Saturday, June 27, 2015

Ramadhan 1436H

Assalamualaikum wbt

Ramadhan kali ini mcm banyak terisi masa lapang bersama keluarga sahaja. Sebab tak banyak bersama rakan-rakan mungkin sebab kekangan masa mereka dan juga aku. Apalah yang nak di hairankan kawan-kawan bila bila boleh jumpa. Masa bersama keluarga itu ibarat emas so dont miss out! 

Tahun ini tiada iftor bersama rakan-rakan yang takde kena mengena dan yang ada kena mengena. Haih. Lelah nak jawab "aku dah plan tahun ini aku tak nak iftar dengan sesiapa melainkan family aku" tapi ada jugak manusia yang tak paham. Tapi takpe niat kalian sungguh baik. Ramadhan kali ini macam biasa preparation tak berapa nak best sangat bila mcm biasa-biasa jew. Ouh ya dalam family kitaorg ada kelahiran baby baru which is yang comel yang gebu yang indah! Muhammad ammar lahir pada 7 ramadhan . Ya Allah serious indah! Welcome to our family ammar! 



Alhamdulillah berkat berpuasa dengan sepenuhnya bersama keluarga tersayang Allah beri rezeki lebih berupa kasih sayang bersama anak-anak sedara dan adik beradik. Tahun ini tercapai dan terlaksana juga aku menjayakan program berbuka tanpa juadah berbeli di bazaar ramadhan. Alhamdulillah. Semua aku dengan mak yang bertungkus lumus di dapur. Sempat jugak masak wey! Hahah ni nak dekat raya ni lagi banyak benda nak kena buat . Apa pun nanti aku share menu utama rumah weouls kalau hari raya okay?! 

 *gambar kira latest la ni sebab pipi da mcm kueh pau! 😭

Kari kepala ikan

Bahan 

-cili kering (yang sudah di blander) 
-bawang besar dan bawang putih (diblender) 
-serbuk kari ikan (1 sudu setengah) 
-ikan saya guna ikan nyonyot
-santan 
-tomato 
-daun kari 
-asam keping
-garam
-gula melaka seinch 

Cara cara 

1)panaskan minyak tumis cili kering yg dah di blander , bawang besar & bersama serbuk kari td (sehingga pecah minyak) 
2) masukkan kepala ikan /ikan td (reneh sebentar) 
3) masukkan santan
4)gaulkan sehingga sebati dan renehkan sebentar di atas api sederhana besar 
5)masukkan garam,asam keping dan seinch gula melaka
6)belah tomato dan masukkan bersama daun kari .



bubur som som

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak sejak rajin turun ke dapur kembali menyilat haha rasa mcm bnyak benda nk buat dan banyak benda nak try. Well di sebabkan banyak masa terluang so marilah ambil masa ini cedok resepi turun temurun dari mak ambe.

Bahan bahan (maafla sebab saya tak pakai sukat main buat jee) 

Bahan-bahan 

-daun pandan 
-tepung beras
-kapur (secolek jew *jgn bubuh banyak) 
-garam 
-santan (1 biji kelapa dah cukup) 
-gula melaka 

Cara membuat 
1)masak gula melaka bersama air dan daun pandan (dah sampai likat tutup api letak tepi dlu)  

2)blander daun pandan bersama air bagi mendapatkan jus pandan. 

3)masukkan tepung beras half packet (ni adunan 1 loyang), kapur sedikit, garam secukup rasa dan masukkan jus pandan yg telah di blander tadi (pastikan di tapis sebelum masukkan jus pandan tu) & santan

4)masak atas dapur dengan api sederhana besar kacau sehingga likat dan pekat (tips nk tahu dia da masak, tgk mcm dah berkilat tu hah da masak la tu) 

Selamat mencuba !


*gambar ni sebab dalam beetalk kat sana boleh share resepi masakkan best jgk sbb boleh baca resepi org lain! 


Masak lemak cili api

Assalamualaikum wbt

Bulan puasa ni mesti yang kaum ibu and para para wanita yang pening nak masak apa untuk lauk berbuka puasa biasalah kan kalau dah namanya wanita mesti struggle nk masak itu ini. Ceh "ayat macam dah jadi mak mak dan bini-bini orang jew"  hhahaha berangan 

Okay lah meh jenguk sikit dapur mak gua and sekutunya bila da bergabung di dapur. Selalunya mak akan cakap jew "ha masukkan itu ini" yang lain semua dari air tangan aku. Apa pun meh nk share resepi ringkas tapi sedap ! 

Bahan bahan 
-ketam (pakailah apa jenis ketam yang korg suka pun) 
-santan (1 biji) 
- cili padi 10 biji (di tumbuk lumat) 
-serai 1 batang di ketuk 
-kunyit hidup se inch (kalau tak kuning bubuh sikit serbuk kunyit) 
-gula melaka seinch 
-bawang besar 1 labu di tumbuk lumat
-asam keping 
-garam secukup rasa

Cara masak 
-siang ketam and make sure ketuk kepit ketam tu. 
-masukkan ketam bersama cili padi,kunyit hidup yg di tumbuk, serai ke dalam periuk dan reneh smpai air bahan-bahan yang di tumbuk itu kering 
-dah kering masukkan santan dan kacau (jgn bagi santan itu berketul) 
-biarkan sehingga mendidih masukkan garam, gula melaka seinch (nk bg rasa manis sikit jew) dan asam keping 

Dah masak tutup api sila la hidang and makan ! 

 *nilah cara mereneh 

Masukkan santan and tambah air kalau tak suka pekat sangat kuah tu 

 Tadaaa ! Dah jadi 

Asam keping bubuh satu jew ! 

