Saturday, June 27, 2015

Ramadhan 1436H

Assalamualaikum wbt

Ramadhan kali ini mcm banyak terisi masa lapang bersama keluarga sahaja. Sebab tak banyak bersama rakan-rakan mungkin sebab kekangan masa mereka dan juga aku. Apalah yang nak di hairankan kawan-kawan bila bila boleh jumpa. Masa bersama keluarga itu ibarat emas so dont miss out! 

Tahun ini tiada iftor bersama rakan-rakan yang takde kena mengena dan yang ada kena mengena. Haih. Lelah nak jawab "aku dah plan tahun ini aku tak nak iftar dengan sesiapa melainkan family aku" tapi ada jugak manusia yang tak paham. Tapi takpe niat kalian sungguh baik. Ramadhan kali ini macam biasa preparation tak berapa nak best sangat bila mcm biasa-biasa jew. Ouh ya dalam family kitaorg ada kelahiran baby baru which is yang comel yang gebu yang indah! Muhammad ammar lahir pada 7 ramadhan . Ya Allah serious indah! Welcome to our family ammar! 



Alhamdulillah berkat berpuasa dengan sepenuhnya bersama keluarga tersayang Allah beri rezeki lebih berupa kasih sayang bersama anak-anak sedara dan adik beradik. Tahun ini tercapai dan terlaksana juga aku menjayakan program berbuka tanpa juadah berbeli di bazaar ramadhan. Alhamdulillah. Semua aku dengan mak yang bertungkus lumus di dapur. Sempat jugak masak wey! Hahah ni nak dekat raya ni lagi banyak benda nak kena buat . Apa pun nanti aku share menu utama rumah weouls kalau hari raya okay?! 

 *gambar kira latest la ni sebab pipi da mcm kueh pau! 😭

No comments:

Post a Comment