Saturday, June 27, 2015

Masak lemak cili api

Assalamualaikum wbt

Bulan puasa ni mesti yang kaum ibu and para para wanita yang pening nak masak apa untuk lauk berbuka puasa biasalah kan kalau dah namanya wanita mesti struggle nk masak itu ini. Ceh "ayat macam dah jadi mak mak dan bini-bini orang jew"  hhahaha berangan 

Okay lah meh jenguk sikit dapur mak gua and sekutunya bila da bergabung di dapur. Selalunya mak akan cakap jew "ha masukkan itu ini" yang lain semua dari air tangan aku. Apa pun meh nk share resepi ringkas tapi sedap ! 

Bahan bahan 
-ketam (pakailah apa jenis ketam yang korg suka pun) 
-santan (1 biji) 
- cili padi 10 biji (di tumbuk lumat) 
-serai 1 batang di ketuk 
-kunyit hidup se inch (kalau tak kuning bubuh sikit serbuk kunyit) 
-gula melaka seinch 
-bawang besar 1 labu di tumbuk lumat
-asam keping 
-garam secukup rasa

Cara masak 
-siang ketam and make sure ketuk kepit ketam tu. 
-masukkan ketam bersama cili padi,kunyit hidup yg di tumbuk, serai ke dalam periuk dan reneh smpai air bahan-bahan yang di tumbuk itu kering 
-dah kering masukkan santan dan kacau (jgn bagi santan itu berketul) 
-biarkan sehingga mendidih masukkan garam, gula melaka seinch (nk bg rasa manis sikit jew) dan asam keping 

Dah masak tutup api sila la hidang and makan ! 

 *nilah cara mereneh 

Masukkan santan and tambah air kalau tak suka pekat sangat kuah tu 

 Tadaaa ! Dah jadi 

Asam keping bubuh satu jew ! 

No comments:

Post a Comment