Wednesday, July 29, 2015

Mulut busuk atau hati sudah hitam?

Assalamualaikum wbt 

Kadang jadi manusia serba salah . Iya memang salah. Buat ini salah buat itu salah semua benda kau akan rasa salah. Kadang aku sendiri tak faham kenapa ada rasa iri hati dengan kawan kawan korg walhal kalau recheck balik hubungan takde lah orang tu buat jahat sangat dengan kita atau org lain. Tapi kalau jahat sangat sampai sanggup cakap org itu ini kenapa lah ada perasaan hasad dengki sampai tahap itu. Org kata biar muka tu tak cantik asal jangan mulut jahat . Nauzubillah mintak di jauhkanlah semua benda ni dengan kita. Ada satu tahap walau mcm mana jahat pun kawan kita buat kita jangan sampai hati nak burukkan kawan kita dekat org lain lagi-lagi bukan dengan orang yg kita kenal. Tak baik bukak aib org dekat orang yg kita rasa dia takkan kenal org tu walhal dunia ni kecik jew Allah nk tunjuk kejap jew. Ya Allah kadang rasa memang Allah nak tunjuk maybe dekat orang yang suka mengata-ngata ni. Selama aku hidup 22 tahun rasanya bukan lah benda best pengalaman nak berhadap dengan manusia macam ni. Makin jauh diri makin menjadi-jadi yang tak tahan sampai nak cerita jahat mak ayah org tu kat org lain kenapalah jadi sampai tahap mcm ni. Kadang curious jugak dengan manusia mcm ni tapi kadang rasa mcm manusia mcm ni agak kekurangan kasih sayang dari orang yang dia sayang. Ya Allah kenapalah pernah ada kawan mcm ni. Kdg kurang sabar tapi sebenarnya tulah tahap cabaran untuk diri aku sebenarnya. Allah nak bagi pahala free kat aku. Org mengata aku dapat pahala. 

Apa pun di sini saya tahu org yang saya maksudkan suka sangat stalk fb, twitter, ig dan blog saya secara diam diam tanpa pengetahuan org lain. Nah tulisan ini memang untuk anda baca dan hayati. Macam mana jahat pun kawan tu jangan lupa check balik apa yang kita dah buat kat dia sampai dia sanggup buat mcm tu kat kita. Allah tu bagi adil jew dekat setiap hamba Allah dia. Kita buat harini esk lusa dapat balasan yang sama waktu dengannya. Jangan risau bab tu bukan saya yang tentukan. Tapi cuba berfikiran secara matang dan rasional. Apa faedah kita bukak kisah silam yang dah lapok dah berhabuk dah basi? Dua tahun bukan lama my friend tapi cukup ajar anda untuk lebih peka dan sedar diri untuk ubah perangai anda untuk jadi lebih baik dan jaga setiap tutur kata tanpa rasa riak dan takabur dengan sahabat sahabat anda yang mungkin esk lusa time susah memang cabut tinggal hang! Udah udah lah busuk hati dengan ex kawan baik hang ni kitaorg dah penat nak layan perangai tidak matang hang tu. Duk menjaja cerita mcm tin kosong tapi sedar tak anda sendiri yang menjaja keburukkan anda tanpa anda sedar? Mengata , mengutuk, cakap tak baik pasal kawan dekat org lain sebenarnya diri sendiri yang sakit, diri sendiri yang bukak aib diri sendiri. Sendiri yang sengaja bagi pahala free kt kawan tanpa hangpa sedar dan sendiri musnahkan hidup diri sendiri.(dah takde org nak kawan meroyanlah memburukkan org lain) yang ini jahat yang ini jahat abis kalau da 10 org kawan sorg jew betul yg lagi 9 tu salah agak-agak nak suruh siapa audit kesalahan dtg tang mana? Tepuk dada tanya hati , tanya iman, tanya diri anda sendiri kenapa nk busuk hati dengan org? Kenapa suka burukkan-burukkan org lain dkt org lain yang takde kena mengena dengan anda ? Atau dalam erti kata lain anda sebenarnya jealous tgk kawan-kawan anda bersenang lenang dengan kehidupan sekarang tanpa anda? Anda yg mungkin sudah menghampir zaman kejatuhan empayar. 