Tuesday, June 23, 2015

Nan cheese best in town

Assalamualaikum wbt 

Berhabuk blog ni tanpa update tempat dan lokasi menarik untuk menjamu selera. Hahahha yes! Tempat nak menjamu selera ni banyak jew klau hangpa pandai cari memang tak sia-sia lah wey. Apa pun ini cerita sebelum puasa yang mana ajak member office keluar berdua semata nak hajak lepak. gila ! Hahha lepas tu boleh bantai mencekik tak ingat dunia dahlah time tu dah tengah-tengah malam. Hadoi. Gemuk la diri. 

Unplanned pun nak cri and nak makan roti nan cheese kt sini dan percaya atau tak memang tak pernah tahu yang ada roti nan cheese best in town kat kl ni ingat ke kat melaka jew ada. Hahah apa pun siapa nk tau lokasi korang boleh google senang jew land mark dia BERDEKATAN DENGAN MAJU JUNCTION dan sila cari restoran lotus dan korg akan jumpa kedai nama RSMY ha dah jumpa park kereta,mati engine,pilih meja and selak menu order lah sila and nikmatilah kelazatan dia wey! 

Belanja la sikit satu gambar nah! 


Daging kambing dia tak berbau pun and paling penting lembut 

 
Ha nk cari mana lagi cheese macam ni!? 

Oh last but not least korg kalau sesat ke apa boleh contact no ni 


Siapa ada instagram lagi hokey!


Mungkin masih tak boleh move on

Kenapalah mesti nak jadi benda sama
Kadang setiap manusia yang datang singgah dalam hidup kita ni sebetulnya nak bagi pelbagai pengajaran.aku rasa okay lah kalau pengajaran itu mematangkan kita tapi kalau makin membudak-budakkan kau menangis lah wahai hati sebab serious tak berkesan untuk jangka masa kehidupan yang lama. 

Rindu kalau ramadhan tahun ini mungkin dah setahun berkawan tapi ....itulah sudah di bilang jangan mengharap kawan jew pun. 

Sunday, June 14, 2015

Rindu

Orang cakap rindu tak berbunyi ni lah sadis dari rindu yang setiap saat lafaz kata rindu 

Orang kata rindu dalam diam ini dalam diam-diam titip doa buat sang perindu yang dirindu 

Orang kata setiap doa si perindu ini makbul buat sang perindu yang dia rindui.

Aku kata rindu ini macam penyakit dalaman yang susah nak baik tapi dengan doa dari jauh mungkin boleh jadi ubat antibiotik untuk halang rindu ini merebak merembeskan kumannya.

Mungkin aku seorang yang merindui saat dahulu kala tapi tak semestinya kawan-kawan yang aku rindu rasa apa yang aku rasa. 

Ego buat kita jauh
Mengata mengumpat tikam belakang buat kita jauh

Tiada masa penghalang rindu setiap dalam bait doa ada jadi ubat. 


Aku? Masih tetap jadi perindu setia 


Monday, June 8, 2015

Dalam hidup ni kadang kadang kita menangis sorang-sorang pun tiada siapa yang ambil peduli. Walau jatuh melungkup di tepi gantang sekali pun kalau memang tak di ambil peduli jangan harap nk di ambil peduli. 

Ada masa Tuhan tu bagi kita ni jalan sendiri. Jalan menyusuri waktu dan kita kenang bertapa indahnya untuk tidak sakitkan hati orang lain. 

Hidup ni singkat sangat dan jalannya Sumpah panjang ! Sampai bila mahu mcm ni ? Cuma mampu berdoa je kan . 


Tuesday, June 2, 2015

Jatuh

Kadang kita selalu ada masalah untuk terus hidup 

Kenapa setiap soalan bertalu dengan asakkan dan desakkan

Kadang kita sendiri jadi lembu di cucuk hidung menurut perintah walhal hati tak rela

Tapi hidup ni sebenanrnya kejam buat kita tapi kita masih mencari peluang untuk teruskan perjuangan

Sebab bukan didikan untuk terus rebah dan jatuh 

Sebab sentuhan hati di balik dinding iman mu ada kata kata semangat buat terus berdiri 

Walaupun diri seorang tapi ayat ayat indah sentiasa rasa begitu dekat walau banyak dugaan dan cabaran

Mungkin ramai orang nasib tak sama macam apa yang aku rasa 

Dan mungkin ramai orang takkan herdik tengking jerih sampai dia tahu apa yang sebenarnya yang terlintas di hati nulari ini

Hidup mungkin kejam bagi yang tidak mengamatinya tapi bagi yang sentiasa berusaha mencari tuhan dengan dunia mungkin takkan pernah menyerah walau susah macam mana pun liku-liku hidup itu



Pegantin baru

Alhamdulillah 31.05.2015 Tahniah buat abg yang paling cool and paling rapat dengan saya ! Tak percaya yang abang saya dah kahwin jadi suami orang dah. Apa pun welcome to the club and the family hihih. Apa pun selamat bercinta ! 

Rombongan pegantin lelaki ke belah pihak perempuan lebih kurang dalam 50 orang. Ramai kan ? Memang lah keluarga belah ayah kan memang ramai dalam berkumpul-kumpul ni teringat kalau balik kg besut tido longgok-longgok dekat hall sambil semua berdengkur mengalunkan irama syahdu (ewah ayat) apa pun rindu jugak nk meet cousin-cousin sayang sebab kalau ada kenduri kahwin dan majlis-majlis keramaian jew yang kami akan jumpa. Jum lah hakak payung gambar ;






Sebenarnya time nikah tu memang berkicap jugak sebab tok kadi datang lambat ya Allah tuhan jew yang tahu macam mana dia punya suhu time tu. Saya rasa mcm dah dekat negara padang pasir dah dia punya panas.Allah ! 

Apapun selesai belah pihak perempuan kita tunggu update belah lelaki :)