mcm setepek kat atas kepala aku. Yeay *kesat ayaq mata lah wey* 

Mungkin ramai akan cakap dan hentam aku dengan tomahan "kan Allah suruh kita berusaha apalah kau ni", "hah lah weyh kan Allah suruh kita kejar cita-cita dan impian kita" 

Iya-iya dan iya . Relax kejap cuba bagi aku explain satu-satu walaupun pada dasarnya aku bukan belajar dan mengambil jurusan agama sewaktu menuntut di ipts dlu. Sekian . Tahukah dan perasaankah kalian ini ayat kasi sintap bak kata brother lim jooi soon "perkataan yang gabungkan daripada cakap sambil hentam" iya hentam kalian dan diri aku sendiri sampai lebam badan-badan. Haha baru di rasakan bagaimana rasa sakitnya tuh di sini bila mana kita memperalatkan Tuhan demi kepentingan kita dunia. 

Mungkin ramai yg tak berapa faham situasi mcm mana weyh "kita gunakan Allah untuk dapatkan Dunia ni?" 

Senang jew mari membaca sejenak . 

Situasi 1 

Ali antara pelajar yang paling bebal di dalam kelas nya dan dia sangat mengingikan keputusan yang cemerlang bagi mengharumkan namanya dan boleh popular secara titiba tanpa dia viral di laman sesawang. Dia tekun belajar dan berusaha untuk mendapatkan gelaran pelajar cemerlang di sekolahnya . Di samping itu juga dia memanjatkan tawakalnya kepada Allah swt mudah-mudahan dia diberi limpah rahmat dan nikmat berjaya menjadi pelajar cemerlang. Satu hari ali di nobatkan sebagai pelajar cemerlang straight A "kemain kembang kempis idung jubo semua "  tapi dalam sedar tak sedar kejayaan yang di peroleh melalaikan dia daripada mengingati Allah semula. Kenapa perlu jadi begini? Kenapa dan bagaimana solusinya ? 

Kalau fikirkan logiknya memang patut pun ali jadi bangang abadi selepas apa yang dia lakukan . Berjaya sikit dah ekisyen lebih . 

Masih tidak nampakkah kalian dengan situasi pertama yang penuh dengan jalan cerita skema yang mungkin akan mengugat kewarasan minda para pembaca yang ala-ala gila seperti aku? Ah jangan salahkan aku kalau  lepas kau orang baca entri ini kemungkinan untuk mendapat penyakit gila ising adalah lebih tinggi dari sebelum kalian membacanya.(ketawa sambil guling-guling) 

Konklusi nya 

Pernah kalian terfikir yang aku dan mungkin kalian yang berada di luar sana benar-benar ikhlas dalam mencari redha Allah atau memang ikut jelah orang buat apa dan apa "asalkan aku jaga solat jaga benda wajib dah lah" 

Akal aku ligat memikirkan apa sebenarnya yang kita usahakan selama ini adakkah benar-benar mencari redha dan cinta ilahi yang hakiki atau sekadar mencari rezeki yang tidak di sangka-sangka yang Allah mengrewardkan pada kita agar boleh lah kita bersenang lenang dan eksyen lebih dengan rakan-rakan sebaya yang mana gaji lagi masyuk dari kalian. Ahah ( gelak tutup mulut) 

Mungkin juga tarbiah kita tak cukup kental sampai mempergunakan Allah dalam mencari dunia dalam kelalain dan kelekaan kita. Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam jalan tarbiah dan dakwah ini. 

Allahualam . 
Aku cuma anak didikan murrobi dan hakak-hakak naqibah yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia dakwah dan tarbiah ini. Salah silap meh boleh tegur den tak amik hati pun.

Al rum ayat 33 
" Dan apabila manusia di timpa sesuatu bahaya, mereka berdoa kepada TuhanNya, kemudian apabila Dia memberi sedikit Rahmat-Nya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka memper-sekutukan Allah "

No comments:

Post a Comment