Dear ku nur atifah binti ku mohd nasiruddin maaf jika menulis nama penuh mu di sini tapi sedarlah anda bahawa saya sendiri dan kawan-kawan yg lain tau niat dan keburukkan anda tapi tak pernah berniat nk dihebah-hebahkan. Buat apa? Buat dosa kering dan mungkin basah. Sedarlah anda bahawa kami tidak memerlukan kawan seperti anda terima kasih buat cerita-cerita rencah kehidupan sebab kami smua mudah terhibur. 



Saturday, July 18, 2015

Ketupat sotong

Ketupat sotong 

Halba 
Santan 
Sotong xl 
Bawang merah 
Serai. 
Garam gula melaka seinch. 
Beras pulut cap flora 


Cara cara 

1) rendam beras pulut dengan air selama 15-20 min 
2) toskan air rendaman dan masukkan santan dalam setengah cawan atau 1 cawan ikut keperluan. Dan masukkan sedikit garam 
3) sumbat beras pulut ke dalam sotong 1/3 dr isi sotong (make sure dakwat dan isi perut di buang) 
Penyediaan kuah ketupat sotong 
4)masukkan sotong yg telah di sumbat ke dalam kawah, kuali atau apa sahaja alatan yg anda gunakan 
5)masukkan halba sesudu kecil atau 1 setengah sudu kecil,bawang merah yg di hiris halus dan ketukkan 2 batang serai .
6) tuangkan setengah kilo santan ke dalam periuk (sotong dengan santan sama-sama paras jew) 
7) didih kan tunggu sehingga pulut dan sotong masak dan letakkan sedikit garam (secukup rasa, dan gula melaka 1 inch) 
8)tunggu sampai kuah santan yg putih bertukar menjadi ungu cair (hasil drpd kulit sotong tu) 

9)ambik pinggan makan la wey! 


Wednesday, July 15, 2015

Bila kau dah besar

Dulu zaman kanak kanak hingus cendol meleleh dekat hidung sibuk nak jadi orang dewasa. Pandai bawak kereta, pandai masak, pandai jalan sorg-sorg. Zaman aku kecik kecik aku paling takut kalau dah nak malam (time nk dekat maghrib dah) sebab mak pesan budak-budak petang pukul 6 petang tu dah mana boleh main kat atas jalan. Zaman aku kecik kecik tak payah cakap la aku main apa? Main baling sliper, baling tin semua aku join dah mcm budak lelaki dah. Tapi kwn kecik kecik bukan akan dengan kita melalui proses pembesaran . Ha maksud aku setiap stage dalam kehidupan kau , aku dan semua orang akan hilang kawan secara berperingkat dan dapat kawan kawan secara berperingkat. Like seriously aku tak pernah terfikir sampai mcm tu dlu smpaj dlu aku rasa sayang gila dekat kawan-kawan dah mcm best friend. ..... Tu semua konon. 

Zaman belajar ada kawan zaman belajarnya which is : 1) kawan zaman tadika (ko abis tadika kau dah tak jumpa dah kawan tadika kau melainkan kalau dia satu sekolah rendah dengan kau) 
2) kawan sekolah rendah memang kalau kau habis darjah 6 tu kalau kau sekolah sama dan memang rezeki kau kawan dengan member dari sekolah rendah tu memang cool la. 
3)kawan sekolah menengah ni selalu orang akan stay atau just leave it. Ha mcm tu jelah kitaran proses persahabatan dalam hidup. Zaman ni smua kawan-kawan akan buat haluan memasing demi nak capai cita cita . Ada yang masuk university dapat pulak ceruk-ceruk malaysia . Balik pun setahun 2,3 kali jew. Ha itu nasib baik dapat study kat malaysia. Kalau dapat yang power gila ha lepas spm terus fly membawa diri sebab result gempak gila. Ha selalu mcm ni so zaman belajar untuk jadi org dewasa dah bermula. Bagi pendapat aku kawan ni kalau nak anggap semua kawan baik susah sebab kita sendiri belum jumpa kawan yang bebetul baik untuk kita. Aku punya pengalaman lah bab bab kawan ni. 

Kawan baik ni susah nak cari unless she/he can accept diri kau apa adanya. Susah wey nak cari member macam ni. Bagi aku kalau kawan baik dia takkan burukkan kawan dia yang dia anggap kawan baik dekat org lain. Yes selalunya perempuan ada masalah dalam relationship friend ni. Haha apa pun mcm mana kalian handle tu mudah sahaja. Aku jenis mengambil langkah mudah cepat dan practical. Avoidkan diri anda dan janganlah susah payah nk bertekak bagai dengan org yang mcm ni. Dah kalau kita tau dia suka bg pahala free kat kita apasalahnya. Dapat jugak pahala iye dak? 

Konklusi 

Kalau tanya aku kawan ini penting ke tak? PENTING la jugak tapi penting time memerlukan sahaja. Kalau nak ada kawan baik tu tak perlulah sebab kalau cari kawan yang susah senang sesama okaylah tapi kalau cari kawan yang susah lari takpelah kawan sekadar perlu sahaja dan bersederhanalah dalam menjalinkan persahabatan. Last-last family ko jugak akan jadi kawan baik ko dan percayalah bahawa sampai ke hari ini aku masih tak nak kawan rapat dengan manusia nanti abislah . 

Salam sayang salam kosong kosong. Aku just nk bgtau yang aku sebagai hamba Allah yang banyak kekhilafan memang susah nak maafkan perbuatan orang kat aku tapi aku cuba untuk maafkan dan ikhlaskan apa yang orang lain buat dekat aku. Biar apa pun org buat kita walaupun dulu aku sebaris duduk dengan kawan yang ramai last last hanya tinggal aku seorang terkongtang kanting it ok dunia ni nanti semua benda kau akan di tinggalkan seorang. Walaupun pengalaman tu pahit aku percaya one day ada benda yang lagi manis aku akan dapat ! 

Salam aidilfitri ! 

Iftorrrrr



TemAlhamdulillah tahun ni mcm berjaya untuk tidak iftorrrr di luar melainkan pada 13/7/2015 ni iya jangan tak percaya tahun ni aku mengagalkan diri aku untuk menjejakkan diri ke bazaar ramadhan. Iye ! Bukan apa sebab masakkan yang masak sendiri jauh lebih sedap and tahap kebersihannya memang terjamin dah buat apa asyik nak makan kat luar jew kan? 

Gathering sambil beriftor! 

Alhamdulillah setelah sekian lama dah tak bergathering bersama sama akhirnya boleh dah and yang paling cool and suam suam kuku nk sedih n happy sebab akak akak ni semua ada yang dah nak kahwin. Kak fieza nak kawen da 1/8/2015 and kak liana dalam belas-belas hb bulan kot hah tak berapa nk hingat teman! So kami kena jd dulang gurls katanya smpai beli jubah pun sesama 7/7 org nih hahaha apa pun alhamdulillah dan just nk cakap moga ikatan ukhwah yang terjalin ini memang akan kekal sehingga ke syurga! Let hold hand together till jannah! 

Oh lupa nk khabor dalam usrah group ni saya yg paling mude ! Hihi

Share sikit gambar happening kami!! 




Oh iftorrrr venue haruslah di bawakan oleh kak ain hakak yg lovely mother n sngat penyayang hihi <3 

Tropicana golf & club , Damansara

Thursday, July 2, 2015

Nak pohon maaf

Assalamualaikum wbt 

Terlebih dahulu saje nk cakap eh lagi dua minggu jewwwwww nak raya apa pun insyallah nanti biar mintak maaf yang mana dan yang lebih lebih tu. Eh eh kejap sebenarnya konsep bermaaf - maafan bukan takat time nak raya jew, time ramadhan ni pun kena jugak kot. Kemaafan dan keberkataan . Kalau nk cerita tahun ini azam nak terawih masih tak dapat di full fill kan juga . Allah sadis sungguh dengar hmmm..

Apapun saya dengan rasa rendah diri nak mohon kemaafan dari hujung kaki hingga ke hujung rambut atas apa jua kesilapan tutur kata yang mungkin tak sedar atau pun secara sengaja. Maafkan kesilapan dan kekhilafan saya dan moga sama-sama kita cari keredhaan Allah demi menuju akhirat ameen ! 

Okay takde wish panjang-panjang ini jelah yang ikhlas dari hati